Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Showing posts with label idalara dan kehidupan. Show all posts
Showing posts with label idalara dan kehidupan. Show all posts

Sunday, March 29, 2009

Terkejut..Terkedu...Terkesima...

Sehingga saat aku menghasilkan entry ini ada beberapa kejadian berlaku sepanjang minggu ini..yang boleh dianggap agak mengkelam kabutkan....mengejutkankan, buat aku terkedu... terkesima... juga membahagiakan..

kejadian pertama:
Kalau tak silap aku pada hari selasa 24 Mac..hujan lebat telah melanda sekitar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur..tanpa di sangka2 tingkat 3 bangunan premis Ofisku yg digunakan sebagai setor telah mengalami kebocoran dan menyebabkan air hujan melimpah ruah hingga masuk ke ruang ofis...apa lagi kelam kabutlah semua staff lelaki yg cuma 3 org, menyekat dan membuang air yg melimpah masuk ke ruang ofis...
Beginilah rupanya air yg masuk... inipun sbb berjaya disekat oleh bebudak laki kat ofis tu.....bila citer kat lembaga pengarah mcm kita main2 pulak..apa taknya tingkat 3 yang banjir...tak ke bunyi mcm tiada logika..

Segala dokumen,borang pinjaman, later head dan takde head terpaksa dipindahkan dgn segera..belum lagi cpu yg diletakkan kat kaki meja dan segala wayar2 yang berserabut..(tiada dalam gambar) ada ke cpu letak kat kaki..puas aku suruh minah sorg tu letak atas meja..dia buat dhek je...bila berlaku mcmni baru kelam kabut..sape yg susah...dia dan keluarga mereka juga..

Keja kuat bebudak laki ni berjaya menyekat air masuk lebih banyak ke dalam ofis..

Sure lah kapet hijau ni bau busuk esuk nanti..nasib le staff yg dok kat tingkat 3..nasib baik aku kat tgkt 2..selamat...tapi aku bukanlah kejam sgt sampai tk bantu diaorg..tempat aku cari makan maa..mstilah bantu membantu..dua hari selepas kejadian kami memanggil seorg kontraktor untuk melihat kerosakan..mengikut kata mamat tu..kerosakan berpunca dari atas bumbung konkrit..saluran air keluar tersumbat menyebabkan air mengalir masuk ikut syiling...al maklumlah bangunan dah lama..syiling pun dah dimakan usia..menurut kata kontraktor tersebut untuk naik ke atas bumbung pihak kami terpaksa menyewa kren..pergh...sewa kren je rm650. belum lagi kos pembaikan...itupun kalau betul ada tersumbat..kalau pecah atau sebagainya..mau beribu..bgtahu lembaga pengarah..haram..tanya khbr pun tidak..kalau bangunan ni runtuhpun diaorg dapat tahu dalam berita tv 3..sabar je lah..gitu le gamaknya lembaga2 pengarah yg ntah sibuk memanjang..padahal separuh darinya dah pencen dari bank..

apa pulak kejadian kedua yg agak mengejutkan...apa pula kena mengena gambar wang kertas rm50 ni..
Dah jadi kebiasaan bila ahli atau org luar datang buat bayaran pinjaman atau insurans, aku akan 'mencampakkan' wang bayaran mereka dalam laci mejaku..sebelum dibawa ke bank untuk di bank in..tapi kali ini bukan wang koperasi yg aku campakkan dalam laciku tapi duitku sendiri, duit yg baru aku terima hasil jualan HPAku..untuk bayaran bas sekolah dan yuran sekolah agama..tak banyak bg org kaya..cuma rm100, tapi banyk bagiku..silapku juga tak masukkan dalam purse..ntah..dah memang nak jadi citer..waktu rehat nak balik baru aku perasan duit berjumlah RM100 hanya tinggal RM50 je...terkedu..termangu..ntah ter apa lagi..puas aku geledah laci..bukan kata 1 tapi tiga2 laci aku geledah tapi hampa..kwn2 kata mgkin aku salah letak..tapi aku cukup yakin sbb aku bukan pelupa..hmm..takpelah..bukan rezeki aku...muhasabah diri..mgkin aku jarang bersedekah kot..so tu sebab Allah tarik sikit duit aku.
Aku redha je...dan akan lebih berhati2..sbb dek kerana terlalu bz turun naik kat tgkt 3 sampai aku lupa laciku berkunci atau tidak..dan kita tak tahu ada di antara kita yg tergamak mengambil hak org...
Dan perkara yg agak mengembirakan aku dan aiman ialah..
aku berjaya akhirnya membelikan aiman sebuah basikal baru bagi menggantikan basikalnya yg hilang seminggu yg lalu..kali ini basikal aiman lebih besar sedikit dari dulu..ada tempat 'carry' lagi...bolehlah dia carry adiknya abdullah zaki yg agak memahami dan tak minta dibelikan basikal baru juga..

dan ada juga bakul untk memudahkan aiman meletakkan beg sekolah yang sarat dgn buku2 sekolah.
Inilah wajah basikal baru aiman,berharga RM22o..tersenyum sampai telinga aiman dapat basilkal baru, bila ditanya 'abg nak mcmne..' mudah saje dia menjawab "aiman tak kisah"itulah aiman.......
dan demi anak2 ibu sanggup mengikat perut..asalkan anak2 tidak melupakan ibu dan menjadi anak harapan ibu satu hari nanti...Insyaallah.
Dan perkara terakhir yg buat aku rasa terkesima dan bahagia sangat..hingga menghapuskan segala lara di hati bila hari ini aku terima puisi yg amat indah ini..aku tak kenal pengirimnya...tapi yang aku tahu hatiku rasa gembira sgt terima puisi ini...aku ni bukanlah jiwang sangat tapi dah namapun perempuan kan...
Gemersik melody cinta
yang mengalir menyelusuri jiwa..
mengisi relung hati dengan kelembutan
menyentuh buaian sukma hati...
Semerbak harum bunga...
mengharumi untaian sudut hati..
Bergemersik kerinduan ini..
pada pesona yang hadir menyapa..
ku tak ingin berdusta pada syurga..
Ku ingin sampaikan padanya...
Bahawa segenap kerinduan ini..
kuberikan pada sebuah senyuman
yang indah pagi ini..
kepada dia yang mengirim puisi ini terima kasih yang tidak terhingga kerana kiriman puisi ini...siapapun dia,di manapun dia...terima kasih kerana mengakhirkan hujung mingguku jadi indah begini..

Tuesday, March 24, 2009

Tetamuku Kupu-Kupu....

Cantik tak kupu-kupu ni?...rasanya dah hampir seminggu kupu2 ni sesat kat rumah ida..puas ida dan anak2 cuba halau kupu2 ni keluar dari rumah..tapi kupu2 ni masih tak mahu keluar..ida nak bg kupu2 ni keluar dari rumah ida bukan sbb takut atau rimas tguk kupu2 ni tapi ida tak mahu dia mati kat dalam rumah ida..kesian dia...bukan ada makanan yg sesuai buat kupu2 kat dalam rumah ida ni...ida pun tak tahu apa yg kupu2 ni makan.....org tua2 ni kalau tguk ada kupu2 masuk dalam rumah mulalah diaorg kata ada tetamu jauh nak datang..ida tak percaya kata2 mereka tu...sbnrnya kupu2 tu tersesat masuk kat rumah..nak buat mcmne kan..kawan2 opis heboh mengusik ida kononnya ada org nak masuk meminang...hish..apa kene mengena meminang dgn kupu2 masuk rumah...tak masuk akal betul..calon pun tkde tetiba je org nak masuk meminang...hahaha..
Lebar kupu2 ni lebih kurang sebesar dua tapak tangan ida...besar jugakan...kalau org yg gile simpan kupu2 yg difremkan maunye ditangkap kupu2 ni dan diawetkan..ish,ish..kejam betul..tapi ida dan anak2 taklah sampai begitu zalim nak buat begitu...
tiap hari bila balik rumah ida msti cari kat mana kupu2 tu hinggap...meratalah dia ziarah kat rumah ida dari dapur hingga ke ruang depan..cuma bilik dan bilik air je tak di ziarah lagi...sbb berpintu kot..
Mudah2an kupu2 ni sempat keluar terbang bebas di luar sana bertemu rakan2nya..ida tak mahu kupu2 ni mati dalam rumah ida...kesian..

'aku ingin menjadi seperti kupu-kupu yang terbang bebas di udara tanpa diganggu tanpa dibelenggu'

Saturday, March 21, 2009

Aku Kembali

Kehilangan aku dua tiga hari ini kiranya buat seseorg tertanya2 kemana menghilangnya idalara..terharu juga bila kehilangan aku dirasai oleh dia..ingatkan kita dah tiada dalam ingatan dia lagi...18 hingga 21 Mac (tghari tadi sampai semula ke rumahku syurgaku) lalu aku balik kampung di Umbai (lokasi ikan bakar )Melaka atas beberapa sebab..yang paling utama sekali tentunya nak menghilangkan rindu kepada emak abah..kedua nak tguk anak buah yang dah 44 hari dilahirkan..dan ketiga dan tak kurang penting sbb nak buat persiapan majlis kenduri kwen..hehehe...bukan idalara lah..tapi adik bungsu lelaki..bila dgr dua bulan lagi tu macam lama lagi padahal pejam celik dah sampai waktunya nnti...bakal isteri adik berasal dari Beruas Perak...maka akan ke Perak lagilah aku pada 6 dan 7 Jun nnti..sebagai anak perempuan sulung dalam family akulah yang jadi pakar perunding..tema apa nak buat masa kenduri nnti..gubahan mcmmana..pelamin dan baju kaler apa..tema dalam bilik penganti kaler apa dan mcm2 lagi,bukan tu saja...adik beradik nak pakai baju kaler apa..majlis untuk adik bungsulah katakan maka berbagai2lah hajat mak dan abah....Sibuknya aku mengalahkan aku pulak yang nak bersanding sekali lagi..hahaha..tak kuase..
Inilah wajah baby yang baru 44 hari..baby boy...anak kepada adik perempuan bungsuku..nama?alamak..apa nama penuh baby ni ek...hehehe..tak guna punya auntie..nama saya pun boleh lupa..
tenguk tu...baru 44 hari dah pandai senyum simpul...cutekan adik Irfan ni..

Wow...seriusnya baby ni..ntah apa yg difikirkan...penatlah aku nnti masa pak busu kwen...banyaklah tangan dok pegang2 aku..hehehe agaknya itu yg baby ni kata..

Ni aku kat Muar...adik pmpuan tu sibuk nak ikut menyoping.. penat dah baby ni menyoping sekali....kedai ni mng menyediakan kelengkapan perkahwinan dan emak dapat harga borong sebab kedai ni lah tempat mak aku dapat bekalan untuk perniagaannya.

Kak ipar..mak dan adik sibuk memilih...bukan pilih untuk adik yang nak kwen tapi alih2 beli sendiri punya...ish,ish,ish.hehehe termasuk lah aku yg berjaya mendapatkan sehelai kebaya nyonya sulam untuk dipakai masa ke rumah perempuan nanti...

Tokeh kedai senyum simpul sbb hari tu banyak masuk...kebaya sulam je 3 pasang..cadar pengantin..kain satin utk dalam bilik pengantin..karpet..langisr, kain lace dan ntah apa2 lagi..pada hal sebelum tu dah membeli langsir di Astana Moda di Bandar Melaka...(gambar tak disertakan..terlupa nak ambil..sbb teruja tguk kain cun2) aku pun dapat juga beli dua pasang...akan dipakai semasa majlis kenduri..(Syyyy..mak sponsor..hehehe)
Harap2 majlis untuk adik bungsu aku ni berjalan dengan lancar.. mak dan abah masih pening pikir siapa yang akan memasak untuk hari penting tu..memang mak dan abah tukang masak rumah kenduri..takkan rumah sendiri mereka pulak yang akan memasak...nak tempah kat org lain..mak tak yakin...so...aku adik beradik,sepupu sepapatlah yang akan mengambil alih tugas memasak.. sementara emak dan abah akan guide sampai siap..

Aku bercadang hendak menjemput kawan2 kat blog ni.....mudah2an sesiapa yang tinggal berhampiran dgn kampung halamanku aku dapat hadir..mst gempar dan best dapat jumpa kawan2 kat blog.
Insyaallah jika diizinkan..

Friday, February 20, 2009

Migrin Lagi.....

18 Feb..lewat 11 mlm..
Sejak petang aku mula diserang migrin lagi...hampir sebulan rasanya tk diserang...mak oiii..berdenyut2 pale ni..nk sentuh rambut pun rasa ngilu sgt...try tknk telan ubat kuning pekat tu...tp menjelang tgh mlm tmbh kuat denyutan..gagahkan diri bangun..renung wajah kedua2 permata hatiku yg lena dibuai mimpi. apa akan jd pd mereka jika tiba2 ibunya sakit dan tak terdaya buat apa2..ah...dtg kekuatan dalam diriku..aku harus kuat melawan apa saja yg datang..setakad migrin je..
19Feb..
Kepala masih berdennyut..tapi aku harus bangun...sarapan anak2 harus disiapkan..anak2 msti dikejutkan utk solat suboh..dan ke sekolah...siap urus anak2 ke sekolah aku menyiapkan diri ..aku ni mng degil...masih mahu ke ofis dgn pale berdenyut begini..ada yg mst aku siapkan dan letak atas meja bos sblm pukul 10 pagi..
9.00 pagi..siap tugasan..bos suruh balik jpe doktor..kwn2 ofis pun halau balik..hehehe..jgn pkir pasal keja..jgn pkir apa2...huh!!..boleh ke gitu?...
9.30 pagi...jpe doktor...stress dok kata..pikir apa?..keje? anak2?...bukanlah dok...otak saya ni tak boleh stop berfikir...masa tido pun berfikir..
10.00 pagi..naik atas(rumah sblh ofis jer)..telan ubat dan bummm...zzzzzz...jangan tido terus dah lah hehehe..

Thursday, February 12, 2009

Menu Sepanjang Hari

Pagi...anak2 tak gemar breakfast berat,cukup roti coklat atau roti kaya..so aku tak yah lah susah2 nak buat breakfast..tapi perutku mst diisi dgn bf yang agak berat...kalau takad makan roti..alamat mengigillah aku menjelang tghari..so inilah menu bf aku...my favoutite..bihun goreng..yang hitam tu daging bakar...hehehe..dah pekena bihun dgn kopi radix baru laju buat keja...n harini aku rasa ceria dan bertenaga...semua keja okeh...bos senyum sampai telinga...hehehe

Tengahari pulak aku balik masak...favourite anak2 ni...sambal tumis sotong sekor2...meleleh2 air lior anak2 balik sekolah bila bau ibunya masak..tapi aku tk makan sgt sotong..bnyk kolesterol...
Ini pulak goreng pisang panas2..ada sorg mamat ni baru buka gerai depan ofis aku...pergh...happy giler kitaorg...tkyah susah2 start keta nk g beli minum petang...minum dgn teh o panas...hmmm..
Ni untuk makan malam...baru beli kat pasar...nasi kaler biru kata anak2 ku...nasi kerabu..baru2 dok KL..aku cukup pelik tguk nasi kaler2 ni...skrg nasi nilah yg aku suka...mlm ni aku makan nasi kerabu..sbb tghari aku tk makan nasi...cukup lengkap menu mkn mlam ni..ada ulam dan daging...okeh ler tu.
Inilah menu untuk pagi hingga malam....sebelum tido nnti buat susu panas..then zzzzzzzZZZ..esuk bagun dgn sinar bahagia...sinar baru ,azam serta harapan baru.



"Jangan hidup kerana nak makan tapi makanlah kerana nak hidup"

Sunday, February 08, 2009

Tinggal Kenangan

Entah mengapa hati terpanggil nak buat entry ini..sekadar nak berkongsi dgn teman2 semua.Bukan meraih simpati maupun minta belas ikhsan.. Biarpun aku tak pernah kesal dengan apa yang terjadi namun kenangan tetap kenangan..18 tahun perkongsian hidup yang dibina bersama musnah kerana duit..sbnrnya wang bukan jadi punca jika kita tak jadi hamba duit....bila duit menguasai kita segalanya akan jd huru hara dan musnah...ada duit bnyak susah takde duit lagi susah..
Bila duit bnyak dalam tangan mulalah nk mencuba perkara yang tk pernah dilakukan dulu..spt..ke kelab..perempuan..arak dan yang paling dahsat..dadah..itulah punca segalanya..so..ingatlah teman2..jgn hancurkan kebahagiaan hnya kerana terlipa dan terleka dgn kuasa duit.

Gambar kenangan Tahun 1987 sewaktu persandingan di rumahku..segalanya kini tinggal kenangan yang masih tersimpan dalam sanubari.

Gambar di ambil Tahun 1996 semasa anak dua..Hari Raya..masih terbayang kenangan sewaktu bersama.

"Kebahagiaan tidak boleh dibina hnya dari sebelah pihak..keduanya harus ambil peranan"

Friday, January 30, 2009

Aku Bebas..Aku Merdeka..


Dua minggu..aku terseksa sgt..dua minggu aku rasa kehidupan peribadiku digugat..
dua minggu..aku rasa seperti terpenjara di rumahku sendiri..dua minggu..aku rasa seperti tiada kebebasan di mahligai indahku...
Semuanya gara2 adik lelaki bungsu ku yang berumur 26 tahun menumpang tinggal di rumahku..bunyinya mcm aku di seksa..bunyi seolah2 aku ni kejam sgt kerana terlalu berkira bila adik menumpang di rumahku....mcmne aku tak rasa sebegitu..segala pergerakkn ku terbatas..pemakaianku di rumah tiba2 jadi terlalu formal...
nak bersantai2 di depan tv memegang remote pun tak boleh aku lakukan..walaupun dia adikku sendiri tp asal bernama lelaki aku rasa tetap asing...aku rasa janggal sgt...mgkin kerana tiada lelaki dewasa lain dlm rumah selain anak2 lelakiku yg masih kecil...
Tapi sekarang aku bebas..aku merdeka..aku bahagia..bila adik lelakiku berpindah keluar dan menyewa bersama rakan2nya...kehidupan peribadiku kembali jadi normal..
aku bebas di rumahku sendiri..aku bahagia dgn cara hidupku..
Adik2 di luar sana..fahamilah..jgn diganggu kakak atau abgmu yang telah berkeluarga..
belajarlah hidup sendiri...belajar berdikari...berilah ruang kepada mereka untuk menjalani kehidupan berkeluarga...mengertilah...

"terkadang kita terpaksa berlaku agak kejam untuk mencorak kehidupan kita sendiri"

Tuesday, January 27, 2009

Penatnya dia...


Dua hari cuti hujung minggu di campur dua hari cuti CNY, cuma 1 hari saja aku bercuti...itupun sbb balik kg jumpa mak dan abah..selebihnya aku memerap si pejabat,menyiapkan keja2 yang bertimbun..dok mengadap PC dari pagi sampai petang, berhenti Solat..makan dan ke bilik air cuma...kadang2 rasa mata tak boleh nak buka..tapi dek kerana nak capai target..dayakan juga..sudahnya inilah jadinya..hehehe..
ntah bila anak aku snap pic ni..masa aku terlentuk kepenatan...10 minit dapat lelapkan mata barulah bertenaga semula sambung keja...ada org tanya..tak jemu2 ke dok kat ofis..hmmm..ntahlah..bg aku tiada istilah jemu,boring atau malas...kerana di sinilah rezekiku dan anak2.

" ikhlaskan hati buat apa saja pasti tiada rasa jemu atau bosan"

Sunday, January 25, 2009

Rindu Mengamit ku Pulang


Semalam 24hb Jan aku balik kampung,ada kenduri kat rumah sepupu aku berhampiran rumah mak...bukan lah berat sgt nk pegi rumah kenduri tu,sebenarnya aku gagahi balik (walau dah aku jangkakan tikat bas mng tkde)sebab rindu sgt kat mak dan abah aku.2 hari cuti hujung minggu di campur dengan cuti CNY ni aku dah ada target nak siapkan keja yang melambak kat ofis. Oleh sebab dah sebulan tak jumpa mak abah,aku ambil keputusan balik juga..so pg2 lagi aku call cab..menuju ke Stesen Komuter..biasalah...org penuh sesak sbb kebanyakannya nk balik kampung,tapi yang pendatang asing juga sibuk2 tu tak tahu pulak nk ke mana diaorg pagi2 hari tu...sampai Seremban..sah! tiket bas dah habis..terpaksalah naik bas Tampin..mak oii...sudahlah bas takde aircond..pale aku mulalah berdenyut2 menahan sakit..tapi wajah mak abah dah terbayang2 depan mata so aku gagahi dan harungi jua...1.30jam perjalanan sampai Tampin, naik bas nak ke Melaka Sentral pulak...sekali lagi bas takde aircond...sepatutnya perjalanan hanya 1 jam,oleh kerana kesesakkan lalu lintas maka perjlnan jadi 2 jam..demi mak dan abah tak mengapa...aku relakan apa saja asalkan aku dapat bertemu mak dan abah kat kampung. Akhirnya distinasi yang ku tuju sampai juga. Senang hatiku melihat mak dan abah tersenyum menyambut pelukan dan kucupan anaknya...bahagianya dapat bertemu mak dan abah...sementara mereka masih ada di dunia ini..atau ntah aku yang pergi dahulu dari mereka tiada siapa yang tahu...
So...teman2 yang punyai ibu dan ayah...pulanglah bertemu mereka bila ada kesempatan selagi mereka masih ada di muka bumi ini..sesungguhnya Ayah Bonda adalah harta yang tiada ternilai di dunia ini. Memandang wajah mereka adalah pahala bagi kita apa lagi membahagiakan kedua mereka.

"Ayah dan Ibu itulah permulaan kita"

Thursday, January 22, 2009

Bila Cuti Datang Lagi

Jika orang lain sibuk menghitung hari nak bercuti
berbeza pulak dgn aku ni...
aduhhh..boringnya bila cuti datang lagi..
pulak tu empat hari..
Mana nak pegi ek..nak balik kampung..
baru sangat aku balik kg.
nak pegi makan angin..dok hotel..
makan2 shopping..aku bukannya mampu.
kalau aku buat macmtu alamat terkucillah
budjet aku bulan ni....
Kesudahanya memang aku tak bercuti..
siapkan apa yang patut kat rumah,
then datang ofis..
Bos dah siapkan keja2 yang aku kena
buat masa cuti panjang ni...
bestnya..banyaklah OT aku bulan ni ..
Alhamdulillah...so...
cuti2 tu ada hikmah buat diriku.
Tambah sedikit pendapatan dengan
bayaran OT yang aku buat.
Siap buat OT...apa lagi dok mengadap
buah hati pengarang jantung aku..
IDALARA.BLOGSPOT.COM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...