Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, January 22, 2011

Akhirnya dia ku miliki walaupun sementara...

Bismillah..Assalam...

Bagaimana harus ku hindari
Rasa cinta yang hadir
rasa yang datang bersama
rindu dendam yang terlalu
patutkah aku membiarkan
diri sendiri menjeruk rasa
hingga penghujung masa atau
membiarkan bunga cinta layu
sebelum waktunya..


Hah! jangan salah faham pada tajuk dan puisi kat atas ni...gimmik je tu...langsung takde kene mengena dengan entry aku kali ini....

Sebenarnya aku cuma nak share hobi aku.....Salah satu hobi waktu lapang aku ialah membaca novel..sejak kebelakangan ini aku lebih suka membaca novel berunsur Islami..bila baca novel2 macamni banyak pengetahuan berguna yang kita boleh dapat....tapi rasanya dah agak lama aku tak beli novel...budget untuk beli novel terpaksa di 'cut' kerana belanja sekolah anak2 lebih penting..

Namun...alhamdulillah..akhirnya dapat juga aku miliki dua novel yang aku cari2 selama ini...memiliki bukan bererti aku membeli tapi diberi pinjam oleh officer aku di pejabat..kebetulan dia juga peminat tegar novel.. bila dia memborong novel....aku pasti diberi pinjam...ok lah sangat2...walaupun novel ini telah lama berada di pasaran.

"Ketika Cinta bertasbih" episod 2..episod 1 telah lama aku habiskan bacaannya...juga dipinjam dari officer aku yg baik hati itu....tak sabar nak mulakan membaca kerana nak tahu kesudahan cerita menarik ini...tapi mood untuk membaca belum terbuka lagi jadi aku peram dulu sehari dua..

Manakala "Bagaikan Puteri" adalah siri pertama dari cerita "Cinta Sang Ratu"karya Ramlee Awang Murshid...aku dah baca cerita "Cinta Sang Ratu" lepas tu baru tahu cerita itu adalah kesinambungan dari cerita "Bagaikan Puteri"takpe lah yang penting aku dapat juga baca kedua2 novel ini.

Kalau dah mula membaca dalam sehari dua pasti habis kedua2 buah novel ini..."La Tahzan" baru baca setengah...bagaimana pula AlQuran...insyallah tetap jadi bacaan wajib aku......sekarang aku sedang ABC jadi dapatlah aku hadap dua2 novel ni....

22 comments:

kak Erna said...

salam ida..walaupun peminat tegar..novel..tapi sekarang ni.dah banayk kurangnya membeli..
baru2 ni beli karya norhayati dengan aisya sofea yang terbaru aje..dan habis pun baca..

bard bahtiar said...

org pmpuan mmng x leh lari dr suka baca novel kan..kan...hehehe..sy kalau baca kak,baru baca sinopsis dh trtido! akakaka..

IMANSHAH said...

alhamdulillah, saya memang xberkesempatan memasak kak..masak pula baca..ntah dulu memang pengumpul novel..skrg masa membataskan segalanya

kakcik said...

Ida...

Bagaikan Puteri itu sebenarnya ada 4 siri... kakcik dah baca keempat2nya. Sekarang ni kakcik cuma beli novel2 karya RAM sahaja... :)

abadi romeo said...

aduh..lelaki tak de masa nak baca novel..sibuuuukkkkk....walaupun aku juga peminat tegar karya satera..walaupun nama abadi romeo aku tak minat novel cinta.
Ingat nak cari Novel Interlock...pinjam kat budak sekolah..jimat...hehehehehe

khaifaiz said...

membaca amalan mulia.. Tapi novel paling tak suka nak baca.. tak tau la kenapa.. kalau majalah kereta tuh memang celik mata.. setiap keluaran dok kumpul

ber_u_wang said...

selamat membaca... kalau itu boleh membuat ida tenang..

kakyon said...

rajin ida mmbaca novel.teruskan selagi ada minat.cam akak ni baca surat khabar pun kekadang trlepas..

azieazah said...

Kalau ramai macam IDA yang minat novel, akan bertambah majulah industri penulisan novel di negara kita...

yua said...

saya peminat setia novel ramlee awang mursyid. hasil tulisan dia mmg superb

hysman said...

saya tak penah baca novel..
tp ade ramai kwn pompuan yg minat baca novel...
somtyme wanita dgn nivel takleh dipisahkan..

wanita dgn novel juga hatinya mudah tersentuh,paham situasi kehidupan manusia.. saye sukaaa...
hehehe

Idalara said...

Hysman...
jrg2 lelaki minat baca novel..selalunya pompuan yg lebih beremosi bila baca novel..

Idalara said...

Yua..yup kak ida pun dah jatuh cinta dgn karya RAM..best..

Idalara said...

Azie..
sebenarnya ramai pemminat tegar novel ni..itu sebab penulis yg menghasilkan karya yg bermutu boleh hidup dgn hasil penulisan novel

Idalara said...

kakyon..
memang minat sgt tp kdg2 tu tak sempat baca..bila letih baru pegang dah lelap..

Idalara said...

ber_uwang..
yup bila membaca lupa segalanya..

Idalara said...

Khaifaiz
biasalah lelaki mana suka baca novel..ooo..khai suka majalah tntng kereta..oklah tu..mst ada niat pakai kereta2 mewah ni.

Idalara said...

abadi romeo...
ada gak lelaki yg suka baca novel...(tu awie dlm filem afdlin shauki..).novel interlok..sebab jd issu panas tu yg nak baca kan..

Idalara said...

kakcik..
la..ye ke..ni nak kena pinjamn dgn kakcik ni...tak tahu pun..tu lah sekarang ida pun dah jatuh minat kat RAM ni.

Idalara said...

Imanshah..ye lah manalah iman sempat nk baca novel..akak tguk sibuk manjang jer...tp mujur gak sibuk2 sempat singgah bg komen kt blog akak....terimakasih iman.

Idalara said...

bard
umpama irama dan lagu kot..itulah namanya perempuan..tapi ada gak perempuan tk suka baca novel, tak suka memasak, tak suka berkemas...hehheh

Idalara said...

Assalam Erna
samalah ida pun jarang membeli sebab budjet tkde..ni pun sebab dapat pinjam dr kwn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...