Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, April 28, 2009

Tertidur Dalam Bas Sekolah...

Buah hatiku Abdullah Zaki
Siapa harus dipersalahkan bila seorg murid tertidur dalam bas sekolah..hingga mengakibatkan kematian?..kecut perutku bila mengingati kejadian beberapa tahun yang lepas..

27Apr (semalam) seawal jam 7 pagi aku menemani abdullah zaki menunggu bas sekolah..biasalah bas akan lambat bila pemandunya tidak menepati masa. Waktu itu aku tenguk abdullah zaki dah terliang liuk menahan mengantuk...penat semalam (ahad) masih tak hilang dek kerana beriya2 bermain bolek sepak dgn teman2...hampir 7.30 barulah pemandu bas yang berwajah layu sampai dengan sebuah bas panjang berhawa dingin...setelah aku pastikan abdullah zaki selamat ditelan perut bas akupun beredar.

Aku naik ke rumah dan bersiap sedia untuk ke pejabat..kira-kira 20 minit kemudian aku terdengar satu suara yg sangat aku kenali memanggilku..terkejut tahap gaban aku dibuatnya..sepatutnya waktu begini dia di sekolah tapi, tiba2 dia tercegat di hadapanku dengan wajah pucat..

'Kenapa dik?'
'adik tertidur dalam bas, pakcik tu tak nampak adik.."
'ya Allah...pastu bila adik sedar..?'
'masa bas dah berhenti kat rumah pakcik tu.."
'abistu sape antar adik balik?'
'pakcik bas lah..'
'nape adik tk suruh pak cik tu antar kat sekolah?'
'adik takut cikgu marah'
'taklah..cikgu tak marah'

siapa nak aku salahkan? pemandu bas atau anak aku..

aku mengurut dada..serta merta aku teringat satu kejadian yang telah meragut nyawa seorang budak sekolah kerana tertidur dalam van sekolah..akibat kepanasan dan tak cukup udara dia meninggal dalam van tersebut..minta di simpangkan Allah.

menurut kata abdullah zaki..dia terlelap semasa dalam bas..dek kerana bas besar dan anakku kecil maka pemandu bas kurang bertanggungjawab itu tak perasan sorang budak tertinggal dalam basnya..mujur pintu bas tak dikunci..abdullah zaki terjaga dan turun mendapatkan pemandu bas tersebut..mungkin kerana terkejut abdullah zaki minta dihantar ke rumah..

aku menelefon pemandu bas tadi meminta penjelasan..dia sedar kesilapannya dan memohon maaf padaku..aku beri pandangan kepada pemandu bas itu supaya memeriksa basnya sebelum turun, untuk memastikan kejadian seperti ini tidak berulang lagi..bayangkan apa jadi pada anakku jika pintu dikunci dan pemandu bas pulang ke rumah kemudian tidur..tak dapat aku bayangkan.

Sunday, April 26, 2009

1001 lelaki -Lelaki dan tekanan..

( gambar sekadar hiasan)

Siapa kata lelaki tidak mempunyai tekanan berbanding wanita? ramai yang beranggapan perkara mudah yang remeh tidak perlu diberi perhatian. Sebenarnya tekanan ada di mana-mana. Ada dikalangan kita yang tidak pernah menghiraukan dan mengambil mudah tentang tahap kesihatan, kebersihan dan kecergasan diri.

Mengatasi tekanan kerja

Lelaki sentiasa dibebani dengan berbagai bebanan dan tugas kerja yang banyak dan berat. Sekiranya anda tergolong dalam begini anda harus bijak membahagikan tugas yang besar kepada lebih kecil. Oleh itu anda tidak akan merasakan tekanan kerja yang terlalu berat.

Anda juga boleh melakukan sebarang kerja yang anda gemari ketika berehat sperti membaca buku, berjalan dalam pejabat, menegur teman2 atau menikmati secawan kopi.

Anda harus bijak menghindari sebarang gangguan. Anda juga perlu fokus dengan apa yang hendak anda lakukan.

Hiaskan meja di tempat kerja dengan gambar orang2 tersayang atau tumbuhan yang memberikan suasana damai di sekeliling tempat anda.

Bukan saja perempuan malah sebagai seorang lelaki anda harus pandai menghias meja agar tidak berserabut..

Rancang setiap urusan

Lelaki sentiasa 'berlagak' seperti seorang pejuang. Mereka sentiasa menginginkan sesuatu kemenangan..tidak salah berfikiran begitu sekiranya anda mempunyai perancangan awal..buat perancangan awal agar anda dapat memgerjakan segala urusan dengan mudah.

Beri keutaman kepada keperluan hidup

Utamakan apa yang diperlukan oleh anda terutamanya tentang keperluan hidup anda. Dapatkan rehat yang cukup dan tidur yang sempurna serta mengambil makanan yg mencukupi, itulah yang dipanggil keperluan asas kehidupan dan keperluan itu boleh ditampung dengan beberapa kaedah lain seperti senaman untuk melegakan fikiran dan memperbaiki sistem imunisasi badan anda.

Habiskan masa hujung minggu dengan riadah

Apakata bila tiba hujung minggu anda menghabiskan masa bersama keluarga, bercuti atau menghabiskan masa terluang dengan memancing sudah pasti dapat merehatkan minda dari tekanan dan masalah. Jika berpeluang pulanglah ke kampung menziarahi ibubapa dan sanak saudara, hal ini bukan saja akan dapat merapatkan tali persaudaraan malah mampu menjadi terapi yang baik untuk kesihatan.

Sentiasa berfikiran positif

Sesetengah lelaki sentiasa berfikiran buruk dalam setiap keadaan, tekanan atau stress bukanlah petanda terhadap kekurangan seseorang tetapi ia merupakan kejadian normal dalam hidup manusia, tekanan dan kemurungan juga merupakan perasaan yang dapat memberi kebaikan kepada kita kerana ia mengajar kita bagaimana cara hendak menyelesaikan sesuatu masalah dan juga memberi kekuatan menghadapi kehidupan.

xtra!!!

Cara tidur mempengaruhi kemasukan oksigen
Tahukah anda sebenarnya cara tidur juga mempengaruhi kemasukan oksigen? Bagaimanakah cara tidur anda tiap hari? Kebanyakan lelaki suka tidur meniarap, posisi begini sebenarnya memberi kesan kepada kesihatan, cara ini tidak baik kerana ia akan mengurangkan kemasukan oksigen di dalam rongga paru2, kesannay anda akan mengalami sakit kepala dan pening sebaik saja bangun dari tidur!

Saturday, April 25, 2009

Aku...Manjakan Diriku..

18 April 2009...seorang diri membawa diri di tengah2 perut ibukota..bandaraya Kuala Lumpur..aku lebih suka bersendirian jika mahu menenangkan fikiran..berjalan tanpa hala tanpa arah..makan apa yg teringin..jelajah dari satu kedai ke kedai yang lain..tanpa rasa letih dan jemu...tiada kongkongan tiada siapa menghalang...bestkan begitu..tapi sampai bila harus sendiri...????hmmm..tiada jawapan untuk soalan itu.
Setelah melalui beberapa insident yang agak melara jiwa dan menyedihkan hatiku..aku rasa tiba masa untuk memulihkan semangat yg kadang2 seperti terhenti seketika...sesekali aku perlu manjakan diri sendiri dan hatiku.....sebab tiada siapa nak manjakan aku sekarang..hehehe.
Setelah mengenepikan semua perbelanjaan sekolah anak2, segala bil2 yg perlu dilunaskan dan belanja harian... aku rasa mahu membeli belah untuk keperluan aku pula..agak lama juga aku tak berbelanja untuk diriku sendiri..selalunya kepentingan diri ditolak ketepi..bila betul2 rasa berlebih barulah aku menyoping untukku pula..bestkan bila dapat shoping selalu..tapi aku ...sangat terhad, sangat terbatas...dalam segala hal keperluan anak2 yg lebih aku utamakan...sebab akulah ibu akulah ayah..tak pandai mengatur aliran kewangan, segalanya jadi kucar kacir.
mula2 sekali yang aku cari ialah tudung 'ikin'..haritu dapatlah 3 helai, hitam, coklat dan kuning pekat ....tudung begini aku cuma gunakan semasa ke ofis...mudah dan cepat..baru2 keluar dulu harganya menjangkau rm55 ke rm60, memang tak mampu aku nak beli..tapi sekarang dah murah sikit..puas hati dapat apa yg dihajati...
Melangkah kaki ke Sogo..aku lebih suka membeli beg dan kasut di Sogo..tapi pastikan ada 'sales'..tepat masanya..ada sales..inilah sepasang kasut dan handbag yg dapat aku beli setelah dua jam berlegar2 memilih...bila dah membeli waktu begini biasanya handbag dan kasut ni aku akan simpan untuk majlis2 tertentu..bila membeli aku selalu amalkan 'alah membeli menang memakai' sebab itu tahan bertahun lama...lagipun aku jarang dapat bershoping...
Sebenarnya gambar yang tak berapa nak clear ni ialah telekung..aku rasa perlu membeli sepasang lagi untuk kegunaan di rumah...walaupun aku baru saja dapat hadiah dari officerku yg baru balik dari Bandung...

handbag berjenama..................alah membeli menang memakai..

Kasut berjenama 'sembonia'...aku bukan jenis suka bermegah2 dan menunjuk2 tapi aku nak bahagiakan hatiku sendiri...rasa gembira dapat memiliki apa yg dihajati...dan hasil dari titik peluh bekerja seminggu 7 hari...siapa yg nak bahagiakan hati aku kalau bukan aku sendiri...

Selepas ini aku tidak akan bershoping untuk jangka masa yang panjang, dapat apa yg di cari..hati rasa puas dan gembira dapat tenangkan fikiran di tengah2 ibukota yang tak tenang itu..pelikkan..orang cari ketenangan di tempat2 sunyi, di tepi2 air terjun dan di laut..tapi aku sebaliknya..itulah diriku...

Tuesday, April 21, 2009

Tips Mulakan Sesuatu Perhubungan


Ingin memulakan perhubungan dengan seseorang?..tentu sukar mendapat teman sehati jika kita tidak mengenali dirinya dengan baik..mulakan perhubungan sebagai teman biasa..bila rasa serasi dan sehati barulah melangkah lebih jauh...berkawan dan mungkin terus bercinta...mudah2an tips2 di bawah boleh membantu kita memulakan perhubungan dengan seseorang.

1. Kenal hati budi pasangan dan belajar untuk mengenalinya secara telus, apabila kita sudah terbiasa dengan sikap dan tingkah lakunya itu memudahkan kita untuk memikirkan samaada ingin meneruskan hubungan dengannya atau tidak.

2. Jadilah pendengar yang setia dan luangkan masa bersama dengannya sekiranya anda punyai masa terluang. Sikap ambil berat yang kita tunjukkan kepadanya akan dapat membantu dalam memulakan sesuatu perhubungan.

3. Sentiasa mengingati setiap tarikh penting walaupun hanya dengan sebaris 'sms'..itu sudah cukup menunjukkan yang anda benar2 menghargainya.

4. Belajar mengawal kemarahan itu lebih baik daripada anda sentiasa ego tidak bertempat

5. Belajar untuk hidup berdikari dan pandai menjaga diri sendiri. Itu adalah asas dalam memulakan sebuah perhubungan dan jangan terlalu bergantung pada dirinya.

6. Sentiasa bersikap terbuka dan dapat menerima sebbarang pendapat yang diberikan. Kita harus bijak untuk berkongsi setiap perkara dengan dirinya.

"perhubungan akan kekal jika penuh dengan keikhlasan dan kejujuran"

Monday, April 20, 2009



Ada 'sepasang' mata

yang tak pernah

terlepas memandangku

melihat gerak geriku

memerhati tingkah lakuku

tetap tak pernah terkurang

walaupun sesaat cuma

melihat saat duka dan tawaku

memandangku waktu aku lara

memerhatiku saatku hampir

terlupa pada mata itu..

mata yang sentiasa mengekoriku

menjaga hatiku agar tak terlupa

sujud kepadaMU

tak lalai mengabdikan diri padaNYA

Kemanaku lari mata itu sentiasa bersamaku.

Friday, April 17, 2009

Alhamdulillah..Semuanya Selamat.

Keletah Abdullah Zaki di Stesen Komuter Seremban
Di Perhentian bas express Melaka Sentral


Bersama bonda tercinta di Terapung(pusat ikan bakar)


Alhamdulillah..aku sampai di Melaka Sentral kira2 pukul 11 pagi..kak ipar dah menunggu..tanpa berlengah kami terus ke kampungku, Kg Umbai yg terkenal dengan ikan bakar...tak sabar2 rasanya nak berjumpa bonda tercinta...alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran pada ilahi kerana mak tidak mengalami kecederaan serius..walaupunbegitu aku masih tak berpuas hati sbb mak tak mahu berjumpa doktor..biasalah orang tua...jatuh pun dikatanya sikit je..puas kami adik beradik pujuk mak jumpa doktor tapi mak tetap tak mahu..dah berurut katanya.

Abah pula aku lihat bertambah sihat dan ceria..sibuk membetulkan rumah kerana kenduri yg bakal tiba tak lama lagi...terharu tenguk mak dan abah sihat dan gembira menyambut kepulangan ku walaupun sebentar...betul..mimpi hanya permainan tidur yg kadang2 menakutkan kita...


Bila dah tenguk mak dengan mata kepala aku sendiri, baru lega hatiku..memangpun tenguk dari mata kasar mak tak apa2, cuma aku takut kesannya akan datang kemudian...apa2 pun aku tetap berpesan pada mak supaya berhati2...mak tinggal sorg2 bila abah takde..kalau apa2 berlaku siapa yang nak tolong..itu yang aku risaukan...aku sentiasa memanjatkan doa muga mak dan abah sentiasa dilindungi, sentiasa sihat dan selamat.

Setelah puas bersembang dgn mak dan pastikan mak tak apa2, aku pulang ke Sepang petang itu juga..letih tapi aku puas hati..dan tak putus berdoa muga mak dan abah dilindungi Allah...sempat juga aku merasa masak asam pedas mak..hmmm...sedapnya..


Terimakasih kepada teman2 setia yang tak jemu singgah memberi pandangan dan kata2 semangat pada aku..jasamu tetap dikenang..dan kepada teman2 yang masih mempunyai ibu dan ayah...ziarahilah mereka selalu..semasa hayat mereka masih ada..bukan wang ringgit yg mereka mahukan dari kita tapi sikap perihatin, kasih sayang dan ingatan dari kita yang mereka mahukan.


Ayah dan ibu itulah permulaan kita..

Tuesday, April 14, 2009

Bonda...Nantikan Kepulanganku...


Abah meninggal dunia? aku mcm tak percaya,abah sihat2 aku tenguk........sedihnya aku bila kehilangan abah hinggakan aku terisak2 menangis.....terjaga dari tidurku.... bermimpi rupanya.....jam 2 pagi..ah..mimpi cuma..seawal pagi, sesudah subuh..aku terus menelefon mak..tanya khbr..abah sihat..dah ke surau solat berjemaah...mak masih atas sejadah..alhamdulillah...lega hatiku.

Petang tadi gerak hati buat panggilan lagi..aduh..terkejut sgt2 bila mak kata mak jatuh di dapur baru sekejap...mujur tak apa2..tiada kecederaan serius, dah pegi urut kata mak...tapi hatiku melonjak2 nak balik nak tenguk mak..napelah aku tkde kenderaan (awal 2006 kereta kesayanganku ditarik finance kerana dah tak mampu nk bayar ansuran..seksa patah kaki..)..call adik di Bangi..dia out station pulak..sabar wahai hati..sabar..mak tkde apa2...aku dah rasa nak menangis..dah menangis pun..kalaulah aku bersayap..


p/s Baru tadi aku menangis lagi..airmataku laju seperti hujan kat luar sana.....baca email sorg teman..kisah sedih dan pilu dia..(nape ni aku asik menangis je harini) ah..rahsia antara aku dan dia..rahsia hingga ke hujung nyawaku...itu janjiku pada dia.


Nak balik dah petang2 begini sure aku sangkut kat Seremban..ada ke express ke Melaka malam2....sabar wahai hati..doakan mak tak apa2..mng tak apa2 pun..itu kata mak..dia tak mahu aku susah hati..dia tahu aku anak ynag mcmne..mak demam sikitpun hati aku melompat2 nak balik..mak..dia saja yang aku ada..abah pun ada tapi abah lain..lelaki..mana mengerti hati sesama perempuan.


Akhirnya keputusan telah termetri dalam hati..walaupun mak kata tak payah balik..............pagi2 esuk aku akan balik tenguk mak...walau sekejap, aku akan balik..walau susah payah melompat dari satu bas ke satu bas..aku tak kisah..janji aku dapat tguk mak dengan mata kepala ku sendiri..anak2 terpaksa ku tinggalkan dgn kakak diaorang sbb sekolah...sebelum hari bertukar gelap aku pastikan akan pulang ke sini semula..insyaallah...


Mak tunggu anak mak balik ye...Ya Allah permudahkan perjalananku esuk..


p/s..sejak semalam mata kiriku berkelip2..aku pasti akan menangis bila mata kiriku berkelip2..(bukan percaya karut marut)..tapi itulah kebenaran yg akan terjadi pada ku..isyarat yg aku terima jika aku akan menangis..dan hari ini terlerai semua pertanyaanku, mengapa mata kiriku berkelip2..aku menangis kerana mak dan kerana kisah sedih seorg teman...

Monday, April 13, 2009

Hujan Dan Airmata

Hujan kala ini
Umpama airmata yang
tak pernah berhenti mengalir,
Meskipun wajah mempamir
senyuman
di sebalik hati nan rawan...
Hujan kala ini
mengundang seribu resah
yang kerap menyapa
kamar hati yang sepi...
Hujan kala ini
buat hati mengemis
pada rindu kelmarin
yang makin kerap bertamu.
Hujan kala ini
adalah airmataku...

Sunday, April 12, 2009

Suami Bercinta Dengan Isteri Orang...Kenapa...?


Setiap wanita memiliki daya penarik tersendiri, termasuk kecantikan, kemolekan bentuk tubuh, keperibadian atau statusnya. Bagaimanapun, bagi seorang lelaki , daya penarik seorang seorg wanita itu dinilai daripada aspek kecantikannya. Maka tidak hairanlah lelaki yang telah berumahtangga meminati atau jatuh cinta kepada isteri orang..yang menurut mereka lebih berpengalaman dan matang.

Kita biasa disogokkan dengan cerita bagaimana suami org menjalin perhubungan cinta dengan isteri orang..mungkin dikalangan kita ada berlaku perkara tersebut. Hubungan yang dimaksudkan tidak kiralah sekadar hubungan cinta atau melibatkan hubungan intim yang menyalahi hukum2 Agama.

Sebenarnya banyak kemungkinan yg menjadi sebab mengapa seorang lelaki berstatus suami tertarik pada wanita yang telah berkahwin...biar sedalam manapun cinta kedua pasangan itu, mereka tetap tidak boleh bersatu.

Biar apapun alasan yang diberikan oleh pasangan terlarang ini untuk membela diri, namun yang pasti senario songsang ini seharusnya tidak harus dibiarkan, ini kerana bukan sahaja salah disudut agama tetapi dalam masa yang sama meruntuhkan sesebuah institusi rumahtangga.

Justeru, bagi lelaki berstatus suami di luar sana berfikirlah semasak2nya sebelum terjerumus dalam hubungan terlarang ini....Sedarlah bahawa kekasih gelap anda itu tidak mungkin mampu menjadi sebaik isteri anda.

Fikirkan juga bagaimana perasaan isteri anda dan letakkan diri anda di tempat mereka apabila mengetahui bahawa insan yang disayangi sanggup berlaku curang dengan orang lain di belakang anda.

Risiko Menjalin Hubungan Terlarang

1. Terpaksa menjadi penipu
Bagi melepaskan diri, anda perlu menjadi seorang penipu, biarpun adakalanya diri dibelenggu rasa bersalan, namun dek kerana ingin bertemu buah hati, anda terpaksa melukakan hati pasangan tanpa pengetahuan mereka.

2. Terpaksa merahsiakan hubungan
Merahsiakan sesuatu hubungan merupakan suatu yang meletihkan...malahan melibatkan diri dalam hubungan sulit seperti ini akan membuatkan anda kehilangan keyakinan diri untuk menikmati hubungan yang indah..anda terpaksa bertemu cara rahsia takut pertemuan anda dapat dihidu isteri anda atau dilihat oleh teman2 anda maupun teman isteri anda...tentu rahsia anda akan terbongkar!

3. Anda mungkin kecewa
Menjalin hubungan cinta dgn isteri orang tidak akan membawa hubungan anda ke mana2...ini kerana sekiranya anda benar2 mahu memperisterikannya, dia perlu berpisah dgn suaminya dahulu..jika tidak, dia mungkin tidak akan menjadi milik mutlak anda untuk selama2nya...akibatnya anda sendiri akan kecewa.

4. Pemusnah rumahtangga orang lain.
Jangan sekali2 menganggap abda beruntung kerana anda seorang lelaki. Bagaimanapun, segera muhasabah diri dan fikirkan kembali apa yang anda lakukan. Ingat! sekiranya hari ini anda mengambil hak orang lain, tidak mustahil orang lain pula akan mengambil hak anda suatu hari nanti.

Tapi apa yang paling penting ingatlah pada dosa yang anda lakukan..lebih2 kepada isteri yang menjalin hubungan dengan suami orang...tidak terampun dosa seorang isteri yang menduakan suami selagi dia tidak berterus terang dengan suaminya dan memohon keampunan dari suaminya.

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji"

Saturday, April 11, 2009

Wang itu Bahagia?

Dalam kehidupan ini setiap daripada kita sentiasa mendambakan dan merindukan sesuatu yang bernama bahagia. Hampir tiada seorangpun di dunia ini ingin hidupnya sengsara dan derita.

Ada orang menganggap bahawa kebahagiaan itu akan diperolehi apabila mempunyai wang yg banyak, sehingga waktunya dihabiskan hanya untuk mencari wang..itu hamba wang namanya...dia beranggapan apa saja akan jadi mudah dengan wang..betapa besarnya pengaruh wang dalam kehidupan...ramai yang sentiasa bekerja siang dan malam, untuk mendapatkan wang sebanyak-banyaknya.

Sememangnya tidak dinafikan wang sangat perlu dalam kehidupam manusia masa kini..tiada wang pun manusia boleh jadi derita dan tidak bahagia... akan tetapi...

Wang boleh beli rumah tapi bukan kediaman.

Bagi orang yang benar2 beriman mereka yakin bahawa wang bukanlah satu2nya kunci untuk meraih kebahagiaan...kerana orang yang banyak wang belum tentu merasa bahagia. Dengan memiliki wang yang banyak, org mampu membeli rumah mewah, tapi belum tentu menjadi tempat tinggal yang nyaman jika penghuninya sering resah gelisah.

Wang boleh beli katil tapi bukan tidur yang lena

Orang yang tinggal di rumah mewah, tidur di katil besar dan bertilam empuk, belum tentu berasa bahagia dan dapat tidur nyenyak jika hidupnya jauh dari rahmat dan berkah dari ALLAH dan tak mustahil jika selalu diliputi rasa cemas kerana hatinya ketandusan keimanan.

Wang boleh beli ubat tetapi bukan kesihatan

Apa guna harta benda dan wang ringgit jika kita tidak dapat menikmatinya. walaupun kita mampu membeli ubat dan mendapatan rawatan yang mahal, tetapi jika kita sentiasa sakit, tentunya kita tak akan bahagia. Anugerah kesihatan merupakan nikmat yg sangat tinggi nilainya selain anugeraj keimanan.

Wang boleh membeli seks tapi bukan cinta sejati.

Dengan duit yang banyak tanpa diiringi keimanan, orang boleh menutut segala tuntutan nafsu seksualnya. Orang begini tidak akan mendapat kasih sayang yang hakiki bahkan sentiasa mengancam dirinya dan keluarganya. "Dan janganlah kamu mndekati zina, sesugguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk".

Wang boleh membeli harta benda tetapi bukan kebahagiaan.

Jika dilihat dengan matakasar, kia sering menilai seorang yang kaya denga harta benda dan wang ringgit hidup bahagia..namun adakah itu bermakna hati dan jiwa mereka bahagia? Ada yang hidup kaya raya tetapi jiwa mereka kosong, masih tercari2 apa yang ingin di isi untuk memiliki bahagia yang hakiki.

Wang bukanlah segala-galanya.

Kunci kebahagiaan itu tidak terletak pada banyaknya wang mahupun harta benda milik seseorang. Kunci kebahagiaan ada pada diri manusia itu sendiri. Orang yang benar2 beriman dan selalu ingat kepada Allah, dijamin akan hidup bahagia dan tenteram.

"Ingatlah, hanya dengan mengingat ALLAH lah hati menjadi tenteram"

P/s jika diberi pilihan kita mahukan kedua2nya wang dan kebahagiaan..tapi mampukah kita sebagai manusia di muka bumi Allah ini memiliki segala yang kita hajati...

Tuesday, April 07, 2009

Bina Keyakinan Diri


1. Pakailah pakaian yang membuat anda berasa yakin. Orang yang paling memikirkan pakaian anda, adalah diri anda sendiri, jika anda merasa tidak terlihat baik, maka itu mempengaruhi pembawaan anda.

2. Berjalanlah dengan lebih cepat, teratur dan penuh bertenaga...pastikan tidak membongkok semasa berjalan.

3. Perhatikan postur dan bahasa tubuh anda..sentiasalah tampil dengan penuh yakin dan bergaya..

4. Dengarkanlah kata2 yang bermotivasi. Kata-kata motivasi yang terbaik adalah diri anda sendiri. Berkata-katalah di hadapan cermin.

5. Bersyukurlah, sediakan waktu khusus untuk itu, solat, berdoa dan bermuhasabah.

6. Hargai dan pujilah orang lain.

7. Duduklah di barisan hadapan kecuali di panggung wayang atau di kerusi VIP.

8. Berbual-buallah jika anda rasakan perbualan anda itu perkara yang baik...jika tidak lebih baik berdiam diri.

9. Biasakan memberi, bersedekahlah, beramal atau membuat sumbangan..kalau tak mampu dari segi kewangan apakata dari segi tenaga dan pandangan bernas.
10. Sentiasa murah dengan senyuman..kerana senyuman membuat orang yakin pada anda.
Umur itu bayangan jiwa....
Jika kau telah melupakan segala impian
Jika tiada lagi harapan,jika kau tidak lagi memandang ke depan,
Jika bahang azammu telah kedinginan
Maka tualah kamu sedemikian.
Tapi jika kau menikmati hidup penuh daya
Dan dalam hidup kau masih mampu berjenaka
Jika kau masih cinta pada asmara
Maka pastilah kau masih belum tua.
Walaubagaimana masa itu berlalu
Walau berapa hari jadimu yang berterbangan
*dipetik daripada buku 'berani Gagal, P.S Lim'

Sunday, April 05, 2009

Apa Sebenarnya......

Teman2 yang tidak pernah tahu apa sebenarnya berlaku hinggakan rumahtanggaku menemui kehancuran..sering bertanya..apa sebenarnya..apa berlaku..sedangkan aku dan suami merupakan pasangan yg sgt bahagia..hinggakan kami pernah dianugerahkan 'best couple of the year' di tempat tinggal ku dulu.

Bukan untuk membuka kembali memoir silam yg buat aku dan anak2 trauma, bukan mahu menyiram air garam ke atas luka yg hampir sembuh,.bukan juga ingin menceritakan aib sesiapa..lebih2 lagi bekas suamiku..
Sekadar ingin berkongsi dgn teman2 di sini yg ku rasa sgt memahami dan menerima aku seadanya...dan mengambil iktibar atas apa yg belaku.

Ada sebab mengapa Allah SWT mengharamkan dadah, arak dan pils yg mengkhayalkan..kerana benda2 haram tersebutlah manusia menjadi lupa diri..menjadi bukan diri mereka dan melakukan apa saja yg tak masuk dek akal..

Apa yang berlaku kepada diriku dan anak2 tak mungkin aku lupakan selagi aku bernafas.. luka itu telah sembuh cuma meninggalkan parut yg masih segar. Bertahun lamanya aku dan anak2 dikejar mimpi ngeri dan menjadi igauan dalam tidur kami..hinggakan anakku abdullah zaki jatuh sakit akibat terlalu trauma dgn insiden itu....baru kini aku dan anak2 merasa tenang dan damai..Alhamdulillah.

Semuanya bermula saat suamiku tamat perkhidmatan dalam angkatan tentera di awal tahun 2002....mata hatinya jadi tertutup bila mendapat wang ganjaran semasa berkhidmat...taklah banyak bagiku jika setakad RM70 ke 80 ribu..tapi sebab duit, iman yg senipis kulit bawang, dia jadi kelabu mata...dia mula lupa diri dan terbabit dengan perkara2 yang salah disegi Agama..hampir tiap malam dia pulang menjelang dinihari dalam keadaan mabuk...bertahun aku cuba bersabar dan terus berdoa muga2 Allah membuka hatinya untuk berhenti dan bertaubat..tapi arak telah menutup terus pintu hati lelaki itu...

Dalam tahun 2004..kira2 seminggu umat Islam menjalani Ibadah puasa..lelaki itu pulang dalam keadaan mabuk sewaktu aku dan anak2 baru selesai sahur..bayangkan..betapa hancur luluh hati seorg isteri sepertiku...sepatutnya dia bersamaku dan anak2 bersahur dan menunggu solat subuh..tapi sebaliknya..anak2 ku arahkan ke atas..cuma Abdullah Zaki yang ketika itu baru berusia 6 tahun tak mahu ke bilik atas..dia berbaring di ruang tamu.

Saat lelaki itu melangkah ke ruang tamu..dgn suara yg teramat lembut aku berkata padanya..

" Kenapa jadi mcm ni bang...abg tak malu ke dgn jiran2?..tiap malam abg macamni..kan ni bulan puasa"
Tanpa ku duga tiba2 lelaki itu naik darah dan terus memekik di subuh hening itu..

"Hah! apa lagi yg kau tak puas hati?..aku dah bagi kau duit..tak cukup?kenapa kau tak tidur..kenapa kau sibuk2 hal aku?..suka hati aku lah aku nk balik bila...aku nak balik mabuk ke..aku tk nak puasa ke...duit aku suka aku lah..!!"

Aku tak menjawab sepatah pun kerana aku sedia maklum risiko yg bakal aku hadapi jika aku menjawab..tetapi lelaki itu tidak puas..dia menghempaskan talifon bimbit di tangannya..berkecai..tak cukup..dia mencapai vcd player..juga dihempas sekuat hatinya ke lantai..anakku abdullah zaki yg hampir tido sgt terkejut dgn kejadian tersebut..aku mengarahkan abdullah zaki ke atas..bersama2 kakak dan abgnya...lelaki itu masih tak puas...dia mula lupa diri...menghempas apa saja yg tercapai dek tangannya...radio gram yang berharga 2k juga hancur lebur dihempaskan ke lantai.

Masih tak puas... dia naik ke tingkat atas...aku menjerit menghalang..ku sangka dia mahu mengapa2kan anak2 tapi sebaliknya..dia mencampakkan tv 16 inci dari tingkat atas ke bawah...mujur aku sempat lari...kalau tak mungkin dah jadi arwah...bayangkan keadaan huru hara dan riuh rendah yg teramat sangat di subuh hening itu..walaupun dalam tak sedar dia tidak pula mencederakan aku dan anak2...syukurlah.

Rupa2nya di waktu yang sama, jiran2 yang terdekat keluar rumah dan menunggu aku menjerit meminta tolong..mereka agak takut nak masuk campur selagi aku tidak meminta pertolongan..apa dayaku..awal2 lagi lelaki itu telah memberi amaran supaya aku berdiam diri saja...aku hanya memerhati dgn linangan airmata perbuatan suamiku...seluruh ruang tamu penuh dgn kaca2 dan serpihan barang2 yang dihempas....aku juga terluka dek kerana terpijak kaca yg bertaburan..Ya Allah..dugaan apakah ini...

Allah memberiku ilham untuk memberhentikan perbuatan gila lelaki itu..aku pura2 pengsan...aku rebahkan diriku..dan menahan nafasku selama yg mampu..syukur...dia yang menyangka aku pengsan terus berhenti..dalam keadaan yg masih tak waras aku dengar dia berkata.."hah!..bila abg dah mengamuk baru nak diam..."..ni pengsan ke mati..." katanya.

Aku tak sedar bila masanya dia tertidur.(ikut dari pengalamanku org yang mabuk akan tidur dalam jangka masa yg agak lama..kdg2 hingga satu hari)...agak lama aku menahan diri..setelah aku pastikan dia benar2 tidur, aku mula menghubungi abg dan kak iparku yg mengetahui masalahku selama ini..

Atas nasihat abg2 dan kak iparku aku membawa lari anak2 pulang ke kampung...kebetulan waktu itu cuti persekolahan hanya seminggu saja lagi..jadi tidak ada masalah anak2 bercuti terlalu lama...tapi aku ke sekolah juga memaklumkan apa yg berlaku..dan syukurlah pengetua dan guru besar memahami.

Sewaktu menghantar anak2 ke kampung, tentulah org yang paling terkejut ialah emak dan abah, mak mcm nak pengsan bila mengetahui cerita sebenar.....pandainya aku berlakun selama ini...menunjukkan kebahagiaan rumahtangga ku di hadapan mereka..padahal..umpama pantai yg sering bergelora..dan akhirnya titanic pecah berkecai jua di landa ombak...aku pasrah dan redha dgn apa jua ketentuan Ilahi..bertahun aku cuba mempertahankan rumahtangga ini...tapi akhirnya aku gagal jua..

Selesai urusan di kampung aku kembali ke sini...aku ke pejabat Agama untuk buat lapuran..aku tak mahu dianggap nusyus kerana meninggalkan rumah tanpa izin suami...segala keterangan ku diambil oleh pegawai pejabat Agama..kesimpulannya aku tak bersalah kerana harus menyelamatkan diri dan anak2 dari lelaki itu...hampir sebulan aku berulang alik dari BBST ke Melaka kerana anak2..dan sebelum Hari Raya Aidil Fitri aku kembali ke pangkuan suami kerana pujuk rayunya, kerana dia seperti hilang arah tanpa aku dan anak2...dia berjanji akan berubah serta menghentikan semua perbuatan kejinya dulu, dia sanggup mencium kakiku asalkan aku kembali ke rumah.....tapi mampukah dia berhenti..mampukah rumahtangga aku kembali pulih seperti dulu...?

Sebenarnya ini hanyalah babak permulaan sebelum aku dijatuhkan talak oleh lelaki itu...........nantikan sambungannya.....

(Maafkan aku teman.... tidak mampu menahan tangisan ini..kerana telah terlalu lama cerita duka ini ku simpan...)


"Sesungguhnya tiap kejadian ada hikmah yang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta."

Saturday, April 04, 2009

Berhentilah Jadi Gelas


Seorg guru melihat anak muridnya sedang bersedih lalu dia bertanya:
"Kenapa kamu selalu murung, nak? bukankah banyak hal yang indah2 di dunia ini? kemana perginya wajah syukurmu?"
Jawab murid itu:
"Sejak kebelakang ini hidup saya penuh masalah, sukar untuk saya tersenyum..masalah dtg bertimpa2"
Sang guru tersenyum lalu berkata:
"Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam..biar ku perbaiki hatimu itu" Si murid melakukan apa yg disuruh.
"Ambil garam tadi dan masukkan ke dalam gelas itu"kata sang guru."Cuba kamu minum sedikit airnya"
Si murid pun melakukannya dan wajahnya terus berubah kelat.
"Bagaimana rasanya?" tanya sang guru.
"Masin dan perut saya jadi mual" jawab si murid.
"Sekarang ikut saya" Sang guru membawa muridnya kesebuah tasik lalu menyuruh murid itu taburkan segenggam garam ke dalam tasik.
"Sekarang cuba kamu minum" kata sang guru.
Si murid menengkup kedua tangannya, mengambil air tasik lalu meminumnya. Terasa sekali air tasik yg dingin dan segar mengalir di tekaknya lalu sekaligus menghilangkan rasa masin yang diminum dari gelas tadi.
"Bagaimana rasanya?"
"Segar, segar sekali" kata si murid.
"Terasakah garam yang kau taburkan tadi?" soal sang guru.
"Tidak sama sekali"kata si murid.
"Nak...segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam, tidak kurang dan tidak lebih..hanya segenggam garam..banyaknya masalah dan penderitaan yg harus kamu alami sepanjang hidupmu sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu..jumlahnya tetap sama segitu-gitu sahaja..tidak kurang dan tidak lebih. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada seorg manusia, walaupun dia seorg Nabi yang bebas dari penderitaan dan masaalah."
Si murid terdiam.
"Tapi nak...rasa 'masin' dari penderitaan yang dialami itu bergantung kepada besarnya 'qalbu'(HATI) yang menampungnya. Justeru..supaya tidak merasa menderita, berhentilah menjadi gelas..jadikan 'qalbu' dalam dadamu sebesar tasik.
Hati yang gembira adalah ubat yang mujarab.
Hati yang keras menemui jalan buntu
Hati yang lembut mendatangkan sahabat
Hati yang tammak menciptakan perangkap
Hati yang bersih menjauhkan masalah
Hati yang licik mendatangkan musuh.
"renung-renungkan dengan hati"

Friday, April 03, 2009

Terima Kasih...Award Dari Hysman Dan Eida...


Ada adik kat sini tertanya2 bila kakak/auntie dia ni agak lama tak jenguk dan tak buat entry kat blog ni..siapa dia kalau bukan ieyra tu..sbnrnya auntie ni busy sgt semenjak dua menjak ni....30 hb April ni tutup akaun..keja melambak2..selepas tutup akaun auditor akan datang, kemudian buat mesyuarat agung dan sibuk pula nak bayar dividen ahli..Ramai teman2 yg hairan bila tahu kak ida bekerja seminggu 7 hari!...hujung minggu pun kak ida akan ke ofis, menyiapkan keja2 yg tak siap disamping dapatlah tambah sikit pendapatan....

Bila seharian bekerja mengadap pc, mata mcm tak boleh nak dibuka..penat mata dan minda..nak mengadap pc lagipun dah tak larat...dalam hati nak je mengadap pc..up date blog dan ziarah kat teratak teman2 blogger sbb kat sinilah hati terhibur, dpt 'jumpa' teman2 dan menulis apa yang kak ida rasa nak tulis , lebih rasa bahagia bila ramai teman2 dtg berkunjung memberi komen, pendapat, nasihat dan pandangan bernas....kak ida tahu kak ida tak glamour tapi kunjungan teman2 sgt mengembirakan hati kak ida yg sering lara......jika boleh hari2 nak hasilkan entri baru dan ziarah ke blog teman2 tapi kudrat sgt terbatas....keja kat ofis menggunakan bnyk minda dan mata.. mengadap pc dari pagi hingga senja, penatnya Allah je yg tahu...mujurlah anak2 tak bnyk kerenah..makan alakadar je sbb faham keletihan ibu mereka..dan yg paling kak ida rasa bersyukur sgt sbb aiman dah boleh masak nasi dan buat telur dadar mcm kat kedai tom yam!!..so kak ida takyah susah2 nak masak pagi2 sblm pergi keja...aiman sekolah sesi petang..pagi2 dia akan masak nasi dan goreng telur untuk dia..untuk zaki pula kalau ada ayam goreng atau sambal pun dah cukup..tghari masanya kak ida masakkan utk dia...tak susah rasanya mengurus anak2..
Sebenarnya kak ida nak ucapkan ribuan terima kasih pada Hysman kerana telah menganugerahkan award ni pada kak ida..kak ida rasa dah 2/3 minggu award ni Hysman beri kat kak ida tapi kak ida masih tak berkesempatan nak ucapkan terima kasih pada Hysman...terkesima juga masa terima..siapalah idalara ni..blog yg baru sehari dua..tiada apa yg menarik dan lebih..berbanding dgn blog2 lain.. kak ida jauh ketinggalan..kak ida masih dalam proses pembelajaran..baru merangkak2 sedangkan teman2 lain dah berlari..Award tersebut menambahkan semangat kak ida utk terus berblog wlupun kdg2 semangat seperti meluntur..terimakasih Hysman.
Dan Award ini pula dianugerahkan oleh Eida...dalam sarat2 tu masih sempat berblog bakal ibu ni...kak ida ucapkan ribuan terima kasih pada eida..tapi kak ida tak ikut rules eida..supaya beri awards ni pada 7 teman2 blogger yg lain...sbb kak ida rasa semua teman2 di blog ni layak terima award so kak ida tk bagi kat sape2 pun..maaf ye Eida..kak ida doakan Eida selamat melahirkan anak dan mudah2an dia menjadi anak yg soleh/solehah.

Kepada teman2 yang tak jemu2 mengunjungi teratak kak ida ini, jika nak disenaraikan terlalu ramai rasanya.... kak ida ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi meluangkan masa emas kamu ke blog idalara.. bukan mudah nak mengajak teman2 singgah ke teratak kita..lebih2 lagi jika teratak kita terlalu bnyk kekurangan..kak ida bangga sgt sbb yang singgah kat teratak kak ida ni bukan calang2 blogger jika dibanding dgn kak ida. Kak ida memohon maaf jika tak sempat singgah ke teratak teman2 dalam masa terdekat ini...Insyaallah kak ida aka cuba memperbaiki lagi blog ini dan menghasilkan entri2 yang dapat menberi manafaat pada semua dan mengunjungi blog teman2 semua.


"Sahabat yang setia dan ikhlas umpama lilin yang menerangi dalam kegelapan"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...