Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Thursday, February 26, 2009

Aiman Zarif

Alhamdulillah...3 org cahayamata telah melengkapkan aku sebagai seorg ibu..selama 18 tahun aku sempat bergelar seorang isteri yang sangat taat pada suami dan menjaga maruah suamiku..tapi jodoh mng ditentukan Allah dan perpisahan tiada siapapun yg pinta..walaupun telah sedaya upaya menjaga perkongsian hidup itu..namun Allah lebih mengetahui..namun aku redha dan pasrah..kerana setiap kejadian pasti ada hikmahnya..aku kini lebih tenang dan bahagia..dengan anak2 yg semakin meningkat dewasa..aku kini lebih bebas tapi menjaga batasan2 sebagai seorg ibutunggal..

Inilah Aiman Zarif..berusia 13 tahun pada 19 Febuari baru2 ini,lahir di Hospital Besar Melaka pada Tahun Baru Cina dan malam Takbir Aidil Fitri bergema....anak kedua dalam tiga beradik..seorg anak yang sangat taat..sangat baik sejak dari lahir lagi..tak banyak kerenah,tak tahu meminta2,menerima apa saja yang diberi..sudah mula berpuasa penuh sejak berusia 6 tahun lagi......sejak dari berusia 9 tahun lagi sudah ku letakkan tanggungjawab menjaga adinya Abdullah Zaki..Aiman terlalu mengambil berat tntng adiknya Abdullah Zaki..sanggup tak makan kerana adiknya..sanggup bersusahpayah demi adiknya.
Aku mng bangga dgn anakku yang kedua ini...selain tak pernah menyusahkan aku ibunya dia cukup mendengar kata dan tak pernah membantah kata2 ku ibunya..pelajaran di sekolah pun Alhamdulillah..walaupun tanpa tuisyen dia berjaya juga mendapat A dalam UPSR..
Inilah bakat yang ada pada Aiman Zarif...melukis..beliau sangat berbakat dalam lukisan..inilah antara lukisan2 yang dilukis oleh Aiman..mungkin lukisan aiman tak sehebat mana tapi aku tetap merasa anakku ini sangat betbakat dan perlu digilap kebolehannya.
hebat tak...tapi aiman tak buat mcmni bila naik basikal.


Entah apalah dalam fikirannya bila melukis gambar ini.

Minat menonton kartun kat canel Astro...inilah hasilnya..

Begitu juga ini...ilham dari komik The Law Of Ueki..

Gambar yang ini dilukis oleh adiknya Abdullah Zaki...adiknya juga berbakat seprti abangnya...abgnya cuma membantu..

Ilham dari komik K.O. King..aku rasa lukisan ini sangat menjadi..inilah kebolehan anak keduaku Aiman Zarif..aku berdoa muga2 satu hari nanti Aiman menjadi anak yang berguna dan berjaya di dunia dan akhirat..
"Aiman Tak Kisah...."



Tuesday, February 24, 2009

Cinta...Cinta...Cinta..


Cinta yang hakiki...

Menurut Imam Ghazali, daging, urat dan kulit akan reput dan hancur bersama luruhnya cinta yang bersandar.
Jika cinta sekadar dapat dicapai dengan pancaindera yang lima iaitu..sentuh,bau,lihat,dengar dan rasa.. maka itu belum cinta yang hakiki.
Hanya cinta yang dapat dirasai dengan deria ke enam iaitu hati maka nbarulah ia cinta yang hakiki.
Cinta itulah yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati..ia muncul dari dalam ke luar..bukan dari luar ke dalam. ia bukan dari mata turun ke hati..sebaliknya dari hati turun ke mata dan lain2 anggota..itulah cinta yang benar,suci lagi murni.
Itulah cinta yang dikhususkan buat manusia sesuai dengan martabatnya sebagai makhlok paling sempurna.
Cinta bukan diukur menurut pandangan mata kepala tetapi mengikut pandangan matahati.
Cinta itu datang daripada Allah dan diberi sebagai bekal untuk mendapat kecintaan Allah.
Ukuran Benci dan Cinta sejati..

Cintailah sesuatu itu sekadar sahaja,berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika.
Bencilah engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika nnti.
Cinta sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak aberkurang kerana kesalahan.


Pencinta Allah..

Rahsia yang ada dalam hati pencinta Allah mereka tenang dalam derita,rasa mulia ketika dihina,rasa lapang ketika kesempitan.

Ketika diberi kesenangan mereka bersyukur,ketika ditimpa musibah mereka bersabar.
Dalam apa jua keadaan mereka beruntung dan bahagia.
Sabda Rasulullah : "Ajaib bagi orang Mukmin kerana bila senanag dia bersyukur lalu diberi pahala..bila susah dia bersabar lalu diberi pahala. Dalam kedua2 keadaan dia mendapat untung.


Perjuangan cinta ada caranya...

Fahamilah bahasa org tua dalam marahnya..
Selamilah rasa orang tua dalam rajuknya.
Jika cintamu terhalang oleh mereka,
ketahuilah di sebalik halangan itu adalah cinta jua.
Jangan mengalah kalau cintamu benar,
tetapi perjuangkanlah cinta itu sengan cara yang benar pula.
Tetapi jika sudah terasa cintamu salah,mengalahlah.
Bahkan mengalah pada kebenaran itulah
kemenangan yang sebenar.
Jangan sampai cintamu memisahkan mu
kerana cinta yang sebenar akan sentiasa dipertemukan...



"Apabila nikmat cinta semakin kurang dan hilang lalu tempatnya digantikan oleh kesakitan dan derita"

Sunday, February 22, 2009

Lepaskan Aku KeLaut...........

Ku kira jalan ku betul dan langkah ku tepat
Tapi hakikatnya aku salah dan aku tersesat
Ku kira aku berenang di laut dan terbang di awan lepas
Tapi rupanya aku diburu kemelut dan aku tewas
Sayang...maafkanlah andai aku mengganggu tidurmu nan lena.
Esuk..lepas kau sedar..bahawa aku tiada lagi di sisi...
Anggaplah aku telah pergi.
Tapi andai masih ada bayangku lagi..
Usah kau biar tanpa hala..
Kutip dan lepaskan kembali..
Aku ke laut.......................

Adik Dapat Piala dan Pingat...

Kesiannya anak bungsu idalara ni...sejak jumaat lg dia dah beritahu kat sekolah ada sukan hari ahad ni..
dia asik tanya nnti nak pegi dgn siapa ibu..siapa nak hantar adik..inilah masalahnya bila sekolah agak jauh dari rumah..pulak tu ida tak de transport..mlm tadi dia tanya lagi..ida hanya jawab..takyah pegilah dik..cikgu tak marah..tapi semangat kesukanan berkobar2 dalam hati dia..dia tetap nk pegi...tak tido malam..dia bangun dan menangis nak pegi juga.....sapelah ida nak mintak tolong ni..ida bukan duduk kawasan taman perumahan...tkde jiran tetanga...tp ida janji juga esuk pagi2 tunggu kat depan..kot2 ada kawan2 yang lalu..boleh tumpang..
so..gelap2 lg sblm pukul 7 ida dan zaki dah terpacak kat bawah...ida cuma pesan baik2 kat dia..kita tawakal je dik ye..kalau ada rezeki adik dapatlah pegi..
Alhamdulillah..kira2 pukul 7.10 berhenti sebuah kancil...turun kawan zaki mempelawa dia naik sama..Syukur..lega hati ida..
inilah hadiah yang di bawa balik tengahari tadi..tak sangka kecik2 cili padi..dan dalam athma tu zaki berjaya jadi naib johan acara lari bawa bola dgn kayu hoki dan tempat ke tiga acara merentas desa..untuk tahun 5 dan 6..tahniah anakku..

kecil jangan disangka anak...besar jangan disangka bapa...

Kes Bengang

Marah,sakit hati,geram campur sedih dan kecewa..berbaur2 perasaan aku malm tadi. Rasa yang berbagai itu khas aku tujukan pada sorg kaum adam ni yang sewenang2nya mengeluarkan kata2 tanpa guna penapis..pada perempuan spt aku..
Sabar pun ada batasnya..rendah betul pandangan manusia bernama lelaki ni pada perempuan spt aku..ibu tunggal...atau bahasa mesra alamnya Singlemom.
Al-kisahnya ptg semalam aku bertemu semula sahabat karibku yang dah hampir setengah tahun tak jpe..
Biasalah bila lama tk jpe..maka bnyklah cerita ceriti yang nak dikongsi bersama..dari hal anak2..membawa hal keja..hal2 peribody...juga masuklah hal2 berkaitan kawan2 lelaki atau pmpuan..tp bukan mengumpat tau..dosa..
Nak dijadikan aku marah tu..adalah sorg mamat ni...kira2 kwn siber yg baru suku minggu aku kenal..
Kira2 pukul 10 mlm aku tgh download lagu dr laptop ke hp..lagu yg ada kat blog Kamezaim yg tgh frust tu...hehehe..jgn marah.....
sure lah sape call atau msg aku tak dapat..
Bila dah okeh..hp berfungsi spt biasa...berlumba2 lah msg masuk..ada 6 misscall dan 1 msg..
dari mamat yg baru suku minggu aku kenal tu...
dia tnya nape dia call tk dpt dan msg pun aku tk jwb..laaa..mcmne nk dpt sbb hp tgh guna..
Aku pun jwb:
"sorilah..td tgh download lagu..ada kawan datang kat rumah ni.."..
Dia jawab:
"Oic...sorilah..tak tahu u bawak bf kat rumah"
Cewah2x..suke2 je kata aku bawak kawan lelaki masuk rumah..dah malam bute pulak tu...gile ke apa aku ni..buang tebiat..nak kena tangkap dgn pak2 aji kat kawasan ni...
Tak hangin aku dibuatnya...
Dia msg lagi:
"patutlah call dan msg tak dapat..tgh berdating rupanya...sorilah..i ganggu u.."
Eh..eh..lelebih lak mamat ni..tak tnya lg dah menuduh je..kot ye tanyalah dulu..tu kira fitnah tu...
jenoh nak cari aku kat akhirat nanti nk mintak maaf..
Aku reply msg dia:
"gile ke apa i nak bawak lelaki masuk rumah malam2 ni..siang pun tk penah nikan pulak malam..
i ni masih waras tau..ada iman lagi....kawan i ni perempuan..singlemom mcm i gak...nak bersembang sampai pg pun tkde sape nk marah...anak2 siap bawak lagi..."
Dah dpt msg dr aku..baru nk mintak maaf..dia pulak kata dia terasa bila aku msg mcm tu...eh terbalik kot pulak..patut aku yg terasa...
Gitulah...pandangan dan tohmahan dari sesetengah org...sedihkan...kita buat baik salah..kalau buat jahat apatah lagi...tak cukup mulut nak mengata..
Puas menjaga diri..menjaga peribadi..tapi perkara2 mcmni mng tk boleh lari dari masyarkat kita...sbb kdg2 perempuan yg bergelar singlemom tu sendiri yg membuat org mengata..
Apa2pun aku tetap memaafkan sesiapa saja yg anggap serong pada aku..atau kawan2 yang sewaktu dgnku..ini hnya dugaan sebesar hama saja...bnyk lagi dugaan yang org2 sepertiku akan hadapi.
" Bertanya tak salah jika hanya untuk kepastian..jika malas bertanya jalan yang mudahpun akan sesat"

Saturday, February 21, 2009

Mata,Mulut,Telinga,Hati dan Otak

Gambar sekadar hiasan

Kita dilahirkan dengan dua mata di depan wajah kita,kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang.

Tapi pandanglah semua itu ke depan..pandanglah m,asa depan kita.

Kita dilahirkan dengan sepasang telinga di kanan dan kiri, supaya kita dapat mendengar semuanya dari dua buah sisi.

Bertujuan mengumpul pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan memilih mana yang salah.

Kita dilahirkan dengan otak di dalam tengkorak kepala kita sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita,kita tetap kaya.

Kerana tidak akan ada seorang pun yang akan dapat mencuri otak kita,fikiran kita dan idea kita.

Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita diberi satu mulut dan mulut adalah senjata yang sangat tajam,mulut boleh menyakiti,boleh membunuh,boleh menggoda dan banyak hal lain yang tidak menyenangkan.

Maka ingatlah berkata sesedikit mungkin tetapi lihat dan dengarlah sebanyak2nya.

Kita lahir dengan satu hati jauh di dalam diri. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta,diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam.

Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tetapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

Berikanlah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.



"Gunakan Mata,mulut,telinga,hati dan otak untuk berbuat kebaikan"

Friday, February 20, 2009

Setiap Wanita itu Cantik

Seorang anak laki2 kecil bertanya pada ibunya
"Mengapa ibu menangis?"
"Kerana ibu seorang wanita" kata sang ibu kepadanya.
"Saya tak mengerti" kata anak itu.
ibunya hanya memeluknya dan berkata..
"dan kamu tak akan pernah mengerti"
kemudian anak laki2 itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan"
hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
lalu anak laki2 tadi menbesar menjadi dewasa dan
tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya dia bertanya kepada Tuhan..
"Tuhan,mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita.ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia:
namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.
Aku memberinya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan
anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak2nya.
Aku memberinya kekerasanuntuk menbuatnya tetap tegar ketika
orang2 lain menyerah dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh.
Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak2nya dalam setiap keadaan,
bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.
Aku memberinya kekuatan untuk membantu suaminya dalam kegagalannya
dan melengkapi tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.
Aku memberinya kebijaksanaan utk mengetahui seorg suami yg baik
takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang menguji kekuatannya
dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.
Dan akhirnya,Aku memberinya air mata untuk dititiskan.

Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila mana ia perlukan.

Kau tahu...kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yg yang dikenakan,

susuk yg dia tampilkan,atau bagaimana dia menyisir rambutnya.

Kecantikan wanita harus di lihat dari matanya..kerana itulah pintu hatinya..

tempat di mana cinta ada"


"Bila seorg wanita mula mencintai..dia tak akan berhenti untuk mencintai"

Migrin Lagi.....

18 Feb..lewat 11 mlm..
Sejak petang aku mula diserang migrin lagi...hampir sebulan rasanya tk diserang...mak oiii..berdenyut2 pale ni..nk sentuh rambut pun rasa ngilu sgt...try tknk telan ubat kuning pekat tu...tp menjelang tgh mlm tmbh kuat denyutan..gagahkan diri bangun..renung wajah kedua2 permata hatiku yg lena dibuai mimpi. apa akan jd pd mereka jika tiba2 ibunya sakit dan tak terdaya buat apa2..ah...dtg kekuatan dalam diriku..aku harus kuat melawan apa saja yg datang..setakad migrin je..
19Feb..
Kepala masih berdennyut..tapi aku harus bangun...sarapan anak2 harus disiapkan..anak2 msti dikejutkan utk solat suboh..dan ke sekolah...siap urus anak2 ke sekolah aku menyiapkan diri ..aku ni mng degil...masih mahu ke ofis dgn pale berdenyut begini..ada yg mst aku siapkan dan letak atas meja bos sblm pukul 10 pagi..
9.00 pagi..siap tugasan..bos suruh balik jpe doktor..kwn2 ofis pun halau balik..hehehe..jgn pkir pasal keja..jgn pkir apa2...huh!!..boleh ke gitu?...
9.30 pagi...jpe doktor...stress dok kata..pikir apa?..keje? anak2?...bukanlah dok...otak saya ni tak boleh stop berfikir...masa tido pun berfikir..
10.00 pagi..naik atas(rumah sblh ofis jer)..telan ubat dan bummm...zzzzzz...jangan tido terus dah lah hehehe..

Wednesday, February 18, 2009

Anak Anugerah Yg Tak Ternilai

Ada cerita di sebalik gambar yang aku paparkan kat sini...tp atas sebab2 teknik kisah tu tk boleh nk download..mungkin later aku akan citerkan kisah tu...kisah yg agak sedih..menitik airmata aku bila baca kisah tu...kiranya ada perempuan yg bernama ibu..tapi sangat kejam dan tergamak membuang anak ynag tak berdosa...sbnrnya..memang ramaipun dalam dunia yg bersifat seperti itu,cuma kurang pendedahan....anak adalah anugerah dr ALLAH yang tidak ternilai...jika kita ibubapa berjaya menjadikan mereka anak2 yng soleh,merekalah kelak yang akan menolong kita ibubapa di akhirat kelak...
"Anak2 adalah permata hidupku..menemaniku kala sunyi dan sepiku"

Sunday, February 15, 2009

Wajah Anak2 Yang Tak Berdosa

Melihat wajah anak2 Palestin ini buat hati aku tersentuh...atas nama kanak2 tetap riang ria walaupun kehilangan ayah bonda dan sanak saudara..
Bila pikir2kan mereka..aku bersyukur betapa beruntungnya anak2ku..walaupun ayah mereka tidak lagi tinggal bersama tapi mereka tetap ada ayah dan ibu..mereka masih dapat bersekolah,bermain,makan dan minum dgn bebas.


kanak2 ini tinggal di rumah anak2 yatim sejak usianya 1 tahun lagi...sekarang usianya 4 tahun..sedih lihat nasib mereka yag tak berdosa ini.

Diwajah mereka masih ada keceriaan dan segunung harapan.
Apa yang mampu kita lakukan untuk membela nasib mereka..hanya doa pastinya supaya mereka beroleh kebebasan sepenuhnya..dan dapat menikmati hidup seperti anak2 lain di dunia ini.

Menu Hari Ini

Bangun pg2 tadi mula2 sekali pikir nk bagi anak makan apa...kue tiau goreng..permintaan Aiman Zarif..dan cucur udan permintaan Abdullah Zaki..ibunya nk makan tauhu goreng cecah dgn sos kicap cili padi.
Sediakan bahan2nya:
1.. cili padi 10biji
2. 2 ulas bawang putih
3 . limau nipis
4. kicap manis
tumbuk cili padi dan bawang putih..campur dgn kicap dan perahkan limau nipis.
Goreng tauhu hingga kekuningan


Siap untuk dihidang,sesuai dimakan bila2 masa.

kalau makan tauhu goreng dgn sos cili padi ni tk makan nasi pun tkpe..mak mertua lalu kt belakang gerenti tk nampak punya..hehehe.

Ingin Lebih Cantik Dan Lebih Menarik


Pakailah "sabun Istighfar"yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

"Bedaklah" wajah anda dengan air wuduk nescaya anda akan bercahaya di akhirat.

Gunakanlah 'pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang bahannya dari rasa malu yang dibuat dari salun Iman.

Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda,nescaya anda semakin manis.

Rawatlah rambut anda dengan "selendang Islam" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan.

Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawaduk dan jari-jari anda dengan "cincin ukhuwah".

Sebaik-baik kalung anda adalah kalung "kesucian"

Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.



"Bila cantik di dalam pasti terbit kecantikan luaran"

Saturday, February 14, 2009

Harapan dan Penerimaan

Jika kamu memancing ikan.
setelah ikan terlekat di mata kail,hendaklan kamu mengambil ikan itu..jangan sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dlm air begitu saja..kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorg..
setelah ia mulai MENYAYANGIMU,hendaklah kamu MENJAGA hatinya...janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja..
kerana ia akan TERLUKA dgn kenangan bersamamu dan TIDAK mungkin dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu...
Jika kamu menadah air,biar berpada
Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan jangan menganggap ia begitu teguh..
cukup sekadar keperluanmu..apabila sekali ia retak,tentu sukar untuk menampalnya semula..akhirnya ia dibuang..sdgkan jika kamu cuba memperbaikinya mgkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga bila kamau memiliki seseorg, TERIMALAH seadanya..jangan kamu terlalu mengaguminya dan jangan kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA..anggaplah dia manusia biasa..apabila sekali dia melakukan KESILAPAN,nukan mudah bagi kamu utk menerimanya...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
sedangkan jika kamu memaafkannya,boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga akhirnya...
Jika kamu memiliki sepinggan nasi,yang kamu pasti baik untuk dirimu..mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan lain..terlalu mengejar kelazatan..kelak nasi itu akan basi dan kamu akan MENYESAL.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dgn seseorang yang pasti membawa KEBAIKAN kepada diri kamu..
MENGASIHIMU..
MENYAYANGIMU..
mengapa kamu berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain
terlalu mengejar KESEMPURNAAN, kelak,kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..

"Sikap memberi dan menerima perlu ada untuk menyemai cinta"

Friday, February 13, 2009

Mekarkan Cinta Seumpama Bunga

Cinta perlu di semai,dibaja dan disiram tiap hari...cinta sangat luas pengertiannya...bila sebut tntg cinta pasti anggapan org hnya cinta antara dua pasang kekasih..lelaki dan wanita, suami dan isteri...sbnrnya tidak..cinta pada alam..cinta pada keamanan..cinta pada ketenteraman..cinta pada anak2...cinta pada keluarga dan yang paling penting cinta pada PENCIPTA kita..siapa lagi yang berhak kita cintai...melainkan ALLAH dan RASULNYA. rasa cinta perlu ditanam

cinta perlu dibaja dan disiram


bila segala ramuannya cukup pasti
cinta mekar bak bunga ini


jangan biarkan cinta itu layu sebelum sampai
sampai waktu.

"Cintailah yang menyintai kamu..pasti akan terasa kebahagiaannya"

Aksi C Comel...

lucu bila tenguk si comel ni punya relax tido tak kira tempat..hehehe..peduli apa..yang penting dapat lelapkan mata...layannnnn..

lepas makan ayam..saya nak tidolah...zzzz


ish..ish...bestnya dia tido dlm..apa ni..vacumn...
atau periuk ni..

amboi...berdating sampai terlelap kt situ..


Sah lah..mengantuk sakan ni...sampai tk perasan
kat mana terlelap..


pergh...bestnya....sofa empuk tu..siap kau..
puan balik nnti...

rasa tenang hati tguk aksi kucing2 ni melelapkan mata...tak kira tempat dan situasi...janji tkde sape kacau...nak join..jom..

Pergilah Sunyi Dan Sepi


Ada kekeliruan tntg makna 'keseorgan' atau ' kesunyian' dgn 'rasa keseorangan' atau 'rasa kesunyian'.Walaupun dua perkataan ini mempunyai bunyi yg serupa,namun maknanya cukup jauh berbeza.

Berseorgan atau kesunyian bererti bersendirian dan kesunyian. Namun lain pula dgn berasa berseorgan atau berasa kesunyian kerana perasaan itu boleh dtg bila2 masa..malah ketika berada di tengah org ramai sekalipun perasaan ini boleh menyerang!
Dilanda perasaan kesepian ini boleh menjadi satu masalah terutama bila perasaan tersebut membuat kita sering jatuh sakit dan menjadi murung.

Perasaan ini perlu dilawan..hidup berseorangan bukan masalah,tetapi jgn sampai dilanda rasa sepi dan sunyi yg keterlaluan. Anda harus ingat bahawa 'sendiri' tidak semestinya sunyi..

7 langkah untuk menjauhkan diri anda dari perasaan sunyi dan sepi adalah sprti berikut:

1. Tiap manusia pasti pernah dilanda perasaan ini,,anda perlu bersikap positif,perkara ini tidak menjadi hal,malah anda boleh merasa seronok dan puas dgn kehidupan anda skrg.
2. Ada perbezaan besar antara berseorgan dgn rasa berseorgan..adalah suatu yg natural bagi manusia mempunyai keinginan utk hidup dikelilingi manusia lain....perasaan berseorgan itu akan kita rasa hnya bila tiada sesiapa di sekeliling.

3. Anggaplah kesunyian dan rasa berseorgan yg hadir itu sebagai satu perasaan yg dtg dan pergi.anda harus tahu bahawa berseorgan tidak semestinya menceritakan tntg rasa sunyi..tetapi lebih menceritakan tntg kepedihan yg dialami oleh sesetengah kita bila berseorgan.

4. Anda tidak boleh memaksa seseorg utk berada disekeliling anda pada setiap masa..namun anda boleh menentukan bagaimana anda bertindak balas dgn perasaan berseorgan..percayalah anda bukan lemah apabila sesekali ditimpa rasa sunyi..namun anda perlu mendepani masalah ini dan jgn jadikan ia sebgai suatu yg 'kekal' dlm hidup anda.

5.Jadikan kehidupan anda sebagai suatu yg berharga..ini akan membantu anda untuk lebih menghargai diri dan kehidupan ini..

6. Anda perlu fokus pada tujuan dan misi yg ingin dicapai dalam hidup ini..bergaullah dgn org yang mempunyai impian dan minat yg hampir sama dgn anda.

7. Belajar utk berasa gembira dgn diri sendiri sebab kebanyakan yg anda habiskan adalah bersama diri anda sendiri..ini akan menjadikan anda lebih seronok didekati...tetapi jgn sesekali jadi kera sumbang..ingatlah..kita sentiasa memerlukan org lain untuk meneruskan hidup ini.

"Sepi dan sunyi itu sangat indah bila kita memerlukan"

Thursday, February 12, 2009

Menu Sepanjang Hari

Pagi...anak2 tak gemar breakfast berat,cukup roti coklat atau roti kaya..so aku tak yah lah susah2 nak buat breakfast..tapi perutku mst diisi dgn bf yang agak berat...kalau takad makan roti..alamat mengigillah aku menjelang tghari..so inilah menu bf aku...my favoutite..bihun goreng..yang hitam tu daging bakar...hehehe..dah pekena bihun dgn kopi radix baru laju buat keja...n harini aku rasa ceria dan bertenaga...semua keja okeh...bos senyum sampai telinga...hehehe

Tengahari pulak aku balik masak...favourite anak2 ni...sambal tumis sotong sekor2...meleleh2 air lior anak2 balik sekolah bila bau ibunya masak..tapi aku tk makan sgt sotong..bnyk kolesterol...
Ini pulak goreng pisang panas2..ada sorg mamat ni baru buka gerai depan ofis aku...pergh...happy giler kitaorg...tkyah susah2 start keta nk g beli minum petang...minum dgn teh o panas...hmmm..
Ni untuk makan malam...baru beli kat pasar...nasi kaler biru kata anak2 ku...nasi kerabu..baru2 dok KL..aku cukup pelik tguk nasi kaler2 ni...skrg nasi nilah yg aku suka...mlm ni aku makan nasi kerabu..sbb tghari aku tk makan nasi...cukup lengkap menu mkn mlam ni..ada ulam dan daging...okeh ler tu.
Inilah menu untuk pagi hingga malam....sebelum tido nnti buat susu panas..then zzzzzzzZZZ..esuk bagun dgn sinar bahagia...sinar baru ,azam serta harapan baru.



"Jangan hidup kerana nak makan tapi makanlah kerana nak hidup"

Wednesday, February 11, 2009

Terapi Mood Melalui Warna

Biru
Melambangkan ketenangan yang sempurna.mempunyai kesan yang menenangkan kepada tekanan darah,denyutan nadi serta tarikan nafas.

Hitam
Mewakili kuasa,seksualiti.keanggunan,kekayaan,misteri,rasa takut,fikiran yang dalam dan kemarahan namun ia juga warna teknikal yang baik.

Hijau
Mewakili alam semula jadi,persekitaran,kesihatan,tuah dan kesuburan, individu yang memiliki warna asas hijau akan cenderung mempunyai keseimbangan dan kesetabilan dalam aktiviti yang meliputi tahap metabolisme yg aktif dan menjadikannya lasak,kuat dan cergas.

Jingga
Adalah rona campuran kuning dan merah. Jingga dianggap warna hangat yang menunjukan tenaga dan memiliki sifat yang berkilau serta sering digunakan bagi menarik perhatian org lain.

Ungu
Warna luar biasa yang menandakan martabat yang tinggi,kerohanian,misteri,kearifan,keangkuhan,kurang toleransi serta pesimes terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa hadapan.

Merah
Lambang psikologi yang mengurangkan tenaga,mendorong mempercepatkan tenagammempercepatkan denyutan nadi,menaikan tekanan darah serta mempercepatkan produktiviti,perjuangan,persaingan dan keberahian.

Kuning
Menggambarkan kegembiraan dan kebahagiaan,malah ia mempunyai sifat yang santai serta mudah menunda2 masaalah. mempunyai pendirian berubah2 tetapi penuh harapan selain mempunyai cita2 dan semangat setinggi langit.

Putih
Mewakili rasa hormat,kesucian,kebersihan,keamanan yang merangkumi sifat positif dalam kehidupan.

"apapun warnanya kitalah yang sebenarnya mencorakkan warna warni kehidupan kita"

Ku Pinta PadaMU....



Ntah apa puncanya,ntah apa sebabnya..hari ini merupakan hari silapku..hari ini merupakan hari kelam kabutku dan ntah apa2 lagi..nak kata aku tak sihat..tubuh badanku sihat..
dari pagi menjelang tengahari semua kerja yg ku buat serba serbi tak kena..buat boucher salah,print cek silap..tak tahu apa yang mengganggu fikiranku..sebenarnya ada sesuatu yang mengganggu fikiran dan perasaanku..saat seseorang mendapat berita gembira dan bahagia dalam hidupnya detik itulah merupakan berita duka buatku...begitukah diriku..apa yang melanda diriku ini...apakah yang terjadi pada diriku ini..mengapa aku jadi begini hanya kerana berita itu...inikah yang membuatkan
perasaanku tak sihat,hatiku terluka dan jiwaku sakit..pada siapa nak ku khabarkan kelukaanku..pada siapa nak luahkan perasaanku..pada siapa nak ku ceritakan apa yang aku rasa...airmata hanya jadi teman kala ini..kerana siapa pun tkkan mengerti..siapapun tkkan memahami..hanya padaMU Ya Allah tempatku curahkan segalanya..kerana Engkau Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui..tenangkanlah jiwaku ini..ku pohon padMU ya Allah..muga esuk Kau hapuskan kedukaanku..Kau sirnakan kelukaanku..berikanlah aku sinar baru, ....ingin ku buang jauh perasaan ini..ingin ku matikan dia dalam hatiku..inginku kuburkan segala angan dan impianku..kerana hanya aku yang memintal angan dan impian sedangkan dia telah mendapat cahaya cintanya...Ya Allah berilah kekuatan untuk menempuh hari esuk yang masih panjang ...berikan aku ketabahan.....kerana kehidupan harus ku teruskan demi anak2 yang masih memerlukanku...
"Siapakah yang dapat mengerti kelukaan ini,siapakah yang dapat menyapu airmata senduku"

Monday, February 09, 2009

True Love

Selepas siap keja2 yang memeningkan kepala ida sempat jenguk kotak email..kot2 ada yang special..kot2 ada peluang2 tambah pendapatan..tapi ini yang menarik perhatian ida..mgkin ramai yang terima email ni..tak pelah ida just nk kongsi2 pada yg tak dpt..bagaimana perasaan anda bila lihat situasi ini..ida rasa terharu..terpana dan ntah ter apa lagi pun tak tahu nk digambarkan....lihatlah betapa murninya kasih seorg insan bernama lelaki yang menjadi suami kepada wanita yang tidak sempurna ini..dalam 1 juta mgkin hanya 1..lelaki muda kwen wanita lebih tua biasa kita lihat..begitu sebaliknya..tapi fikir2kan lah...

sentiasa bersama isteri tercinta


Murninya hati seorg lelaki yg bernama suami ini..

kasih sayang yang tidak berbelah bagi

Adakah lagi lelaki seperti ini....


'Kasih sayang bukan diukur dari paras rupa,usia dan kedudukan"

Sunday, February 08, 2009

Masalah Oh Masalah

Isteri : Bangganya Leha, dah sembilan tahun kita kwen,abang masih simpan gambar Leha dalam wallet abang?

Suami : Setiap kali abang ada masalah,abang akan buka 'wallet dan tenguk gambar Leha. Secara automatik,masalah itu mesti hilang macam angin lalu.

Isteri : Wah! sungguh terharunya..jadi abang dah lihat betapa dominannya Leha dalam hidup abang?

Suami : Ya betul! Setiap kali ada masalah dan lepas tenguk gambar Leha, abang akan cakap dalam hati, mana ada masalah lain yang lebih dahsyat berbanding masalah yang satu ini!


Isteri : Grrrrrrrr...


(Pembaca : Heheheheh...)

Bila Jemariku Diinai

Eh! bila kau nikah..bila kau naik pelamin? itulah antara soalan teman2 bila lihat kedua puluh jari jemariku berinai merah bak saga..hehehe..tkde maknanya..bukan mengenang nostalgia semalam..bukan menggamit memoir dua puluh tahun dulu..bukan bernikah lagi atau naik pelamin...tak salahkan rasanya saje nk suke2....nk buat kelainan sikit..cantik apa bila kuku diinaikan..lebih baik dari pakai pewarna kuku. Sbnrnya semasa kawan ida balik dari mengerjakan Haji baru2 ni,dia bagi inai ni kat ida..so..nak tguk ok tak inai ni ida pun try..ini lah rupanya...merah sgtlah mak ngah..

Ni mst ada teman akan kutuk ida ni...tggu je lah...

"bila hati digamit resah..buat sesuatu yang akan menceriakan semula"

Tinggal Kenangan

Entah mengapa hati terpanggil nak buat entry ini..sekadar nak berkongsi dgn teman2 semua.Bukan meraih simpati maupun minta belas ikhsan.. Biarpun aku tak pernah kesal dengan apa yang terjadi namun kenangan tetap kenangan..18 tahun perkongsian hidup yang dibina bersama musnah kerana duit..sbnrnya wang bukan jadi punca jika kita tak jadi hamba duit....bila duit menguasai kita segalanya akan jd huru hara dan musnah...ada duit bnyak susah takde duit lagi susah..
Bila duit bnyak dalam tangan mulalah nk mencuba perkara yang tk pernah dilakukan dulu..spt..ke kelab..perempuan..arak dan yang paling dahsat..dadah..itulah punca segalanya..so..ingatlah teman2..jgn hancurkan kebahagiaan hnya kerana terlipa dan terleka dgn kuasa duit.

Gambar kenangan Tahun 1987 sewaktu persandingan di rumahku..segalanya kini tinggal kenangan yang masih tersimpan dalam sanubari.

Gambar di ambil Tahun 1996 semasa anak dua..Hari Raya..masih terbayang kenangan sewaktu bersama.

"Kebahagiaan tidak boleh dibina hnya dari sebelah pihak..keduanya harus ambil peranan"

Gaza Oh Gaza

Inilah gambar yang masuk kat kotak email ida..kagum melihat keindahan bandaraya ini..bila tenguk sampai penghujung..baru tahu rupanya inilah GAZA sebelum kehancuran..patutlah Yahudi mahu merebut Gaza dari Palestin..

Gaza yang jadi rebutan Israel Laknatullah

Betapa indahnya Gaza

Gaza di waktu siang

Gaza di waktu malam

Betapa cantiknya Gaza

Mudah2an Allah selamatkan GAZA dari ditakluk Yahudi yang dilaknat.

Saturday, February 07, 2009

Bingkisan Seindah Ingatan

Kesemua ucapan di bawah adalah kiriman teman2 idalara yang dtg dari jauh, walaupun kita tak pernah bertemu di alam maya menghubungkan kita..semuanya sangat bererti buat idalara..thanks to all my friends..i love u all.

kiriman Aldayana dr KL


Kiriman Al Aziz Iran


kiriman Didier dari Melaka


Kiriman Rizal dari KOta Tinggi


Kiriman MADIA dr UK


kiriman NASA.

"Jadilah seperti lebah,ia selalu hinggap di bunga-bunga yang semerbak dan ranting-ranting yang segar"

'Jadilah sahabat dikala duka kerana sahabat dikala suka senang dicari"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...