Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, January 25, 2009

Rindu Mengamit ku Pulang


Semalam 24hb Jan aku balik kampung,ada kenduri kat rumah sepupu aku berhampiran rumah mak...bukan lah berat sgt nk pegi rumah kenduri tu,sebenarnya aku gagahi balik (walau dah aku jangkakan tikat bas mng tkde)sebab rindu sgt kat mak dan abah aku.2 hari cuti hujung minggu di campur dengan cuti CNY ni aku dah ada target nak siapkan keja yang melambak kat ofis. Oleh sebab dah sebulan tak jumpa mak abah,aku ambil keputusan balik juga..so pg2 lagi aku call cab..menuju ke Stesen Komuter..biasalah...org penuh sesak sbb kebanyakannya nk balik kampung,tapi yang pendatang asing juga sibuk2 tu tak tahu pulak nk ke mana diaorg pagi2 hari tu...sampai Seremban..sah! tiket bas dah habis..terpaksalah naik bas Tampin..mak oii...sudahlah bas takde aircond..pale aku mulalah berdenyut2 menahan sakit..tapi wajah mak abah dah terbayang2 depan mata so aku gagahi dan harungi jua...1.30jam perjalanan sampai Tampin, naik bas nak ke Melaka Sentral pulak...sekali lagi bas takde aircond...sepatutnya perjalanan hanya 1 jam,oleh kerana kesesakkan lalu lintas maka perjlnan jadi 2 jam..demi mak dan abah tak mengapa...aku relakan apa saja asalkan aku dapat bertemu mak dan abah kat kampung. Akhirnya distinasi yang ku tuju sampai juga. Senang hatiku melihat mak dan abah tersenyum menyambut pelukan dan kucupan anaknya...bahagianya dapat bertemu mak dan abah...sementara mereka masih ada di dunia ini..atau ntah aku yang pergi dahulu dari mereka tiada siapa yang tahu...
So...teman2 yang punyai ibu dan ayah...pulanglah bertemu mereka bila ada kesempatan selagi mereka masih ada di muka bumi ini..sesungguhnya Ayah Bonda adalah harta yang tiada ternilai di dunia ini. Memandang wajah mereka adalah pahala bagi kita apa lagi membahagiakan kedua mereka.

"Ayah dan Ibu itulah permulaan kita"

2 comments:

Kamezaim said...

rindu menggamit ku pulang namun apakan daya, tuntutan tugas membatas segalanya...bestnye klu dpt balik kg..hehehe

Idalara said...

bila rindu mengamit..nk balik tak boleh telefon kan ada...call je insan tersayang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...