Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Thursday, July 29, 2010

Cenderahati Dari KB

Bismillah.

Alhamdulillah akhirnya kain sutera crepe pemberian' B' padaku semasa ke Kelantan dua bulan lepas siap menjadi sepasang baju kurung moden..coraknya sangat simple kerana semasa disuruh memilih, tersangatlah malunya aku pada B...akhirnya apa yang ada depan mata itulah yang aku capai.... Cadangnya hendak dipakai pada Hari Raya nanti, Insyaallah..

Hanya seorang teman rapat di pejabat yang tahu tentang pemberian ini....tak kuasa nak heboh2 kat pejabat, kerana aku dah tahu sikap sesetengah rakan, lain di mulut lain di hati..di hadapan memuji, di belakang entahlah..bermacam2 gossip yang timbul, kerana status yang aku sandang ini boleh menimbulkan berbagai spekulasi bila menerima pemberian seseorang...jadi jalan yang terbaik diam2kan je.

Insyaallah tak beberapa hari saja lagi Bulan Ramadhan Al Mubarak akan menjelma..mudah2an kita semua dapat menjalani ibadah yang mulia ini dengan sempurna. Seperti biasa aku tetap mengambil tempahan almond london walaupun kali ini tidak sebanyak tahun lepas..kerana permintaan pelanggan tetap aku buat juga disamping dapat menambah pendapatan untuk hari raya nanti.

Ada seorang rakan dari FB meminta resepi almond london ini..insyallah di entry akan datang aku akan paparkan resepi tersebut bersama gambarnya sekali.

ps. muga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.

Tuesday, July 27, 2010

Selamat Hari Tambah Tua....

Bismillah.

23 Julai lepas aku dan staff ofisku mengadakan surprise party sambutan ulangtahun seorang satff dan pekerja cucipejabat di tempatku bekerja..Johara dan Kak Sal yang kebetulan menyambut ulangtahun kelahiran bulan yang sama.

Kak Sal dan Johara yang telah aku anggap kakak dan adik, yang sering menjadi bahu tempat ku bersandar bila aku sedang bersedih..dua orang insan yang cukup pandai menjaga apa saja rahsia hidupku yang ku ceritakan pada mereka...mudah2an perhubungan kami akan berkekalan hingga akhir nanti.
Kek yang sungguh sedap dan cantik ini khas kami tempah untuk mereka berdua...memang satu kejutan buat meraka..dirancang tanpa pengetahuan mereka.

Rendang atas kuali..sejak pukul 5 pagi lagi aku sudah mula memasak..


Rendang yang dah siap agak hancur kerana terlalu lama atas dapur.. tapi tetap maintain sedap.


Gambar yang sempat kami abadikan bersama Jue(sebelah aku) Gambar kak Sal tak sempat nak diambil.

Antara menu yang sempat kami sediakan pada hari itu... siapa pulak yang akan memasak untuk aku masa hari ulangtahun kelahiran aku nanti..takkan aku yang masak untuk diriku sendiri..oooo..tidakkkkkk.


ps bahagia datang dari hati...rasa suka datang dari hati...rasa cinta juga hadir dari sudut hati.

Sunday, July 25, 2010

Beginikah NasibMu Ibu....

Bismillah...

"Ayah dan ibu
ayah dan ibu
itulah permulaan kami
dapat melihat bulan dan matahari
ayah dan ibu"
Setiap kali mendengar lagu Allahyarham Sudirman ini pasti aku rasa terlalu rindu pada mak dan abah, rasanya sekarang juga nak balik berjumpa mereka..bila mengenang jasa dan pengorbanan mak dan abah sertamerta aku teringat nasib seorang ibu ini.

Memandang wajah kak Rohana (bukan nama sebenar) aku memang dapat rasakan dia menyimpan sesuatu rahsia dalam hatinya..aku mengenali kak Rohana sejak tahun 1995, beliau bertugas sebagai pencuci pejabat di Syarikat aku bertugas. Sejak 2003 kami berpisah bila bahagian pentadbiran berpindah di Bandar Baru Salak Tinggi, manakala pekerja pencucian tetap tinggal di bangunan Agrobank di Kuala Lumpur.

Semasa ke Kelantan baru-baru ini aku duduk sebilik dengan kak Rohana, dia memang seorang yang lemah lembut, dengan semua orang di bahasakan dirinya "mak" hinggakan dengan aku pun dia kerap tersasul..membahasakan dirinya 'mak' padahal usia kami tidaklah jauh bezanya...

Kesian nasibnya...suami kak Rohana meninggal 4 tahun yang lepas..meninggalkan kak Rohana dengan sepasang anak...kedua2 anak beliau sudahpun bekerja dan yang lelaki sudahpun berumahtangga, aku menghadiri majlis kenduri anak kak Rohana 2 tahun yang lepas..tetapi jodoh anak kak Rohana tak panjang, tahun lepas dengarnya sudah berpisah.

Apalah malang nasib kak Rohana, sudah letih mengandungkan anak selama 9 bulan, memelihara, membesarkan dan memberi pelajaran. Kalau dihitung tak tercatat berapa banyak pengorbanan seeorang ibu, berapa banyak airmata yang tumpah, berapa banyak keringat yang menitis sepanjang membesarkan anak2. Bila anak2 sudah dewasa dan bekerja dapatlah menumpang seringgit dua dengan anak2, tak payahlah kak Rohana bekerja lagi...tapi sebaliknya pula yang berlaku.

Rupanya sekarang kak Rohana terpaksa membayar hutang anak lelakinya dengan seorang 'along'...kesian kak Rohana..wajahnya yang muram menyimpan kisah duka yang terpaksa ditanggung sendiri...bayangkanlah pendapatan seorang pencuci pejabat...terpaksa menanggung hutang yang dibuat oleh anaknya pula jika mahu nyawa anaknya selamat....

Itu nasib kak Rohana..bagaimana pula nasibku nanti..nasib ibu2 tunggal di luar sana..rasa nak menitis airmataku bila mengenang hal ini...mengapa seorang anak sanggup melihat ibunya menitiskan airmata demi menyelamatkannya...mengapa seorang anak begitu tega membuat seorang ibu menanggung kesusahan yang telah dicipta sendiri..mengapa...

ps aku tak sanggup melihat mak bermuram durja apa lagi menitiskan airmata...setiap saat aku sentiasa berdoa muga mak dan abah tidak disakiti oleh seorg pun anak2nya.

Wednesday, July 21, 2010

Bunuh Diri?

"Aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi, aku rasa dah putus asa sangat, nak cari kat mana pun aku tak tahu..dah buntu betul fikiran aku,dah tak tahu nak pikir mcmne, aku ni belum nak bunuh diri je lagi"

Aku baca berulang kali sms yang masuk ke dalam inbox hp aku malam tadi...biar betul perempuan ni...aku terus hubungi penghantar sms tersebut..rupanya bukan dia yang mengirim sms itu, tapi seorang kawan baik yang ku panggil A, kami semasa sama2 menetap di quarters TUDM Sg Besi dulu...Kawanku R cuma forwardkan sms tersebut padaku.

Kami masih berhubung walaupun sudah berbelas tahun Quarters TUDM kami tinggalkan...aku bertanya apa cerita sebenarnya..dari penjelasan kawanku R, A ada masalah kewangan tegar...dan hendak meminjam dari R dan juga aku...hairan juga aku..A bekerja,ada suami dan dua orang anak beliau sudahpun bekerja...apa masalah dia sebenarnya.

Aku sendiri pernah mengalami kegawatan ekonomi yang sangat teruk, pernah nak makan pun takde duit....aku ikat perut asalkan anak2 dapat makan.....tapi tidaklah sampai aku berniat nak bunuh diri..tak pernah terlintaspun nak buat benda bodoh maacamtu...nauzubillah.

Macammanalah aku dan R nak tolong..aku bukannya bergaji besar, seorang ibu tunggal pulak...pendapatan pun cukup2 makan saja dan R pula hanya seorang surirumahtangga, berkerja di rumah mengasuh anak2 tetangga...

Aku berdoa muga2 A mendapat jalan penyelesaian bukan menyelesaikan masalah dengan jalan singkat dan berputus asa...yang penting berusaha, berdoa dan bertawakkal pada Allah SWT...pasti ada jalan penyelesaiannya.

Sunday, July 18, 2010

Seminggu yang meletihkan...

Bismillah.

Seminggu tidak bersiaran bukan bererti aku terlupa hendak ke sini...kalau boleh ku andaikan keadaan diriku seperti kucing kat sebelah ni..begitulah apa yang aku rasa selama seminggu ini :))

Alhamdulillah...hari ini semuanya dah selesai dan kepalaku dah tak rasa tersepit macam kucing ini lagi...tadi kira2 pukul 3.oo petang semua kerja2 ku yang sangat penting sudah selesai, buat bayaran kehadiran anggota semasa Mesyuarat Perwakilan Koperasi di semua kawasan, bayaran dermasiswa dan pembiayaan peribadi anggota...yang paling penting ialah 'Bank Reconcilition"....sejak seminggu aku berusaha untuk menyelesaikan 3 bulan "Bank Reconcilition"...yang dikehendaki oleh juruaudit luar esuk.

Aku memang tiada qualified dalam bidang akaun ni, memang tak tahu langsung apa itu bank reconcilition...tapi ditugaskan membuat bank recon ini sejak 2004....semasa diserahkan tugas ini aku tidak diajar oleh sesiapa pun, diserahkan bulat2 oleh kerani yg membuatnya sebelum ini..pandai2 sendiri dan selesaikan masalah sendiri...bermula dengan zero.....sedikit demi sedikit..merangkak dan berjalan laju akhirnya aku dah boleh berlari..Alhamdulillah..aku yang tak pandai matematik dan akaun boleh buat 'bank reconcilition' untuk 5 akaun bank.....paling mencabar bila tak balance 0.02 sen..kalau tak balance ratus2 atau ribu2 kira ok juga...tak ke macam nak pecah kepala otak cari.

Sejak seminggu aku hanya sempat buka emel dan buka FB ...hendak berblogwalking ke rumah teman2 memang tak sempat..rasa seperti dilupakan saja bila tak singgah rumah kawan2 ni...ohhh..tidak...aku tak mahu dilupakan.

Hari ini aku dah boleh menyanyi2 sambil mengunyah coklat...dan bertanya khabar di rumah teman2.

Rasanya seminggu yang lepas aku menerima award ini dari sis kartini..seorang guru yang sering mempunyai idea2 yang bernas dan boleh dijadikan panduan dari blog beliau : "blog cetusan minda"..hari ini baru aku sempat mengucapkan terimakasih dan meletak award ini di blog...terimakasih yang tidak terhingga..kata2 pandangan dan nasihat dari Kartini sentiasa berbekas di hati.

Sejak seminggu juga hatiku berbunga riang kerana seseorang yang ku rasa semakin jauh dariku sudah kembali bersembang denganku...(oppss...jangan salah faham...dia seorang gadis yang telah ku anggap adik) mungkin ada sedikit salah faham berlaku antara kami membuat perhubungan menjadi agak renggang..alhamdulillah semuanya sudah selesai dan kami tetap seperti dulu.

Syukur Alhamdulillah..ku panjatkan ke hadrat Ilahi Ya Rabbi..kerana memberikan kesihatan yang baik hingga aku dapat menyiapkan semua tugas2 yang diamanahkan.

Sunday, July 11, 2010

Bunga Oh Bunga...........

Bismillah...


Kira-kira pukul 2 petang semalam aku dipelawa oleh MIMI ke pesta FLORIA di Putra Jaya...memanglah aku takkan lepaskan peluang keemasan itu. Kalau nak pergi sendiri rasanya memang tak mungkin aku pergi sebab tak ada kenderaan.


Aku memang sangat cintakan bunga-bunga, lebih2 lagi bunga orkid..semasa menetap di rumah sendiri di Cheras dulu, hampir 60 pasu yang mengandungi berbagai bunga menghiasi laman comel rumahku..bila pindah di sini aku bawa juga bebrapa pasu pokok bunga yang aku sayang termasuklah kira2 10 pasu orkid..namun keadaan rumah kedai yang kurang cahaya dan udara membuatkan bunga2 aku mati satu persatu..akhirnya sebelum semuanya mati.....pokok orkid aku serahkan kepada kakak cleaner yang bekerja di tempatku. Manakala pokok2 lain aku serahkan kepada klinik dan kedai makan di bawah kediamanku.

Kira-kira 5 tahun dulu orkid ini berharga RM45 satu pasu..aku taidak pulak bertanya berapa harganya sekarang, kerana aku tidak berhasrat membeli...tak tergamak tenguk bunga yang cantik ini mati lagi.


Oleh sebab aku sangat suka bunga orkid..aku seakan terlupa bunga2 lain...tenguklah orkid2 ini...memang sangat cantik.

Aiman Zarif leka melihat bunga2 orkid yang di susun begitu cantik..

Abdullah Zaki - sempat aku curi snap gambar dia diantara beribu orkid...susah betul si bungsu ni nak ku ambil gambarnya..isk..takkan malu nanti orang kata ' dalam hati ada taman'.
Berbagai2 gubahan terdapat dalam ruang tertutup ini...tapi aku sempat abadikan yang ini....sangat menarik...

Masing2 dah keletihan meronda...itupun diluar kawasan kami menaiki kenderaan yang disediakan..tak larat nak berjalan.
Anak bujang aku ni jenuh aku paksa bergambar...malulah kononnya.....sebulan dua lagi ni dah tinggi mengalahkan ibunya....silap2 bila berjalan sama, dari belakang orang ingatkan boyfriend mana pulak....

Hah! tenguk tu..bila dah kepanasan dan keletihan...tak perasan aku snap gambar Abdullah zaki sedang minum ais...makanan di tapak pesta ni boleh tahan harganya..air pun cuma RM1.00 ke RM1.50 sahaja..kalau mahal sangat kesian juga para pengunjung....tapi walau mahal pun nak tak nak terpaksa juga makan dan minum sebab dah kehausan dan kelaparan.
Sedang2 menaip entry ini, aku menerima pesanan ringkas dari ibu n abah @ akak @ rahmah..dia bertanyakan di mana rumah mak aku di Melaka...kerap juga akak balik Melaka...dengarnya akak nak bawa ayah mertuanya ke hosptital Serdang. Kami tak penah lagi bertemu walaupun bersaudara...asyik berselisih jalan je..belum ada rezeki nak bertemu..insyallah satu hari pasti bertemu...
Aku terus call akak..pertama kali kami bersembang..selalunya ber msg atau di blog saja...
kata akak...
"Bersembang dengan orang Melaka ni sama je bunyinya..."
Hahaha..tergelak aku dibuatnya...tu belum lagi bersembang dengan mak aku....tak sempat nak mencelah...ada je ceritanya...itulah uniknya orang Melaka.
ps semua orang ada keistimewaan masing2...ada kelebihan dan kekurangan.

Saturday, July 10, 2010

Mulai Saat Ini....

Bismillah...

Berat mata memandang....sudah tentu berat lagi bahu aku yang memikulnya, namun aku tidak penah kesal ditakdirkan begini...sebenarnya memang Allah menyediakan terlalu banyak hikmah di sebalik setiap kejadian..dan pastinya setiap yang berlaku buat aku lebih matang dan menjadi pengajaran buatku supaya lebih berhati2...dan aku memang sangat bahagia dan selesa dengan kehidupanku sekarang....Alhamdulillah.
Inilah dua orang hero yang sentiasa berada di sisiku...dan mulai saat ini mereka akan sentiasa bersamaku walau dimana aku berada.....aku akan pastikan kedua2 mereka tidak akan terlepas pandang dari mataku melainkan semasa mereka ke sekolah..

Ke gunung, ke lurah, ke hutan akan ke gurun pun akan ku bawa mereka..sehinggalah satu masa aku akan melepaskan mereka untuk mencari ilmu pengetahuan...benar..anak2 lelaki bila meningkat remaja mulalah membuat berbagai alasan untuk tidak mengikut ibubapa kemana2..inilah yang sering berlaku kepada anak2ku..tapi..mulai detik dan saat ini aku akan pastikan mereka akan bersamaku...muktamad.

Bersamaku bukan bererti tidak mahu mengajar mereka berdikari..selama ini pun kedua2 mereka sudah boleh berdikari, si abg sudah boleh memasak untuk dirinya dan adiknya..mengemas rumah dan membasuh ala kadar...cuma untuk memastikan anak2 tidak tersilap dalam pergaulan....cukuplah sekali berlaku dalam sejarah hidupku dulu....

Aku selalu berpesan kepada anak2....'jaga peribadi,jaga kelakuan...jaga nama ibu...jangan sampai ada org berkata :

"Tu lah budak2 takde bapak..."

Kata2 yang hanya dua tiga patah tapi bisanya menyusuk hingga ke tulang hitam.

ps: mega mendung sememangnya telah lama berarak....

Thursday, July 08, 2010

Selesai Sudah.

Bismillah.



Alhamdulillah, Mesyuarat Perwakilan Koperasi Kawasan Barat sudahpun selamat berlangsung dengan jayanya, tanpa sebarang masalah berbangkit. Mesyuarat Agung Perwakilan Tahun 2009/2010 pula akan diadakan pada bulan Oktober 2010 nanti dan selepas itu bayaran dividen akan dibuat kepada anggota.



Seperti biasa saat yang paling mendebarkan ialah ketika mengira baki wang kehadiran anggota...wang yang telah diagihkan kepada anggota mestilah cukup dengan baki ditangan. Alhamduliilah, semuanya mencukupi..rasanya di tahun2 akan datang aku tidak mahu lagi dipertanggungjawabkan memegang wang kehadiran..angka RM5,000.00 memang sangat besar bagi aku, jika berlaku sesuatu akulah yg dipertanggungjawabkan..



Aku akan mengusulkan supaya wang kehadiran dimasuk terus ke dalam akaun anggota seperti yang dibuat kepada anggota dari cawangan, cara itu lebih selamat dan aku selaku pegawai akaun tidak menanggung risiko.

Aku sempat mengabadikan post kenangan di hadapan kaunter masuk Bangunan Agrobank yang berwajah korporat...



Dua orang kakitangan Koperasi sedang sibuk mengira kehadiran anggota, seperti biasa setiap kali mesyuarat koperasi, kehadiran anggota sangatlah tidak menggalakkan...lebih2 lagi mesyuarat diadakan pada hari sabtu..Tenguklah kerusi yang kosong di bahagian belakang dewan.





Selepas mesyuarat berlangsung kami dijamu dengan hidangan makan tengahari...kelihatan kakitangan koperasi beriya2 makan...apa tak laparnya..masing2 tak sempat minum pagi..termasuklah aku.




Di belakang sana adalah Anggota Lembaga Koperasi yang sedang dilayan oleh katerer...puan Mariana yang menyediakan masakan yang 'best' dan menyelerakan.


Selepas selesai semua mesyuarat Perwakilan Koperasi peringkat Kawasan, aku sudah mula sibuk membuat bayaran kehadiran kepada anggota di setiap cawangan..setiap hari ada saja panggilan dari anggota bertanyakan wang mereka...letih juga nak menjawabnya.


Alhamdulillah walaupun terlalu sibuk kesihatan aku agak baik sejak kebelakangan ini..mudah2an akan terus baik sehingga menjelang Ramadhan Al Mubarak nanti.

Saturday, July 03, 2010

Minggu Yang Sibuk

Bismillah...

Minggu lepas selesai sudah Mesyuarat Perwakilan Koperasi mengikut Kawasan..dan hari ini tiba pula giliran Kawasan Barat. Seperti biasa mesyuarat ini akan diadakan di bangunan Agrobank di Ibu Pejabat Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan dengan bangunan Daya Bumi. Aku sebagai staff merangkap anggota Koperasi terlibat bersama semua staff..

Sementara menunggu sorang staff menjemput, sempat juga aku bersiaran di sini sekejap..semua persiapan telah disediakan sejak dua tiga hari yang lepas..dan semalam segalanya sudah siap. Sebagai kerani yang bertugas dibahagian Akaun, akulah yang bertanggungjawab membawa semua wang untuk bayaran kehadiran anggota..jumlahnya...biarlah rahsia...bahaya juga bawa duit cash ni, tapi dah tugas dan tanggungjawab nak tak hendak terpaksalah buat juga.

Mudah2an mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar dan cepat habis...selepas ini aku akan lebih sibuk untuk membuat bayaran kehadiran anggota di semua kawasan kecuali Kawasan Barat...dan membuat persiapan untuk mesyuarat Agung Perwakilan Tahun2009/2010.

okey.....dah nak bergerak....tunggu cerita selanjutnya selepas mesyuarat pulak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...