Tak berapa hari saja lagi bulan Ramadhan bakal menjelma.......pada awalnya aku tidak bercadang mengambil tempahan almond london, tapi oleh kerana ada permintaan dari pelanggan tetap, maka tempahan aku ambil juga... kali ini tidaklah sebanyak tahun lepas.....sekurang2nya dapat juga duit poket untuk balik raya.
Ada permintaan dari seorg kenalan di FB.(Cik Rose Flower) meminta resepi almond london....maka aku turunkan resepi almond london di sini, resepi ini tidak ada yg ditambah atau dikurangkan..semuanya sama seperti yang aku buat untuk tempahan.
Bahan-Bahan
1 ketul butter
1/2 cawan gula pasir halus@gula castor
1 biji kuning telur
tepung gandum secukupnya
1/4 cawan tepung jagung
Badam biji - bakar hingga rangup
badan hancur - panggang sebentar
coklat masakan
lemak sayur
paper cup
Cara-caranya
Kacau butter bersama gula hingga sebati
masuk kuning telur- kacau
masuk tepung gandum dan tepung jagung sedikit2 sambil dikacau rata.
tambah tepung hingga tidak melekat ditangan dan boleh dibentuk.
ambil sedikit pastri, salutkan badam dengan pastri dan bentukkan bujur dengan menggunakan tangan (kalau tak faham jgn malu2 tanya) buat hingga habis
bakar hingga kekuningan- biarkan sejuk.
masak coklat dengan cara double boiler masukkan sesudu teh lemak sayur (shortening) setelah coklat cair angkat dan mulalah proses mencelup seperti gambar di atas, angkat pastri yang telah dicelup dengan menggunakan penyepit dan masukkan ke dalam paper cup..tabur badan hancur sebelum coklat menjadi beku.
Masukkan 2 minit dalam peti sejuk untuk mengeraskan coklat...siap untuk dimakan...
Selamat mencuba..
ps..mudah2an rezeki setiap ibu yang seangkatan denganku bertambah sempena Ramadhan ini..insyallah.
10 comments:
salam ida..memang murah ni..tak pernah lagi dapat 50 rm20.00
salam,
errrrrrrrrrr...
tepung gandum secukupnya?
1/2 cawan?
1 cawan?
hehehhe...
kenapa tak diletakkan sukatan cam yg lelain tuh, hukhuk
btw, tq sharing
salam kak erna...insyallah fgn harga tersebut kak ida tetap dapat untung..
salam biru...
itulahspecialnya almond london ida...tiada sukatan tepung..kena cekap dan berani..rasanya2 tepung tak sampai satu kilo 3/4 sahaja dari i kilo tepung...selamat mencuba..
salam..eh2 dah mula dah org perempuan..huhu raya lambat lagi kak
50 biji = RM20, kira murahlah tu. Sekarang ni semuanya dah di atas RM20 untuk 50 biji biskut. :)
salam ida...
boleh try ni...tapi tak pernah jadi..
anak2 mmg sgt suke mkn almond london...
salam imanshah..
biasalah org pompuan..lelaki tahu ada je...
salam kakcik..insyallah masih ada untung wlupun dijual semurah tu..
salam ain..cubalah resepi ida ni insyallah...
Post a Comment