Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, April 12, 2009

Suami Bercinta Dengan Isteri Orang...Kenapa...?


Setiap wanita memiliki daya penarik tersendiri, termasuk kecantikan, kemolekan bentuk tubuh, keperibadian atau statusnya. Bagaimanapun, bagi seorang lelaki , daya penarik seorang seorg wanita itu dinilai daripada aspek kecantikannya. Maka tidak hairanlah lelaki yang telah berumahtangga meminati atau jatuh cinta kepada isteri orang..yang menurut mereka lebih berpengalaman dan matang.

Kita biasa disogokkan dengan cerita bagaimana suami org menjalin perhubungan cinta dengan isteri orang..mungkin dikalangan kita ada berlaku perkara tersebut. Hubungan yang dimaksudkan tidak kiralah sekadar hubungan cinta atau melibatkan hubungan intim yang menyalahi hukum2 Agama.

Sebenarnya banyak kemungkinan yg menjadi sebab mengapa seorang lelaki berstatus suami tertarik pada wanita yang telah berkahwin...biar sedalam manapun cinta kedua pasangan itu, mereka tetap tidak boleh bersatu.

Biar apapun alasan yang diberikan oleh pasangan terlarang ini untuk membela diri, namun yang pasti senario songsang ini seharusnya tidak harus dibiarkan, ini kerana bukan sahaja salah disudut agama tetapi dalam masa yang sama meruntuhkan sesebuah institusi rumahtangga.

Justeru, bagi lelaki berstatus suami di luar sana berfikirlah semasak2nya sebelum terjerumus dalam hubungan terlarang ini....Sedarlah bahawa kekasih gelap anda itu tidak mungkin mampu menjadi sebaik isteri anda.

Fikirkan juga bagaimana perasaan isteri anda dan letakkan diri anda di tempat mereka apabila mengetahui bahawa insan yang disayangi sanggup berlaku curang dengan orang lain di belakang anda.

Risiko Menjalin Hubungan Terlarang

1. Terpaksa menjadi penipu
Bagi melepaskan diri, anda perlu menjadi seorang penipu, biarpun adakalanya diri dibelenggu rasa bersalan, namun dek kerana ingin bertemu buah hati, anda terpaksa melukakan hati pasangan tanpa pengetahuan mereka.

2. Terpaksa merahsiakan hubungan
Merahsiakan sesuatu hubungan merupakan suatu yang meletihkan...malahan melibatkan diri dalam hubungan sulit seperti ini akan membuatkan anda kehilangan keyakinan diri untuk menikmati hubungan yang indah..anda terpaksa bertemu cara rahsia takut pertemuan anda dapat dihidu isteri anda atau dilihat oleh teman2 anda maupun teman isteri anda...tentu rahsia anda akan terbongkar!

3. Anda mungkin kecewa
Menjalin hubungan cinta dgn isteri orang tidak akan membawa hubungan anda ke mana2...ini kerana sekiranya anda benar2 mahu memperisterikannya, dia perlu berpisah dgn suaminya dahulu..jika tidak, dia mungkin tidak akan menjadi milik mutlak anda untuk selama2nya...akibatnya anda sendiri akan kecewa.

4. Pemusnah rumahtangga orang lain.
Jangan sekali2 menganggap abda beruntung kerana anda seorang lelaki. Bagaimanapun, segera muhasabah diri dan fikirkan kembali apa yang anda lakukan. Ingat! sekiranya hari ini anda mengambil hak orang lain, tidak mustahil orang lain pula akan mengambil hak anda suatu hari nanti.

Tapi apa yang paling penting ingatlah pada dosa yang anda lakukan..lebih2 kepada isteri yang menjalin hubungan dengan suami orang...tidak terampun dosa seorang isteri yang menduakan suami selagi dia tidak berterus terang dengan suaminya dan memohon keampunan dari suaminya.

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji"

23 comments:

Unknown said...

Kak, sekarg ni kan mcm dah menjadi trend suami org bercinta ngan anak dara atau isteri orang... walhal kan kdg2 isteri yg ada tu dah cukup baik dah.. tak tau la kenapa naluri manusia ni kan.. tak pernah puas dgn apa yg ada....

Kamezaim said...

kalau isteri orang bercinta dgn suami org plak mcm mana tu? hehe

anaklaut said...

salam..idalara..

sangat menarik entri ni..

tapi anaklaut tak boleh nak ulas banyak sebab anaklaut beluk kwin, ..

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Idalara,

segalanya dari "hati" kita ...

Dj Epoi said...

Citer nih.........Um!!!
Gua tunggu Orang pompuan yang lain dulu yang bagi KOMEN...hehehheeh

Jom redah blog Gua ada OLE-Ole dari Bandung.....mana tau ada rezki AKAK & kawan2 dari BLOG nih

Idalara said...

salam eida..berdoa muga tak terjadi pada suami atau kita sendiri...dunia semakin tenat skrg ni..manusia sudah terlalu lupa.
...................................

kamezaim..kira2 sama alh tu...kan idalara ada nyatakan hukum isteri bercinta dgn hsb org...
...................................

Salam anaklaut..takpe...boleh beri panduan bila anaklaut sudah beristeri nnti..jgn cuba2 nak rasa bagaimana bercinta dgn isteri org..
..................................

Salam Sdr Zulkifli..
ye..hati yg memulakan semuanya..jika hati suci murni mencintai pasangan kita semuanya tidak akan berlaku.
...................................

Wah..djepoi..mana aci...komen tetap komen...mana boleh tggu owg pmpuan bg komen..
ada ole2 dr bandung ke...akak pun dapat telekung dan kebaya sulam dari bandung tau..baru dapat td.

anaklaut said...

salam..

tq sudi dan masih setia melawat anaklaut..

insyallah..moga dijauhkan bercinta dengan isteri orang...:) insyallah..

Idalara said...

salam anaklaut...terimakasih pada anaklaut juga yg tak jemu2 singgah di sini.
Doa selalu muga dijauhi bercinta dgn isteri org ni...masih ramai dara muda jelita di alam maya ni kan..

Idalara said...

salam anaklaut...terimakasih pada anaklaut juga yg tak jemu2 singgah di sini.
Doa selalu muga dijauhi bercinta dgn isteri org ni...masih ramai dara muda jelita di alam maya ni kan..

Anonymous said...

kak Ida..

"if"
argghhh malas lah..

miss molek

Anonymous said...

idalara

saya salah seorang isteri orang yg bercinta dengan suami orang, tapi alhamdulilah allah masih sayangkan saya, cerita terbongkar(oleh isterinye) sebelum kami betul2 carried away. Tapi saya tak tahu mcamana nak beterusterang dgn suami saya. Saya sudah minta maaf tetapi takot utk beterusterang. saya betul2 telah insaf dan telah kembali ke pangkal jalan. patutkah saya beterusterang...saya takot kaadaan menjadi sebaliknya sekiranya saya berterusterang

Idalara said...

Pada yg berkenaan..
Alhamdulillah syukur kerana anda telah kembali ke jalan yg di redhai..ida rasa tak perlu berterus terang dgn suami jika mahu menjaga rumahtangga kamulelaki seringkali ego dan tidak mahu berlebih kurang dalam hal ini...hanya keraplah memohon maaf dgn suami dan jagalah rumahtangga dgn sebaik mungkin..

Anonymous said...

saya isteri orang yang sedang bercinta dengan suami orang. Seumur hidup saya sebelum ni bf org pun saya takkan layan. Tapi, kali ni saya benar2 diuji dan tiada tempat untuk mencurahkan masalah...........

Idalara said...

Anonymous
apa kata hubungi saya di email saya ini idalara63@yahoo.com
mungkin kita boleh berkongsi cerita dan saya boleh berikan pendapat.

Anonymous said...

Biasalah tu, dua dua dah rasa miang sangat so takleh nak kata apa apalah, takleh nak salah sebelah pihak je, sama sama suka nak masuk neraka kan.

Idalara said...

anonymous..
saya tak salahkan sebelah pihak..dua2 masuk neraka kalau tk sempat bertaubat..tapi ingat..syurga isteri terletak di tapak kaki suami..walau sejahat manapun suami dia tetap suami..jika rasa tak mahu derhaka dgn suami lebih eluk cari jalan penyelesaian...Allah benci talak tapi tetap menghalalkannya.

buloh said...

puan idalara..., saya seorang suami bercinta dengan anak dara, masih menuntut di IPTA.., macamana pulak tu.., ada nasihat??? memang betul kata puan, penat dan meletihkan, terpaksa simpan rahsia, rasa bersalah bila blk rumah tgk muka anak isteri yg setia menanti, walhal saya berseronok di luar..., bukan tidak sedar dosa pahala tapi saya insan yg lemah...

Idalara said...

salam fucspd802
saya tk pandai beri pandangan..
cuba anda renungi..sampai bila anda mahu teruskan kehidupan begitu..gadis yg ada hbgan dgn anda tak selamanya mahukan hbgan terlarang begitu..dia masih muda..mungkin sekarang dia cuma ambil kesempatan atas anda yg dah bekerja dgn kewangan anda (klau sy tk salahlah)bila dia dah tamat belajar dia pasti mahukan kehidupan rumahtangga..anda rasa anda mampu untk berpoligami..?jgn kecewa nnti temanita anda akan tinggalkan anda sebab mahukan yg lebih baik dr anda..

pndglah wajah anak2 masa mereka tidur..kesihani mereka lebih2 lagi isteri anda..jgn cari kelemahan isteri untuk anda bercinta lg tp ingtlah pengorbanan dia melahirkan zuriat utk anda.

dosa paad Allah boleh Allah ampunkan tp dosa anda pada anak2 dan isteri?

maafkan sy andai kata2 sy buat andaterasa..ikhlas dr saya.

buloh said...

terimakasih puan atas nasihat yg diberikan, much appreciated.., but i think it might be hard getting away from this woman as she always chasing after me.... sendiri buat sendiri tanggung ye tak... apepun, thanks again

d said...

kisah benar..

Saya berkenalan dengan seorang lelaki bukan Muslim yang dikenali sebagai TJ. Beberapa bulan selepas mengenali lelaki tersebut baru saya dapat tahu kisah dia sebelum ini.
TJ merupakan seorang duda dan mempunyai seorang anak lelaki. Sebelum mengenali saya, TJ mempunyai seorang kekasih dikenali sebagai Lisa. Selepas beberapa bulan baru saya dapat tahu yang bekas kekasih TJ tersebut merupakan seorang isteri orang. Lisa merupakan seorang perempuan melayu dan suaminya pula merupakan seorang lelaki Cina yang dikenali sebagai Eddie.
TJ dan Lisa berkenalan melalui halaman sembang MSN. Ketika itu, TJ masih lagi mempunyai seorang isteri yang sebangsa dengannya dan mempunyai anak yang masih kecil. TJ dan Lisa menjalinkan hubungan tanpa pengetahuan sesiapa. Apabila isteri TJ mengesan perbuatan curang suaminya, dia mengambil keputusan untuk bercerai. TJ pula terus menjalinkan hubungan dengan Lisa. Suami Lisa ni selalu tiada di rumah, pergi outstation. Lisa akan membawa kekasihnya datang dan duduk dirumahnya untuk beberapa hari sehingga suaminya pulang. Bila suami Lisa pulang, TJ akan balik kerumahnya, bila suami Lisa takda di rumah, TJ akan datang ke rumah Lisa dan bermalam di situ. Hidup mereka seperti suami isteri. Lisa mempunyai tiga orang anak. Kesemua anak-anak Lisa mengetahui akan hubungannya dengan TJ. Anak-anak Lisa turut memanggil TJ sebagai “PAPA”. Hubungan cinta terlarang mereka bertahan bertahun-tahun lamanya iaitu lebih kurang hampir 8 tahun sehingga TJ mengenali saya.
Suami Lisa ini tidak memperdulikan isterinya. Mereka tinggal serumah tetapi tidak tidur sebilik. Suaminya tidak pernah kisah kemana Lisa mahu pergi. Tidak pernah peduli. Sebab itu, Lisa mempunyai banyak masa untuk keluar berdating dengan TJ. Ada masa-masanya mereka pergi bercuti seperti bercuti ke Cameron, Penang, Bali, Hatyai dan sebagainya. Hubungan mereka terputus disebabkan TJ mengenali saya.

TJ memaklumkan kepada saya bahawa selama ini dia telah mensia-siakan masa yang ada bertahun-tahun lamanya. Dia telah menyesali dengan apa yang dia buat. Dia tidak sepatutnya bercinta dengan isteri orang. Telah banyak duit dan masa dibuang macam itu aje.

Saya telah menyamar sebagai lelaki dan cuba untuk mendekati Lisa melalui halaman sembang. Dari situ saya dapat agak siapa si Lisa ini. Pada awal perkenalan, Lisa memberitahu saya bahawa dia seorang janda dan tidak bekerja. Bila saya tanya, daripada mana dia mendapat sumber kewangan untuk menampung kehidupan, dia memberitahu bahawa nasibnya baik kerana bekas suami masih membantu dan memberi duit belanja. Dari situ juga, banyak kisahnya dengan TJ saya tahu.

d said...

Pada saya, TJ merupakan seorang lelaki yang bodoh. Ya, memang dia ada belajar sesuatu dari Lisa iaitu belajar berpuasa. Tetapi apa gunanya? Si Lisa tidak akan bercerai dengan suaminya kerana selama ini suaminya yang menyara dan mencari harta untuk dirinya dan keluarganya. Suaminya Eddie memang pandai mencari duit, di beri kesenangan dan kemewahan kepada Lisa yang datang dari kampung dan hidup susah sebelum berkahwin dengan Eddie. Segala hutang rumah, kereta dan harta yang lain telah dilangsaikan. Sekiranya, Lisa meminta cerai dari Eddie, dia pasti bahawa dia akan disuruh keluar dari rumah yang dia duduk. Nak berkahwin dengan TJ?? TJ pula bukan lelaki yang banyak duit. Apa yang dia dapat sekadar cukup makan aje. Hubungan TJ dengan Lisa bukan mendatangkan kebaikan pun kepada TJ. Hutang kad kreditnya makin bertambah. Simpanan pun tidak ada. Dari segi kerja pun, TJ tidak begitu komited dengan kerjanya, asyik sibuk memikirkan pasal Lisa tu aje.

Sejak mengenali saya, hidup TJ semakin teratur. Dia telah mendapat kerja yang lebih bagus dan pendapat yang agak baik. Hidup TJ semakin selesa kini. Dia pula telah menjadi Muslim. Saya kerap mengatakan kepadanya hidup akan menjadi lebih baik kalau kita buat benda yang betul dan bekerja bersungguh-sungguh. Tidak ada faedahnya pun bercinta dengan isteri orang lama-lama. Kalau Lisa seorang perempuan yang baik dan betul-betul mencintai TJ, kenapa Lisa tidak sanggup bercerai dengan Eddie? Lisa boleh minta cerai dari Eddie dari terus melakukan dosa besar dan berkahwin pula dengan TJ.

Kisah ini benar2 berlaku. TJ menceritakan sendiri kepada saya.

idalara said...

salam d
terimaksih sudi singgah di blog sy dan membaca kisah 'suami bercinta dengan isteri orang' dan menulis panjang lebar di sini..
setelah sy membaca dn merenung apa yg anda tuliskan ksimpulannya saya rasa tindakan TJ memang sgt tepat dan tahniah kerana anda telah berjaya menarik TJ keluar dari genggaman Lisa yg masih tak sedar diri itu...anda berdoalah muga2 TJ akan terus berubah menjadi muslim yang baik..sering2 lah dekati hatinya dan selami apa yg dia rasa...mana tahu anda adalah jodoh dia..insyallah...

d said...

sista ida..

saya betul2 tak faham dgn perempuan mcm tu.. saya pernah bergaduh dgn dia.. dia tu perasan cantik sgt.. dia pernah kutuk saya.. kata saya ni perempuan indon la.. hodoh la.. mcm2 lagi.. then kata saya ni rampas 'bf' dia.. dia tu tak sedar ke status dia sebagai isteri orang..
saya pernah jumpa suami dia.. saya paksa TJ berjumpa suami dia.. saya tengok suami dia pun mcm orang bodoh aje.. patutlah isteri boleh buat macam tu.. bila si Lisa tu dapat tau kami pi jumpa suami dia.. pandai plak dia marah..
suami si Lisa tu dah terlalu tua.. jauh lebih tua dari Lisa tu.. Lisa tu berumur nak masuk 37 thn.. suami dia dah lebih 60 thn.. mungkin sebab suami dia tak peduli kat dia.. kat rumah pun tidur kat lain2 bilik.. sebab tu lah dia boleh berperangai macam orang bujang.. anak2 pun dah besar.. anak2 pun tak kisah pasal hubungan ibu dorang dengan lelaki lain..
perempuan macam ni memang tak guna.. merosakkan keluarga orang lain aje.. pandai berlakon.. berlakon baik.. kalau betul2.. apsal dia tu tak mintak cerai aje dgn laki dia.. tak berani.. sebab diri dia tu tak bekerja.. hidup pun dari hasil si suami..

apa komen sista?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...