Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, September 28, 2010

Jangan Pergi....

Andainya aku dapat menarik tanganmu
supaya jangan pergi
pasti aku akan berbuat begitu....
Andailah aku dapat memelukmu
dari membiar kau pergi
pastilah aku akan berbuat begitu...
Namun aku tak mampu melakukan..
Aku hanya mampu memandang kau berlalu pergi...
tanpa sepatah kata...
ps..seringkali apa yang kita mahukan tidak kita dapati..kerana ia bukan milik kita..

Thursday, September 23, 2010

Berjasa juga dia..!!

Bismillah..

Baru beberapa hari tak ke 'udara' rasa macam tak lengkap je hidup ni..sehari dua ni mood nak ke udara agak mengendur, biasalah bila dah sibuk kat ofis, balik rumah mata dan minda dah letih...jadi nak buka pc pun malas...rasa nak pejam mata je.....tapi bila tak ke udara rasa banyak benda yang aku terlepas pandang...bagiku inilah dunia ku..yang mengembangkan minda dan mata..tempat aku berhubung dengan teman2 maya...

Tanpa dia hilanglah seri hidupku...

Sejak selasa, line internet di pejabat bermasalah...bila line bermasalah, bisness insuran pun tak boleh jalan, bila tak jalan, income pun tak masuk....sedangkan setiap hari berpuluh2 orang ingin mengambil insuran kenderaan dengan syarikat....bos2 besar bukan nak amik tahu pun masalah ni......yang diaorg tahu bisness mesti masuk dan masalah apa pun kenalah kitaorg yang settle sendiri.

Masa ni lah bos sibuk bertanya siapa yang ada broadband..so..takkanlah aku nak kata takde...pulak tu semua tahu aku guna broadband..jadi dengan slow motionnya aku pun angkat kaki dan tangan...

Maka....Sejak Rabu hingga tengahari tadi broadband aku digunakan dipejabat dengan jayanya...banyak pulak yang nak renew insurans lepas2 raya ni....kira2nya berjasa juga broadband aku ni pada syarikat..

Selama ni tuannya saja yang berkhidmat untuk syarikat, sesekali broadband ni pulak berjasa dengan syarikat tempat tuannya bekerja.....apa salahnya kan....

ps...bila rindu ku sebut namamu...

Sunday, September 19, 2010

Apakan Daya Orang Tak sudi....

Bismillah...

Semasa dalam perjlanan balik ke BBST raya ke 3 haritu, aku menelefon mak tiri anak2ku..cadang nak singgah beraya dan melihat anak baru dia dgn arwah suaminya (bekas suamiku) juga nak beri sedikit kueh raya dan duit raya untuk dia dan anak2nya...dah kebetulan aku balik dgn kereta kawanku Mimi..jadi dapatlah aku singgah..kalau aku balik dengan bas tak mungkin aku dapat singgah.

Mungkin agaknya tiada rezeki nak jumpa...dia ada hal, katanya nak keluar...nak beraya rumah kakak2nya...( aku ingatkan dia masih lagi bersedih setelah hampir setahun suaminya meninggal) aku dengar suara dia happy semacam je...gelak2 dihujung talian...(ye lah buat apa nk besedih je..kehidupan mesti diteruskan)

Jadi..aku pun meneruskan perjalanan ke BBST..aku mengejar waktu...nak tunggu dia balik dari rumah kakak2nya tak mungkin...silap2 malam nanti baru dia balik...tak pe lah..anggap saja belum ada rezeki nak jumpa.

Semalam...18 Sept..anak perempuanku balik ke Melaka semata2 ingin berjumpa mak tiri, adik2nya dan menziarahi pusara arwah abahnya...serta balik ke rumah nenek dan mak2 saudaranya yg lain...bagus juga anak perempuan aku ni..mahu juga menziarahi mak tiri dan adik2nya... aku pun tak pernah melarang..biarlah dia mengambil berat hal mak tiri dan adik2nya.

Tak de rezeki juga katanya...bila dia call..mak tirinya kata nk keluar ada hal...apa hal yang sebenarnya...macam sengaja nak mengelak je..(ish..tak baik prasangka)..takpe lah..nak buat mcm mana..dah org ada hal...tak boleh ke hal itu ditangguhkan dan terima anak yg datang dari jauh semata2 nak bertemu..hanya dia saja yg boleh menjawabnya.

Kalau lah aku jadi dia...seboleh2nya aku akan menjaga hati org2 yang cuba berbuat baik dengannya...bukan menjauhkan diri atau mengelak...apa2pun hanya dia dan Allah saja yang tahu apa sebenarnya..

Saturday, September 18, 2010

Apa Khabar 'dia' agaknya...

Bismillah...

Bila sendirian begini:

Tiba2 aku rasa nak tenguk2 semula entry2 yang pernah aku postkan tahun 2008 dan 2009 dulu..rasa teruja, rasa terharu, rasa sedih, rasa gembira, rasa bunga2 dan 1001 macam rasa bila membaca semula apa saja yg aku pernah luahkan dulu...rasa sangat terharu bila aku menulis pasti ada yang sudi membacanya dan memberi komen2 bernas...

Membaca semula komen sahabat2 di entry2 ku sebelum ini, buat aku teringat semula pada 'dia' yang paling kerap singgah di blogku...'dia' yang paling banyak memberi komen berupa kata2 nasihat dan dorongan buatku...apa khabar 'dia' agaknya.

Memang aku tak pernah lupakan dia....kerana ada saja perkara yang mengingatkan aku pada dia...
bagaimana kehidupan dia sekarang..di mana dia, sihat kah dia, bahagiakah dia..atau sudah adakah seseorang yang menjaga dia sekarang...aku sentiasa doakan yang terbaik buat dia.

Sejak peristiwa itu, aku tidak pernah lagi mengunjungi dia..aku tidak pernah cuba2 bertanya khabar dia dan tidak mahu tahu lagi tentang dia..kerana aku tahu dia telah lama membuang aku dari diary hidupnya....

Aku tidak pernah berdendam pada dia...marahku sudah lama sirna...dia berhak untuk memilih jalan hidupnya...dia berhak untuk memilih siapa saja...aku tetap mendoakan kebahagiaan buat dia, kebahagiaan di dunia dan akhirat.!

ps: kehadiran ASS mengingatkan aku pada dia...mungkinkah DIA mengirim ASS untuk menjadi pengganti dia yang telah pergi...

Thursday, September 16, 2010

Raya 2010


Bismillah...

Masih dalam mood raya....

Antara gambar2 yang sempat aku cilok dari FB cousin ku...aku sendiri, akibat terlalu sibuk tak sempat nak bergambar dengan mak bah dan family....rasa ralat pulak bila tenguk himpunan gambar2 sekitar Hari Raya di FB cousin aku tadi..Tunggulah Raya tahun depan insyallah jika panjang usia..

Memohon ampun maaf dengan ibunda tercinta

Bersama nenda tersayang

Tiga beradik perempuan


Bersama adik dan dua org sepupu...

Sesi bermaaf2an dengan mak dan abah..

Bila sesekali bertemu banyaklah yg ditanya dan bertanya..
Sibuk kat dapur

Jarang2 bertemu...bila bertemu dalam keadaan sibuk begini tak sempat juga nak sembang lama2..namun sempat juga bergambar untuk kenang2an..muga2 bertemu lagi Ramadhan dan Aidil Fitri tahun hadapan..

Tuesday, September 14, 2010

Macam-Macam Hal..sebelum dan selepas Raya....

Bismillah

Alhamdulillah aku sudah kembali semula ke rumahku syurgaku pada hari raya ke 3, macam2 hal berlaku sebelum dan selepas Hari Raya....oleh kerana terlalu sibuk mejadi chef sebelum dan selepas Raya maka tak sempatlah nak mengabadikan kenangan dengan mak abah dan family macam tahun2 lepas..walaubagaimanapun raya kali ini meriah sungguh kerana kesemua adik beradikku berkumpul...(semua 9 beradik)
Sempat mengabadikan gambar kenangan dengan anak2

Banyak hal berlaku sebelum aku balik ke kampung haritu..baju melayu anak2 tak siap, aku hanya tahu semasa hendak mengambil baju tersebut on the way nak balik ke kampung...bayangkan bagaimana perasaan aku saat itu.....(geram tapi terpaksa dipendam dalam hati...) alhamdulillah dapat juga belikan warna yang sama dengan baju aku.

Sehari sebelum balik kampung....hampir satu jam aku tak dapat masuk dalam rumah kerana pintu dikunci dari dalam..(anak2 tidur pengsan) aku kat luar pun hampir nak pitam kerana terlalu panas dan keletihan mengetuk pintu berkali2...mujur tak sempat nak pecahkan pintu, aiman zarif terjaga.

Petang raya...sepupu rapatku dikejarkan ke hospital kerana keadaannya yang agak kritikal (mengidap cancer hati stage ke 4)..pada hari raya ke dua sempatlah aku melawat beliau di hospital...namun Allah lebih sayang padanya..semalam (hari raya ke 4) beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah dibawa balik ke rumah..aku bekejar balik semula ke kampung walaupun baru balik ke BB pada hari raya ke 3...alhamdulillah aku sihat, segar... walaupun berpuasa waktu itu.

Semasa hari raya..bertemu sanak saudara..antara soalan2 cepu mas...dan soalan bonus....

"Dah...nape tak gemuk2 ni..."
"Dah..bila nak kawin...."
"Awak muda lagi..rugi tak kawin"

Aku..."Gemuk? no komen..."
Aku..."Kawin?....aku rasa lebih rugi kalau dapat suami yg tak bertanggungjwb, kalau dapat macam Imam Muda takpe lah..boleh juga bimbing aku di dunia untuk ke Akhirat"

Perkara yang buat aku agak terkilan...tak dapat juga jumpa akak@rahmah semasa di Melaka..masing2 terlalu sibuk hinggakan tak sempat mengatur pertemuan..belum diizinkan Allah lagi nak bertemu..insyallah kita akan bertemu di BBST atau Bangi..

Apa2 pun aku rasa Raya kali ini cukup bermakna buatku..setelah sekian lama..aku dapat menunaikan Solat Aidil Fitri di Masjid kampungku..dalam keadaan hujan renyai2 kami sekeluarga dapat ke Masjid dengan selamat.

Aku rasa sangat terharu...di sini aku punya ramai teman2 yang sentiasa mendoakan aku dan anak2..terima kasih...sayang kamu!

ps..sykur padaMU ya Rabb kerana sentiasa memberiku kekuatan ini...

Wednesday, September 08, 2010

Balik Kampung

Bismillah...

Hari ini sampai masa aku balik kg halamanku di Melaka...sejak malam tadi aku mula mengemas apa yang patut..membuang apa saja sisa makanan dan memastikan kepala gas dicabut dari tongnya, sterika telah disimpan dan tingkap2 telah dikunci dengan betul..
Satu bag berisi pakaian anak2, satu bag pakainku dan satu lagi kueh mueh untuk emak di kampung.

Seperti biasa dari rumah aku akan menaiki teksi ke BBST, kemudaian menaiki bas ke Stesen Komuter Nilai menuju ke Seremban, dari stesen Komuter aku akan ke Terminal 2 mengambil bas express ke Melaka..mudah2an aku tidak menghadapi kesukaran mendapatkan tiket bas...jangan takde tiket sudah...berkampung pulak aku di Terminal 2.

Rumah aku tidak akan berpenghuni mulai hari ini hinggalah hari raya ke 3..insyallah ahad aku akan kembali ke Taman Seroja dan Isnin mula bekerja..begitu juga 'rumah' ini akan ditutup selama beberapa hari aku di Melaka..insyallah kita akan bertemu lagi selepas kembali dari kampung...

Mudah2an semua urusanku hari ini dipermudahkan dan aku sampai di kampung dengan selamat..

Selamat tinggal semua yang aku kasihi.....sampai bertemu lagi dengan cerita2 semasa Hari Raya.......SALAM AIDIL FITRI..

ps..doa dariku muga semuanya selamat sampai ke kampung halaman..pada yang memandu..hati2 di jalan raya..ingatlah insan2 tersayang yang menanti kepulangan kita.

Monday, September 06, 2010

Kad Raya Dari Teman2..

Bismillah.

Setelah setuju sebulat suara, semalam kami 3 beranak pun pergi bershoping di KL..dalam train lagi dah penuh sesak..sampai nak bernafas pun sangkut2 sebab dah macam2 bau..ke tiga2 kami tak dapat duduk sampailah Bank Negara... Zaki duduk melepak kat lantai sebab dah tak tahan mengantuk.

Tiba di Sogo...mak datok!!..macam dah dijangka..orang ramai macam ulat buah..menyesal pulak pegi KL..kalau pegi Seremban mungkin tak seteruk ini..taubat aku, next year (andai panjang usia)
tak mahu lagi pegi bawak anak2 time2 gini..

Bawak Aiman Zarif membeli belah memang sangat mudah berbanding Abdullah Zaki yg banyak ragamnya mengalahkan budak umur 2 tahun..tak sampai 1/2 jam Aiman dah dapat apa yg dia mahukan..sepasang kasut dan sandle..(baju dah dibeli minggu lepas di Nilai)

Sampai nak balik..aku dah rasa hangin satu badan (banyak2 mengucap) sebab Abdullah Zaki masih tak dapat apa yg dia hendak..susah betul selera anak bungsu ni..masa beli baju haritu taklah secerewet ini...sudahnya balik tanpa beli apa2 pun untuk dia..jawabnya cari di Melaka lah pulak...

Aku?...rasa puas hati..dalam pada tu sempat lah sambar satu handbag yg aku idam2kan..duit handbag itu bukan hasil dari jualan kueh..tapi duit dari Syarikat..setiap tahun staff mendapat peruntukan sebanyak RM120.00 untuk pakaian baru semasa Mesyuarat Agung Koperasi...oleh kerana baju baru dah ada beberapa pasang, jadi tak payahlah beli lagi untuk Mesyuarat..masa dapat duit tu dalam hati dah niat nak beli sesuatu yg boleh aku gunakan..kalau tak dibeli duit tu habis gitu saja..Alhamdulillah, dapatlah satu handbag yang harganya sesuai dengan aku..

Sempena Aidil Fitri yang bakal tiba ini ramailah teman2 blogger yang mengirim kad raya yang cantik2, antara yang memberi :

Daripada ckLah dari blog La Tahzan..seronok aku tenguk keluarga bahagia ini mengenakan baju sedondon..(macam aku dulu2 masa dengan arwah suami)..muga ckLah dan Family dikurniakan kebahagiaan berkekalan di dunia dan akhirat.
Kad ini pula dari Pn Kartini dari Blog Cetusan minda...cantik secantik tuannya...terimakasih yang tak terhingga...muga bahagia di Aidil Fitri..
Ini pula dari Maiyah dari blog Cite Maiyah..seorg ibu tunggal OKU..Maiyah antara teman yang paling kerap singgah di blogku...muga2 Maiyah sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan menjalani kehidupan yg tambah mencabar..
Akhir sekali..kad yang cun ini dari Cik Amy Sensei dari Blog Kilauancinta..pandai Cik Amy mendesign kad ini..kak ida memang tak pandai nak buat mcm cik amy..masa ni cik amy mesti dah sampai KB...seronokkan berada dengan keluarga...muga2 Cik Amy berbahagia sentiasa..

Terimakasih kepada yang sudi memberi..dan terimakasih kepada yang sudi menerima kad dari aku yang tak seberapa...mudah2an persahabatan kita akan tetap kekal di alam maya ini...

ps...menghitung hari untuk balik kampung....

Saturday, September 04, 2010

Kad Raya...Duit Raya....

Bismillah..

Syukur Alhamdulillah ke Hadrat Ilahi yang mengurniakan aku kesihatan yang baik sepanjang menjalani ibadah puasa dan saat2 menyiapkan tempahan biskut raya..kesemua tempahan dapat aku siapkan mengikut waktu...walaupun ada tambahan di saat2 akhir.Wah!! Lama tidak bersiaran......ada juga sekali dua aku singgah di blog teman2 sekadar bertanya khabar...dan sangat terharu rasanya..walaupun aku tak sempat mengemas kini blog, masih ada yang sudi singgah bertanya khabar dan memberi kata2 semangat untuk aku meneruskan hidup (maaf kerana masih tak sempat membalas komen).......dan lebih buat aku terharu bila aku menerima kunjungan dari teman2 yang sudah lama terputus hubungan...terimakasih! Sayang Kamu!!
Kepingan2 RM kat sini bukan nak bagi duit raya kat teman2 ye, hehehehe......inilah sebahagian hasil penat lelah aku membuat tempahan Almond London..bila terima RM begini terbang semua rasa penat...letih...mengantuk.. dan berbagai rasa semasa membuat tempahan.

Alhamdulillah sepanjang proses membuat biskut dan mencelup coklat, aku tidak pernah menghadapi masalah..samada biskut hangus atau coklat meragam..inilah berkat doa aku yang tak putus2 kepada Allah SWT..dan doa teman2 juga pastinya..tapi yang paling pasti kerana aku sentiasa menjaga ibadahku walau sepenat manapun..Syukur kepadaMU Ya Allah kerana memberi aku kekuatan ini....dan menjaga hatiku untuk sentiasa mengingatiMU.

Bila dah selesai semua...barulah rasa lega nak bershoping...insyallah hari ini aku akan membawa anak2 membeli belah seadanya...ke KL atau Seremban...anak2 dah teruja sangat nak membeli baju raya....sabar ye sayang...takkan lari gunung dikejar...

Untuk semua teman2 yang menjadi follower dan juga yang sudi singgah di sini..hanya kad ini yang dapat aku berikan sebagai pengganti diri.....harap sudi terima ye...aku memohon ampun dan maaf seandainya sepanjang mengenali kamu semua, ada perkataan yang menyentuh rasa dan melukakan hati..

ps...bila takbir bergema..tiada yang lebih pilu..bila mengenangmu yang telah pergi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...