Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, October 31, 2010

Nobody Knows....


Nobody knows its empty

this smile that i wear

the real I is left in the past

bcoz U have left me there.


Nobody knows Im crying

they wont even see my tears

when they think that Im laughing

I still wishing U were here.


Nobody knows its paintful
they think that Im strong
they say that this wont kill me
but I wonder if they were wrong.


Nobody knows Im praying

that U will change my mind

they think that I had let U go

when U left me behind.


Nobody knows I miss U

They think I feel set free

but I feel Im bound with chains

trapped in the empty.


Nobody knows I need U

they say I can do it on my own

but they dont know Im crying

when Im all alone.
******Sepi membuat aku terlalu rindu pada detik-detik itu suatu ketika dulu*******
kerana rindu adalah satu anugerah dariNYA. Kini rindu itu bertandang lagi..malah lebih kuat.

Wednesday, October 27, 2010

Cikgu ada pilih kasih ke.....

"Salam cikgu, maaf nak bagitahu, sy ibu abdullah zaki, dia demam dengan lelah sejak malam tadi..tak dapat hadir sekolah..paper harini boleh tak ganti pada hari lain cikgu?"...itulah sms yang aku hantar pada cikgu kelas abdullah zaki seawal pagi tadi.
Sejak petang semalam aku tenguk zaki dah mula menarik nafas dengan dada tinggi..tanpa sempat aku tanya dia sendiri dah bercakap.."tadi adik ok je..masa main bola kawan adik tendang bola kena dada...tu adik lelah"(sebenarnya aku tahu dia ada minum ais)... dan malamnya dia dah mula tidur berbunyi...batuk dan panas badan..aku kerap terjaga sebab dia akan terjaga bila batuk...bila badannya aku peluk rasa panas sangat.

Pagi tadi zaki tak boleh ke sekolah walaupun hari ini adalah hari kedua peperiksaan akhir tahunnya, lelah dan demamnya agak kuat...setahu aku jika murid jatuh sakit pada hari peperiksaan, mereka boleh menjalani peperiksaan yg teringgal itu pada hari lain..(cikgu2 tolong jawab) ...betul ke atau tidak..

Kira2 pukul 9 pagi aku menelefon ke sekolah memaklumkan hal itu pada pihak sekolah..kebetulan cikgu kelas zaki berada di bilik darjah..takut menganggu kalau aku menelefon beliau, jadi aku menghantar pesanan ringkas memaklumkan hal zaki..bunyi SMS aku seperti mula2 tadi..

Namun hinggalah tamat waktu sekolah dan hinggalah ke saat ini tiada sepatah jawapanpun aku terima dari cikgu kelas zaki...sejam...dua...tiga..tiada jawapan..think positive...cikgu sibuk...cikgu takde kredit nak jwb atau cikgu tertinggal handfon kat rumah.....atau HP cikgu hilang....

Tapi apa yag aku rasa sebagai ibu.....mungkin sebab zaki bukan murid favourite kat sekolah, bukan murid target 5A dalam UPSR..bukan anak pilot atau anak doktor, maka SMS aku tiada kesan pun pada cikgu, aku tak salahkan cikgu..sebab cikgu memang sibuk nak akhir2 tahun ni.
Terfikir dalam hati....Cikgu ada pilih kasih ke.....cikgu pilih darjat ke...aku penah jadi cikgu selama hampir 10 tahun..murid aku beribu....sebab aku penah mengajar 8 buah sekolah, aku penah mengajar dari sekolah pedalaman hingga sekolah tengah bandar.....pilih kasih? tak penah..aku sayang semua anak didikku...mungkin cikgu zaman aku tak sama dengan cikgu zaman ini...
Apa2 pun terima kasih pada semua cikgu2 yang pernah mengajar anak2ku hingga tahu membaca ABC hingga Z...juga pada cikgu2 yang penah mengajarku hingga jadi begini...jasamu tetapku kenang..

Monday, October 25, 2010

Macam mana nak tolong....

Aku memang suka memasak...lepas keja rasa berkobar2 nak balik masak...tp mesti singgah kedai dulu..kat sebelah ofis @ rumah ada satu mini market milik orang kita...besar...3 pintu jadi satu..masa baru2 bukak dulu, barang memang penuh...banyak..tokey mini market ni pun hari2 datang dgn keta mercedes dia..mengikut kata pekerja dia yg juga sedara mara tokey tu..tokey tu kontraktor kelas A..maknanya org berada lah juga..mesti banyak duit dan boleh maintain berniaga mini market ni..

1, 2,3,4,5,6 bulan hingga 1 tahun nampak ok..aku pun memang seronok bershoping kat situ...harga barang2 agak berpatutan....bulan2 pertama hingga ke 4 bulan kerap lah nampak tokey kedai datang jenguk kedai..tapi lama2 dah tk nampak... lama2 barang2 kat kedai tambah berkurang..ramai yg suka dtg mini market ni sebab milik orang kita, tp bila msuk mesti keluar semula dengan tangan kosong..sebab barang tak ada...hampa..

Berita terbaru aku terima petang tadi..bekalan elektrik dipotong..patutlah bergelap, cuma ada bebarapa kawasan dipasang lampu..sahlah tu tak bayar bil lektrik...

Bukan tak nak tolong orang kita tp kalau mcmni keadaannya macam mana nk tolong...
amat menyedihkan...hampir semua rak kosong tiada barang,..
Curi2 snap gambar petang tadi...

pekerja pun dah tak de..yg jadi cashier pun dah banyak kali bertukar ganti orgnya..



tenguklah..kedai besar yang amat, tp beras ada 6 kampit je.. peti ais pun kosong.
Tak tahulah berapa lama lagi minimarket ini akan bertahan..sedih tenguk nasib peniaga Melayu yang gagal maintain perniagan mereka..... tenguk saja kedai ca ya nu alif yg terletak agak jauh dari kediamanku..semua barang ada, bak kata aku..mak ayah datuk nenek je tk de kat situ yang lain semua ada..!!

Sunday, October 24, 2010

Hujan Pagi Minggu...

Bismillah..


Dari tepi jendela kediamanku

Sewaktu mula mengetuk2 keyboard ni..jam dah menunjukkan angka 8.21 pagi ..sejak bangun subuh tadi hati berkobar2 nak pegi ofis..macam semalam..siap dah buat sarapan anak2..roti telur +mayonis+bawang+cili...tak sedar dah 2 keping masuk perutku...kemudian sediakan juadah untuk tengahari..ayam masak cili padi..cukup ke satu lauk je...kalau anak2ku dah cukup..tak tahulah anak2 orang lain..bagi aku pulak, sayurnya just ulam2an....cukup...

Sejak pukul 7 tadi cuaca dah mula mendung...kedengaran guruh di langit, kemudian diikuti hujan.......kalau orang lain mungkin masa ni tengah sedap tarik selimut..tapi tidak bagi aku..kat ofis melambak keja2 sedang menanti...Syarikat tempat aku bekerja sedang membayar dividen untuk anggota...dan target aku hari ini hendak menyiapkan bayaran untuk anggota di Agrobank Ibu Pejabat. Semalam semua boucer bayaran telah aku siapkan..untuk HQ saja ada 64 boucer tidak termasuk beratus2 cawangan Agrobank...Insyallah lusa semua bayaran dividen untuk HQ akan di'kredit'kan ke akaun mereka melalui SISTEM MACS..lepas tu legalah sedikit telinga aku..kalau tak hari2 dapat pertanyaan..."bila dividen nak masuk"

Ada teman2 bertanya..tak boring ke keja sorang2 hari minggu...boring atau tidak dah tugas dan tanggungjawab aku...kalau tak dibuat pada Sabtu Ahad, bayaran dividen akan menjadi lagi lewat...silap2 hingga cukup bulan masih tak selesai...sedangkan anggota hari2 'menjerit' minta dipercepatkan..hari2 biasa pula banyak keja lain menunggu...termasuk 'bank recon' yang memeningkan kepala...

Insyallah hari ini semua bayaran akan selesai di key in dalam akaun anggota melalui sistem macs..hujan pagi ini sedikit pun tidak menggugat semangatku untuk ke Ofis...malah rasa makin berkobar2 nak ke Ofis di sebelah dinding kediamanku!!


ps hujan rahmat dariNYA sering menggamit memori lalu...kala hujan...

Thursday, October 21, 2010

Suami @ Isteri bercinta lagi..

Bismilah...

Menulis dari pengalaman sendiri? itulah pertanyaan yang agak kerap aku terima bila mereka membaca entry "Suami bercinta dengan isteri orang"..sebenarnya tiada kaitan langsung dengan pengalaman hidupku..aku menulis hanyalah dengan niat membuka matahati mereka2 yang terlibat dengan perkara ini..berhentilah....

Hingga kini..walaupun sudah berbulan entri tersebut aku hasilkan, masih ada yang membaca dan menghantar emel meminta pendapat dan pandangan aku...rasa macam counsellor pulak....siapalah aku mahu memberi pendapat dan nasihat...apa lagi yang bersangkut paut dengan hukum2 dan bab2 agama..pengtahuanku teramat kurang dan cetek...bila menyentuh hukum hakam apa kata masuk saja ke blog orang2 yang arif dalam soal agama...tanyakan apa saja pasti mendapat jawapan yg diingini..jawapan yang betul dan tepat.

Namun..pada dasarnya semua tahu...perhubungan terlarang begitu sememangnya salah di segi agama, apa pun alasan yang diberi ia tetap salah, samada suami atau isteri yang bercinta dengan pasangan org lain.....apa lagi jika telah melampaui batas dan terlanjur...hentikanlah sebelum terlambat..berundurlah sebelum bertambah parah..cegahlah sebelum penyakit itu bernanah dan berdarah..

Renunglah wajah anak2 yang sedang tidur..jangan kerana cinta terlarang anak2 terbiar dan membawa haluan sendiri..renung2kanlah..fikir2kanlah..timbang2kanlah dengan hati yang waras.

Monday, October 18, 2010

Cinta baru....

Bismilllah..

Alhamdulillah...hatiku rasa berbunga2 sejak semalam hinggalah malam ini..di ofis siang tadi aku diberi kejutan oleh teman ofis..walaupun hanya sebiji kek..tiada masak2 seperti yg dibuat untuk yg terdahulu..tak cukup korum pulak..sebab dua orang staff tiada..namun syukurlah....ada yg mengingati..dan menghargai diriku.. Baru sebentar tadi pulak, aku diraikan oleh anak2ku..anak perempuan dan anak2 lelakiku..bahagianya bila anak2 belanja ibu mereka makan2 dan beri hadiah....sebiji lagi kek untukku!! terimakasih anak2 dan teman2 semua...yang juga turut memberi ucapan melalui SMS dan di FB..tahun ini aku rasakan paling bermakna dalam hidupku..


************************************************************************************

CINTA BARU

Dek kerana teruja melihat orang memakai baju yang dijahit manik..aku pun teringin juga....mula melihat2 saja..kemudian cari kat blog2 yang mengajar jahitan manik..jumpa blog imass...daftar e-book percuma untuk jahitan manik, belajar cara2 menjahit dari e-book tersebut..bila dah mula mencuba..jadi ralit bak kata biru..mujurlah aku selalu dok sorg2 kat rumah... lahirnya cinta baru ini mengubah rutin harianku..bila sibuk mengadap manik2 ini..lupa segalanya, masalah keja dan masalah hidup.......

Manik2 yang sudah dibeli..buat stok bila2 teringin menjahit pada baju..

Bila dah mula pegang manik ni makan minum pun boleh lupa... lupa segala masalah yang melanda.

Percubaan pertama...simple..pada hujung lengan baju...puas hati juga tenguk hujung lengan baju tidak lagi kosong.

Hujung lengan baju kurung ..kurang kemas mungkin sebab terlalu rapat...tapi oklah buat permulaan ini...


Insyallah aku akan mula belajar teknik menjahit manik dengan seorang yang agak pakar dalam bidang ini ...bila dah tahu asas akan jadi lebih mudah dan cekap..asas menjahit manik hanya rm50 selama 7 jam..tak perlu mebawa apa2 keperluan jahitan kerana semua telah disediakan...termasuk makan minum!! murahkan...takkan aku nak lepaskan peluang ini...bila dah ada asas dan tahu teknik tidaklah ragu2 nak mengambil tempahan kelak...

Inilah percubaan pertama untuk mengisi waktu terluang di rumah..kerana selepas ini aku akan belajar menjahit baju pula..


ps terimaksih semua kerana buat aku tersenyum..

Sunday, October 17, 2010

Doakan Kami Panjang Umur dan berbahagia..

Bismillah...



Wah!!...lamanya aku tak ke udara...rasa bersalah? seperti yang YB penah cakap? tak perlu rasa bersalah andai tak sempat up date blog..aku tak rasa bersalah tapi rasa rindu sangat nak bertemu rakan2 maya, rasa bersalah sebab tak sempat nak jawab komen yang telah aku baca..terimaksih semua!! sayang kamu....



Sehari dua ini kesihatanku baru agak ok..kerja2 di opis pula terlalu banyak..mana satu nak dikejar mana satu nak di capai...kesihatan juga sgt penting tapi periuk nasi pun penting juga...

Semalam adik kat kampung bagitahu...mak demam...hati aku memang rasa tak senang bila dengar mak tak sihat...tengahari tadi, selepas menyiapkan beberapa keja yang agak urgent, aku bergegas balik ke Melaka bersama sahabatku M..dan kebetulan hari ini (17 Okt) adalah hari ulangtahun kelahiran adik perempuanku (yang ke 34) di kampung maka aku bercadang membuat satu kejutan pada dia....

Secara kebetulan tarikh ulang tahun kelahiran kami hanya berselang sehari, jadi aku mengambil kesempatan meraikan bersama harijadiku yang jatuh pada 18 Okt (40+++) ....selepas menjenguk emak dan memastikan mak tak apa2, aku terus ke rumah adik dengan sebiji kek...dia memang terkejut dengan kehadiranku...apa taknya, sepanjang setengah hari kami banyak bersembang di fon tiba2 aku dah sampai depan rumah..
Seronoknya membuat kejutan pada orang yang kita sayang..dan kejutan itu memang dia tak sangka2,....walaupun sambutan yang dibuat sangat sederhana namun kami cukup gembira..dan aku juga terlebih2 bahagia kerana dapat mengembirakan hati aku juga...kalau kita yang tak gembirakan hati kita siapa lagi kan....


Aku doakan muga adikku Mar tabah dan sabar menghadapi apa saja dugaan dalam berumah tangga..muga dia akan berbahagia bersama suami dan anak2 walaupun hidup dalam serba kekurangan..aku tahu susah payah yang dia hadapi dalam membesarkan anak2 seramai 5 orang dan aku pasti dia akan berjaya kerana dia seorang yang sangat pandai berusaha mencari rezeki untuk membantu suami menambah pendapatan keluarga..pandai memasak dan membuat kueh adalah satu aset yang berharga buat dirinya..satu hari nanti impiannya untuk membuka kedai makan pasti berjaya..insyallah.


Buat diriku...muga satu hari nanti aku temui apa yang aku cari2 selama ini......kasih sayang dan cinta sebenar dari seorg insan, keredhaan Allah...Cinta Ilahi dan kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat..jika tidak bersama insan yang bernama suami...memadailah bersama anak2 dan cucu...


Muga tiada yang menyakiti hatiku, muga tiada yang membenciku, muga tiada yang mengejiku, muga tiada yang mendendamiku...muga2 aku sentiasa disayangi dan disenangi.



******aku hanya wanita biasa yang mahukan kehidupan biasa dan cinta yang bukan luar biasa*****

Tuesday, October 12, 2010

Setahun Telah Berlalu.....

Bismillah....

12.10.10...hari yang sama, waktu yang sama setahun lalu abah kepada anak2ku telah kembali ke rahmatullah setelah hampir 2 minggu sakit...semalam anak perempuanku mengingatkan aku tarikh ini..mana mungkin aku lupa..tarikh yang bezanya hanya 6 hari dari tarikh ulang tahun kelahiranku...!!

Segala kenangan bersama arwah masih tetap tersimpan dalam hati, tak mungkin aku lupa setelah hampir 20 tahun hidup susah senang bersama...mudah2an arwah bekas suamiku di tempatkan dikalangan insan2 yang beriman dan diterima Allah SWT segala amalannya...begitu juga arwah ibu dab bapa mertuaku yang terlebih dahulu pergi sebelum arwah anak lelaki mereka.

Al Fatihah buat mereka...dan andai sahabat2 sudi sedekahkanlah Al Fatihah buat arwah mereka semua..terimakasih dari ku andai ada kesudian itu.



******** tempat jatuh lagikan dikenang...inikan pula tempat bermanja...*****

Sunday, October 10, 2010

Tetamu penutup Syawal...

Bismillah..

Sejak malam tadi hati sedih sangat kerana rasa ditipu oleh seseorang yang aku dah mula suka padanya...Alhamdulillah..Allah membuka matahatiku dan membuka tembelangnya.......syukurlah..awal2 lagi dah terbukti dia menipuku, dia tak jujur padaku......kiranya belum terlewat...sempat aku mengundur diri..walaupun pedih.

Hendak mengubat hati yang terluka...aku ke ofis seawal pagi lagi...sibukkan diri dengan keja2 yang bertimbun...bila sibuk lupalah sekejap kesakitan yang tak terlihat dek mata kasar...(sampainya hati dia menipuku..)

Baru nak memulakan keja..seorg sahabat yang agak lama menghilang tiba2 menelefonku..nak singgah rumah tengahari nanti (kebetulan dia ke F1 Sepang)..nak makan masak asam pedas katanya....dia datang bersama abg dan anak sedaranya...sahabat lamaku Zain Mazlan...yang mengenalkan aku ke dunia blog...kawan yang baik dan tak pernah menyakiti hati aku...dah bertahun kami kenal...penah satu ketika dulu hati aku tersangkut pada dia...hehehe...itu dulu....sekarang kami tetap sahabat.

Lucu juga bila aku meminta dia dtg lewat sikit...sebab ada keja yang mesti aku siapkan di ofis..sambil2 tu kepala otak ligat memikir apa yang hendak di masak...pukul 12, terburu2 balik ke rumah dan menyediakan menu yang tak seberapa ini...(maaf ye zain kalau masakan kurang sedap)

Kira2 1 jam siaplah juadah untuk tetamu dari Klang ini...terhibur juga hatiku bila sahabat lama datang menziarahi aku...di samping itu sempat juga dia 'tenguk2kan' pc aku ini....dah dibuang musang berapi, dan sementara waktu aku gunakan internet explorer saja...kira2nya ok jugalah..thanks Zain..(gambar yang awak ternampak di desktop tu sila abaikan ye...saya terlupa nk buang...pedih hati sy bila lihat gambar tu)

Asam pedas ikan kembung yang sempat aku sediakan untuk sahabat lama ini...kebetulan ikan ini saja yang ada dalam simpanan..
Kalau ada masak asam pedas mesti ada ikan kering @ ikan masin...baru ada umpph...

Sayur kubis goreng segar2

Daging masak ala2 kicap...dan ada dua lagi menu yang tak sempat aku snap gambarnya..tauhu goreng bersos cili padi dan telur dadar dengan mayonis(resepi syeila rusli)..tak sempat nak gorengkan sotong tepung...masa nak dadar telur tetamu dah sampai kat bawah...hah! kelam kabut aku dibuatnya..
****Sakitnya bila kepercayaan dan kesetiaan di balas dengan sebuah penipuan****

Monday, October 04, 2010

Pemaafnya Rasullullah

Bismillah..

KISAH 1

Seorang wanita Yahudi datang bertemu Rasulullah SAW, menghadiahkan daging kambing yang diletak racun dengan harapan Rasulullah SAW akan mati selepas memakannya. Baginda mendapat tahu daging tu beracun lalu bertanya kepada wanita berkenaan. Wanita Yahudi itu mengakui,

"Aku memang mahu membunuh kamu!"

Rasulullah membalas, katanya:

"Allah tidak berikan kuasa begitu pada engkau!"

Sahabat kehairanan melihat Rasulullah amat berlemah lembut dengan sikap kejam wanita itu..

"Mengapa tidak dibunuh saja dia... bukan dia mahu membunuh tuan?"

Namun Rasulullah menghalang mereka dengan larangan tegas "Jangan!"

KISAH 2

Seorang Yahudi cuba membunuh Rasulullah SAW dengan cara menggunakan sihir. Rasulullah mendapat tahu akan hal itu melalui malaikat Jibrail. Akhirnya sihir berkenaan berjaya dikeluarkan dari perigi Zarwan dan berjaya dilepaskan. Rasulullah mendapat sakit berikutan kejadian sihir itu, namun Rasulullah tetap memaafkan Yahudi berkenaan dan tidak pernah menyebut hal itu setiap kali banginda bertemu Yahudi itu..

Begitulah pekerti Rasulullah yang sangat mulia dan susah didapati pada manusia lain..tidak pernah berdendam dan sentiasa bersifat pemaaf.

Kebaikan Sifat Memaafkan:

* Sesiapa yang berlapang dada memaafkan org lain maka Allah memaafkan dosanya.

* Allah berikan hati yang tenang lapang kepada si pemaaf kerana dia tidak lagi terbeban dengan perasaan marah yang boleh membawa kepada sakit hati.

* Allah murahkan rezeki orang yang bersifat pemaaf dengan memberikan kemudahan dalam cara yang tidak diduga olehnya.

* Bakal beroleh ketinggian darjat, kemuliaan dan dimurahkan rezeki di sisi Allah dan manusia.

sumber: midi


p/s maafkan aku terpaksa melukakan hatimu, maafkan aku kerana terpaksa menolak hasratmu...maafkan aku...kerana tidak mampu menjaga hatimu.

Saturday, October 02, 2010

Sambutan Raya Dan Mesyuarat Agung Koperasi 2010

Bismillah..

Alhamdulillah..dalam keadaan tak berapa sihat aku sempat juga menyertai sambutan majlis Hari Raya anjuran bersama Kelab Agrobank dan Koperasi Bpm Bhd. Majlis diadakan pada 1 Oktober baru2 ini di Bangunan Agro Bank Kuala Lumpur.

Tak banyak gambar yang dapat diabadikan semasa majlis ini.

Anggota Lembaga Pengarah Koperasi

Hari ini pula, berlangsunglah Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi 2009/2010..Mesyuarat dijalankan di ABADI Bangi bermula pukul 10 pagi hinggalah 2 petang.....seperti biasa akulah yang dipertanggungjawabkan membawa wang saguhati untuk kehadiran anggota, Alhamdulillah wang yang berlebihan mencukupi dengan jumlah kehadiran.

Proses pengiraan undi untuk perlantikan ALP Koperasi bagi Tahun 2010/2011

Antara ALP Koperasi semasa pendaftaran dan penyerahan 'Door Gift'

Pengerusi Koperasi BPM BHD, En Zainur Kamar dan Setiausaha En Ahmad Azamuddin sedang mencabut hadiah cabutan bertuah

Bersama Naib Pengerusi yang handsome, En Mohamad Che Taib.

Sebelum Mesyuarat bermula, sempat juga bergambar di tempat pengerusi majlis....(jangan marah bos)

Majlis berlangsung dengan lancar walaupun perjalanan mesyuarat agak slow..biasalah bila ada wakil dari seluruh kawasan hadir banyaklah soal jawab yang dikemukakan..dan kebanyakan anggota berpuas hati dengan setiap jawapan yang diberi.

Hampir pukul 2 petang barulah mesyuarat selesai......dividen yang diumumkann sebanyak 7.4% untuk 18 bulan. Selepas ini kakitangan koperasi mulalah sibuk membayar dividen anggota pula...dan pastinya aku antara yang paling sibuk.

Sejak seminggu lalu aku tak berapa sihat...sakit urat bahagian tengkuk kiri tambah menjadi2 ditambah ulcer dalam mulut, keadaan yang sungguh tak selesa.... sudah pun berjumpa doktor..kata dok hanya masalah urat...mudah2an bukan penyakit lain...Insyallah.

ps kdg2 kita terpaksa melukakan hati ramai orang untuk menjaga hati kita sendiri.. untuk kebahagiaan kita sendiri........ salahkan kita?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...