Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010...Selamat Datang 2011

Bismillah....Salam..

Hanya kira2 1 jam saja lagi 2010 akan meninggalkan kita..dan 2011 pula akan menjelma...Rasa terlalu pantas masa berlalu...sedar tak sedar setahun berlalu dengan membawa berbagai cerita suka dan duka...
Seperti biasa aku tidak pernah meraikan tahun baru...tiada yang istimewa kerana bagiku setiap awal tahun adalah sama..cukuplah Maal Hijrah..dan azam baru?....kalau org lain sibuk menanam azam baru...aku tidak memasang azam sebaliknya sedaya upaya memperbaiki kelemahan diri di tahun sebelumnya..mudah2an tahun 2011 ini akan menjadi lebih baik.

Buat semua teman2 yang singgah di sini aku hanya ingin mengucapkan " Selamat Menyambut Tahun Baru 2011" muga kehidupan kamu sentiasa diberkati Allah , berjaya di dunia dan akhirat.


Tuesday, December 28, 2010

Tolong aku selesaikan masalah ini.....

Bismillah....Salam.

Cuma 4 hari saja lagi penggal persekolahan tahun 2011 akan bermula, nampaknya cikgu cikgi mulalah sibuk kembali setelah agak lama tak memegang kapur...dan ibubapa pula akan kembali huru hara menjelang pagi...mana nk siapkan sarapan, nak kejutkan anak2 pegi sekolah...adik2 ni mesti liat nak bangun sebab dah sebulan lebih bangun lewat.....

Pada 30 Dis ini aku akan ke SMKBBST bersama Abdullah Zaki untuk majlis taklimat, watikah penyerahan anak2, pendaftaran dan pembelian buku sekolah...aku pula yang rasa teruja nk ke sekolah, nak tenguk ada tak murid tingkatan 1 yang lebih kecil dari Abdullah Zaki..!!
Sebenarnya aku tak bimbang samada Abdullah Zaki dapat menyesuaikan diri atau tidak...aku tahu dia memang senang dapat kawan dan ada saja yang suka berkawan dengan dia..aku tahu dia berani di luar dan bukan jenis pemalu..tapi...cuma satu masalah....

Tahun 2011 Aiman Zarif naik tingkatan 3..bermakna sesi persekolahan dia sebelah pagi, manakala Abdullah Zaki sebelah petang...kira2 pukul 11.30 barulah Abdullah Zaki akan ke sekolah pula.......setelah aku ke ofis, dia akan tinggal seorg diri sementara menanti waktu hendak ke sekolah...

Masalahnya sekarang....Abdullah Zaki seorg yang sangat penakut..dia sentiasa ditemani abangnya...kalau aku dan abgnya berada di rumahpun dia masih takut nak ke dapur atau ke tandas seorang diri...apalagi nak tinggal seorang diri nanti...puas aku dan abgnya berikan kata2 semangat dan peransang pada dia supaya jadi berani..tapi dia tetap takut dan tak berani tinggal sorang diri..

Takkan pulak aku nak bawa dia ke ofis tiap pagi, nak suruh dia bersiap satu hal....dah tentu menganggu tugas dan konsentrasi aku.., itu belum lagi tetiba ada bos muncul di pejabat pagi2 hari tu, apa penjelasan yang nak aku berikan......adoiii...payah jugak nak solvekan problem ini....pening aku nak pikirkan...

Macam mana nak buat ye....jika ada kawan2 yang boleh bantu aku selesaikan masalah ini harap dapatlah beri aku pendapat dan pandangan...mudah2an ada satu cara yang dapat menyelesaikan masalah aku ini...

Saturday, December 25, 2010

Alhmamdulillah...Rezeki Akhir Tahun...

Bismillah...Salam.


Alhamdulillah..walaupun kesihatanku tak berapa bagus sehari dua ini, namun dapat juga aku siapkan semua keja2 yang urgent..semua pinjaman anggota siap diproses dan masuk ke akaun mereka semalam (24dis)..senang hati dapat gembirakan hati orang lain..aku faham hujung2 tahun begini ibubapa memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk persekolahan anak2...mudah2an pinjaman mereka dapat dimanafaatkan dengan baik.

Hari ini buka2 saja emel..aku menerima sesuatu dari seorang sahabat lama Mezain yang agak lama tiada khabar berita..satu blogheader yang cantik...terimakasih Zain...walaubagaimanapun aku masih belum menukar header tersebut, masih menggunakann header pemberian wachak.

Inilah headar yang dihadiahkan oleh mezain pada aku...cantik tak.

Beberapa hari yang lepas pula, aku menerima tasbih yang cantik ini..pemberian rakan sekerja yang baru pulang dari Mekah, kedua2 tasbih ini sangat cantik..inilah pertama kali aku menerima tasbih begini...selalunya yang biasa2 saja...

Tapi satu berita yang paling mengembirakan hati aku dan semua kakitangan Koperasi ialah kelulusan bonus sebulan untuk tahun ini! berita tersebut aku terima malam tadi, disibarkan oleh rakan2 melalui sms..Alhamdulillah syukur padaMU Ya Allah,...segala penat lelah kami dihargai..memang sepatutnya kami diberi bonus sebulan memandangkan Koperasi mendapat pujian 4 bintang daripada SKM yang menjalankan Audit DDE selama 10 hari baru2 ini...

Insyallah pembayaran bonus akan dibuat pada minggu depan..alhamdulillah dengan bayaran bonus tersebut dapatlah aku gunakan untuk bayaran yuran dan pembelian buku2 sekolah anak2....selesai satu masalah yang sering menganggu fikiranku.

Hari ini aku bersiaran dari Kampung...petang semalam setelah selesai semua kerja2 yang penting aku meminta kebenaran pulang awal....pukul 3.00 petang di BBST dan tepat pukul 7.00 petang aku sudah berada di Melaka...dan sebelum pukul 7.00 petang ini insyallah aku akan berada di BBST semula.


p/s kembali ke kg membawa hati..di sini segalanya tenang dan mendamaikan..tiada yang terluka dan dilukai.

Wednesday, December 22, 2010

Puisi Untukku?

Bismillah....Salam....

Terkesima...atau lebih tepat terkedu bila aku menerima puisi ini..katanya khas untuku.....apa maksudnya...kerana selama ini aku tidak pernah merasa dia mempunyai apa2 rasa padaku..juga dia tidak pernah menunjukkan apa2 rasa padaku, jauh sekali menyatakan apa2 perasaannya padaku..cuma aku kerap menerima puisi2 indah yang ditulis buatku.

Dan bagiku puisi2 itu sekadar bacaan waktu santaiku...tiada mempunyai maksud yang tersurat di sebalik yang tersirat..sekadar puisi dari seorg sahabat kepada seorang sahabat..maafkan aku..untuk menerimamu tidak sama sekali kerana aku belum begitu mengenalimu dan aku lebih senang begini...

Di tengah malam syahdu nan pekat
ku teringat padamu, bayangmu
Selalu melintas di kelopak mataku
Ku cuba melupakanmu
Namun bayangmu, terus menghampiriku
Sunyiku kau tabur bunga rindu
kau bagaikan angin yang sejukkan
jiwa ragaku.
Namun kini sia-sia sudah mahligai cintaku
Mimpi indah tiada lagi, sirna terbakar
kayu arang menjadi abu
Ku cuba bertanya pada malam
Dia membisu
Angin berlalupun tidak memberi jawapan
Hanya satu yang terucap
Mengapa aku mencintaimu
Dan mengapa aku terlahir untuk terluka
Ku sedar, cinta tidak harus memiliki
Tapi aku tak bisa, aku tak rela
Mungkin ada yang lebih dariku..
Sampai masa pertemukan kita
Untuk kembali, atau terpisah selamanya
Sungguh hina diriku
Mencintai orang yang tidak mencintaiku
Dan takkan pernah menyayangiku...
p/s Puisi ini selayaknya ku tujukan pada 'dia' yang tak pernah luput dari ingatan.

Monday, December 20, 2010

Nak masak apa ye...

Bismillah....Salam.

Bila anak2 sedang nak membesar ni, selera makan mereka pun agak kuat, kadang tu rasa pelik tenguk, lepas makan nasi, sekejap lagi dah mengacau milo dan makan roti dengan kaya...kalau dulu roti gardenia sebuku tu 3,4 hari pun payah nk habis..sekarang ni dalam masa 2 atau 3 jam je dah separuh habis..tapi sudah baka ibunya yg kecik..makan banyak mana pun anak2 tetap macam aku ibunya. Hinggakan masa membeli kasut sekolah jurujual menyangkakan Abdullah Zaki baru di Tahun 3...padahal dah 12 tahun pun.

Mujurlah berdua, kalau berempat atau berlima perit juga aku nak siapkan duit makan minum anak2...tu sebabnya aku tak henti2 buat OT bila ada peluang, sekurang2nya bayaran OT yang aku dapat boleh juga membantu aku menambah pendapatan...apalagi menjelang sesi persekolahan 2011 yang bakal tiba.

Setiap pagi fikir nak masak apa untuk anak2, bangun subuh tadi rebus makaroni dan inilah hasilnya..anak2 suka sebab tak ada sayur2an dan tauge.

Makaroni digoreng dengan udang basah dan daging cincang...

Ayam masak lemak cili padai bercampur cendawan.

Lunch time......sambil melangkah kaki balik ke rumah aku berkira2 nak masak apa pula untuk hidangan tenghari, masakan yang mudah, cepat, sedap dan boleh disediakan dalam masa 1/2 jam. Akhirnya dalam masa1/2 jam dapatlah aku siapkan ayam masak lemak cili padi..rasanya dah berbulan aku tak masak menggunakan santan....kali ni ayam masak lemak cili padi ni agak lain sikit..aku saja2 campur cendawan..hmmmm sedapnya..pertama kali mencuba ternyata sedap..anak2 apa lagi..bersorak bila tenguk menu ini terhidang atas meja.

Tak lengkap pulak rasanya kalau tak ada sambal belacan...aduhaiii..kecur pulak air liur bila tenguk sambal belacan yang di perah limau nipis ni..

Alhamdulillah menu untuk hari ini dah selamat...esuk, lusa, tulat, langkat apa pulak? pening juga fikir nak masak apa setiap hari...mujurlah anak2 tak cerewet dan tak kisah walaupun lauknya hanya sejenis...kadang tu singgah blog2 yang menyediakan resepi..tak terikut rasanya kalau bahan2nya banyak dan berbagai..so...buat resepi sendiri yang ringkas, cepat dan disukai anak2.

~~Jom makan malam pulak~~

Saturday, December 18, 2010

Orang kita memang suka hiburan ke....

Bismillah...Salam...

Malam2 minggu ni duduk rehat2 sambil jenguk2 blog dan BW tangan mencari channel yang boleh di tonton...kot ada drama yang best ke malam ni..tapi..klik sana klik sini hampir semua rancangan siaran langsung yang berbentuk hiburan..eh...nape ni....orang kita memang suka muzik, lagu dan tari ke....adoiiii...

Kat TV 2...rancangan siaran langsung 'Pentas pilih kasih' bertambah lagi lah pelakon2 hebat kat negara kita ni..

Tukar channel yang ada tulis no 9 pulak ada siaran rakaman 'Idola Kecil"...tambah lagi anak2 kita menunjukkan bakat menyanyi atas pentas..tak minat aku tenguk budak2 ni beraksi macam org dewasa..kadang tu pakaian pun dah macam org dewasa...

Alaaaa..boringnya...jom tukar "Astro Ria" pulak...tu dia..siaran langsung juga...MM.... apa tu....oooo... mari menari...ada gak sesekali tertenguk rancangan ni..teringat ada sorg peserta tu sanggup buang tudung sbb nak masuk MM ni...
Tukarlah TV yang ada tulis No 3...eh..ada siaran langsung juga...lagi hebat sebab PM dan Isteri yang rasmikan...rancangan berbentuk muzikal dan tari menari untuk anak2...hmmm.....rasanya sehari yg lepas pun rancangan ala2 gini juga...pun PM, WF dan semua menteri2 pun ada..hebatkan...ish..tapi aku memang tak minat langsung tenguk rancangan ni...
Ish..cuba tenguk TV angsung 1....ooooo....goalllll...wah..siaran langsung perlawanan bola sepak...patutlah kedai depan rumah aku ni penuh dan riuh rendah...oklah layan jap..
Hah....ni baru betul...rancangan "Selami Jiwa" oleh Doktor Fadilah Kamsah....tapi rasanya tak ramai yang menonton rancangan ini...rancangan ni pun cuma diulang tayang...aku dah tenguk sebelum ni...
Agaknya orang kita memang suka betul rancangan yang berunsur hiburan...aku suka juga tapi bukanlah yang terkinja2 macam tadi tu.....naik rimas pulak tenguk....ye lah...lain padang lain belalang...lain orang lain minatnya..

Friday, December 17, 2010

Shopping untuk sekolah....

Bismillah...

Pejam celik pejam celik tahun 2010 tinggal berapa minggu je lagi... bermakna penggal persekolaan 2011 pun akan bermula tak lama lagi..ibubapa mulalah pening kepala nak buat persiapan untuk persekolahan anak2..lebih2 lagi yang mempunyai ramai anak yang bersekolah...

Aku tidak terkecuali...selagi kelengkapan persekolahan tidak aku beli selagi itulah aku risau....alhamdulillah, dengan bonus rm500 yg diberi kerajaan, aku gunakan sebaik mungkin untuk membeli pakaian, kasut dan beg sekolah anak...kalau nak harapkan bonus dari company rasanya hingga awal tahun depanpun masih tak berbelanjalah jwbnya.

Siang tadi aku bercuti...pagi2 lagi dah ke Pusat Pakaian Hari2 Nilai dengan anak2..awal2 lagi aku dh pesan, jangan minta apa2 yang tiada kaitan dengan sekolah..budget kecik je..mujurlah Aiman banyak mengalah...mana yang eluk lagi akan dipakai untuk tahun depan...so dapatlah kurangkan
belanja.

Pemandangan dalam kedai kasut...ntah apa yg dibincangkan dua beradik ni.

Antara barng2 yang dapat dibeli...nilai duit sekarang amatlah kecil...untuk perbelanjaan dua org anak2...rm400 pun dapat yang penting2 saja..itupun berbelanja di Pusat Pakaian Hari2..kalau nak pakaian berjenama macam 'Canggih" dan yang sewaktu dgnnya...tak cukup jawabnya.


Seorang anak hanya aku peruntukan sorang 2 pasang..Aiman mengalah lagi...seluar tahun lepas masih eluk jadi beli sepasang je.

Orang kata..ukur baju di badan sendiri..begitulah aku...sentiasa mengukur kemampuan diri sendiri untuk menyediakan keperluan anak2...ada rezeki lain kali boleh tambah sepasang dua lagi...sekarang aku hanya memikirkan wang untuk buku2 dan yuran sekolah saja..insyallah sgalanya dipermudahkan...insyallah rezeki anak2 yatim ini ada di mana2...selagi ibunya masih ada.

Thursday, December 16, 2010

Kisah 3 Anak Muda

Bismillah..

Abu Hurairah menceritakan, dia mendengar Rasulullah bercerita mengenai kisah 3 orang pemuda Bani Israel yang cacat, seorg sakit kusta, seorg berkepala botak dan seorg lagi buta. Allah ingin menguji mereka lalu mengirimkan malaikat menemui mereka.

Malaikat bertemu pemuda yang berpenyakit kusta dan bertanya, "Apakah yang paling kamu sukai?" Jawab pemuda itu, " Warna dan kulit yang bagus serta sembuh daripada penyakit yang menyebabkan orang jijik pada saya" Malaikat lalu mengusap kulit si pemuda dan sembuh dari penyakitnya. "Harta apa yang paling kamu sukai?" tanya Malaikat. "Unta" si pemuda lalu beroleh seekor unta bunting. Malaikat berdoa,"Moga Allah memberikan berkat dengan pemberian ini."

Malaikat pergi pula kepada pemuda kedua. si kepala botak dan bertanya,"Apa yang paling kamu sukai?" Kata pemuda , "Rambut cantik dan hilang aib yang menyebabkan org mentertawakan saya." Malaikat mengusap kepala si pemuda, lalu dia beroleh semula rambutnya yang gugur selama ini. Tanya Malaikat lagi, "Harta apa yang paling kamu sukai?" Si pemuda lalu meminta lembu bunting serta iringan doa malaikat.

Malaikat bertemu pula dengan pemuda yang buta..Dia bertanya apa yang dimahukan si buta, dan sudah pasti dia mahukan penglihatannya semula. Malaikat mengusap mata pemuda dan pemuda sudah boleh melihat semula. Lalu malaikat memberi seekor kambing kepada pemuda itu.

Haiwan ternakan 3 pemuda itu berkembang biak dan kehidupan mereka berubah menjadi senang. Beberapa lama kemudian malaikat yang sama datang menemui pemuda pertama, menyerupai seorg tua yang lemah. "Saya miskin, kehabisan bekalan, tiada tempat hendak dituju melainkan dengan pertolongan Allah melalui kamu..sudilah berikan saya bekalan untuk saya teruskan perjalanan."

Tetapi pemuda menjawab angkuh, "Saya banyak tanggungan." Malaikat berkata "Saya masih ingat kamu, kamulah si pesakit kusta!" Kata pemuda "Bukan, semua ini adalah warisan nenek moyang saya" Balas Malaikat, "Jika kamu dusta Allah akan kembalikan kamu kepada keadaan asal kamu!"

Malaikat pergi pula kepada pemuda kedua, pemuda itu juga dengan bongkak menolak kehadiran malaikat dan mengaku semua harta adalah warisan keluarga yang kaya raya. Kata Malaikat "Jika kamu dusta, Allah akan kembalikan kamu kepada keadaan asal. "

Akhir sekali Malaikat pergi kepada pemuda ke tiga. Kata Malaikat. "Saya miskin dan kehabisan bekalan dalam perjalanan, hanya dengan pertolongan kamu melalui Allah saya akan dapat sampai ke tempat tujuan, Saya memohon atas nama Allah yang telah memberikan kamu penglihatan yang baik, agar berikan saya seekor kambing supaya saya dapat sampai ke distinasiku"

Kata pemuda, "Dulu sya buta, kemudian Allah kembalikan penglihatan saya dan diberiNya ternakan ini. Ambillah sebanyak mana yang kamu perlukan dan tinggalkan bakinya untuk saya. Saya tidak keberatan sedikitpun terhadap segala yang kamu ambil kerana Allah"

Lalu Malaikat menjawab, "Tidak, simpanlah harta kamu, saya hanya mahu menguji, kamu orang yang diredai Allah, sedangkan dua rakan kamu dimurkai Allah!"


p/s Biar buta mata jangan buta hati..tapi kalau dua2 tak buta lebih baik.

sumber: MIDI

Wednesday, December 15, 2010

Puisi Tanpa Nama....


Dengan senang hati
Aku rubah deritaku
Menjadi bahagiamu
Menyatakan pujian daripada celaan
Mengakses kehidupan menciptakan nirwana

Bila benar di hatimu ada rasa
Jaga jangan biarkan dia layu
Biar cinta yang mengundang
Dan waktu yang akan menentu semua itu


Hidup tak seharusnya terus berlari
Penat dalam hidup ini tiada yang abadi
Helakan nafas berdiri menetapkan hati
Dan siapkan diri untuk berjalan kembali.



p/s telahku persiapkan diri dan hati...mental dan fizikal...keranaku tahu semuanya tidak pasti...
ku yakin dia pasti pergi...

Saturday, December 11, 2010

Alahai TM

Bismillah..

Jumaat semalam aku mendapat panggilan dari TM..@ Telekom Malaysia..hanya nak maklumkan bayaran untuk bil yang terkini telah tertunggak..aku pun tak faham apa maksud petugas TM tersebut..bila aku tanya tertunggak berapa bulan...dia kata lewat 4 hari...dah lewat pulak..tadi kata tertunggak..pada fahaman aku tertunggak tu bila bila bil bulan lepas tak dibayar dan masuk ke bil bulan baru..itu baru tertunggak.

Setelah menyemak boucer bayaran, ternyata bayaran telah aku buat minggu lepas..1 atau 2hb Dis..di Agrobank Cawangan ST..aku maklumkan pada petugas TM bayaran telah dibuat...mungkin pihak Bank yang belum update bayaran ke TM..bukan salah pihak kami pun!

Apa yg buat aku rasa tak puas hati tu, baru lewat 4 hari dah call bagi reminder...teruk gak aku 'bagi' kat petugas TM...aku tahu perbualan kami dirakam..eluklah kalau pegawai2 atasan TM dengar apa yang aku cakapkan pada pekerja mereka..

Aku cakap.."Bagus betul perkhidmatan TM...lambat 4 hari bayar bil dah call bagi peringatan, tapi bila line problem, bila internet bermasalah, berhari2, berminggu2 masih tak buat apa2 tindakan" (ada bukti...dua org staff yang mengalami kejadian tersebut..berulang ke TM..sampai bergaduh dengan pekerja TM pun masalah tak settle)

Aku cakap.."Cuba semak bayaran dari company saya...penah tak kami tak bayar atau tertunggak atau terlewat bayar...tak pernah sejak saya yang menjalankan tugas ni..bayaran sentiasa cepat dan tepat."

Aku cakap..."Apa TM dah teruk sangat ke sampai terpaksa call pelanggan bagi peringatan padahal baru 4 hari terlewat bayar...takde pulak call ucap terimakasih atau bagi apa2 penghargaan kerana bayar tepat waktu dan setia menggunakan perkhidmatan mereka.."

Aku tak marah kalau memang bil company kerap tertunggak atau bayaran tak cantik...cuma terlewat 4 hari, belumpun masuk ke bulan baru..belum masuk ke bil baru pun...dan yang pasti bayaran telah pun dibuat.

Alahai TM....kot ye pun nk bagi bonus pada pekerja TM janganlah sampai terpaksa call pelanggan nak suruh bayar bil..

Tuesday, December 07, 2010

SuperMak And SuperAbah

Bismillah...

Alhamdulillah..malam semalam aku selamat balik semula ke BBST bersama dua hero ku, pada mulanya aku bercadang balik awal..tetapi memandangkan semalam mak menerima tempahan masak untuk majlis kenduri rumah saudara..maka aku batalkan niat untuk balik awal...dapatlah membantu mak memasak sambil menimba2 ilmu dan rahsia masakan yang sedap dan lazat.

Kadang2 kagum tenguk mak dan abah..walaupun usia mak dah 72 dan abah 79 namun kedua2 mereka mempunyai kekuatan yang luar biasa....baru saja selesai memasak untuk majlis perkahwinan di rumah sepupu, semalam memasak pula untuk majlis kenduri aqiqah rumah saudara mak..seekor kambing, 20 ekor ayam, dalca, jelatah dan 1 periuk besar nasi beryani...

Ayam masak merah, kambing masak beryani, jelatah (acar)

Seperiuk nasi beryani yang di masak menggunakan kayu api...


Daging kambing masak beryani....sedappppp sangat.

Dalca yang masih di atas dapur.

Ayam masak merah

Acar timun dengan nanas atau jelatah

Walaupun usia mak dan abah sudah agak lanjut, alhamdulillah kesihatan mereka agak baik dan masih mmapu menerima atau memasak di majlis kenduri kahwin atau kenduri kesyukuran...kesanggupan mak dan abah lebih kepada dasar tak sampai hati atau kesian nak menolak permintaan saudara mara atau kawan2 terdekat. Kesian juga tenguk mak dan abah yang kepenatan setelah selesai memasak.

Tapi yang buat aku rasa tak puas hati, ada sesetengah orang mengambil kesempatan atas sikap mak yang tak berkira. Sesuka hati memberi upah yang tidak setimpal dengan keja2 mak dan abah...sepatutnya mak dan abah menetapkan harga setiap kali memasak supaya setimpal dengan penat lelah mak...tapi...mak mesti kata...tak apa...anggap sedekah...agaknya itu sebab rezeki mak tak pernah putus.


p/s air tangan mak dan abah memang tiada tandingannya di dunia ini

Saturday, December 04, 2010

Kalau Dah Biasa.....

Bismillah.....

"Bosan gila betul, anak2 ikut nenek diaorg pegi Johor, hsb Ju lak ikut bos dia keluar, Ju ni mcm org gila..bosan sorang2 ni"

"Macam tu lah akak Ju...kadang rasa nak menjerit je"

"Lum sehari dah mcmni..cam manalah kan kalau lama2,tak sanggup Ju"

"Akak dah bertahun mcmni..anak2 kalau ada kat sini pun bukan lekat kat rumah..siang g taman, pegi pikk, malam lak g surau..tinggal akak sorg2"

"Tahan akak kan....Ju ni baru separuh hari tinggal sorg, takde sape2, dah mengagau..."

"Sebab Ju tak biasa, baru2 dulu macam nak sasau gak akak"

Itulah antara msg2 aku dengan seorg ofismate malam tadi..bagaimana dia melahirkan rasa kekosongan yang teramat sangat bila tinggal sorang2 di rumah...bagi aku istilah sunyi sepi, kekosongan, keseorangan sudah terlalu sinonim dengan diri aku...aku teringat kata2 cik biru (mana cik biru ye...lama dia menyepi), katanya "sepi2 idalara ada juga anak2..macam saya ni sorg2" betul kata cik biru...apa pulak rasanya org yang tiada suami@isteri , tiada anak2, tiada adik beradik...tiada ibubapa..
Bersyukurnya aku walaupun kerap sendiri, aku masih ada ibubapa, adik beradik, anak2 dan cucu..dan pastinya aku ada ramai kawan2 di sini..di alam maya yang tiada sempadan...yang kerap memberi kata2 semangat dan peransang pada ku agar aku terus kuat.

Bila dah tinggal@hidup seorg diri ni, pandai2lah cari aktiviti yang berfaedah untuk memenuhi kekosongan hidup...bila dah ada aktiviti tidaklah terlalu sepi rasanya...macam yang aku lakukan sekarang..berblog, bw, membaca novel atau buku2 motivasi, menjahit manik dan apa saja aktiviti yang sihat..insyallah rasa sunyi sepi itu pasti tidak terlalu menghimpit jiwa.
Tapi....kadang2 bila terlalu sepi rasa macam nak menjerit juga ......
***********************************************************************************************
Insyallah pagi2 esuk aku akan balik ke Kg..menghadiri kenduri di rumah sepupu dan membawa anak2 balik ke sini semula..aku akan bercuti hingga selasa...mudah2an perjalanan aku dipermudahkan..dan insyallah kita bertemu semula selepas cuti Awal Muharam..
Selamat menyambut Awal Muharam...muga2 Tahun baru Hijrah ini menjanjikan kebahagiaan buat kita dan sama2lah kita berhijrah ke arah yang lebih baik..

Friday, December 03, 2010

Bila aku geram....

Bismillah....

Setiap kali membeli sarapan pagi di kedai2 berhampiran, aku pasti rasa frust dan geram.....apa taknya...semuanya kurang.... kurang sedap, kurang gula, kurang lemak,lebih masin..duit je tak kurang..bila dah rasa geram mulalah semangat nak memasak meluah2...

Bagus gak bila rasa geram dan tak puas hati ni..bangun subuh menyingsing lengan menggoreng mee kuning..goreng lebih2 sikit bawa kat ofis dapat juga jamu kawan2....perut kenyang hati pun puas...kadang2 aku rasa hairan tenguk sikap peniaga makanan yang tak mahu mengekalkan kualiti makanan yang mereka jual..asal ada saja mereka jual..macam pembeli ni takde anak tekak....sikap mereka sebenarnya menutup pintu rezeki mereka sendiri...sekali pembeli rasa tak sedap, pastlah tak datang kali kedua..cuba kalau sedap..mahal sikikt pun tak pe...mestilah pelanggan akan datang semula.
Sebelah tengahari pulak aku sediakan menu sup ayam beraneka..aku namakan 'sup ayam beraneka' sebab segala macam sayur aku masukkan..karot, kentang, kubis bunga, cili benggala dan batang saderi...makan pulak dengan nasi panas2 berserta sambal goreng...nyam,nyam..nasi dua pinggan pun tak cukup....

Kawan2 ofis dah tahu benar sikap aku....bila aku tak puas hati dan geram..esuk pasti aku memasak dan bawa bekal ke ofis..memang betul..tak rugi kalau rajin sikit...dapat berjimat dan makanan yang dimasak terjamin bersih dan sedap.
Esuk masak lagi....walaupun tinggal sorang2, aku kena rajin memasak...dah tinggal sorg diri ni aku cepat lapar dan rasa nak makan je...eh..malam ni nak makan apa ek....

Thursday, December 02, 2010

Bila Anak Nak Motor.....

Bismillah...
Gambar sebagai hiasan

Sejak beberapa bulan lalu aiman kerap bercerita pasal motorsikal..kata dia...kalau ada motor kan senang nak pegi sekolah..senang nak amik adik,senang nak pegi kedai dan senang nak hantar ibu kat BBST (senang nak merambu ramba), tapi mungkin hati ibu dia yang tak akan senang bila dah ada motorsikal.


Tahun 2011 usia aiman baru 15 tahun...belum layak nak mengambil lesen motorsikal..bila hal beli motorsikal ni aku ceritakan pada kawan2 dan adik beradik, ada yang pro dan kontra..menyokong dan membangkang...ada yang kata banyak buruk dari baik...lebih2 lagi bila lesen tak ada....walaupun aiman kata motor tersebut hanya untuk kegunaan ke sekolah dan dikalangan kawan2 sekolah rata2 sudah membawa motor ke sekolah...tapi hati aku tetap mengatakan 'tidak'.


Bila lihat kawan sebaya aiman ke hulur hilir dengan motor ...hati aku berkata, kelak aiman macamtu jugak...masa belum dapat janji gitu gini, bila motor dah depan mata ntah macam mana pulak....


Jadi....setelah diambil kira campur tolak darab bahagi...maka aku sebagi ibu yang tak mahu menangis kemudian hari...aku sudah bulat hati mengambil keputusan untuk tidak memenuhi kehendak aiman.... aku akan jelaskan sebaik mungkin sebab2 keputusan aku itu pada aiman bila dia balik ke rumah nanti.


Insyallah, aku pasti aiman dapat menerima keputusan ibu dia untuk kebaikan dirinya juga..dan aku pasti..."Aiman tak kisah' dengan apa saja keputusan aku, walaupun dia akan rasa hampa bila permintaannya tidak aku penuhi...semua aku lakukan untuk kebaikan dirinya juga.

Tuesday, November 30, 2010

Aku dan Maha....

Dengan Nama Allah aku menulis.

Malam semalam, lepas adik perempuan, suami dan anak2 saudara balik ke Batu Pahat, aku rasa sepi sangat...apa taknya, sejak malam sabtu mereka berada di rumahku.....ahad ke Tanjung Malim,menghadiri kenduri kenalan lama adik ipar...balik dari Tanjung Malim ke MAHA dan semalam seharian di Bangi dan Kajang..

Masa ramai2 tak terasa masa berlalu...bila semua dah meninggalkan aku mulalah sepi bertandang semula...masa tulah rasa nak balik ke kampung ambil anak2..agaknya kalau aku ada kenderaan malam itu juga aku jemput mereka.

Pertama kali ke MAHA.....letih duduk dalam kereta hendak ke tempat parking, hampir 1 jam setengah baru sampai.....mujurlah adik ipar agak sabar orangnya..dengan kesihatan dia yang tak berapa baik..sampai juga ke tempat parking yang paling hampir dengan tempat pamiran...
Memang teruja melihat segala macam benda yang dipamir dan dijual...lebih teruja bila berada di gerai produk coklat, aduhai.......kesuntukan masa membuatkan kami tak sempat singgah di bahagian pertanian dan haiwan ternakkan..rasanya jika ada kesempatan mahu saja aku ke MAHA lagi....Insyallah tunggulah 2 tahun lagi.

Insyallah hari selasa ini aku akan pulang ke Melaka mengambil anak2..dah rindu sangat aku pada mereka...

ps...bila ku rindu...aku kan sebut namamu...bila ku resah ingin rasa ku bertemu...

Thursday, November 25, 2010

Keajaiban Dunia

Dengan Nama Allah Aku Menulis

Setiap kali membuka emel, ada saja gambar2 menarik yang masuk ke kotak emelku....tak dapat melihat dengan mata sendiri dapat melihat gambar nya pun jadilah..jom kongsi sama gambar2 keajaiban dunia yang tak terjangkau dek akal...layannnn...
The King's Walkway - laluan pejalan kaki yang paling bahaya di dunia.

Pejalan kaki ini boleh dianggap satu daripada laluan pejalan kaki yang paling bahaya di dunia, terletak di El Choro dekat Alora di Malaga Sepanyol.

The Great Blue Hole Di Belize - lubang lautan terdalam di dunia.
Great Blue Hole adalah satu daripada keajaiban di alam yang terletak di Belize (kat mana aku pun tak tahu) 60 batu daripada Bandar Belize, dipercayai lubang di dalam lautan terbesar di dunia.

Hashima - Pulau hantu yang ditinggalkan.

Pulau Hashima digelar pulau hantu kerana ditinggal, penghuninya aku pun tak tahu mengapa..
kalau nak tahu kenalah buka http://www.gambarmenarik.com/
***********************************************************************************************
Sudah masuk minggu ke dua anak2 di kampung...sepatutnya mereka balik ke BBST pada hari sabtu ini..tapi malam semalam Aiman Zarif sms minta ditambah seminggu lagi, banyak aktiviti di rumah mak cik mereka..mereka dah pandai mencari duit poket dengan menolong mak cik mereka membungkus dodol untuk sebuah kilang di kawasan tempat tinggal mak cik mereka...
Alhamdulillah...biarlah mereka belajar mencari wang sendiri, dan tahu betapa sukarnya mencari duit.
Muga2 anak2ku selamat walau di mana mereka berada...muga Allah sentiasa memelihara mereka.

Tuesday, November 23, 2010

Teman Baru...

Dengan Nama Allah aku menulis..

Alhamdulillah....Sekarang aku dah tak sunyi lagi..dah ada teman baru yang menemani aku setiap malam...rasa kekosongan dan sepi terisi sejak ketiadaan anak-anak...tapi aku tak bolehlah sentiasa mengadap dia...nanti banyak pulak kerja2 lain terbengkalai...
Inilah teman baru aku, note book 1 Malaysia...



Masa belum dapat note-book ni hati berkobar2 nak up-date selalu blog..tapi bila dah ada depan mata..tak pun...selalunya macamtu lah.
Apa2pun aku ucapkan terimaksaih pada kerajaan Malaysia kerana memberi peluang kepada umum untuk memiliki note-book free ini, walaupun line internet tetap kena bayar...ye lah takkan semuanya nak free kan..

Saturday, November 20, 2010

Sendiri

Dengan Nama Allah Aku menulis...
Sendiri....
Kini aku sendiri
berteman sepi dan airmata..

Aku memang sedang sendiri tapi tidaklah bertemankan airmata seperti lirik lagu Dahlan Zainuddin ini...itu cuma lirik lagu...aku pun dah lupa2 ingat lirik sepenuhnya..padahal lagu tersebut dulunya sentiasa bermain dibibir...
Aku sendirian waktu ini kerana kedua2 anak lelakiku berada di kampung sejak Aidil Adha lepas...tak sangka pulak mereka tidak mahu mengikut aku balik ke BBST.......walaupun rasa sunyi anak2 tiada, namun aku rasa agak lega....sekurang2nya mereka terjaga di sana...ada ibu dan bapa saudara serta datuk nenek yang menjaga mereka.
Sepanjang mereka tiada bolehlah aku benar2 merehatkan diri...dan menumpukan sepenuh perhatian pada kerja2 di ofis dan mengemas rumah yang agak lama tak di polish.......disamping itu bolehlah lebih kerap ziarah ke rumah kawan2 di sini.
Seronok beraya bersama mak,abah dan adik2..tak sia2 aku balik sebab mak beriya2 menyediakan menu untuk Hari Raya..antara menu yang tak sempat aku abadikan seperti lontong dan masak lodeh, serunding kelapa, sambal tumis (aku yang masak), soto adik yang bawa....
Setiap kali raya mak mesti menyediakan ketupat lemak ini..mula2 direbus bersama santan, setelah agak kering barulah dimasukkan air dan direbus hingga masak...ada dua jenis..beras dan pulut...aku kurang suka sebab berlemak sangat.
Sambal daging masak manis( orang jawa kata ungkep)...sebenarnya taklah manis sangat..proses memasak daging ini agak lama juga kerana cili merah tidak dikisar..sebaliknya dihiris2 dan di masak bersama bawang besar yang dimayang..campur santan dan gula melaka...masak hingga cili benar2 hancur...hmmm sedap sangat...lebih sedap sebab mak yang masak.

Pernah lihat kueh ini? kalau dibandar2 memang jarang jumpa yang begini rupa, inilah kueh lopes....selalunya lopes di bandar2 berwarna hijau menggunakan warna tiruan, tidak direbus menggunakan daun pisang..... kueh lopes ini masih berbalut dengan daun pisang...bila nak dimakan barulah dibuka dan digolekkan pada kelapa parut dan dimakan bersama gula melaka..untuk mendapatkan hasil yang baik, proses merebusnya hampir 4 jam lamanya...

Terasa lapar pulak bila lihat gambar2 di atas...nak cari makanan kat dapurlah...dah tinggal sorang2 ni rasa malas nak masak..tapi bila dah terlalu lapar terpaksa juga merajinkan diri kerana malas nak membeli kat luar.


ps......boringnyaaaaaa.....tiada siapa di sisi menemaniku....:((

Monday, November 15, 2010

Salam Aidil Adha....

Dengan nama Allah aku menulis...

Insyallah, lusa seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha..cuti hanya sehari.......aku tidak pun merancang hendak balik ke kampung..bercadang beraya dengan anak2 di rumah saja kali ini...pagi ke Masjid dan tengahari rehat2 kat rumah sambil makan2 apa yang ada.

Tapi segalanya berubah lepas mak telefon petang tadi......mula2 mak tanya balik ke tak...aku jawab mungkin tak..."mak tengah bungkus kueh lopes ni" aku tahu mak sengaja memancing aku dengan kueh favourite aku, terbayang kueh lopes mak yg kenyal2 disalut kelapa muda dan disiram kuah gula.......aduhaiii.....suara mak rendah dan merayu..."balik lerrr...balik kejap pun tak pe..." kata mak...cair hati aku dengar permintaan mak..

Akhirnya kerana mak..aku ambil keputusan balik juga ke kampung awal2 pagi esuk, bukan kerana tarikan kueh lopes yag tak terdapat dipasaran.......rasa tak sanggup nak hampakan hati seorang mak..mcam yang pernah aku alami dulu....

Mudah2an perjalanan aku dipermudahkan esuk..untuk semua sahabat yang singgah di sini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha" muga setiap pengorbanan yang kita lakukan hanya kerana DIA...muga apa saja pengorbanan yang kita lakukan biarpun pedih akan terasa kemanisannya kelak...Insyallah.

Kepada yang memandu pulang, berhati2 di jalanraya..ingatlah insan tersayang yang menanti kepulangan anda..



p/s ku korbankan perasaan ini untuk kebahagiaan dia..dari kejauhan aku mendoakan muga dia bahagia.

Sunday, November 14, 2010

Nenek oooo nenek...

Dengan nama Allah aku menulis...

"Nenekkkk" suara halus memanggil sebaik saja aku melangkah masuk ke rumah,........eh! panggil aku ke....ooo..ye lah panggil akulah.., gadis comel itu mencium tangan dan pipi aku, itulah cucu aku.....sudah semakin tua aku ni.....bekalan untuk ke sana masih terlalu sedikit...:(

Sudah hampir setahun setengah usia cucu aku..petah bercakap langsung tak pelat macam 3 orang anak2 aku dulu...terubat juga kesunyian aku bila sesekali cucu datang ke rumah...bila melihat kepetahan dan sikap manjanya, sirna semua kemarahan dan rasa kecewa pada mamanya...bertahun rasa kecewa aku simpan, walau telah aku maafkan segalanya, luka masih terasa..........namun bila difikir2kan semuanya telah berlaku...

Inilah wajah Edryna Syakira...comel dan petah..mudah2an dia dapat menyambung kembali harapan aku yang tidak kesampaian pada mamanya dulu.

Syakira bersama pak ngah dan pak busu...


p/s cik amy inilah wajah cucu akak....cun tak..:))

Saturday, November 13, 2010

Emel dari effa...

Dengan nama Allah aku menulis...
Sejak enrty "suami bercinta dengan isteri orang" aku terbitkan, aku menerima banyak emel yang meminta pendapat dan pandangan dengan masalah yang mereka hadapi..antaranya seorg adik yang menamakan dirinya 'effa', agak berat masalah yang dihadapi effa..untuk menjaga nama effa aku tidak menyatakan apa yang sedang effa hadapi sebenarnya...

Inilah emel yang aku terima dari effa, setelah aku memberi sedikit pandangan dan nasihat kepadanya...mungkin ada sahabat2 yang akan faham apa masalah yang effa hadapi setelah membaca serba sedikit isi kandungan emel effa ini., jangan salahkan effa sepenuhnya kerana effa terjerat dengan masalah yang dibawa sendiri oleh suaminya.... andai ada kesudian bolehlah memberi pandangan dan nasihat kepada effa.



Salam kak ida,

Sy amat berterima kasih pd akak kerana sudi membalas email sy tempoh hari. Sy hargai pendapat dan nasihat akak dan insyaallah mana yg baik sy akan ambil sbg pedoman. Kak, alhamdulillah... Kini sy berdikit-dikit dapat melupakan Z. Tatkala sy cuba dan hampir berjaya melupakan dia, dia datang lagi dan lagi menagih kasih dan sayang saya. Tetapi sy tetapkan iman, tingkatkan kesabaran utk cuba menjauhi dia. Tetapi dia tetap menghubungi sy lebih2 lg di hujung minggu ketika sy bersama keluarga. Katanya rindu pd sy semakin kuat, dan semakin kuat dia cuba melupakan sy makin kuat ingatan terhadap sy katanya. Dan kini dia mula menabur kata2 sayang. Katanya lagi, sayang pd sy jujur dan ikhlas dari lubuk hatinya.

Insyaallah, sy cuba dan terus berusaha mohon dari-Nya untuk memberi sy segala kekuatan agar dapat sy menjauhkan diri darinya. Dia seakan tidak dapat melupakan sy. Dia smpai dtg ke pejabat sy pabila sy x jwb panggilannye, x bls sms dia.. Katanya, kalau sy cuba lari darinya sekali lagi dia akan tetap mencari sy dan x akan lepaskan sy. Telah sy katakan bhw sy adalah milik suami sy. X mungkin kami akan bersama. Katanya lagi, dia x mampu menolak @ melawan takdir.

Kak, sy amat berterima kasih pd akak kerana telah membuka mata sy. Sy tau sy telah berdosa, berdosa besar terhadap suami dan Allah. Sesungguhnya, pd saat ini sy cuba berubah demi kebaikan. Sy cuba belajar utk menerima suami seadanya dan segala kekurangannya. Sy cuba utk convert perasaan rindu sy pd Z pd anak sy dgn memberi sepenuh perhatian pd anak sy. Benar kata akak, jodoh sy mgkn sudah termaktub utk bersama suami ke akhir hayat.

Sy mohon pd yg Esa agar menerima taubat sy di atas segala kesilapan yg telah sy lakukan dahulu. Sy sgt takut sekiranya satu hari nanti rahsia yg sy simpan ini akan terbongkar. Dan sy yakin bhw suami sy boleh smpai ke thp membunuh sy sekiranya dia tahu pe yg telah sy lakukan.

Sy belajar utk membimbing diri sy ke jln yg benar. Telah sy berikan kata putus pd suami agar berhenti untuk mengambil 'benda' itu dan jawapannya 'Saya cuba'.. tetapi sy tau tidak mudah utk suami berhenti apatah lagi sy... Sy cuba utk kuat,tapi tarikan sgt kuat. Demi anak, sy cuba kak... Hanya satu yg dpt mengubah hidup kami suami isteri.... Anak... Sekiranya sy mengandung lg, suami sy akn berhenti mengambil 'benda' tu. Dalam pd masa yg sama sy juga akan berhenti kerana memikirkan kandungan. Tetapi di saat2 rumahtangga begini mampukah sy utk mengandung lg???? Sy takut concentration dan depression sy tidak dapat menanggung semua itu...

Kak, hati sy tenang ble berbual dgn akak (wlupun hanya melalu email). Sy anggap akak spt kakak sy sendiri memandangkan sy tidak punya kakak... Terima kasih krn sudi mendengar luahan hati sy sekali lagi ye kak...

Salam & terima kasih...

Effa


Mudah2an perjalanan hidup effa dipermudahkan, mudah2an Allah akan meringankan bebanan yang effa tanggung..mudah2an effa berjaya merubah hidupnya dan suaminya.Insyaallah.

Thursday, November 11, 2010

Tahniah buat semua...

Dengan nama Allah aku menulis...

Lama juga aku tidak bersiaran...walaupun sesekali sempat singgah rumah kawan2 tapi tak sempat nak up date blog...agak sibuk dengan tugas2 di ofis, bila malam mata cepat pulak mengantuk...dan mungkin juga mood untuk berblog agak menurun sejak kebelakangan ini..terlalu banyak hal yang berlaku membuat aku terlalu letih untuk berfikir......:(

Hari ini keputusan UPSR sudahpun diumumkan..Abdullah Zaki adalah salah seorg dari beribu murid yang menerima keputusan tersebut tadi....Walaupun tidak mendapat keputusan cemerlang, aku tetap mengucap syukur kerana dia lulus semua matapelajaran yang diambil..

Tahniah kepada anak2 yang berjaya mendapat keputusan cemerlang...dan tahniah kepada guru-guru yang bertungkus lumus menjadikan anak2 ini berjaya dan tahniah juga kepada ibubapa yang melahirkan anak2 yang cemerlang ini...Tahniah!!

Tuesday, November 02, 2010

Usia menghalang cinta?

Dengan Nama Allah aku menulis...

Ana: Aku rasa aku dilamun cintalah..

Ani: Eik? biar betul..patut ler aku tenguk kau hepi semacam jer..

Ana: Tapi aku rasa aku jatuh cinta bukan pada orang yang sepatutnya..

Ani: Tak faham ler aku...nape lak...

Ana: Dia mude sangat dari aku!

Ani: Mude bape? 5,10, atau 15? dari kau?...apa salahnye..Saidatina Siti Khadijah pun lebih tua dari Rasulullah..tu..... Rosnah Mat Aris tu, suami dia tu mcm umo anak dia tau...

Ana: Tu Nabi dengan artis...jangan samakan dengan aku dan dia.

Ani: Artis tu manusia gak...aku tguk Rosnah Mat Aris tu dengan kau, cantik lagi kau...tenguklah potongan body kau......maintain mcm anak dara jek...heheheh..walaupun kau dah ada anak 3...!!!

Ana: Eiiii...aku serius ni...jgn main2 ler...

Ani: Aku serius gak niii.....Boleh aku tahu sape dia tu? selama ni kau tak penah berahsia dengan aku...ni yg aku nak marah ni....

Ana: Buat masa ni biarlah aku rahsiakan dulu...aku dah berjanji dengan dia, hanya kami bertiga saja yang tahu hal ni...bila betul2 ok baru aku dedahkan...

Ani: Bertiga? kau.... dia.....sorg lagi sape?..weiii berahsia lak minah ni...

Ana: Aku, dia dan Allah...

***********************************************************************************
Itulah perbualan antara dua orang sahabat....agak berat persoalan ini kan...bila seorang wanita berusia jatuh cinta@ bercinta dengan lelaki yg jauh lebih muda darinya..walaupun lelaki itu dapat menerima wanita itu seadanya dan sangat menyayangi wanita itu....tentu banyak masalah yang akan timbul...

1. Tentangan dari pihak keluarga lelaki...pastinya keluarga pihak lelaki mahukan anak@adik mereka mendapat isteri yang lebih muda darinya...

2. Timbul pandangan serong dari masyarakat bila melihat pasangan yang ketara perbezaan usia mereka bercinta dan berkahwin.

3. Si suami yang jauh lebih muda tentu mahukan zuriat sedangkan wanita itu tidak mampu lagi untuk melahirkan zuriat untuknya.

4. Masyarakat menganggap lelaki itu sekadar mengambil kesempatan atas kesenangan wanita itu kerana kebanyakan wanita berusia ini agak stabil ekonomi atau agak berharta.

5. Rasa rendah diri dan bimbang suaminya yang muda akan beralih arah satu masa nanti..mencari yang lebih muda..

Sebenarnya banyak lagi masalah yang tak dapat dinyatakan...

Walaubagaimanapun tidak dinafikan ada pasangan begini kekal bahagia hingga akhir hayat, lebih2 lagi bila hubungan itu berlandaskan nilai2 murni dan berserta dengan pegangan Agama yang kukuh....meniti atas cinta yang betul ibarat berjalan di taman yang penuh bunga2an - wangi dan semerbak.

Beza usia tidak menjadi masalah andai kedua2nya jujur dan ikhlas..menerima seadanya pasangan masing2 dan si lelaki yang muda mencintai wanita berusia dengan sepenuh hati...dengan berlandaskan cinta kepada ALLAH..kerana rasa cinta itu anugerah dari ALLAH.

"Anggaplah cinta satu penawar dan racun : jika ia memudahkan hingga hidup menjadi lebih baik, ia adalah penawar, sebaliknya jika ia merosakan hingga hidup menjadi susah umpama penjara penuh sengsara maka tinggalkanlah"

Apakata anda ?

Monday, November 01, 2010

Hari Isnin, Abdullah Zaki Dan Ikan...

Bismillah...dengan Nama Allah aku menulis...

Isnin...rata2 orang akan berkata...aduii malasnya nak pegi keja bila tiba hari isnin..namun bagi aku tiada istilah malas samada hari isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu atau ahad..KERANA..aku kerap bekerja 7 hari seminggu..hinggakan kdg2 aku lupa bila hari pertama minggu itu....

Tapi... hari isnin yg buat org malas ini, aku cuti...KERANA...pertama2 sekali aku nak buatkan kad pengenalan Abdullah Zaki...wahhhh...anak bungsu buah hati pengarang jantung aku ni dah 12 tahun rupanya ...dan aku bertambah tua....

30 Oktober lepas harijadi dia yg ke 12..aku hanya belikan kek..dan sebelah malamnya aku belanja dia makan di Restoran depan rumah (sambil tenguk bola Kelantan VS NS) dah 12 tahun tp kecik comelnya macam budak tadika...mungkin sebab tumbesaran agak slow KERANA dia pengidap asthma yg tak kronik...mungkin juga KERANA dia kurang mendapat kasih sayang seorang ayah (agaknya kot)..walaupun kasih sayang aku melimpah ruah pada dia dan abangnya...

Abdullah Zaki sangat suka makan ayam...bila aku masak ikan dia akan tanya "ayam takde ke"
"eh...kan semalam ibu baru masak ayam masak merah"..hari ini lepas balik dari pejabat pendaftaran, aku beritahu dia aku nak masak ikan duri masak asam pedas versi berempah..eh! tak sangka dia jawab..."Okey".."Macam tu lah anak ibu...baru best!" aku ampu dia dengan puji2an...aku tenguk hidung dia kembang..heheheh..."Dik..makan ikan tu bagus..ayam tk bagus sangat..nanti adik tak boleh tinggi"(betul ke...hahahah..hantam sajalah...)

Sebelum Zohor siaplah masak asam pedas ikan duri@mayung berempah+terung+bende...lepas Solat..Abdullah Zaki makan...aku biarkan dia ambil sendiri...langsung tak tenguk apa yg dia ambil...lepas makan dia ke PIKK..

Bila tiba giliran aku nak makan...terkejut tenguk seketul ikan duri selebar tapak tangan aku sudah selamat dikerjakan Abdullah Zaki...agaknya itulah penangan puji2an aku pada dia tadi...betullah anak bungsu ni makan puji..tak boleh dipaksa2 dan kena cakap dengan lemah lembut....(siapa anak bungsu angkat kaki..betul tak?)

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga aku memujuk dengan berhemah..supaya Abdullah Zaki makan ikan....sejak age 1 tahun Abdullah Zaki sangat suka makan ikan...kalau takde ikan dia akan menjerit2 macam org jual ikan..."nak ikan,nak ikan.." hinggalah age dia 8 hingga 9 tahun..lepas tu dia terus tak suka ikan...hinggalah sekarang..(makan juga tp agak kurang)...dan hari ini memang pecah rekod..dia berjaya habiskan sekeping ikan yang kalau di jual di kedai harganya RM3.50 - RM4.50 sekeping....pas ni akan keraplah aku membeli ikan...

**************************************************************************************

Terharu...bergenang airmata melihat respon balas sahabat2 maya..lebih2 lagi kepada "Mountain Climber" yang tak jemu2 memberi pandangan dan kata2 peransang padaku..pada entryku "NOBODY KNOWS" betul kata2 sahabat....Nobody Knows except Allah..


ps *maafkan aku kerana tidak dapat menerimamu dalam hidupku...maafkan aku kerana menolak kehadiranmu dalam kehidupanku..maafkan aku kerana hanya aku dan DIA yang tahu*

Sunday, October 31, 2010

Nobody Knows....


Nobody knows its empty

this smile that i wear

the real I is left in the past

bcoz U have left me there.


Nobody knows Im crying

they wont even see my tears

when they think that Im laughing

I still wishing U were here.


Nobody knows its paintful
they think that Im strong
they say that this wont kill me
but I wonder if they were wrong.


Nobody knows Im praying

that U will change my mind

they think that I had let U go

when U left me behind.


Nobody knows I miss U

They think I feel set free

but I feel Im bound with chains

trapped in the empty.


Nobody knows I need U

they say I can do it on my own

but they dont know Im crying

when Im all alone.
******Sepi membuat aku terlalu rindu pada detik-detik itu suatu ketika dulu*******
kerana rindu adalah satu anugerah dariNYA. Kini rindu itu bertandang lagi..malah lebih kuat.

Wednesday, October 27, 2010

Cikgu ada pilih kasih ke.....

"Salam cikgu, maaf nak bagitahu, sy ibu abdullah zaki, dia demam dengan lelah sejak malam tadi..tak dapat hadir sekolah..paper harini boleh tak ganti pada hari lain cikgu?"...itulah sms yang aku hantar pada cikgu kelas abdullah zaki seawal pagi tadi.
Sejak petang semalam aku tenguk zaki dah mula menarik nafas dengan dada tinggi..tanpa sempat aku tanya dia sendiri dah bercakap.."tadi adik ok je..masa main bola kawan adik tendang bola kena dada...tu adik lelah"(sebenarnya aku tahu dia ada minum ais)... dan malamnya dia dah mula tidur berbunyi...batuk dan panas badan..aku kerap terjaga sebab dia akan terjaga bila batuk...bila badannya aku peluk rasa panas sangat.

Pagi tadi zaki tak boleh ke sekolah walaupun hari ini adalah hari kedua peperiksaan akhir tahunnya, lelah dan demamnya agak kuat...setahu aku jika murid jatuh sakit pada hari peperiksaan, mereka boleh menjalani peperiksaan yg teringgal itu pada hari lain..(cikgu2 tolong jawab) ...betul ke atau tidak..

Kira2 pukul 9 pagi aku menelefon ke sekolah memaklumkan hal itu pada pihak sekolah..kebetulan cikgu kelas zaki berada di bilik darjah..takut menganggu kalau aku menelefon beliau, jadi aku menghantar pesanan ringkas memaklumkan hal zaki..bunyi SMS aku seperti mula2 tadi..

Namun hinggalah tamat waktu sekolah dan hinggalah ke saat ini tiada sepatah jawapanpun aku terima dari cikgu kelas zaki...sejam...dua...tiga..tiada jawapan..think positive...cikgu sibuk...cikgu takde kredit nak jwb atau cikgu tertinggal handfon kat rumah.....atau HP cikgu hilang....

Tapi apa yag aku rasa sebagai ibu.....mungkin sebab zaki bukan murid favourite kat sekolah, bukan murid target 5A dalam UPSR..bukan anak pilot atau anak doktor, maka SMS aku tiada kesan pun pada cikgu, aku tak salahkan cikgu..sebab cikgu memang sibuk nak akhir2 tahun ni.
Terfikir dalam hati....Cikgu ada pilih kasih ke.....cikgu pilih darjat ke...aku penah jadi cikgu selama hampir 10 tahun..murid aku beribu....sebab aku penah mengajar 8 buah sekolah, aku penah mengajar dari sekolah pedalaman hingga sekolah tengah bandar.....pilih kasih? tak penah..aku sayang semua anak didikku...mungkin cikgu zaman aku tak sama dengan cikgu zaman ini...
Apa2 pun terima kasih pada semua cikgu2 yang pernah mengajar anak2ku hingga tahu membaca ABC hingga Z...juga pada cikgu2 yang penah mengajarku hingga jadi begini...jasamu tetapku kenang..

Monday, October 25, 2010

Macam mana nak tolong....

Aku memang suka memasak...lepas keja rasa berkobar2 nak balik masak...tp mesti singgah kedai dulu..kat sebelah ofis @ rumah ada satu mini market milik orang kita...besar...3 pintu jadi satu..masa baru2 bukak dulu, barang memang penuh...banyak..tokey mini market ni pun hari2 datang dgn keta mercedes dia..mengikut kata pekerja dia yg juga sedara mara tokey tu..tokey tu kontraktor kelas A..maknanya org berada lah juga..mesti banyak duit dan boleh maintain berniaga mini market ni..

1, 2,3,4,5,6 bulan hingga 1 tahun nampak ok..aku pun memang seronok bershoping kat situ...harga barang2 agak berpatutan....bulan2 pertama hingga ke 4 bulan kerap lah nampak tokey kedai datang jenguk kedai..tapi lama2 dah tk nampak... lama2 barang2 kat kedai tambah berkurang..ramai yg suka dtg mini market ni sebab milik orang kita, tp bila msuk mesti keluar semula dengan tangan kosong..sebab barang tak ada...hampa..

Berita terbaru aku terima petang tadi..bekalan elektrik dipotong..patutlah bergelap, cuma ada bebarapa kawasan dipasang lampu..sahlah tu tak bayar bil lektrik...

Bukan tak nak tolong orang kita tp kalau mcmni keadaannya macam mana nk tolong...
amat menyedihkan...hampir semua rak kosong tiada barang,..
Curi2 snap gambar petang tadi...

pekerja pun dah tak de..yg jadi cashier pun dah banyak kali bertukar ganti orgnya..



tenguklah..kedai besar yang amat, tp beras ada 6 kampit je.. peti ais pun kosong.
Tak tahulah berapa lama lagi minimarket ini akan bertahan..sedih tenguk nasib peniaga Melayu yang gagal maintain perniagan mereka..... tenguk saja kedai ca ya nu alif yg terletak agak jauh dari kediamanku..semua barang ada, bak kata aku..mak ayah datuk nenek je tk de kat situ yang lain semua ada..!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...