Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, January 25, 2011

Hati Seorang Mak...

Bismillah..Assalam..

Bila aku jadi seorang ibu, baru aku tahu bagaimana hati seorang wanita yang bernama mak, aku adalah anak ke 5 dalam keluarga seramai 9 orang dan anak perempuan yang sulung, aku ada 4 orang abang, 2 orang adik lelaki dan dua orang adik perempuan...orang2 dulu anak seramai 9 orang taklah dianggap besar kalau dibanding zaman sekarang..

2 Jan 2011.. selepas rumahku dimasuki pencuri..aku memberitahu adik beradikku tentang kejadian malang yang menimpa aku..nak bagitahu mak rasa serba salah pulak takut mak susah hati..tapi kalau tak bagitahu tentu mak terasa hati kerana merahsiakan kejadian itu dari pengetahuannya...

Bila mengetahui kejadian yang menimpa aku..hati mak meronta-ronta nak menziarahi aku,,,maklumlah aku sebatang kara di tempat orang...adik beradik tiada....saudara mara jauh sekali...mak nak datang dengan apa? mak ajak anak2 lain yang berkereta, semuanya sibuk bekerja dan ada hal masing2...mak sanggup nak naik bas nak datang sini tapi aku tak benarkan..tak sampai hati tenguk dalam usia begitu turun bas naik bas semata2 nak menziarahi aku...

Aku tahu apa yang tersirat dalam hati mak...memanglah aku dan anak2 tak apa2..kami ok2 saja...aku tahu mak risau aku tkde duit nak buat belanja...mak takut aku terasa hati sebab tak datang melawat aku bila aku ditimpa bencana....dalam hati aku sekumanpun tak rasa kecik hati atau pun nak merajuk sebab mak tak melawat aku..dulu masa aku masuk wad sebab demam denggi susah payah mak datang naik bas...cukuplah..aku tak mahu susahkan mak lagi.

Semasa sedang menaip entry ini aku berhenti sekejap...aku call mak..mak masih cakap benda yang sama..."mak nak datang sana (umah aku) tak de sape nak bawakkan..., mak ingat nak naik bas je..." "Tak pe mak..tak yah susah2..dah tak apa2..ok jer.., duit belanja budak2 ni ada..., pintu dah ada dua kunci mangga.......dari dalam pun dah halang dengan kayu..jadi orang dari luar tak boleh nak tolak pintu tu, sekarang ni alhamdulillah tidur pun dah nyenyak..tak lah asik terjaga macam baru2 kejadian tu dulu"

Aku rasa dengan penjelasan aku itu mak akan merasa lega dan tak lah bimbang keselamatan kami anak beranak...itulah hati seorang mak..sama mcm aku..dulu bila anak perempuan aku yang sorg itu mengadu takde duit...hati aku yang marah pun sertamerta cair dan jatuh kesian kat dia...walaupun rasa marah masih bersisa namun kerana dia anak dan hati seorang ibu tidak tergamak melihat anak2nya dalam kesusahan...

Bagiamana pula anak2..sanggup tak melihat ibunya dalam kesusahan? aku tak sanggup..tapi aku tak mampu nak beri kesenangan pada mak dan abah aku...yang aku mampu hanya menjaga hati mak dan abah aku dan sentiasa mendoakan meraka agar berbahagia di dunia dan akhirat.

14 comments:

Citarasa Rinduan said...

salam..
itulah kasih seorang ibu

sampai skrg ayu akan pastikan ayu akan tunaikan apa yang ibu hajati

kalau ida nak tau...kak long ayu bersalin..walau naik keter buruk. lalu jalan lama utk ke kl dr mering...ibu tak kisah..janji dapat lihat anak dan cucu..dijaganya hingga habis pantang..

mokjadeandell said...

Ida,saya pun macam tak cukup pelajaran saya titipkan buat anak anak yang besar panjang dan berdegree.rasa macam ada benda yang saya tak cukup korbankan untuk mereka.Macam tak cukup kasih sayang,perhatian.
Kalau untuk anak anak...dalam rengkong pun sangup diluahkan.Tapi anak..bolehkah?

Adinda Amy Sensei said...

terasa sayu sebentar..

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Saya jarang mahu bercerita apa-apa kesusahan saya demi menjaga hati mak, kerana tak mahu dia susah hati. Biarlah saya tanggung sendiri.

kak Erna said...

idalara..sedih..terharu.kesian kan..mak yang teringin nak datang..menjenguk anak..tapi dah tak berdaya..tiada siapa yang nak bawak mak datang..

um said...

Sori, sbb kami sekeluarga tak dpt jenguk akak.Sibuk dgn awal sekolah lots of keje nak settlekan. Hari tu call mak, mak ajak ke rumah akak, mak pun ada ckp nak naik bas je..tapi kita ckp jgn,..Insya Allah kalau ada kesempatan akan ke sana...

Anonymous said...

jaga hati ibu selagi die masih ade..seronok je tgk kwn2 yg dh berumur ibu masih setia sisi.diriku sejak kecil sudah kehilangan insan yang cukup bermakna itu....(tersangat rindukan arwah mama)

idalara said...

Anony...
insyallah...juga pada sesiapa sj yg ada mak..simpati pada anda...muga2 arwah mama kamu ditempatkan dikalangan insan2 yg beriman.

Idalara said...

Um..
akak tak kisah pun lagipun ko kan jauh...faham awl tahun ni bnyk belanja dan mcm2 hal....tk yah lah susah2..insyallah CNI ni nanti jumpa kalau akak balik kg...

Idalara said...

Erna..tu lah ida pun kesian gak kat mak..ida nak balik pun almaklum baru bukak sekolah ni bnyk sungguh belanja...insyallah CNI ida balik jumpa mak.

Idalara said...

Waalaikumusalam Abd Razak..
kalau boleh akak pun tk mahu susahkan hati mak tp hal mcmni terpaksa bgtahu juga..kalau mak kecil hati lebih berat rasanya dosa akak pd mak...

Idalara said...

Cik Amy..
akak faham perasaan amy...tentu amy lebih faham prasaan akak setelah akak ceritakan segala yg berlaku semalam pd amy..

Idalara said...

Mokjadenndell
bila kita jd mak baru kita tahu..tp anak2 kita tak tahgu lah nanti mcm mana...harap2 sy tak diabaikan anak2 nanti

Idalara said...

assalam ayu..
itulah pengorbanan seorg ibu...tiba masa kita pulak mengembirakan hati mak kita kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...