Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, May 31, 2009

Aku, Dia dan Anak-Anak....


Bermacam-macam kejadian yag berlaku sejak kebelakangan ini betul-betul menguji ketabahan dan kesabaran aku..hal anak-anak, hal dia dan hal di kampung..namun semua itu tambah mendewasakan aku dan buat aku lebih kuat melalui hidup yang sepi ini...hal aku dan dia...aku pasrah...mungkin ada hikmah di sebalik yg berlaku, aku sudah letih untuk merayu dan menjelaskan segalanya......mungkin aku bukan untuk dia dan dia memang bukan Allah jadikan untuk aku...aku redha walaupun hatiku terlalu kecewa dan sedih...kerana dia tidak mempercayai apa yg aku katakan..hanya itu yg aku kesalkan.

Hari ini...belum pun 3 hari bercuti seperti yang aku war2kan..aku sudahpun pulang semula ke daerahku..tempat aku mencari rezeki dan tempat yg penuh kenangan pahit dan manis..anak-anak ku tinggalkan di kampung kerana aku tak larat mengawal mereka sepanjang cuti sekolah ini, ...aku terlalu sedih meninggalkan mereka..sepanjang perjalanan pulang airmataku tak berhenti mengalir..namun aku kena kuat..biar pun abdullah zaki merayu supaya tidak meninggalkan dia di kampung...tak lama...tetapi terlalu lama bagiku berpisah dgn anak2....hujung minggu ini aku akan kembali semula kerana majlis pernikahan adik bungsuku pada 6 dan 7 Jun ini...tunggu kepulangan ibu..

Untuk teman-teman semua aku akan kembali seperti dulu...meskipun hati masih pilu dan sedih namun aku cuba lupakan segalanya. Insyaallah aku akan mula menulis seperti dulu...mudah2an masih ada ruang untuk aku kecapi bahagia di dunia yang fana ini dan menebus kesilapan masa lalu.....dengan sokongan teman2 pasti hidupku akan lebih berwarna warni.

"p/s...mengapa terlalu singkat perhubungan ini..baru pun semalam melakar rindu, mengapa mendung melanda sukma"

Thursday, May 28, 2009

Maafkan Idalara

Buat semua teman2 yang mengunjungi 'idalara'..ida memohon maaf andai beberapa hari ini ida tidak dapat menziarahi teman2 yang banyak memberi pandangan dan komen..ada sedikit masaalah di blog..yang masih belum ida dapat selesaikan..dan buat sahabat istimewa ida,ida memohon jutaan kemaafan...tiap manusia melakukan kesilapan..ida hanya manusia biasa yg tak lepas dari melakukan kesilapan juga..ida akan bercuti mulai esuk 29 Mei 2009 hingga 31 Mei ini..jika ada kesilapan,terkasar bahasa ida mohon maaf..jika panjang umur kita bertemu lagi...
jika tidak..doa2kan lah ida manusia biasa yg banyak dosa dan kesilapan.

Sesungguhnya.....


Sesungguhnya...Allah menyembunyikan enam perkara, iaitu :

1. Allah menyembunyikan reda Nya dalam taat.

2. Allah menyembunyikan murka Nya di dalam maksiat.

3. Allah menyembunyikan nama Nya yang Maha Agung di dalam al Quran

4. Allah Lailatul Qadr di dalam Ramadhan.

5. Allah menyembunyikan Solat yang paling utama di dalam solat (lima waktu)

6. Allah menyembunyikan (tarikh berlaku) hari kiamat di dalam semua hari.
"muga Allah merahmati kita hambanya di dunia yang fana dan di akhirat yg kekal abadi"

Tuesday, May 26, 2009

Kad Buat Dia Yang Entah Di Mana...

Kadang2 tanpa sedar kita melakukan sesuatu perbuatan atau mengeluarkan kata2 yang melukakan atau membuat seseorg marah..yang hanya buat kita perasan bila dia seakan cuba menjauhkan diri dari kita..sedihkan..bila teman yang sering berkongsi kisah duka tiba2 menjauhkan diri..mungkin dia sudah bertemu teman yang lebih baik dari kita atau mungkin kita yang rasa begitu..atau mungkin dia terlalu sibuk dan ada masalah yang dia hadapi..kita hanya dapat mendoakan kebahagiaan dia kerana kita tahu dia pun akan melakukan begitu pada kita sahabatnya...hanya kad dan ucapan ini aku tujukan pada dia..kerana aku tak tahu dia di mana..hanya bertemu di sini...di maya pada ini..


ku Kirimkan sekeping kad dari hatiku
kad tanpa alamat
kepada dia yang ntah di mana.
Ku kirim kepada dia
kerana aku sangat rindu..
ku poskan ke dalam peti merah
dengan seribu harapan
ada tangan yang sudi mengutip
dan menitipkan kepada dia..
ahh...mengapa dia..
mengapa dia yang aku rindu..
sedangkan ku pasti
dia takkan pernah mengerti..
lalu ku kutip semula kad itu
ku kirimkan di alam maya..
kerana ku pasti dia akan menatapnya..
kerana di maya ini aku bertemu...dia...

p/s..muga dia menerima kad dan ucapan ini...muga dia mengerti..muga dia memaafi jika aku bersalah.

Masaalah,Masaalah...iiiiii...Geramnya..

Tak tahu apa sebab dan apa punca...sejak petang ahad lalu blogku ada gangguan...setiap kali cuba masuk akan terpadam..tiap kali aku buka blog akan terpampang perkataan "internet explorer cannot open the internet site http// idalara.blogspot.com, operation aborted"puas ku cuba settlekan prblem ini tapi masih tak ok..yang menghairankan boleh pula ke dashboard dan hasilkan entri..mungkin ada sesiapa yang boleh selesaikan masalah yang menimpa blog ini..mati akal rasanya sebab tak boleh nak membaca komen2 yang dibuat oleh pengunjung..somebody help me please...

Sunday, May 24, 2009

Innalillah....AlFatihah.

Terkejut, sedih dan mengalir airmataku bila menerima khabar ini......

Kira-kira pukul 10 pagi aku menerima khabar dari bekas suamiku, yang ibunya iaitu bekas ibu mertuaku meninggal dunia..(adakah arwah layak ku panggil bekas ibu mertuaku setelah aku berpisah dengan suamiku) sedangkan aku tak pernah menganggap arwah adalah 'bekas' ibu mertuaku..dia tetap ku anggap ibu mertuaku di dunia dan akhirat..arwah yang ku kenal selama hampir 20 tahun adalah seorang ibu yang sporting, baik hati, kuat beribadat dan sangat rapat denganku...

Semasa perpisahanku dulu dialah yang paling kecewa dan akan menangis setiap kali berjumpa aku dan cucu2nya...aku masih mengunjungi arwah walaupun aku telah berpisah dengan anaknya..aku sering katakan padanya...aku berpisah dengan anaknya bukan dengan dia dan keluarganya. Perhubungan aku dan arwah serta kakak2 iparku tetap baik walaupun aku dan suami tiada apa2 hubungan lagi..

Namun apa yang aku kesalkan, aku dan anak2 tidak dapat menziarahi arwah..kebetulan aku baru saja pulang dari kampung semalam..dan aku juga turut terkilan kerana bekas suamiku tidak memberitahuku lebih awal lagi yang ibunya sedang sakit..mungkin tiada rezekiku bertemu arwah di saat2 akhir beliau. Aku doakan mudah2an arwah di tempatkan di sisi orang2 yang beriman dan diterima di sisi Allah.

Friday, May 22, 2009

Saat Aku...

Saat aku melangkah pergi..
tidak akan aku menoleh lagi.
ku tinggalkan jejak semalam
yang penuh ceritera luka...
akan ku turuti cahaya merah
di kaki langit...akan ku jejaki dia...
cahaya kebahagian..
di sana kah ku temui...
Di sana..diakah yang menanti dalam debar,
di hujung rindu....
atau akukah yang menunggu dalam sendu..
berlagu pilu....
pada sebuah kunjungan yang tak pasti.
pada sebuah harapan yang bukan janji...
Diakah yang tidak tahu menilai cintaku
atau akukah yang tak mengerti kata hatinya..
atau sememangnya aku bukan tercipta untuknya...
dan dia bukan tercipta untuku..
Akukah yang terlewat menghulur cinta..
atau diakah yang tercepat mengunci hati..
menolak segala rasa yang yang tersisa...
menyulam kasih, menganyam rindu sendiri...
p/s...sakit bila merindu...luka bila mencintai..
lebih sakit kerana dia tak tahu.......lebih luka kerana hanya kita yg merindu..

Wednesday, May 20, 2009

Pujuk Anak Dengan Masakan....

Biasalah hati sorang ibu...bila dah rotan @ pukul anak-anak, pasti nak pujuk semula...bagi aku mudah je cara nak mengambil hati anak-anak semula...kata orang, nak tawan hati suami ikat perutnya dgn masakan..lain pula aku yg tak bersuami...ikat hati anak2 dengan air tangan ibu....pasti anak2 takkan lupa masakan ibunya walaupun dia dah beristeri nanti..dan tak mustahil dia akan tetap memuji masakan ibu di hadapan isterinya kelak..semalam aku masakkan Abdullah Zaki bihun goreng untuk breakfast dan sambal tumis udang untuk lunch pula....senyum sampai telinga dia bila tenguk lauk favourite dia terhidang atas meja..

Sambal Tumis Udang Dengan Tomato
1. 10 biji cili masak@merah
2. 2 labu bawang besar
( kedua2 bahan di atas di kisar)
3. Udang di buang kulit dan dibelah belakang.
4. Buah tomato 1 biji - potong dadu.
5. Sos Cili dan sos tomato - 2 sudu besar
6. Garam secukup rasa.
7. Minyak masak


Cara2nya : Tumis cili dan bawang yang dikisar hingga masak, masukkan sos cili dan sos tomato, udang dan buah tomato, kacau hingga udang masak dan jgn lupa letak garam....siap untuk dimakan dengan nasi atau roti...

Bihun Goreng
1. 1 paket bihun direndam
2. udang basah 300 gm - dibersihkan
3. udang kering di rendam dan ditumbuk sederhana
4. cili kisar yg siap dikisar dengan bawang besar dan bawang putih
5. Sayur sawi atau kobis (ikut suka)
6. kicap pekat manis, sos tomato,sos cili ( 2 sudu tiap satu)
7. tauge 50 sen
8. daun sup dan daun bawang di hiris sederhana

Cara2nya: Tumis cili kisar..biar agak garing..masukkan udang kering, cili sos,tomato sos dan kicap serta garam ikut rasa. Masukkan udang basah dan sayur sawi atau kobis(jika suka) dan kacau rata, kemudian masukkan bihun..kacau hingga rata dan bihun lembut (jika bihun masih keras masukkan sedikit air), setelah bihun lembut masukan tauge dan kacau hingga sebati..akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang..sedia untuk di hidang.


p/s Bihun goreng begini memang sangat digemari olehku dan anak2..tak kira waktu..bila teringin aku pasti sediakan.

Tuesday, May 19, 2009

Kejamkah Aku seorang Ibu..

Kejam kah aku bila aku memukul anak untuk mengajar dia....wajarkah tekanan yang aku terima aku lepaskan pada anak-anak..tidak begitu sebenarnya......tidak..aku bukan melepaskan geram pada anak-anak...aku bukan marahkan nyamuk kelambu aku bakar........tidak sama sekali....memang...aku sangat tertekan....dugaan demi dugaan datang....berbagai masalah datang menyapa...tertanggungkah aku seorang diri....,tapi bukan sebab itu aku sampai tergamak pukul anak....aku bukan ibu yang kejam.

Semalam....kemarahan ku di tahap yang aku tak boleh kawal...puas berastagafar..puas mengucap menghadapi kerenah anak yg sorang ni..Abdullah Zaki..balik dari sekolah pagi dia terus memberitahuku tak mahu ke sekolah Agama sebelah petang...aku tanya kenapa...katanya penat sangat...memang aku tak nafikan dia penat...tapi aku tak mahu dia jadi lemah, aku mahu dia kuat dan tak mudah patah semangat...aku pujuk dia dengan lembut, nyatakan betapa pentingnya ke sekolah agama..ilmu agama nak bawa ke akhirat nanti..aku kata kalau tak pandai mengaji sape nak bacakan yasin bila ibu mati....aku pujuk dia...aku sanggup berjalan kaki bersama dia....menghantar dia ke sekolah, tapi dia tetap berkeras tak mahu ke sekolah..

Tanpa sedar aku mencapai 'hanger'...memukul di bahagian paha ke bawah..aku dengar jeritan dan tangisan dia tapi aku tetap memukul..sambil airmataku laju mengalir...aku rasa hatiku pedih bila memukul zaki..kepedihan yang aku rasa dari dalam...kepedihan hati seorang ibu bila anak dia disakiti oleh tangannya sendiri..tak dapat digambarkan dengan kata2..kejamkah aku seorg ibu memukul anak kerana ingin membetulkan dia..mahu menjadikan dia manusia...
Tidak terlalu teruk kesan yang zaki terima dari pukulan aku itu, berbanding dengan kesan yang aku terima selepas memukulnya...dia ke sekolah selepas aku paksa ..dia berjalan ke sekolah dengan lelehan airmata..dan aku menghantarnya dengan lelehan airmata juga..malah lebih lebat airmataku...berbanding hujan yang turun semalam..maafkan ibu sayang...ibu terpaksa lakukan untuk mengajar kamu..kamu hanya ada ibu...kamu tiada abah di sisi kamu untuk membimbing kamu jadi manusia...ibu mahu kamu berjaya bukan saja di dunia tapi di akhirat..bagaimana kita mahu berjaya di dunia dan akhirat jika tiada ilmu agama..
Alhamdulillah selepas kejadian semalam aku lihat zaki agak berubah..tapi paling aku bersyukur kerana dia tidak menyimpan dendam padaku ibunya...aku sentiasa berdoa muga2 anak2ku mendengar kataku dan berjaya dalam hidup mereka di dunia dan akhirat.
..muga Allah mempermudahkan jalanku membesarkan anak2.

"Anak-anak adalah anugerah yang tidak ternilai buat seorang ibu"

Saturday, May 16, 2009

Tanda Mata Dari Hati...Untuk Teman Semua.

Sejak dengan cara tak sengaja menerjunkan diri ke dunia blog ni aku rasa bahagia dan terhibur sgt..tak sangka blog aku yang ala-ala budak baru belajar ni ada juga yang sudi berkunjung dan memberi pandangan yang sgt bermakna buatku...dan lebih mengharukan lagi sudi jadi pengikut setiaku..bukan calang2 blogger yang singgah kat sini...yang dah ada nama dan terkenal pun ada juga sudi singgah kat sini..tak kisahlah sekadar singgah sekejap pun dah memadai buatku...jadi aku dengan rendah hati memberi tanda mata dari hatiku ini untuk semua yang menjejaki aku di sini..sudi2kanlah mengambil dan meletakkan di mana2 yang di rasa sesuai..


Jutaan terima kasih buat Anaklaut,Mezain,Azman@kruger,kamezaim,Hysman,djepoi,ieyra,cikgu rashid,sdr zulkifli,azza,su,kak yong,abg long,tirana,su,Amirul,hanafi,kamsiah,ras,tera,zamz,hazlin,ira,mamaqaypo, mimiey,reen,ryehana,setiasahabat,miss jaz,Naz,wana,secreet,setiasahabat,redynne,princessity ,dik amieynna ,cikin,harmidi,eiba.eida.ibu junes,marladyD,zariel,cik sara,ira,niera, nurhuda,awin,9w21imn,qasih ,dkrasz batu dan sesiapa saja yang tersinggah di idalara...maaf jika ida tak dapat@terlupa sebut semuanya.

Harum sungguh si bunga mawar
di puja di sunting si anak dara
kunjungan teman jadi penawar
buat mengubat hati nan lara
p/s...mohon maaf ada penambahan nama red colours..

Kasih Ibu Tiada Tandingan..

Selamat Hari Guru buat semua guru-guru yang terlalu besar pengorbanan mereka kepada kita, terutama kepada teman ida iaitu anaklaut, su ,azza, cikgu Rashid dan siapa saja yg bernama guru, maafkan ida kalau ramai lagi yang tak ida sebut namanya di sini....walau hanya mengajar kita sebaris ayat..namun jasa mereka takkan terbalas jua....
Eh! nampaknya isi cerita ni lari dari tajuk...sebenarnya harini saja ida nak share gambar2 yang masuk ke kotak e-mel ida tadi..tenguk tu...haiwan pun sayang anak..tapi kerap juga kita dengar berita ibu yang membuang anak mereka di dalam tong sampah, dalam bilik air dan tepi jalan..ibu apa tu..kejam sungguh kan.
Rasa selamat dalam dakapan ibu.

Alaaa cayang...jangan main jauh2 nanti manusia tangkap..hehehe..

Tenguk tu si kembar berebut nak duduk celah2 ibunya..

Jangan risau anakku...pasti selamat dalam jagaan ibu..

Ibu takkan biarkan anakku terjerat dalam jaring buatan manusia...

Jalan laju2 manja...nanti lambat sampai sekolah..

Meh sini ibu bersihkan badan kamu yg kotor tu.

Wah! manjenya anak ibu ni...jap lagi ibu cari daging segar untuk kamu

Seronoknya bergurau senda dgn ibu kan...

Ler...ni kenapa pulak...ish! ish! ish!

Thursday, May 14, 2009

Nama Mencermin Peribadi.

(gambar sekadar hiasan)
Nama mempunyai kesan psikologi ke atas peribadi seseorang individu. Keseluruhan peribadinya bangun di bawah bayangan makna dan pengaruh namanya. Lagipun sudah jelas kita sukakan nama yang mempunyai bunyi yang menarik dan makna yang sedap.

Jadi kita mestilah berhati-hati ketika memberikan nama kepada anak-anak kita. Kita perlu memberikan mereka nama yang manis, pendek bermakna yang senang difahami dan dinilai.

Rasulullah saw memberikan penekanan ke atas nama, Banginda menasihatkan umatnya supaya memberikan nama yang bagus dan bermakna kepada anak-anak mereka. Baginda selalu mencadangkan nama yang baik dan berdoa untuk mereka. Rasulullah s.a.w gemar nama seperti Najeeh yang bermaksud 'yang berjaya' dan Rashid bermaksud 'yang mendapat petunjuk'

Baginda juga banyak menukar nama lelaki dan perempuan yang dianggap tidak baik. Diriwayatkan , jika mereka tidak menukkar nama mereka seperti yang dicadangkan oleh Rasulullah s.a.w, orang itu sentiasa dalam kesusahan.

Apabila memilih nama anak-anak, perhatian hendaklah diberi kepada perkara-perkara berikut :

1. Ia seharusnya mengandungi salah satu daripada nama Allah dan dimulakan dengan perkataan yang menunjukkan ketaatan kepadaNya, contohnya, Abdullah, Abdul Rahman, Abdul Ghaffar.

2. Ia seharusnya dipilih daripada nama -nama Nabi seperti Yaakub, Yusuf, Idris, Ibrahim, Ismail atau Muhammad.

3. Ia seharusnya diambil daripada nama alim ulamak seperti, Umar, Farook, Siddiq, Khalid, Ali, Usman, Khadija, Maryam, Ummi Salamah.

4. Ia sepatutnya mencerminkan nilai Islam dan pemikiran ibubapanya, contohnya pada ketika Islam sedang mundur anak-anak patut diberi nama seperti Tariq atau Sallahuddin dengan harapan anak-anak tersebut akan menjadi pahlawam yang pernah bernama begitu.

5. Nama itu seharusnya menunjukkan perangai yang elok seperti Said bermaksud ' bernasib baik dan taat', Shafiq bermaksud 'baik hati' atau Sharif yang bermaksud 'mulia'

6. Nama -nama yang seboleh-bolehnya dielakkan untuk anak-anak kita, ia melanggar ajaran Islam seperti Abdul Rasul (hamba Rasul) atau yang menunjukkan amalan yang tidak baik seperti sombong, kasar atau kebencian. Ia mengandungi idea-idea dan pengaruh bukan Islam seperti Johnny atau Robert.

7. Ia mengandungi makna yang tidak baik seperti Aasia (pembuat dosa, pembakar) atau Harb (perang) Ia merendahkan martabat dan memalukan.


Rasulullah bersabda :

"Kamu akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu, jadi berikanlah nama yang baik (kepada anak-anak kamu)"


Sumber/rujukan : Hadis Riyawat Abu Daud
Cerita dari Hadis & AlQuran

Tuesday, May 12, 2009

Sahabat yang harus dijauhi.....

Sahabat menjadi sandaran kala suka dan duka..tapi hampanya bila teman yang kita sangka sahabat hanya perlukan kita untuk menjayakan misinya...dalam hatinya hanya pikir mahu kaut keuntungan bila bersahabat dengan kita..bila kita dihimpit masaalah dia tak rasa ingin membantu..tapi menyepi..kadang bertahun2 berkawan rupanya masih tak mampu jadi sahabat kita..bila kita susah baru kita tahu siapa sahabat kita...jauhi sahabat yang begini:

1. Selalu mengaibkan anda
Anda sering mendengar cerita2 yang tidak enak berkenaan diri anda...anda sendiri hairan bagaimana cerita yang mengaibkan itu boleh tersebar, sedangkan anda tidak pernah membuka mulut kepada org lain kecuali dia, sahabat karib anda....kini barulah anda mengerti erti sebenar sebuah persahabatan ..untuk apa anda tunggu lagi.

2. Merampas pasangan anda
Anda dan dia (rakan karib anda) telah berkawan lama...segala suka duka telah anda kongsi bersama..masih jelas dia menangis di riba anda ketika ditinggalkan suami...enggan membiarkan dia keseorangan, anda tidak pernah berkira utk dia berkunjung ke rumah anda pada bila2 masa...namun kepercayaan yang anda berikan telah disalahgunakan...dalam diam dia mula bermain mata dengan suami anda..namun dia tidak bertepuk sebelah tangan..meskipun sedih, anda harus ingat masih ramai di luar sana yang boleh anda jadikan teman...ayuh lupakan dia!

3. Tinggal berjauhan daripada anda
Sejak beberapa bulan yang lalu sahabat karib anda telah berpindah ke luar negara..peringkat awal, dia kerap menghubungi anda menerusi email, tetefon dan sebagainya..tapi akhir2 ini dia kian menyepi....sahabat yg baik bukan saja memerlukan perhatian tetapi juga kehadirannya. Secara tak langsung ia memberitahu betapa sukar mempertahankan ikatan persahabatan ini jika anda dan sahabat anda terus berjauhan..

4. Teman yang keji
Kelihatan ikhlas dan setia menemani anda dalam apa jua keadaan, tetapi dalam masa yang sama dia melukakan hati anda. Di saat anda sedang berduka dan hampir putus asa dalam menghadapi masalah hidup, dia ambil kesempatan untuk mencucuk anda. Malah tanpa selindung dia mengkritik setiap satu perbuatan dan tindakan yang telah anda ambil..bukankah sikap itu menambahkan kelukaan hati anda..jadi tinggalkan dia.

X-tra
"Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan.
Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan,memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau sertai memadai dengan amanahnya atau sikap tanggungjawabnya terhadap engkau" - Imam Umar bin Abdul Aziz.

p/s entry ini terhasil kerana rasa kecewa idalara terhadap seorang teman yang idalara sangkakan sahabat idalara selama ini...betapa sedihnya.

Rujukan/sumber : Midi.

Monday, May 11, 2009

Nabi Nuh Meraung Tidak Henti2


Nama asal Nabi Nuh a.s bukanlah Nuh, tetapi sesuatu nama lain yang tidak banyak diketahui, meskipun Allah swt menyebut nama Nuh dalam Al-Quran.

Dalam bahasa Arab, makna 'Nuh' ialah raungan atau tangisan yang berterusan. Mengapa Nabi Allah itu dipanggil Nuh..ia mempunyai kisah yang sangat menarik dan menjadi contoh yang berguna untuk umat manusia seluruhnya.

Cerita Nabi Nuh a.s ini bermula pada suatu hari apabila seekor anjing yang sangat ganjil lalu di hadapannya. Rupa anjing itu tidak seperti anjing-anjing biasa. Ia bermata empat dan sudah tentu menarik perhatian ramai, termasuklah nabi Nuh a.s sendiri pada zaman itu. Nabi Nuh a.s pun menyuruh anjing bermata empat itu berhenti di depannya dengan agak kehairanan.

Nabi Nuh : " Wahai anjing, aku lihat muka kau ini begitu hodoh, mata engkau empat tidak seperti anjing yang lain..mengapa jadi begini?"

Anjing itu pun menjawab: "Kau tanyalah siapa yang menjadikan aku. Kau fikir aku yang menghendaki mukaku hodoh begini?, tanyalah Tuhan yang menjadikan aku dan juga yang menjadikan engkau"

Nabi Nuh a.s pun meraung (menangis) mendengarkan jawapan anjing hodoh itu. Ia menangis tidak henti-henti. Terasa benar kesalahannya mengkritik kejadian Tuhan.

Dia meraung dan meraung lagi beberapa lama kerana menyedari dosanya itu. Tidak henti-henti dia memohon keampunan daripada Allah swt kerana dengan tidak sengaja melakukan dosa.

Sejak itu namanya pun dipanggil Nuh(raungan) dan kekallah namanya Nabi Nuh diabadikan dalam AlQuran dan diampunkan dosanya oleh Allah swt.


Moral of the story : "Jangan sekali2 menghina orang lain yang tidak sempurna pada pandangan mata kita, lebih2 lagi memanggil orang tersebut dengan gelaran yang tidak enak didengar. Tiap kejadian Allah ada rahsia yang tidak kita ketahui..siapa kita untuk mempersoalkan tiap kejadian Allah"

Sunday, May 10, 2009

Ibu Oh Ibu...

Seawal pagi semalam aku telah ke pejabat..ada keja penting menanti...baru suku hari bekeja, tergerak hati menelefon mak kat kampung...baru beri salam mak dah menerpaku dengan soalan.."Balik ke hari ni?"..aduhai..rasa terpana hatiku.."Abah tak sihat..demam dari semalam, ajak g ke klinik tak mahu" sambung mak lagi..tiada kata2 terkeluar dari mulutku...cadang memang tak balik cuma nak sampaikan ucap hari ibu dan hadiah akan menyusul kemudian.."Nak balik lah..esuk lah mak..ada keja sikit ni.." lancar dari mulutku..rasa tak sanggup nak lukakan dan hampakan hati mak....tanpa menyiapkan keja yang agak penting itu aku terus off pc...panggil anak2 dan bersiap untuk balik ke kampung tanpa memberitahu mak..penat memng penat..terkejar2 mengemas dan terkejar2 ke stesen Komuter...tapi demi mak dan abah tiada keletihan aku rasakan..entah mengapa aku pantang dengar emak atau abah tak sihat..hati meronta2 nak balik..aku akan rasa menyesal seumur hidupku jika dah tahu mereka tak sihat tapi aku tak jenguk mereka..apalah ada pada wang ringgit jika nak fikir tiada duit nak balik jumpa mak abah..wang ringgit boleh dicari tapi emak abah?..

Aku sampai di rumah..mak usai mengerjakan solat isyak..bukan main gembiranya dia dengan kejutan dari aku..adik dari Batu Pahat pun akan balik ..tambah gembira mak..dan abah ku pujuk ke klinik...adik kat Kuala Pilah tak dapat balik, tapi awal2 lagi aku pesan supaya menelefon mak ucap selamat hari ibu dan tanya khbr abah..ibubapa..kalau tak balik,telefon tanya khabar pun dah kembang hati mereka..bukan wang ringgit kita yang diaorg harapkan...tapi jangan tak menghulur pulak kalau ada...


Ibu adalah sebahagian dari tubuh kita, satu ketika dulu kita berada di dalam tubuh ibu, membesar dan diberi nyawa di situ..di mana pernah kita menginap dan mendapat nyawa..bagaimana kita mahu merasa bahagia jika ibu kita belakangi.. Tahun ini usia mak akan menjangkau 71 tahun..alhamdulillah mak masih mampu memasak untuk majlis kenduri Kawen dan apa2 majlis jamuan.

Perfume hadiah dari anak perempuanku untukku ...sebab katanya Ibu memang suka wangi..ibu memang wangi sepanjang hari dalam hatinya..besar hatiku terima hadiah ini..

Aku pun tak tahu bila masa Aiman Zarif dan Abdullah Zaki menngumpul duit membeli brooch yang sangat cantik ini..pandai juga hero2 ku ini..

Inilah hadiah untuk mak..mak rajin mengaji Quran so..aku terfikir belikan dia rehal..yang istimewanya rehal ni siap dengan tempat simpan AlQuran..mak suka sangat..senyum je bila dia terima hadiah dari aku..SELAMAT HARI IBU buat mak tercinta.

Biasalah bila balik kg ada saja yang aku teroka kat kebun abah...tenguk tu sayur petola..garenti fresh..tiada racun serangga..petola air..musim2 panas ni masak tumis sayur petola dengan soohun..hmmm..sedappp..

Aiman Zarif dengan petola dari kebun datuknya.

Ini pula buah mangga...pagi2 lagi aku dah kutip buah yang gugur malamnya..bawa balik Sepang...berat pun beratlah janji dapat makan yang fresh.


"Tanpa ibu dan Ayah tiadalah kita untuk menjadi penghuni bumi ini...terimakasih ibu ayah kerana melahirkan aku di dunia"

Friday, May 08, 2009

Mencari Sahabat Yang Serasi

Orang kata sahabat umpama paha..cubit paha kanan paha kiri yang terasa sakitnya..mahu mencari sahabat setia dikala sedih dan duka memang amat sukar di akhir zaman ini..namun tak dinafikan masih ada yang benar2 boleh menjadi sahabat setia dan serasi.

1. Hargailah yang terbaik

Teman yang baik seharusnya 'low maintenance' dan anda pun begitu. .sering berjumpa sering membuat hubungan sediaada berkekalan...tapi ekalkan meminta berlebihan bagi mengelakkan hubungan tersebut jadi tak seimbang.

2. Mampu menggembirakan

Kebanyakan daripada kita ingin bertemu individu yang mampu menggembirakan diri...tapi ini tak bermakna anda perlu menjadi seorang yang sentiasa ketawa dan gembira sepanjang masa...ia lebih kepada keikhlasan hati dan tidak keterlaluan.


3. Tidak bersikap terlalu memaksa

Sesetengah orang mempunyai rakan yang mudah dikawal,tetapi hakikatnya tidak semua begitu...ada kawan memrlukam masa untuk mengenali diri anda dengan lebih jauh..jadi anda tidak perlu terburu2 dan terlalu mengharap mereka hadir dalam setiap undangan anda.


4. Berterus teranglah

Jika persahabatan yang dibina tidak lagi diperlukan, lebih baik untuk anda melupakan saja, jika mereka melukakan hati anda, berterus teranglah dan katakan bahawa anda tidak memerlukan rakan yang begitu.

5. Jujur dan telus

Jika anda tidak mahu berterus terang anda harus memberi isyarat kepada rakan anda itu...misalnya anda boleh berkata: "Saya rasa risau kalau saya tiada idea untuk bercerita dengan awak bila kita jumpa nanti..saya akan maklumkan pada awak jika keadaan telah berubah"..mahu tak mahu dia harus menerima alasan anda ini.

DEKATILAH TEMAN YANG SEJATI

Dia akan sentiasa berada di sisi anda saat anda memerlukan...di saat anda gembira dan ketawa dia turut berkongsi perasaan itu. Di saat anda berduka, dia juga setia di sisi menemani dan menangis bersama.


'Sahabat tidak boleh menjadi kekasih tetapi kekasih boleh menjadi sahabat setia"

Wednesday, May 06, 2009

Dr Fadhilah Kamsah Berkata.........

"Assalamualaikum..
Masa saya kecik2 dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen2 (sisa2) nasik yang dia makan..dan pagi2 sebelum pergi sekolah, mak akan tuangkan air teh untuk mak minum dan macam biasa mesti ada sikit belen..tapi taklah everytime, secara puratanya seminggu sekali mesti mak suruh buat macam tu..

Dan sampailah saya dah besar panjang ni pun situasi ni still berjalan..either belen makanan mak atau abah..tapi kalau belen makanan anak2 memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan..kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain..samada kami perasan atau tidak...so satu hari tu tergerak nak tanya pasa isu ni kat mak..

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam tu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mertua dia sendiri (tok perempuan sayalah)..mak kata supaya hati anak2 sentiasa melekat kat mak bapak..dan saya sendiri akui kesannya..makin umur kita meningkat, hati kita sentiasa belas tenguk mak bapak kita yang makin tua itu.

Kalau kena marah ke, kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu...nak menjawab balik tak der lah..walaupun kita tahu kita betul..dan mak pesan dah ada anak sendiri esok..jangan sekali2 makan lebihan makanan anak..samalah ceritanya...dan mak kata juga, pagi2 jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua dia akan selawat 3x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik..dan guru saya pesan..antara kesan terbesar bagi ibubapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka2 ini akan Allah cabut rasa hurmat anak terhadap mereka..solat berjamaahlah dgn anak2 tiap kali waktu maghrib..kalau ada lebih dari seorang anak, suruh sorang Azan dan sorang Qiam...kemudian berganti2 bacakan doa lepas solat..ini yang kami amalkan sampai sekarang.

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya, inilah yang palin3x berkesan sekali..tak caya try buat..solat jemaah dengan anak2 tiap kali maghrib..dapat semua waktu lagi baik..sangat besar rahsia dan peranan dapur rupa2nya. dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari, tapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"..just to ambil iktibar untuk mendidik diri dan family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! so, it's good if we can remind each other becouse in Rasulullah's lat sermon, baginda pun did mention that all those whi listen to him(on shall pass on his words to others, and those to others again: and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly..

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses..do impart this knowledge: you'll lose nothing. Wallahu A'lam..terima kasih..(Dr Fadilah Kamsah)

p/s saya hanya menyampaikan apa yang diperkatakan oleh Dr Fadilah Kamsah yang sangat saya kagumi..mudah2an kita mendapat kebaikan yang bukan sedikit dari kata2 beliau ini.

Tuesday, May 05, 2009

12 Ways To Know That U Love Someone

Twelve
U talk with him/her late at night and when U go to bed you still think of him/her.
Eleven
U walk really slowly when you with him/her.
Ten
U don't feel okay when he/she is far away from U.
Nine
You smile when U hear his/her voice.
Eight
When U look at him/her U do do not see other people around U - U see only he/her.
Six
He/she is everything U want to think day and night.
Five
U realize that U smile everytime U look at him/her

Four
U would do anything to make he/she happy.
Three
While U have been reading this there was a person in your mind all the time.
Two
You've been so busy thinking of that person, that U didn't notice that number 7 is missing..
One
U are going to check above if that's true and now U are silently laughing to yourself...

'senyum walau hati dihimpit kepiluan'

Sunday, May 03, 2009

Raja Sehari

Cuti hujung minggu ni terlalu banyak ibubapa yang mengadakan majlis perkahwinan anak2 mereka..anak2 je?..kot ada gak yg buat majlis raja sehari untuk diri sendiri..hehehe..
Semalam aku menghadiri majlis sahabat baikku di Bangi.. Surani dan suaminya Mohamad Shah..sepasang suami isteri yang masih menjadi sahabat baik ku masa susah dan senang sejak di zaman kat berek TUDM Sg Besi dulu..hinggalah sekarang...meriah sakan majlis yang dibuat di Dewan Serbaguna tu..terkenang aku majlis puteri sulungku yang dibuat cara kecil2an saja di rumahku tahun lepas..hmmm..
Inilah sepasang mempelai.. Muhamad Fadhil dan Nur Diyana..mudah2an bahagia hingga akhir hayat.....dikurniakan anak2 soleh dan solehah...amin..
Ibu Bapa pengantin turut mengabadikan kenangan bersama puteri dan menantu tersayang.

Sempat gak aku berposing dgn pengantin..tapi masa tu kepala tengah migrin...panas..

Bertemu sahabat lama masa di TUDM...Ani..tak habis cerita..a to z..siap menangis2 ...pelok2 lagi..hehehe
Inilah mak pengantin...sahabat baikku yg banyak membantu semasa aku 'melarikan diri' dari suatu insident pernah ku ceritakan di entri lepas..dia dan suaminya banyak membantu aku memulih semangat dan bangkit semula dari kegagalan semalam....jasamu tetap dikenang hingga nafas terakhir..
Percaya tak? dia pernah mempelawa aku menjadi 'madunya' ah! tak mungkin,,gile punya perlawaan....dan memang tak pernah mungkin,biar aku sendirian daripada menjadi orang ke 3.....tapi hingga sekarang perlawaan dia menjadi bahan lawak bila kami bertemu..'wah..madu aku..maintain jer....cmne kau jaga badan..ni yg hubby aku suruh aku kuruskan badan ni..jeles aku"..katanya tiap kali bertemu...jaga badan? aku tk penah jaga pun... cuma jaga pemakanan, elakkan yg mengundang penyakit, ambil suplement dan yang penting ambil madu dan jamu.. aku dari dulu hingga skrg memang mcmni maintain je,kawan2 yg dah 20 tahun tak jumpa pun boleh kenal aku lagi .. ...gaknya sebab dulu selalu makan hati kot..hehehe

Mempelai dengan tiga sahabat baik dulu, kini dan selamanya..Ani..Ani..dan Ida...Selamat dah majlis yang jadi penantian sekian lama, yang buat ibubapa tak lena tidur...sekarang ni giliran bonda aku dan aku pula yg menanti dalam debaran.... majlis adik bungsu yang akan berlangsung pada 14 Jun ini.

"Saat bibir menguntum senyuman..siapakah tahu apa yang tersirat dalam sekeping hati"

Friday, May 01, 2009

Terima Kasih Semua...Tirana, Eida,Ieyra,Rizki,MamaQaypo dan DjEpoi.

Terkadang bila kita dilanda suatu insident dan berbagai-bagai dugaan..rasa tak mampu nak hadapinya..rasa sedih dan lara mula bertandang..hendak mengadu pada saudara semuanya jauh dan rasa tak mahu menyusahkan mereka, lebih2 lagi ibubapa yang semakin dimamah usia...

Rasa nan lara itu terus sirna bila mengunjungi teratak kesayangan ini kerana ditimbuni dengan berbagai award, kunjungan teman-teman dan ucapan terima kasih!Ida juga menerima tag dari teman2 namun hingga kini masih tak sempat menjawabnya..maafkan ida ye..insyaallah ida akan cuba jawab.

Rasa terharu dan gembira sangat bila menerima awards dan kunjungan teman2..cuma tak sempat menyatakan jutaan terima kasih kepada mereka yang menganugerahkan award pada ida..layakkah ida menerima awards ini..rasa seperti tak layak je..maklumlah..apa yang ada di IDALARA?..apa2 pun ida nak ucapkan jutaan terima kasih kepada:

Tirana..terima kasih Tirana kerana penghargaan ini..lov u!!

Rizki..dari Indonesia..mekasih ya..

Daripada anakanda Iyera. terima kasih sayang..maaf auntie sebab tak membalas sms ieyra..sayang ieyra..

Dari Eida...Terima kasih yang tak terhingga..mudah2an eida selamat melahirkan.

Dari mamaQayPo..walaupun ida baru mengenali mama namun mama bermurah hati beri tanda hati ini pada ida..terima kasih mamaQayPo.

dan dari DJEpoi..yang kerap juga mengunjungi teratak kak ida...terima kasih banyak2 ye..

Buat anda semua dan sesiapa saja yang sudi mengunjungi serta memberi komen dan pandangan yang amat bermakna buat ida di IDALARA, ida ucapkan jutaan terimakasih yang tak terhingga...mudah2an persahabatan kita di alam maya ini akan terus berkekalan Insyaallah..dan andainya ida tak sempat mengunjungi teratak teman2 harap memahami dan maaf dipinta..hasrat hati ingin tiap waktu mengunjungi tetapi kudrat sangat terbatas...juga andai gurauan ida mengguris hati teman2 maafkan ida..
Kerana yang lemah dan kurang adalah diri ida hanya Dia yang Maha Sempurna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...