Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, January 16, 2011

Sambal Goreng , Siakap Stim....menu hari ahad

Bismillah....Assalam....

Hari ini sepanjang hari aku di rumah...sejak semalam dah ambil keputusan untuk tidak ke ofis....dah plan nak overhaul seluruh rumah....selalunya hanya kuis2 je sampah dan habuk2 yang dah mula bersawang..tapi hari ni singsing lengan baju dan seluar....operasi mengemas bermula.

Lepas bersarapan nasi lemak yang dibeli Aiman..kami berdua mula mengemas..mengalih meja belajar..memilih buku2 lama untuk dibuang dan kain2 baju yang telah uzur..hampir tengahari baru selesai..sambil2 tu bincang dengan Aiman nak masak apa tengahari tadi...

sambal goreng resepi arwah ibu mertuaku - sape tenguk air liurnya pasti meleleh...

Dalam berbincang2 akhirnya aku mendapat idea menu apa yg sangat sesuai untuk tengahari tadi.....inilah dua menu yg aku rasa sudah cukup lengkap sifatnya........sambal goreng ikan bilis dan ikan siakap kukus. Dalam sambal goreng ini aku letak ikan bilis yang telah ditumbuk halus...lebihkan bawang besar dan bawang putih yang ditumbuk bersama ikan bilis....tujuannya untuk menjadikan sambal agak kering dan kurang pedas...nah!! hasilnya seperti yg terbayang2 dimataku...

Menu kedua...ikan siakap masak kukus (stim) dalam masakan ini aku letak karot dan kubis bunga, jadi tak payahlah aku masak sayur........campakkan halia, bawang besar dan bawang putih hiris, 6 biji cili api.....dua sudu sos tiram, perahan limau nipis sesedap rasa...dan sesudu bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuahnya....kuah ikan siakap kukus yg masam2 dimakan bersama sambal goreng memanglah tersangat sesuai dan mesra alam...

Lepas solat zohor kami 3 beranak mengadap hidangan tengahari yang sangat sedapppp.....tak sedar sudah 2 pinggan nasi aku habiskan...Alhamdulillah...

p/s Syukur pada Mu Ya Allah kerana mengurniakan rezeki pada kami...

23 comments:

Ibu n Abah said...

salam ida..
terima kaseh berkongsi resepi...
nak cuba pulak sambal ikan bilis versi kering/tumbuk begitu...

azieazah said...

Hmmm sambal yang pedas dilawan dgn siakap kukus yang tidak pedas. Patut makan 2 pinggan.

Sapa lagi nak masak sedap kalu bukan utk dimakan dengan anak-anak? kan?

ury said...

Alahaaiii.. tetiba terasa lapar plak lah..

Anonymous said...

sedapnye siakap tuu!!!! hihihi.. mintak sikit hehe..

jemput sini yer
blog Matdin

ab@h_Izz said...

masakan sendiri n makan kat rumah lagi sedap dr segalanya....berkat air tangan namanya

Kakcik Seroja said...

Alhamdulillah.. tetap kita diberi rezeki untuk meneruskan kelangsungan hidup, kan Ida? :)

sekadar satu coretan said...

terliur la pulak sambal tu kak ida...makan dgn nasi panas2 mmg menyelerakann

Unknown said...

salam Ida...

apa khabar? lama tak ke sini...

hancur diet ummi kalau kena sambal bilis macam tu , mau2 3 pinggan nasi boleh abis.

Adinda Amy Sensei said...

salam kak ida..

waaahhhh...menu yang menarik dan sedap ni...sambal goreng ngan ikan siakap masak stim memang sedap...saya sukee ni..hehehe..

abadi romeo said...

psedap nampak ni...boleh bukak restaurant...

hentian said...

masakn kukus baik untuk kesihatan. tapi IM lebih gemar masakan tumis..

Idalara said...

IM
betul tu..selalunya kita lebih gemar masakan yg bertumis..tp dlm kegawatan minyak ni eluk kukus2 saja..

Idalara said...

abadi romeo
insyallah..doa2kan satu hari sy jadi tokey restaurant.

Idalara said...

assalam cik amy..
kalau suka kena singgah rumah kak ida sebelum balik ke kampung..

Idalara said...

Assalam Ummi.
rasanya ida pun lama tk singgah rumah ummi...
mujur ida tk penah berdiet...so makan selagi boleh ...

Idalara said...

ain
betul tu tkde lauk lain pun cukup...silap2 3 pinggan tak sedar masuk perut...

Idalara said...

kakcik..
ye syukur pada Maha Pemberi rezeki..insyallah setiap kita ada rezeki masing2

Idalara said...

abahizz
masakan ibu tiada tandingannya..dan air tangan isteri buat suami sentiasa terkenang2.

Idalara said...

sukahaha@mat din
siakap paling sesuai masak kukus dan sweet sour..tp sy lebih suka kukus..
nak sikit sila dtg umah ye..

Idalara said...

ury..
memangkan kalau tguk makanan je pasti tetiba rasa lapar..

Idalara said...

azie..
itulah gabungan yg cukup lengkap...ada ikan ada sayur ada pedas2...makan pulak dgn anak2 kala hujan..best..

Idalara said...

assalam akak@ibu n abah
sama2..silakan amik resepi tu..pasti membuka selera..

bardbahtiar said...

perghh! mlm2 tgok trus lapor kak..ada tinggl utk sya x??hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...