Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Monday, March 29, 2010

Puisi Dari Seorg Bernama D

Akibat cinta
tidak tahu mengapa harus hilang
ke daratan duka berderai
murung mula berlegar-legar
menara dendam membuka ceritera
mati pun tidak bernisan
tidak ada kenikmatannya
yang tinggal hanya bayang-bayang
bintang yang telah memahati sejarah
bersama pesanan yang gugup
pilihan tiada keputusan
yang pedihnya bersepang duka
meskipun cinta cukup tua
tanpa cinta
perlahan-lahan bergerak sepi indahnya
tinggallah himpunan nostalgia
amat meletihkan
menjadi pengembara tanpa cinta
dan peritnya ternyata memelihara cinta
berlalu kata-kata duka dan suka
yang murung dan sia-sia.

ps: terimaksih D yang kerap mengirimkan puisi2 indah padaku...ku abadikan di sini kerana aku amat menghargainya.

Sunday, March 28, 2010

Muga Selamat pergi Dan Kembali...

Alhamdulillah...semalam selamat sudah abah dan mak berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan Umrah buat kali ke 5...bila dikenang kembali kehidupan masa lalu, rasa macam tk percaya mereka telah berjaya menunaikan Fardhu Haji dan mengerjakan Umrah sehingga beberapa kali. Kehidupan masa anak2 masih kecil teramat susah dan umpama kais pagi makan pagi..namun berkat usaha mak abah..alhamdulillah semua impian jadi kenyataan.

Saat-saat mak dan abah melangkah masuk...abah dan mak sangat teruja untuk ke Tanah Suci lagi..
Sewaktu pemeriksaan untuk 'check in'....mudah2an abah dan mak selamat pergi dan kembali...dan dipermudahkan dalam segala urusan mereka di sana kelak.

Sempat mengabadikan gambar kenangan bersama mak dan abah sebelum masuk untuk penerbangan.
Entah bilalah pula tiba giliran aku untuk ke sana..insyaallah suatu hari nanti aku pasti akan ke Sana juga untuk menunaikan kewajipan yang satu ini...mudah2an segala perjalanan hidupku dipermudahkan supaya aku juga sampai ke matlamat yang diidamkan...insyaallah.
Hati aku rasa agak lega bila diberitahu abah dan mak selamat sampai di Karachi kira2 pukul 6 petang semalam..pernah sebelum ini sewaktu hendak mengerjakan Umrah dua kali penerbangan batal gara2 kerosakan kapalterbang dan visa tidak diluluskan kerana kesilapan pihak yang menguruskan..penerbangan terlewat hampir 2 hari..namun berkat doa mak abah akhirnya mereka selamat juga meneruskan hajat.
Mudah-mudahan mereka selamat pergi dan kembali.

Sunday, March 21, 2010

Kala Hujan......

Baru tadi baca tulisan biru tentang hujan..satu rahmat yang Allah turunkan buat manusia dan penghuni alam....kat sini pun hujan..lebat sangat..kalau kecik2 dulu pasti berkejaran dalam hujan..alhamdulillah.....tak pula ditimpa penyakit.. waktu2 begini...teringin rasanya bermain dalam hujan...alahai..apa rupanya andai aku bekejaran dgn anak2 dalam hujan...:)

Hujan...pasti mengundang suasana mendung dan muram...sejak dulu..sejak ditinggalkan..sejak sendirian..aku akan terikut2 dengan suasana kala hujan..kadang2 airmata jatuh mengikut titik2 hujan...mengapa? hanya aku yang tahu....rasa sepi jauh dalam sudut hati, tak dapat digambarkan dengan kata2 atau tulisan... segala memori lalu pasti menjelma di ingatan...

DJ radio pulak seakan mengerti..menambah rasa pilu sayu dengan memutarkan lagu2 sedih mendayu2 seperti lagu Khatimah Cinta...lagu yg buat hatiku diruntun sayu...

Hujan sudah pun berhenti....namun masih tetap rasa dingin...masih tetap rasa sayu pilu....

ps: andai dapat ku putarkan waktu....aku ingin ke satu waktu tika bersamanya..

Saturday, March 20, 2010

Mengapa...


Mengapa rasa sakit begini....

seumpama dihiris belati....

terluka tidak berdarah..

namun sakit terlalu parah..

mengapa jejariku.........

seakan tak mampu untuk menulis...

ketar dan dingin....kaku dan buntu...

Mengapa hampir sekian lama..

aku muncul lagi di situ...

seolah mahu membuka sejarah dulu..

yang hampir aku padam

dari ingatan...

Tuhan...ku seru NamaMU....

ku jerit jauh di sudut hati...

mengapa aku terlalu sukar..

membuang rasa ini...

mengapa aku terlalu payah..

menghapus rindu ini...

mengapa aku terlalu berat

membuang namanya..

Sedangkan dia telah lama

memadam namaku dari hidupnya...

Yang ku rasa...yang ku pasti..

aku tiada lagi di hatinya....



ps...andainya aku ada di situ, masih ada di hatinya......tidaklah aku terluka begini....

ps...buat yang mengerti..maafkan aku..menganggumu...

Thursday, March 18, 2010

Selamat Sudah Berkursus....

Alhamdulillah, semalam selesai sudah aku menjalani kursus di MKM Jalan Templer PJ..Kursus Sistem Pengoperasian Windows..rasa maacam tak puas je berkursus selama 3 hari. Aku ingatkan aku yang paling kurang pengetahuan tentang window ni tp rupanya ada yang lebih teruk..kira2nya aku agak kehadapan berbanding dengan mereka2..dan biasanya bila berkursus di MKM ni kebanyakan yg datang veteran2 belaka...seramai 22 orang yang mengikuti kursus ini. Kebanyakanya adalah Pengarah, Ahli Jawatankuasa Koop dan Usahaawan.
Majlis perasmian di Dewan MKM, kesemua peserta kursus diberi taklimat mengenai kursus, pada masa yang sama ada 3 kursus berjalan serentak, iaitu kursus UBS, Penyeliaan dan Windows.
Sebelum kelas bermula sempat berposing depan kelas komputer..selepas hampir 14 tahun aku kembali semula ke sini, semuanya brwajah baru..kali pertama dulu menjalani kursus asas komputer pada tahun 1996.
Dalam kelas sebelum cikgu datang...

Dalam dewan makan bersama adik Yana rakan sebilik yang comel dan manja...baru duduk sehari dah macam kenal bertahun lamanya...i luv u yana....

Bersama Fasilitator En Faiz Ahmad Yatim dan dua org rakan kursus..(yana..kalau tenguk gambar ni jangan jeles ye....)
Banyak ilmu yang aku perolehi daripada kursus jangka pendek ini, insyaallah akan aku gunakan sebaik mungkin untuk memudahkan tugas2ku di pejabat...selama 3 hari di sana rasa seronok, berlajar benda baru, bertemu rakan2 baru yang sporting dan saling memahami..fikiran tenang dan lapang tanpa memikirkan hal2 di pejabat yang menyesakkan.
Anak2 masih di kampung..sejak malam tadi Abdullah Zaki menelefon meminta aku mengambil dia dan abgnya..aalahai...memang aku rindu kat mereka namun keja2 di pejabat terlalu banyak..hari sabtu baru berkesempatan balik ke kampung mengambil mereka...puas ku pujuk..hanya sehari saja lagi..
Rasanya aku masih belum berkesempatan mengunjungi rakan2..insyaallah bila keadaan mengizinkan aku akan ziarah..aku mohon maaf kerana masih belum menjawab komen2 rakan2 semua, jutaan terimaksih pada yang tetap sudi memberi kata2 semangat buatku dan kerap menziarahi aku di sini....
ps...bila di sini rindu pasti menggamit...melihat namamu..mana mungkin aku lupa...

Friday, March 12, 2010

Anak balik kampung, Ibu Kursus...


Salam semua...wah..lamanya tak bersiaran...rindu sentiasa menggebu..berapa lama tk bersiaran begitu juga tk blogwalking..ada komen teman2 pun masih tk sempat dijawab..maaf ye...aku terlalu sibuk semenjak kebelakangan ini..
Sejak malam tadi dua beg beroda ini telah siap ku isi dengan pakaian anak2 dan pakaianku..ceh..mcm nk balik 1 bulan..sebenarnya pada 4 hingga 17 Mac ini aku akan mengikuti kursus di Maktab Kerjasama Malaysia yang terletak di Jalan Templer PJ..oleh kerana kebetulan cuti persekolahan maka anak2 ku kirim ke kampung selama seminggu...pagi2 esuk anak2 akan ku hantar ke kampung.
Rasa teruja nak berkursus disamping merehatkan badan dan minda dari memikirkan soal keja2 yang sentiasa bertimbun..lepas balik dari kursus pasti keja2 menggunung...bayaran dividen,bayaran pemulangan Takaful Keluarga dan menghadapi audit dalam yg akan melawat kami nanti..adoi...
Mulai esuk ( sebenarnya sejak ahad lalu lagi) aku tidak dapat bersiaran dan mengunjungi teman2 semua..sekarang ni pun rasa tk sempat nak ziarah..tadi akak-akak(ibu dan Abah blog) msg, bagtahu dia dalam perjalanan pulang ke Melaka..kalau ada rezeki insyaallah kami berjumpa...rasanya mcm tak sempat sebab..ahad pagi2 aku akan bertolak dari Melaka terus ke KL..dari Kl aku akan menaiki Komuter ke MKM..
Insyaallah andai ada kelapangan dan kesempatan aku pasti ziarah...jangan pula bila tuan rumah tiada, teman2 tak sudi singgah menjenguk rumah kosong tk bertuan ini...doakan aku dan anak2 selamat sampai di kampung dan aku selamat menjalani kursus di MKM nanti...aku pasti merindui kamu semua..
p/s bila ku rindu aku kan sebut nama mu...di dalam mimpi aku terbayang wajahmu...

Saturday, March 06, 2010

Yang Mana Satu?

Alhamdulillah segala puji dan syukur ke hadrat Allah Maha Agung....lamanya tak bersiaran bukan kerana malas atau takde idea, tapi dek kerana komitment yg terlalu banyak..sepanjang minggu terlalu sibuk dgn tugas di ofis dan di rumah..tak terkejar dek tangan yang hanya dua.

Sejak beberapa hari lalu aku benar2 berada dalam dilema...untuk memilih 1 antara 4..kesemuanya penting, kesemuanya berlaku dalam satu hari dan waktu yang sama..akhirnya aku memilih satu yang aku rasakan cukup bermanafaat bagi aku.

Bila lihat tajuk entri aku kali ini teringat lagu Allahyarham seniman P.Ramlee..."Yang mana satu idaman kalbu.."sebenarnya aku bukan berada dalam dilema kerana mahu memilih idaman kalbu tapi memilih antara program mana yang harus aku hadiri pada hari ini.

Secara kebetulan ada 4 program pada pagi tadi.

1. Datang ofis buat persiapan untuk audit.
2. Mesyuarat Agung PIBG sekolah Aiman Zarif
3. Acara sukan tahunan sekolah Abdullah Zaki
4. Kursus Tahsinul Ibadah anjuran Akademi Zakat Selangor

Akhirnya dengan persetujuan anak2, aku batalkan program ke sekolah meraka..dan batalkan juga niat nak ke ofis....tepat pukul 8.00 pagi tadi aku ke Masjid Jamek Sultan Hishamuddin di BBST..itulah pilihan yang terbaik buatku..
Aku mendapat jemputan menghadiri kursus Tahsinul Ibadah ini dari Pusat Zakat Selangor, bermula dari 6 Mac 2010 hingga 17 April 2010, setiap hari sabtu berselang seli....amat rugi rasanya jika aku menolak untuk hadir..namun beginilah keadaannya pagi tadi..hanya ada 9 orang perserta saja yang hadir, walaupun peserta yang dijemput seramai 20 orang...Alhamdulillah Ustaz tetap bersemangat menjalankan tugasnya walaupun kehadiran kurang mendapat sambutan.
Sampai di rumah kira2 pukul 2.00 petang tadi..kebetulan Abdullah Zaki dan abangnya juga baru balik dari sekolah..senyum sampai ketelinga dengan pingat yang dimenangi..dalam acara lumba lari dan sukanika...
Mudah2an pengetahuanku dalam Fardhu Ain akan bertambah dengan mengikuti Kursus tersebut..dan yang pasti aku dapat menambah pengalaman, ilmu pengetahuan dan menambah teman2 yang senasib denganku.
ps..melihat..memerhati...memikir...membuat kita rasa betapa kerdilnya kita di bumi Allah SWT ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...