Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, January 23, 2011

Suka, duka...bahagia dan derita..

Bismillah..Assalam.

Cute tak pic baby kat bawah ni, mata sepet macam anak Jepun, geramnya aku tenguk.....ini anak saudara seorg ofismate......baru 3 hari dilahirkan...bahagianya ibu dan ayah si comel ini menyambut kehadiran orang yang dinanti2kan.. Mudah2an baby ini kelak akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

Setiap bayi yang dilahirkan adalah anugerah terbesar buat ibu dan ayah...

Berlainan pula dengan kisah anak sahabat karib aku ini...setelah hampir 2 tahun menanti kehadiran seorang cahaya mata..akhirnya sebulan yang lepas dia selamat melahirkan seorang bayi lelaki..semasa dilahirkan dia dalam keadaan normal dan sihat..

Tapi segalanya diluar kemahuan ibu dan ayahnya, kira2 2 minggu lahir di dunia bayi tersebut didapati mempunyai lendir di kepala..sudahpun menjalani pembedahan minggu lepas...namun masih lagi dalam pengawasan doktor dan kini berada di hospital Sg Buluh.

Insyallah sekejap lagi aku akan melawat ibu dan bayi tersebut yang merupakan anak dan cucu kepada sahabat baik aku....., tak tahu macam mana perasaan aku nanti bila lihat bayi sekecil itu menanggung kesakitan..aduhai.....tak sanggup rasanya......mudah2an bayi yang baru ingin mengenal dunia ini akan pulih dari penyakit dan derita yang ditanggungnya...Insyallah.

6 comments:

azieazah said...

Semoga ibubapa kawan IDA itu tabah dgn dugaan dan ujian ini. Pasti ada hikmah di sebalik dugaan.

Semoga segalanya lancar dan anak itu selamat...

hysman said...

salam kak ida,

comelnyer baby tu kak....
kesian bayi tu.
dan simpati kat ayah n mamanya..
bersabar dan byk2 berdoa..
ini dugaan dr Allah SWT..

Citarasa Rinduan said...

salam..
ida...
kesian nya bb nie.kena sakit adenoid yer..lendih yang di kepala...
kesannya akan mengakibatkan tersumbat di pernafasan bb tu>>

harap2 bb kawan ida cepat sembuh..amin..amin

Idalara said...

Assalam ayu
mudah2an baby yg menderita sakit ini segera pulih..

Idalara said...

assalam hysman..
yup memnag comel...geram tguk.

dan memang sedih dn simpati lihat si kecil menerita sakit..doa2kan muga cepat sembuh..

Idalara said...

azie..
itulah harapan kita semua..mudah2an cepat sembuh..dn mebesar dgn sihat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...