Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, January 01, 2011

Aktiviti hari ini 1.1.11...

Bismillah....Salam..

1.1.11 sudah pun hampir tamat sehari...ada cerita suka dan duka..yang dilahirkan, yang melahirkan, yang menjadi raja sehari..tahniah dan yang pergi meninggalkan dunia fana ini...semuanya telah ditentukan oleh NYA..Al fatihah..

Macam biasa hari ini aku ke ofis, cuti tahun baru tiada apa2 maknapun bagi aku......dalam minggu ini bayaran sumbangan persekolahan anak2 anggota mesti diselesaikan..insyallah hujung minggu ini semua bayaran akan masuk ke akaun anggota Koop BPM seluruh Malaysia.

Balik dari ofis dah ada tugas yang menanti...tu dia....jahit lencana pada baju sekolah....siap2kan buku sekolah si bungsu dan siapkan uniform untuk isnin...siapkan hari ini taklah kelam kabut esuk..walaupun esuk hari ahad...

Alhamdulillah buku teks SPBT yang diterima anak2 semuanya masih eluk dan sudah siap berbalut...tadi tenguk kat blog azie...kesian anak dia dapat buku yang dah hampir lunyai...nak salahkan siapa......anak2, ibu bapa atau guru..? tak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal ini...bila terima buku SPBT mcamtu kira2 nasiblah....
Malam ni rasanya nak tido awal...letih sangat..bekerja dari pagi membawa ke petang...tak sempat lagi nak singgah blog kawan2 hari ini..insyallah aku pasti singgah.. terimakasih pada teman2 yang telah memberi pandangan dan saranan terhadap masalah yang aku hadapi di entry sebelum ini...
Insyallah pasti ada jalan penyelesaian...

8 comments:

Admin P@P said...

Salam.
Dah dekat nak sekolah ni memang banyak sibuk.
Ibunya tadi pun baru jahitkan tandanama dan lencana sekolah untuk baju baharu anak=anak...

Salam 2011. TQ

azieazah said...

Masalah kita ni sebagai ibu bapa tak pernah selesai, dan kadang2 bermusim pula.

takpa, apa yang terdaya kita buat, buatlah dgn ikhlas.
Nak harapkan bantuan orang selalu pun, sampai bila, ye tak?

Kuatkan semangat, pelajaaran anak-anak paling penting. Bukan utk kita, tapi utk kehidupan depa juga.

Selamat membalut buku...:)

IMANSHAH said...

lama tak tengok lenvana kain..sekolah saya pakai lencana besi kak

ummu said...

assalamualaikum kak ida
wah tahniah kak
dah siap menjahit lencana dan balut buku teks.
anak saya belum dapat buku teks lagi.

memang sedih kalau tengok pelajar2 yang tak hargai SPBT
yang ada mereka balut kemas
yang ada mereka biarkan buku mereka togel je.
yang kasihannya
pelajar selepas itu..

Idalara said...

waalaikumsalam ummu..
t.kasih ummu..alhamdulillah untuk persiapan sekolah dah selesai..tp malangnya mlm tadi akak kecurian..yuran sekolah dena curi termasuk laptop kesayanagn akak...

Idalara said...

Imanshah..
kak ida pulak tk penah lagi jumpa lencana besi..sejak anak2 sekolah nilah tugas tiap awal tahun..menjahit.

Idalara said...

Azie..
dan hari ini lagi dugaan menimpa ida...duit sekolah.notebook dan segala mcm kad dicuri di rumah sendiri kala ida tgh tido...alhamdlillah kami tak diapa2kan si pencuri durjana...sabar je lah ujian dari allah.

Idalara said...

Saam AdminP@P
itulah tugas ibu...tiap tahun dan seterusnya akan sentiasa sibuk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...