Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Thursday, December 31, 2009

Jamu Rakan2 Ofis....penutup 2009.

rendang pedas cili padi

Petang semalam balik dari ofis aku terus ke mini market sebelah ofis...tergerak hati nak masak sesuatu untuk kawan2 kat ofis, lama dah rasanya tk masak rendang ayam ...apa ye..alhamdulillah semua bahan yg aku perlukan ada di mini market tersebut..kiranya inilah masakan penutup tahun 2009 untuk mereka...lepas maghrib aku mula sediakan bahan2 untuk masakan ini...Rendang Ayam Cili Padi.

Bahan2

1. Seekor ayam - potong kecil dan dibersihkan
2. Santan secukupnya
3. Kerisik 4 sudu
4. Gula pasir - 3 sudu
5. Garam secukup rasa.
6. Serai 3 batang - dititik
7. Sehelai daun kunyit dimayang halus.
8. Minyak masak secukupnya
9. 1/2 in lengkuas di ketuk kasar

Bahan A

1 mangkuk kecil cili padi(50sen)
4 labu bawang besar
10 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1/2 in halia
1/4 in lengkuas
1/4 in kunyit hidup

(kisar semua bahan A)

Cara2

Tumis bahan kisar..masuk serai dan lengkuas yg di ketuk - biar sebentar
masukkan ayam dan gaul hingga mesra..tunggu hingga air ayam keluar dn agak kering.
masuk santan...garam.
kacau hingga agak pekat kemudian masuk kerisik, gula dan daun kunyit.

siap sedia untuk di hidang bersama nasi himpit, nasi atau roti..

Selamat mencuba!!

Semua kwn2 memuji sedap rendang cili padi aku ni...mudah2an ikhlas pujian mereka tu...tp mng aku tenguk habis licin tinggal mangkuk je..hehehe...

Aku ni bila dah mula rajin masak..puaslah kwn2 kat ofis merasa sama apa yg aku masak, seperti puding berkuah, lontong dll ..tp bila tiba mood malas tu...masak kat kedai je lah jwbnya...

Buat semua sahabat2 di maya ini..."Selamat menyambut tahun baru 2010..mudah2an tahun baru ini menjadikan kita insan yg lebih bertakwa dan berjaya di dunia dan akhirat"


ps..."maafkan aku..tak mampu membuang ingatan ini padamu...muga2 kau akan temui kebahagiaan di tahun baru ini"

Tuesday, December 29, 2009

Aku Dikunjungi..

mezain

La Tahzan...jangan bersedih.
Antara novel yang dapat ku miliki
Ahad 27Dec..gerak hati nak ke KL..ada barangan yg hendak aku cari disamping mencari buku2 tambahan untuk pelajaran anak2...kira2 pukul 11.00 aku sudah berasa di perut train menuju ke KL..penuh sesak dalam train...lenguh berdiri dari stesen Nilai ke Bank Negara.

Sampai di Mid Valey aku terima satu panggilan dari no yg tidak aku kenali..suara seorg perempuan..setelah mengenalkan diri rupanya kak N kawan kepada sahabatku mezain (gambar di atas sekali - sori zain pinjam pic awak)..mezain ku kenali menerusi laman Dr HM Tuah Iskandar sejak beberapa tahun yang lalu...jika nak tguk apa yg mezain lakukan sekarang sila layari blog mezain, banyak yang boleh anda pelajari di blog beliau.
Masa mula2 berjinak2 dengan dunia tenet dan blog, mezainlah yang banyak membantu dan mengajarku..dan dialah juga yang mencipta blog yang di kenali sebagai Idalara sewaktu itu bersama wordpress dan kemudian di sini.....banyak yang aku pelajari dari dia...terimakasih mezain..jasamu dikenang...mezain yang aku kenali seorang yg sangat simple..dan mempunyai senyuman yg sangat menawan..ahaks!
Sebenarnya ......semasa perjalananku ke KL..mezain bersama kak N telah singgah ke rumahku tanpa pengetahuanku..nak surprise aku agak..tapi malangnya aku tiada di rumah...kecewa juga rasanya kerana tujuan dia datang ingin meng'operate' pc yang aku beli dari dia, telah aku maklumkan pada dia pc tersebut ada masalah sikit ...sebelum ini sudah 2 kali dia datang bersama kak N..masa menghantar pc dan kali ke dua semasa hari raya Aidil Fitri lalu.
Setibanya di Jalan TAR aku terus ke kedai buku bersebelahan Gulatis, hampir 1 jam aku terleka di situ..biasalah aku bila dah sampai kedai buku,sehari suntuk pun aku boleh.........rasanya dah hampir setengah tahun aku tidak membeli bahan bacaan seperti novel dan buku2 motivasi..inilah yang aku dapat hari itu...3 buah novel karya Norhayati Berahim, Sharifah Abu Salem dan Fauziah Ashaari..dan juga sebuah buku motivasi bertajuk La Tahzan karya 'Aidh Abdullah al-Qarni....dah lama aku mengidam nak memiliki La Tahzan..alhamdulillah tercapai juga hasrat aku..mudah2an dengan membaca buku ini akan membantu aku lebih ceria,tabah dan sentiasa redha dengan apa yg aku hadapi..kerana buku ini sangat sesuai untuk motivasi dalaman dan sangat sesuai untuk orang2 sepertiku.
Puas hati dapat memiliki apa yag aku hajati..buku2 anak2..untuk aku juga...tapi frust sebab tetamu datang sewaktu aku tiada di rumah..untuk mezain..sebelum datang pastikan buat temujanji dulu ye..maklumlah..aku ni bukan boleh dijangka..bila2 masa saja boleh terbang ke mana saja yg aku rasa nak pergi..bila rasa nak balik Melaka aku akan balik..bila rasa aku nak ke KL aku akan pergi..sebab tiada yang kisah...itulah pulak untungnya hidup single begini.
ps...sendiri memang ada baik dan ada juga buruknya...kdg2 sepi seakan menikam2 hati dan perasaan...namun kadang2 sepi juga terlalu indah.

Sunday, December 27, 2009

2009 Dalam Memori....

Hanya tinggal 5 hari saja lagi kita akan meninggalkan 2009..rasanya terlalu cepat setahun berlalu..dan rasanya 2009 terlalu banyak peristiwa pahit manis berlaku dalam hidupku..ada yang boleh aku kongsikan bersama.....namun ada juga yang terlalu peribadi yang akan menjadi rahsia dalam hidupku hingga nafasku yang terakhir.

Antara peristiwa yang tak mungkin aku lupakan... pada tarikh 12 Oktober iaitu 6 hari sebelum tarikh ulang tahun kelahiranku, aku dikejutkan dengan berita 'pemergian' bekas suamiku setelah terlantar sakit selama hampir 2 minggu..di awal2 permergiannya aku rasa seakan bermimpi...benarkah dia telah tiada? benarkah anak2 telah menjadi anak2 yatim..dan aku tiada lagi tempat mengadu perihal anak2...benar..kini aku jalani hidup sedirian membesar dan menjaga anak2 menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat... Muga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..muga dia di tempatkan dikalangan org2 yang beriman..

Begitulah yang Allah kehendaki..setiap kejadian pasti ada hikmah yang ditetapkan untuk kita hambanya..setelah permergian arwah....semua urusan pencen arwah aku serahkan kepada isteri arwah yang ada sekarang....kerana menurut beberapa org teman, pencen tersebut akan jatuh kepihak isteri yang ada sekarang..biarlah..mungkin tiada rezeki anak2 kataku..Alhamdulillah selama ini pun anak2 masih dapat ku beri makan dan ku beri pelajaran dengan pendapatanku yang tak seberapa ini.

Jangkaan ku meleset sama sekali..aku dimaklumkan oleh isteri arwah, pencen tersebut adalah milik anak2ku, kerana arwah bersara dalam perkhidmatan semasa bersama aku dan anak2..bagaimana bahagian anak dari isteri kedua arwah? aku meminta kepastian daripada bahagian pencen ATM......menurut pegawai yang bertugas....semua wang pencen arwah adalah hak anak2 lelakiku..aku sebagai penjaga hanya berhak sehingga anak2 mencapai usia 18 tahun...apabila anak2 berusia 18 tahun semua wang pencen abah mereka adalah hak mereka sepenuhnya..inilah rupanya hikmah yang menanti aku dan anak2..

Namun sebagai manusia dan atas rasa perikemanusiaan..... aku akan membahagikan satu bahagian wang persaraan tersebut untuk anak dari isteri ke dua..kerana anak kecil itu adalah darah daging anak2ku..tak salah rasanya aku bahagikan sebahagian untuknya...

Semua urusan berkaitan wang persaraan arwah telah aku uruskan..hanya menunggu masa wang tersebut dimasukkan ke akaunku..alhamdulillah kurang sedikit masalah kewangan yang sering membelengguku..akan ku gunakan sebaik mungkin untuk keperluan pelajaran anak2...insyaallah.

Hanya satu saja lagi urusan yang belum aku selesaikan...soal rumah peninggalan arwah..rumah tersebut adalah hasil harta sepencarian aku dengan arwah..rumah tersebut terletak di Taman Kota Cheras, Selangor..besar kemungkinanan rumah itu adalah menjadi milikku dan anak2, kerana itu adalah harta sepencarian...segala urusan rumah tersebut mesti aku uruskan di Pejabat Tanah yang terletak di Bangi..insyaallah akan ku uruskan secepat mungkin.

Ada beberapa org teman menyarankan supaya aku menetap semula di rumah tersebut...rasanya aku tak mampu untuk tinggal di situ lagi..terlalu banyak kenangan bersama arwah di rumah itu, rumah yang pernah menjadi kebanggaanku...rumah yang pernah aku lebelkan sebagai "rumahku syurgaku"satu masa dulu.....biarlah semua kenangan pahit dan manis berkubur di sana..sekarang rumah itu masih disewakan..beberapa org kenalan mahu membeli rumah tersebut..namun rasanya aku takkan menjual rumah peninggalan arwah..hanya itu satu2nya harta peninggalan arwah untuk anak2ku dan kenangan bersama arwah.

Kini 2009 akan ku tinggalkan...2009 tetap dalam memori..muga 2010 menjanjikan kebahagiaan buatku dan anak2...Insyaallah.


PS 2009 aku mengenali dia...sempat berkongsi suka duka, berkongsi cerita dan rahsia..sempat merasa sedikit bahagia...2009 juga memisahkan aku dan dia...

Saturday, December 26, 2009

Bila Idalara Buat Bilik....

Pandangan sisi...sudut tepi bilik dijadikan ruangan belajar anak2.
Sejak menetap di sini pertengahan tahun 2005, aku tidak membuat bilik di tempat tinggalku ini.......hanya petisyen di bahagian belakang (dapur), masa tu anak2 masih kecil dan aku rasa tak perlu buat bilik. Sekarang ni bila anak2 makin membesar aku rasa bilik menjadi satu keperluan dan kewajipan.

Dua hari yang lepas aku mula mengupah orang membuat bilik, mak aiii...mahalnya..... harga sebuah bilik saja sudah mencecah RM1,200.00.....hanya menggunakan plywood biasa2 saja..aku masih ingat pada tahun 2005 aku pernah bercadang buat bilik..harga pada waktu itu baru RM500...betapa jauh bezanya harga sekarang dengan 5 tahun yang lepas.

Mahu tak mahu aku terpaksa bersetuju juga dengan harga begitu. Hari ini siaplah bilik tersebut. Wah...cantiknya kediamanku bila dah berbilik begini, takdelah rasa rendah hati bila nak pelawa teman2 datang ke rumah. Tapi yang nak jadi ceritanya..ada pulak yang bertanya...

"Idalara ni buat bilik sebab nak nikah ke?"

Hahaha..soalan bonus tu...rasanya kalau aku nak nikah aku tak buat kat sini...aku dah kenakan syarat pada sesiapa yg berhasrat mahu menikahi aku.... mesti sediakan sebuah rumah yang betul2 di namakan rumah, yang ada bilik yang cantik dan lengkap, yang ada halaman sebab aku suka menanam bunga, yang ada dapur sebab aku suka memasak..........(amboi..demandnya...) atau paling tidak pun aku buat di rumah peninggalan arwah bekas suamiku di Cheras...teringat pulak kata2 mak masa aku dok sembang2 haritu..

Aku :"Mak takyahlah pegi rumah org kenduri tu, kirimkan duit je dah lah......mak bukan ada lagi anak yang nak kawin"

Mak: "Eh..ada sorg lagi.. kalau buat yg last ni besar2an mak buat...pasang 5 khemah....... sebab yang last ni janda..."

Hahahahaha......terkena sebiji kat batang hidung aku, aku terlupa memang ada sorg lagi anak mak yang masih "single".......aku lah tu...........aku tahu mak hnya gurau2..yang aku tahu mak tk berapa galakkan aku nikah lagi......sebab mak tak mahu pisang berbuah dua kali.
......cukuplah apa yang aku dan anak2 rasa suatu masa dulu...tapi andai ada jodoh aku...aku mau pn mak tk menolak..Jodoh pertemuan di tangan Allah..

Aku: "Ala...Dah kalau kawin nanti tkde nak buat besar2nya..alih2 bawak balik suami je..boleh ke macam tu mak?hua,hua,hua...."

Mak hanya senyum bila aku cakap mcmtu...mak tahu aku tkkan buat macamtu...aku kan anak mak yang taat... :) dan anak mak takkan nikah tanpa restu mak abah (walaupun aku berhak buat begitu) ...ishh...macam la pulak nak menikah..

Citer pasal bilik, dah melalut2 pulak aku sampai bab nikah kawin..rasanya dalam waktu yang terdekat ni soal nikah kawin ini tiada dalam kamus hidup aku, bukan tk mahu pikir tapi malas nak pikir......apa yang penting tanggungjawabku.....membesar dan memberi anak2 pelajaran yang sempurna untuk dunia dan akhirat......insyaallah.


PS...masih menanti sinar bahagia yang ntah bila akan kunjung tiba...

Friday, December 25, 2009

3 Hari Tanpa Tujuan..?

Agak pelik bila baca tajuk entri aku kali ni...sebenarnya..hingga saat aku mengetuk2 keyboard ni, aku masih tiada apa2 plan untuk cuti selama 3 hari ini.....rasa nak lepak2 je kat rumah..baca novel atau majalah MIDI yang lama tak ku sentuh....tapi aku rasa bukan aku baca novel atau majalah tu...novel atau majalah tu yang akan menutup mataku....:)

Nak jalan2 cuci mata kat KL...bila cuci mata mesti gatal je tangan nak membeli..sedangkan aku dah cut semua budget membeli belah, walaupun perbelanjaan sekolah anak2 sudah aku sediakan, aku mesti berjimat cermat.....akhir sekali...nak pegi ofis...mindaku mng dah terlalu sarat dengan keja2 di ofis.. masih banyak keja2 yang belum aku siapkan..terutamanya 'bank reconcilition'..bos dah bagi date line..sebelum berakhir Dec, semua bank reconcilition msti siap..so..esuk aku mst pegi keja!!

Kalau nak diikutkan hati mahu saja aku balik Melaka lagi..tapi mcm aku kata tadi...aku mst berjimat cermat, bila balik kg duit mengalir macam air hujan......cukuplah minggu lepas 3 hari dah jumpa mak abah..kali ni aku kena kuatkan semangat...pegi keja..pegi keja...pegi keja...bukan jauh pun opis...sebelah pintu rumah je...tiga hari overtime, pasti semua keja dapat aku bereskan..Insyaallah..

So...sebentar lagi bila aku tido..dalam mindaku dah aku setkan esuk aku pergi opis.....esuk aku mesti siapkan bank reconcilition, bila Isnin menjelma bos pasti senyum sampai telinga tguk aku dah siapkan keja2ku......dan 3 hari tanpa tujuanku kini padat dengan jadual...

PS Hening malam membisik rasa..resah jiwa kekosongan..ku merindu belai kasihmu..kau tiada di sisiku....(tiba2 aku terlalu sayu mendengar lirik lagu ini...sememangnya tiada sesiapapun di sisiku mengisi kekosongan ini...)

Wednesday, December 23, 2009

Alahai Cermin Mata...


Dah hampir 20 tahun aku memakai cermin mata..lebih teruk selepas accident semasa mengandungkan Abdullah Zaki..masuk ni dah 5 cermin mataku bertukar ganti..aku hanya menggunakan cermin mata semasa mengadap kerja2 di pejabat dan membaca...


Aku ni rabun dekat, kanta ku dah lebih 400....sesuailah dgn usiaku yg sudah hmpir senja...namun setiap kali membuat pemeriksaan mata, aku di nasihatkan oleh pakar otometri supaya memakai cermin mata kerana rabun jauh pun dah gak teruk....tapi aku rimas bila cermin mata tersangkut di hidungku yg tk berapa mancung ini..maka aku abaikan saja saranan mereka...

Tak mustahil bila ada rakan2 yg berkata aku sombong kerana tidak membalas senyuman mereka..mana aku nk balas sebab aku tk nampak pun siapa yg senyum pada aku..jadi klaau akak, maiyah, biru, kakcik, tinie, abu muaz, wachak, kamezaim atau siapa saja rakan blogger yg senyum padaku...jgn marah jika aku buat tak tahu je...

Selepas Raya Kurban haritu aku menempah cermin mata baru di sebuah kedai cermin mata di pasaraya Giant Nilai (bukan England Optikal)..beriya2 lah aku terangkan pada pekerja kat situ..aku nak buat untuk rabun dekat saja..4 hari selepas itu cermin mataku siap..masa ambil aku hanya try sambil2 lalu saja sebab nak cepat...

Sampai di rumah aku mencuba cermin mata baru..eh..apahal ni kurang jelas..bila lihat jauh mak aiii terangnya...semua tulisan yag jauh2 aku nampak dgn jelas..naik hangin juga aku dibuatnya..aku menelefon kedai tersebuat untuk mendapatkan penjelasan..suka2 je pekerja kat situ kata cara pemakaian aku salah...apa dia ingat baru satu jam aku pakai cermin mata? dah hampir 20 tahun..takkan aku masih tk tahu pakai cermin mata dgn betul..

Esuknya aku ke kedai tersebut...setelah 'bertekak' dengan pekerja dan juga pemilik kedai yang ala2 gangster..mereka masih mahu menegakkan benang basah..kononnya cermin mataku special sikit..jauh dan dekat...oklah kalau betul..tp masalahnya bila dekat aku tak nampak....kabur sesangat......sedangkan cermin mata ini terlalu penting untuk mengadap komputer, menulis dan membaca..

Akhirnya aku berjaya juga mendapatkan cermin mata baru yang betul2 sesuai dengan rabun dekatku..cuma yang aku kesalkan bagaimana cara pekerja dan pemilik kedai berkenaan melayan pelanggan..mereka tidak mahu mengaku kesilapan mereka malahan memarahi aku...takpelah..yang pasti itulah yang pertama dan terakhir kali aku membuat cermin mata di situ...nak tahu kedai apa? sila hubungi idalara....:))


PS..pc masih prblm..semalam cuba ziarah teman2..maiyah, wachak, abu muaz, kakcik..biru...org muo(sahabat baru) ,akak dan ramai lagi tp hnya beberapa org saja yg dapat singgah..singgah namun tk dapat beri salam pun...minta maaf semua..insyaallah bila pc dah ok idalara akan ziarah kamu semua...:)

PS..maafkan aku andainya ada hati2 yang terluka dengan kata2ku...kadang2 aku terpaksa melukakan hati orang lain kerana aku ingin menjaga hatiku sendiri...hatiku sendiri tiada siapa yg mahu ubati...aku dah letih asik menjaga hati2 org lain...maafkan aku.

Monday, December 21, 2009

Rindunya.....

Assalamualikum semua..
Aduhai..rindunya bukan kepalang...hampir seminggu tk jenguk rumah ni..dah bersawang sana sini....lepas postkan entri "Ku Kekosongan" pc buat hal...bila klik kat mozzila firefox keluar satu kenyataan..ntah apa pulak aku dah lupa2 ingat..tanya kamezaim, dia kata internet problem...nak reply komen teman2 semua pun tak boleh...mmlm ni pun bila buka asik hang je.....jadi maafkan aku andainya tidak dapat menjawab komen teman2 semua apa lagi menziarahi kamu semua.

Jumaat cuti Awal Muharam aku balik ke Melaka ziarah mak abah..puas rasanya bersama mak abah di kampung selama 3 hari..malam tadi baru sampai ke Bandar Baru..sepanjang jalan, jem teruk...nak menyampai ke Seremban pun ambil masa hampir 3 jam..begitulah bila cuti panjang sikit..Bandar Melaka sentiasa sesak dengan pengunjung dari luar..setiap tempat yang aku kunjungi penuh sesak dengan manusia..

Malam ni bila buka blog.....agak terkejut bila nampak seseorg menegurku...apa aku rasa?..gembira?terharu?suka?marah?..sebenarnya rasa tak sangka dan terharu...sebab dia masih sudi menegurku...apa2pun terimakasih kerana masih sudi ziarah aku di sini...aku dalam proses melupakannya..jadi maafkan aku kiranya tiada lagi jejaknya di sini...aku tk pernah melupakan dia dalam ingatan dan hatiku..tetapi selagi ada jejaknya di sini hatiku menjadi luka dan berdarah..

Buat teman2 yang masih sudi menziarahiku di sini..jutaan terimakasih semua..insyaallah selepas segalanya pulih seperti sediakala aku akan ziarah kamu semua dan menjawab komen teman2 semua..aku memang tersangat rindu pada kamu semua..tersangat rindu...

PS Bila rindu menggamit....di sini ku cari penawar rindu ini..

Monday, December 14, 2009

*Ku Kekosongan..........*

Hening malam membisik rasa
resah jiwa kekosongan
ku merindu belai kasihmu
kau tiada di sisiku

Titis embun berguguran
airmata berlinang
surat mesra ku utusku
tiada juga balasan

P/S
Di manakah hendak ku bawa
duka lara tak terkira
berat rasa hendakku lupa
kasih sudah ku curahkan
pada bayu ku kirimkan
kenang dalam impian
hampa jua ku rasa
tinggalku kekosongan

Tiada lagi yang ku kesalkan
tiada lagi pengharapan
kan ku bina hidup baru
masa hadapanku
musnah sudah impianku
hampaku kekosongan.....

(jom layan..nyanyi bersama)

Bila masuk saja ke dalam 'rumah' aku ni, pasti terdengar lagu 'Ku kekosongan' yang dinyanyikan oleh Seniwati Uji Rashid..lagu ni sangat popular masa zaman aku remaja dulu..Uji Rashid menjadi kegilaan waktu itu..bila dengar lagu ini serta menghayati sepenuh hati.. pasti jiwa terbuai2 dan boleh meleleh airmata dibuatnya.

Aku memang sangat meminati semua lagu2 Uji Rashid..hingga kini lagu2 beliau tk jemu didengar walaupun berulangkali..oleh kerana itu ku abadikan lagu beliau di sini...

Lagu ini rasanya memang sangat kena mengena dengan aku...memangpun aku sering rasa sangat kekosongan dan keseorangan...anak2 ni ada dengan tiada sama je..siang dah tentulah aku bekerja..bila malam pulak mereka sibuk dengan aktiviti mereka di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak..tinggallah aku keseorangan..

Aku yakin di sini maupun di luar sana ramai yang senasib denganku....kekosongan kerana ditinggal seseorang yg dicintai..kekosongan kerana tiada berteman..kekosongan kerana ditinggalkan suami atau isteri tersayang.....

Walaupun di sini ramai teman2 sering berkunjung dan menyapa......namun situasinya tetap tak sama....siapa tahu....siapa mengerti.....siapa memaham..... siapa rasa...apa yang aku dan mereka2 yang senasib denganku rasai...

p/s..org kata lebih baik sendiri daripada berdua tetapi menyakitkan..tapi amatlah menyakitkan bila sendirian.

Sunday, December 13, 2009

Idalara dikecewakan Kamezaim........

Gambar header di blog kamezaim.com

Agak tak sayang mulut tajuk entry aku kali ni....sebenarnya ada cerita disebalik cerita pasal tajuk entri aku tu..Alkisah malam semalam..masa bersembang dgn kamezaim maka kami bersetuju nak bertemu buat pertama kalinya setelah hampir setahun kenal di alam maya..banyak kali dah pertemuan yg dirancang tak menjadi..so.... rasanya plan nak bertemu harini insyaallah berhasil.

Tujuan aku turun KL harini sebab nak bertemu kamezaim dan kawan baik aku dari Bangi atas urusan peribadi sikit.., berjanji dengannya nak bertemu di MidValey..kamezaim bersetuju..setelah urusanku dengan kawan dari Bangi tu selesai aku segera menghantar SMS kepada kamezaim...tapi alangkah hampanya bila kamezaim membatalkan pertemuan ini atas alasan segan bin malu..

Puas gak aku pujuk si kamezaim ni..ntah apa yang nak dimalukan aku pun tak faham..nak malu dengan aku ni? aku anggap kamezaim tu macam adik2 je..tak tahulah kalau kamezaim takut awek dia jeles sebab nak jumpa aku..alaaa..kalau kamezaim bawa awek dia pun apa salahnya..boleh gak kenal dgn bakal adik ipar angkat..atau kamezaim takut jatuh cinta kat idalara ke? hahahaha tk mungkin....

Sebelum balik berkali2 lagi aku pujuk kamezaim jumpa..tp jawapan dia tetap sama...segan...malu.... segan.... malu...segan... malu...itu saje yg diulang tayang....naik geram aku..ish..nampak je gagah perkasa si kamezaim ni... tp hati kecik mcm kuman (kalau org tahu wat malu je hahahaha)..

Di bawah ni antara sms aku dgn kamezaim tadi..:

Idalara : Nak jumpa ke tak ni..akak dah nak ke Mid ni...

Kamezaim :Argh...xnaklah..segan..malu.....ngee...

Idalara : Takpelah..nak wat macmne..tkkan nak paksa zaril pulak..tapi..kira2nya akak kecewalah harini.

Kamezaim : Apakata kita jumpa lain kali je, kita g tenguk wayang..?

(dalam hati..ish tk hingin aku tguk wayang dgn kau zaril..)

Idalara : akak bukan nk tguk wayang dgn zaril, akak nk sembang2.

Idalara : Apa kata kita tkyah jumpa..minggu depan akak sibuk,banyak keja.

Kamezaim: Aduh..janganlah mcmtu kak..buat saya rasa bersalah plak..bukan tknak jumpa cuma blum bersedia..kita jumpa lain kali ok..zaril janji.

Idalara : hmmmmm....

Bila dah baca msg kamezaim tu aku pun terus balik....semasa dlm perjalanan aku bgtahu kamezaim nak buat entri pasal hal yg berlaku td......tp kamezaim tk percaya dan gelak2 kan aku..apa dia ingat aku takut atau segan nk post kan entri ni..dia mati2 tk percaya..siap tulis kat entri dia "idalara nak berperang dengan kamezaim"..hahahaha....ni kira berperang ke kamezaim?

Sebenarnya ada sesuatu aku nak bagi kat kamezaim tadi kalau dpt jumpa..maklumlah dah setahun kenal masih tk bersua muka so sebagai penghargaan dari seorg sahabat @ kakak aku nak hadiahkan dia benda kat bawah ni..
One Drop Perfume for Men..tapi rezeki kamezaim tkde kot...

Mungkin kamezaim tak sudi nak jumpa idalara tu..maklumlah.....siapalah idalara ni pada kamezaim...rupa tiada, budi bahasa kurang, harta benda jauh sekali..takpelah...Allah dah aturkan harini aku memang belum berpeluang bertemu dengan kamezaim..insyaallah satu masa satu ketika pasti bertemu..

Buat kamezaim...."jangan marah aaaarrr...."

Saturday, December 12, 2009

Berlibur Di Theme Park BTS




Gambar2 Zaki agak blurr..cahaya dalam theme park tu agak malap..guna pulak hp cap ayam...

Permainan ni agak mengecutkan perut..tp Aiman control macho je...

Semasa menunggu monorel di KL Central

Setengah hari di BTS...berlegar2 juga aku mencari di mana theme park...naik tingkat 5..kat situ rupanya..mujur anak2 dah makan nasi masa kat Nilai..sampai di BTS dah tak ingat nk makan, harga tiket boleh tahan juga mahalnya..untuk dewasa je RM37.00, budak2 separuh harga..setahun sekali je lah jwbnya aku bawa mereka ke situ.

Aku ni nampak je brutal..tapi rupanya aku ni penakut....aku tabik spring kat Aiman, roller coaster yang tertunggang terbalik tu 3 kali dia naik..nak cakap permainan apa pun aku tk reti tp semua permainan yg dia naik agak menggerunkan dan mengecutkan perut aku..ada dua permainan yg betul2 buat aku kecut perut, aku tak benarkan dia naik walaupun Aiman nak try..aku tguk ada yg sampai termuntah2 lepas turun dari permainan tu..ish..upah aku RM100 pun aku tknak naik.

Sepanjang Aiman naik roller coaster dan beberapa permainan lain, aku tak henti2 berdoa..muga dia selamat..hati seorg ibu tetap riasu keselamatan anak2...walaupun dah diberi jaminan 100% selamat.

Kesian Zaki..oleh kerana ketinggannya tak cukup maka banyaklah permainan yg dia tk boleh sertai...sudahnya mainlah permainan ala2 kanak2..rugi juga walaupun usia dah 11 tahun sebab dia kecik dan rendah tetap tk dibenarkan.

Kalau diikutkan anak2 masih tak puas bermain.....kalau aku ke sana menaiki kereta sendiri boleh juga duduk berkampung sampai malam..ni naik turun tren..silap2 sampai Nilai bas pun dah tkde..berkampung pulak kat Nilai..

Memang ramai ibubapa yg membawa anak ke theme park ni, walaupun harganya agak mahal...dan bila difikir2kan rasa macam membazir je....tp sekali setahun masih dikira berbaloi2..

Aku pulak kelabu mata tenguk sale sana sini..mcm syurga dunia...mujur anak2 menarik2 tanganku kalau tak leka juga aku kat situ...

p/s bila di situ..hati terhibur dan lupa segala2nya...bila di sini...bermacam2 aku rasa...

Friday, December 11, 2009

Jom Jenjalan...

Harini aku cuti..bukan aku cuti sorg tp seluruh negeri selangor cuti sebab hari Keputraan Sultan Selangor..kalau dipikirkan keja sampat nafas aku yg terakhirpun keja aku tk siap2..apa plan hari ni?..

Tapi before that..u all nampak tak banner aku yg cun melecun tu..itulah hasil keja wachak yang tip top..free pulak tu..mulanya aku cuma gurau2 senda je nak suruh buatkan banner (padahal serius tu heheheh) alih2 masa aku tgh keja my bestpren mimiey bgtahu wachak dah designkan aku satu banner..so dia punya kejalah ni uploadkan kt blog aku..mekasih mimiey n wachak..jasamu dikenang..so kalau u all nk mintak jasa baik wachak buatkan banner rajin2lah ke blog wachak yg baik hati tu...

Semalam janjji dgn anak2 nak bawak diaorg pegi Berjaya Times Square...kat Jalan Imbi..kerap gak aku nampak tempat tu tp tak pernah pun aku singgah..so harini aku nak bawak dua hero tu jalan2 kat situ pulak..apa yg ada?..macam2 ada..yang penting sediakan duit yg cukup...kalau tk takyah pegi..kiranya aku main redah je harini..

Sebenarnya semalam pihak Lembaga pengarah dah luluskan bonus kitaorg..alhamdulillah dapatlah setengah bulan gaji..memandangkan kelengkapan sekolah anak2 dah aku beli..wang perbelanjaan persekolahan pun dah aku ketepikan maka bolehlah aku belanjakan sedikit wang bonus ni untuk anak2..kesian diaorg..anak2 org lain cuti makan angin dok hotel sana sini..tapi aku ibunya tk mampu nak buat begitu..hanya ini yang aku mampu..

Jom sape2 yang cuti2 tu join aku kat Berjaya Times Square...

Tuesday, December 08, 2009

Apa Salah Dan Dosaku...


Aku bukanlah seorg kwn yg betul2 baik..tapi aku juga bukan seorg kwn yg tk baik..aku jenis tak suka menyakitkan hati kawan (rasanya) atau suka cari salah kwn, atau suka tguk kwn susah..aku rasa aku lah yang paling suka jaga hati kwn..kalu boleh ku tatang, aku ingin menatang bagai minyak yg penuh..macam aku kata.."if friendship is life i will give u mine"

Aku ada buat salah kat dia ke..aku ada sakitkan hati dia ke..aku ada buat dosa kat dia ke atau ada kata2ku yg tanpa ku sedari menyakiti hatinya..semuanya menjadi tandatanya yg tiada jawapan..aku pernah bertanya pada dia.. jwpan nya cukup ringkas tp langsung tidak menyakinkan..aku sudah memohon maaf padanya andai aku pernah buat salah padanya..tp dia masih tetap begitu...tiada jwpan yg ku terima..

Apa salah dan dosaku pada dia...hinggakan segala pemberianku di buang, hadiah ikhlas seorg sahabat dibuang jauh2..sedangkan semua pemberian sahabat2 lain masih kekal..dan yang lebih menyedihkan aku..namaku juga telah dibuang dari 'kediamannya'..

Apa kau rasa jika berada di tempatku..seorg yg mengaku sahabat dunia akhirat telah membuang kamu dari hidupnya atas alasan yg kamu sendiri tak tahu..seorg sahabat melukakan hati seorg sahabat tnpa memberi sebab yg munasabah..

Tapi aku tetap degil, aku masih keras kepala.....walaupun dia telah membuang aku dari hidup dan daerahnya..aku tetap singgah menziarahi dia, aku tetap bertanya khbr.....aku tetap memberi sepatah dua kata walaupun hatiku sgt terluka, aku tetap menyimpan baik2 semua pemberiannya....pernah terniat ingin membuang saja semua pemberiannya namun aku tak tergamak melakukan...

Tak dinafikan aku punyai ramai sahabat lain di sini..di dunia maya ini...bukan dia seorg....tapi aku masih tak puas hati tidak mengetahui apa salah dan silapku.(tetiba aku teringat pada zedmagel..apakhbr sahabatku itu..dah balik ke dr Mekah agaknya?)

Aku masih tertanya2 jawapan yg diberikan..
"saya tak buang pemberian idalara..saya simpan"

p/s Ya Allah ya Rabb..peliharalah lidahku..hati ku dan perlakuanku dari menyakiti hati seorg sahabat..amin"

p/s buat 'dia' aku memohon maaf andai aku penah menyakiti hatinya...

Monday, December 07, 2009

Semalam.....

berposing sebelum masuk panggung...

Semalam 6Dis..sebagai janji aku mengambil anak2 kat Terminal 1 Seremban..wah..nmpk dah tmbh tinggi hero2 aku ni..adik lelaki aku dengan isteri dan 3 org anak2 dia juga ikut sama..dari Terminal 1 kami ke Terminal 2..nak tguk citer My Spy..dgr kata Maiyah, mcm nampak best je citer tu..

Dapat tiket pukul 11.45..masa booking tiket, aku tguk semua seat masih kosong..alamak..mcm tak best je nk tguk hanya kami2 je..11.45..adalah lebih kurang 20 org termasuk kumpulan aku dalam panggung tu..

Kalu nak bg point..aku hanya bagi 6/10 je kat citer My Spy tu..rasanya budak2 tak bape sesuai tguk citer tu..ada double meaning..nasib baik budak2 ni masih bawah umur..so diaorg tk bape nak faham maksud yg nak disampaikan...biasalah citer melayu kalau tkde yg lucah2 sikit tak boleh laku filem..aksi si AC dgn Harun Salim Bachik mng buat aku gelak sakan..

Lepas tguk citer tu adik aku terus balik Pilah..aku menuju ke distinasi..tp sangkut lagi kat Seremban Parade...zohor, asar kat Setesen Komuter..sampai Nilai..singgah pulak kat Pusat Pakaian Hari-Hari..dah terlanjur sampai situ aku terus shoping baju sekolah..maghrib kat hentian bas Nilai..ish..teruknya tempat Solat..

Siap semua aku beli..baju, seluar, t-shirt putih, stokin, beg, kasut serta peralatan menulis..kali ni aku betul2 pastikan tak ada yg tertinggal mcm tahun lepas (eh..cepatnya setahun berlalu..rasa mcm baru je tertinggal seluar sekolah tahun lepas)...lega bila semua dah siap beli..biar tak cukup makan jgn tk cukup barang2 nak g sekolah..

Singgah makan kat Restoren sebelah Maydin..chicken rice with ginger n black pepper..ayam adalah 5,6 ketul..selebihnya bawang,halia dan serai...suruh tokeh kedai tu makan..boleh tak dia kunyah segala macam sampah sarap yg lebih banyak dr yg boleh di makan..!!

Kira2 pukul 8.00 malam..tanya teksi nak ke rumah..amboi..sampai 20hengget diaorg nak telan duit aku..sorry lah..aku lebih rela naik bas dari bg diaorg telan duit aku...sampai Bandar Baru aku naik keta sapu baru RM5.00 je...dari Nilai smpai rumah baru Rm7.00..te ke bnyk aku dah jimat tu...

Anak2 seronok dan puas hati semalam, makan2 kat McD dan dapatlah satu barang yag diaorg idam2kan kat Parkson....aku yang penat badan dan penat poket...takpe lah sekali2..

Hari ini aku cuti..seharian di PutraJaya uruskan hal pinjaman perumahan arwah bks suamiku, ..next entry aku citerkan pulak.....ni dah lewat..esuk nak keja..dah 4 hari tk keja..pastinya di atas mejaku sudah bertimbun2 keja yg menanti...dan aku rasa maaalaasss sgt nak g keja..kalau aku cuti lagi mahu bos aku pecahkan pintu rumah aku esuk hahhahaha..tadi pun tak senang aku dibuatnya..kejap2 bos call...tanya itu tanya ini...(cheewahh..penting gak aku ni ek...)


p/s Semalam, hari ini dan esuk aku tetap menanti..biarpun aku tk pasti siapa yg akan hadir..namun aku tetap menanti..

Saturday, December 05, 2009

PD dalam Memori..

Sempat mengabadikan kenangan di dalam bilik kursus.

Bersama teman sebilik....

Bersama pensyarah dari MKM..

Bersama sebahagian dari peserta kursus..

Ptg tadi aku selamat sampai di rumah..kursus 2 hari banyak menyuntik semangat baru..dapat pengalaman baru, belajar perkara baru, bertemu ramai teman baru (tapi bukan bertemu jodoh baru) berkenal dengan berbagai peringkat,dari pihak atasan hingga paling bawah..namun tiada jurang membezakan kami semua...semuanya datang hanya ingin belajar..insyaallah mulai minggu depan aku akan praktikkan apa yg aku pelajari sepanjang dua hari berkursus.

Berada di Seri Malaysia PD sebenarnya mengimbau memori aku bersama arwah bekas suamiku dulu..kami sekeluarga pernah menginap di sana di tahun2 akhir kami bersama..segalanya masih segar dalam ingatan..kebetulan pula bilik yg aku duduk sama lokasinya dengan bilik yg pernah kami diami dulu...kini segalanya hanya tinggal memori..

Esuk aku akan ke Seremban..mengambil anak2 yang ku tinggalkan bersama adik lelakiku di Kuala Pilah..mereka dah tak sabar2 nak balik semula ke rumah..aku pun rasa rindu sangat kat hero2 dua org tu..mudah2an cuaca baik supaya perjalananku tidak terganggu..

Dan esuk...apa yg akan berlaku?...pastinya episod kehidupanku akan kembali normal bersama anak2...

p/s buat kakcik di hospital..masih tiada kesempatan ingin menzairahi kakcik..muga2 kakcik akan sembuh seperti sediakala..

Thursday, December 03, 2009

Daging Masak Asam Pedas Dan Kursus Kat PD....

Subuh2 tadi aku sempat masak asam daging (daging korban dari kampung)..biasalah aku ni..bila dah lepas geram kat seseorg aku akan ambil hati mereka semula...seronok tguk diaorg makan..hingga menjilat jari.....

biasa tak korang makan daging masak asam pedas ni?..masakan ni famous kat Melaka je..daging campur tulang dan lemak2 yang di panggil daging tetel memang sedap di masak asam pedas, ianya berbeza dari masak asam ikan.....kat bawah ni aku bagi resepi untuk korang cuba try test, ...kalau sedap bgtahu aku ye..

Daging+tetel+tulang (tulang seeloknya direbus dahulu)
daging dipotong sedang2 dan dibasuh bersih..

Bahan A(kisar semua bahan A)
cili kering yang dikisar - 1 mangkuk kecil
halia 1/2 inci
kunyit hidup 1/4 inci
bawang besar 2 labu
bawang putih 10 ulas
belacan - jika suka

Bahan B
rempah kari 3 sudu besar
kerisik 2 sudu besar
3 batang serai - dititik kasar
1/2 inci lengkuas - di ketuk
daun limau purut

Bahan Tumis
Halia 1/2 in, bawang putih 3 ulas - dihiris
kulit kayu manis 2btg
bunga cengkih 2 kuntum

Air asam jawa
garam

Cara2
Tumis bahan tumis
masuk bahan A..kacau hingga betul2 masak
masuk kan bahan B
masukkan daging dan garam
tambah sedikit air dan biarkan hingga daging empuk..
bila dah pasti daging sudah empuk
perahkan asam jawa secukupnya..
tambah bahan perisa jika suka..

siap untuk dihidang dengan nasi atau roti...selamat mencuba.

Ni beg apa ni?..sebenarnya sambil2 update blog aku sedang mengemas pakaian untuk kursus di PD pagi2 esuk.....masa balik dr opis tadi..buka blog..aduh..terharu melihat smbutan terhadap entri semalam " Sebab aku janda"..masa nak post entri tu semalam, aku ragu2 gak..manalah tahu mungkin isu "janda" ni agak sensitif pada seseorg...aku minta maaf kerana gunakan bahasa yang agak kasar..apa2pun aku ucapkan jutaan terimakasih kepada semua yg menyebelahi aku..

Pagi2 esuk aku akan bertolak ke PD..menghadiri kursus 2 hari anjuran MKM di Hotel Seri Malaysia..oleh kerana kursus hanya 2 hari, jadual teramatlah padatnya..jangan berangan nak dok santai2 tepi laut tenguk laut..(bukan tenguk anaklaut ye).

Sabtu petang aku akan balik semula ke BBST..mungkin malam baru sampai ke rumah..kalau aku tak letih aku update blog, kalau tak aku akan zzzzz..

Pagi2 ahad aku akan menaiki komuter ke Seremban untuk mengambil hero2 yang ku titipkan di rumah adik di Pilah..rindu sangat kat dua hero tu...dan rasa tak sampai hati nak tinggalkan lama2 dengan pak sedara mereka....kawan2 mereka kat sini pun hari2 mencari hero2 dua org tu..bila merekla pulang kehidupanku akan kembali normal...

p/s. kwn2 mendoakan aku bertemu jodoh semasa kursus di PD nnti...ye lah kan..manalah tahu..aku akan bertemu 'seseorg' di sana nnti...:))

Wednesday, December 02, 2009

Sebab Aku Janda?

Bengang!!...aku jarang2 mengamuk, aku sgt jarang naik hangin.....aku selalu cool je, selalu ceria..gelak tawa bila kat opis, aku yang menceriakan suasana..tapi kali ni aku betul2 bengang..tahap maksimum tapi masih sedar diri bila aku banyak berastagafar...

Bawah rumah@tempat tinggal aku ada sebuah kedai serbanika dimiliki seorg lelaki yang agak warak (pengikut tabliq)..berjubah berjanggut...beliau menyewa dengan company tempat aku bekerja, keraplah berurusan dgn aku bila nak bayar sewa atau nak komplen apa2 pasal premis yg dia sewa.

Sejak pak janggut(gelaran budak2 ofis yg tk berapa syg mulut) menyewa premis di bawah rumah aku tu..agak kerap juga budak2 opis ni mengkenenkan aku dgn pak janggut tu..konon nnti jadi isteri ke 3 lah..aku masih anggap hanya gurauan...aku masih boleh senyum dan gelak2 bila diaorg dok usik2 aku..untuk makluman..pak janggut tu dah beristeri dua..isteri pertama menjaga sebuah saloon kecantikan di BBST, manakala isteri ke dua seorg warga Indonesia menjaga kedai di bawah rumah aku ni..

Hari ni pak janggut tu buat kenduri aqiqah anak barunya dgn isteri baru..maka didirikan khemah yg agak meriah kat hadapan premis kami..pagi2 bila budak2 opis datang hebohlah diaorg mengusik aku buat kenduri nak nikah..aku layan je budak2 yg tk cukup akal tu..aku kata a'ah..aku nk wat kenduri nak nikah tp calon tkde lagi..kau org carikanlah calon yg ala2 kaya sikit..ala2 datok ke..

Oklah..habis citer kat opis..bila aku call Agrobank..nak tnya pasal transfer duit..tetiba je budak bank heboh kata aku nak nikah dgn pak janggut...senyap2 je tk bgtahu..aku tahu diaorg gurau2 sbb diaorg tahu pak janggut tu wat kenduri aqiqah anaknya..tapi guaruan kali ni aku rasa dah melampau batas...dah mencabar kesabaran aku..sape yg bawak mulut?..adalah sorg dua budak opis yg pegi bank tadi..yag gatal mulut.

Apalagi naik hangin satu badan aku..takad citer2, gurau2 dlm opis aku boleh tahan, aku boleh terima..tapi bila dah melangkau kawasan opis aku jadi bengang..apa pulak kata isteri2 beliau kalau tetiba terdengar gurau2an mereka, mau pulak diaorg kata aku janda yg tak tahu malu, aku janda gatal.......aku bukanlah desperate sangat sampai nak jadi isteri ke 3 pak janggut tu..

Melenting lah aku kat budak bank (dah jadi bapak pun) bila dia gelak2 dok usik2 aku..jadi isteri ke 3 pak janggut tu..aku kata:

"Nape? janda macam aku mesti jadi isteri ke 3 atau ke 4 ke? janda macam aku msti dipadankan dengan orang macam pak janggut tu ke...janda mcm aku ni kemarok sangat nak bersuami sampai tak kira dia tu suami orang ke..."

Aku betul2 lepas geram...terkedu juga budak bank tu..mentang2 aku dah terlalu biasa dengannya maka sewenang2nya perasaanku diperkotak katikan....sewenang2nya bergurau pada perkara2 macam tu..sebelum ni pun dia kerap usik aku bila aku buat silap..katanya..kalau aku kawin mst aku tk buat silap lagi..tk pelah gurau2 mcmtu..aku boleh terima..

Sebelum letak gagang telefon..aku sempat mengenakan budak bank tu...

"Kalau aku jadi isteri ke dua kau aku nak lah...,sebab kau hensem..pak janggut tu tak hensem, selekeh..bau kurang menyenangkan..kau smart..bersih..sentiasa wangi...kau nak?"

Aku tak tahulah macam mana rupa budak bank tu...besar gelak dia nak cover malu kot..tak terkata dia...aku rasa gurauan aku tk terlalu over..biar dia sedar sikit..walaupun aku begini aku memilih juga..bukan main sapu je...suami org? seboleh2nya aku elakkan..

Tu lah org kata kerana pulut santan binasa..kerana mulut badan binasa..aku tak mahulah mcmtu tp bila dah terlalu over aku nak juga protect diri aku..rasa puas juga aku dapat luahkan pada budak bank tu di phone..budak2 opis yg dengar perbualan aku yg hangat tu ..terdiam..terkedu.., baguslah..lepasni tk beranilah diaorg nak main2kan aku lagi...tk beranilah diaorg nak bergurau tnpa memikir apa yang aku rasa.

p/s sesekali bila naik hangin mcmtu...baru mereka tau langit tinggi rendah..dan baru mereka tahu siapa aku..

Hadiah Untuk Wachak!



Oleh kerana Wachak telah membuatkan idalara tutorial untuk shoutmix di blog idalara..dan dengan bantuan kawan baik idalara,idalara telah berjaya mendownloadkan shoutmix dengan time yang tepat di blog...maka idalara ingin menghadiahkan wachak satu bar coklat cadbury berperisa kacang hazel...diharap wachak sudi menerima hadiah dari idalara ini...:) ini saja yang mampu idalara hadiahkan buat wachak..


Lainkali jika idalara nak minta bantuan wachak, harap wachak tak serik nak bagi ilmu ye....terimakasih banyak2..idalara rasa ramai teman2 blogger yang boleh share ilmu yg wachak bagi..so jangan malas2 singgah kat blog wachak. kalau nak minta wachak ajarkan apa yang tak tahu pasti wachak ajarkan..Upah @ hadiahnya senang je..bagi coklat yang wachak suka, ..hehehehe..

Tuesday, December 01, 2009

Bila Dia Memberi Hatinya...

Bila dia memberikan hatinya padaku..
wajarkah aku terima
Bila dia menyerahkan cintanya padaku
haruskah aku sambut..
Bila dia menyatakan rindunya padaku
patutkah aku membalasnya..
Bila dia berkata ikhlas dan jujur padaku
bolehkah aku percaya..
bolehkah..haruskah..
wajarkah..patutkah..
kerana aku tidak pernah bersua dengannya
kerana aku tidak pernah menatap
ke dalam matahatinya..
kerana aku tidak pernah
mengenali hati budinya
kerana aku tidak pernah
terdetik menyayanginya...
kerana dalam hatiku tidak pernah ada dia..
kerana cintaku bukan miliknya..
namun..wajarkah aku
memberi peluang kepadanya...?

p/s kata org biar kita menerima org yg benar2 mencintai kita daripada mengejar cinta seseorg..
yang belum tentu cintakan kita...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...