Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Wednesday, January 12, 2011

Bila nak pulih?

Bismillah...salam...

Rasanya dah hampir 3 minggu perkara ni berlarutan....pegi pasar besar pun tak ada apa lagi pasar kecil,......bukan kata yang botol..nak cari yang peket pun tak ada....hampir semua kedai runcit telah aku jelajah...siap bagi duit kat kawan minta belikan minyak jika dia terjumpa...tapi bekalan masih tiada...peliknya pasaraya besar yang femes2 pun takde bekalan....sampai bila keadaan ini akan pulih seperti sediakala!!

Hampir 90% masakan menggunakan minyak...lebih2 lagi bila menggoreng cekodok, minyak mesti banyak..barulah cekodok jadi bulat2 dan cantik...tapi tenguk stok minyak cuma tinggal suku botol...terpaksa disukat betul2...

Inilah hasilnya cekodok ikan bilis..mestilah digoreng menggunakan minyak masak, takkan minyak petrol pulak.......bila bekalan minyak masih tak pulih2 ni terpaksalah tukar menu2 yang berasaskan minyak kepada rebus2an atau stim saja...memanglah bagus kurangkan minyak..tapi tahan ke anak tekak ni makan rebus2 jer tiap hari....

Inilah stok minyak yang tinggal....cuma tinggal suku saja, biasanya aku simpan satu stok lain walaupun minyak masih banyak..tetiba teringat beberapa belas tahun yg lepas, seorang jiran pernah mengejek aku..."Nak mandi minyak ke Ida oiii..beli minyak smpai dua botol besar" aku hanya senyum...esuk..jiran tersebut datang ke rumah dengan senyum2 malu..."Ida..nak pinjam minyak segelas boleh tak".....aik....semalam dok perli2 aku tetiba datang nak pinjam pulak...

Itu sebablah bila berbelanja barang dapur, keperluan asas seperti beras, tepung, gula pasir dan minyak aku beli lebih untuk simpanan...kalau keputusan wang pun aku tak risau sangat sebab bahan utama sentiasa ada stok..

Mudah2an bekalan minyak akan segera pulih...walaupun harganya pasti naik...tak mengapalah asalkan mudah dicari dimana-mana...dan selepas minyak ok jangan pulak barang lain turut jadi mangsa..!!

21 comments:

Unknown said...

salam k.ida..terima kasih sbb komen pasal kapel tu...

erm skrg ni masalah minyak pulak...bekalan ada cuma diorang sorok je nak kasi harga naik..itulah taktik kotor..pasni semua barang naik atas alasan minyak masak naik

noreed said...

mesti dia orang nak naik kan harga tu, sbb tu catu minyak di pasaran

IMANSHAH said...

Salam Kak ida

Saya tak terasa sangat sebab tak masak..hehe

Kakcik Seroja said...

Tunggu bila harganya naik nanti, melambak2lah minyak tu di pasaran! :(

Abd Razak said...

Assalamualaikum..

Macam gara-gara nak naikkan harga minyak masak lak...

nurkass said...

salam kak ida..haihh..tulah..susah nak menggoreng kalau dah takde stock ni..huhu

sekadar satu coretan said...

ini semua sebab minyak nak naik harga...tu sebab banyak kedai2 yg tak jual minyak masak ni...

sesekali ok la makan rebus2 ni...tak lalu la pulak kalau hari2kan..

Idalara said...

Salam Azmi..terima kasih juga singgah sini...

kes minyak ni kira2nya samalah dgn gula..tunggu dn lihat apa yg akan berlaku nanti.

Idalara said...

Noreed..
memang gitulah adatnya...macam tak logik kan..pasaraya sebesar2 pun tk ada stok..nampak sgt menyorokkan minyak.

Idalara said...

Salam Imanshah
tu lah org laki2...tahu ada je..nanti bila iman dan aada wf tahu lah cmne..

Idalara said...

Kakcik
setuju sgt..tetiba je melambak2..drai mana datangnya stock minyak tu.

Idalara said...

Waalaikumsalam Abd Razak
samalah mcm kes gula dan tepung..janji menteri bukan boleh guna pakai pun.

Idalara said...

Nurkass
dah kita ni sejak dari azali lg memang kuat guna minyak..so mcmne nk ubah..

dya said...

haa betullah kak
kat kedai tepi rumah sy pn, dua2 kedai runcit...beberapa ari sy pegi cari minyak die kate xde.

lepas tu smlm bila dh ade mase, sy g tunas manja..banyak lagi minyk kt ctu..alhamdulillah dpt beli.hehe

hysman said...

salam kak ida..
hehe....
saye pon same cam cikgu imanshah..
tak terasa gak pesal tak masak..
tp itulan die masalah yg menlada kini..
nk buat camne itulah realitinya..
takmo ckp lbh2 nnt kena ban..
huhu

shameel Iskandar said...

salam ziarah kak ida.

Mmg menghairankan sbb negara kita adalah pengeksport kelapa sawit terbesar di dunia tapi minyak masak boleh berkurangan. Inilah teka-teki yg tak terjawab. Teka teki yg amat membebankan.

Idalara said...

salam shameel
itulah yg sering pengguna minyak masak ni pertikaikan..mengapa boleh jadi mcni..teka tekinya mudah saja shameel..nak naikkan harga..

Idalara said...

salam hysman..
kena ban ke kalau cuma cakap pasal minyak ni...silap2 kak ida yg kena ban dulu....tp nak buat mcmne kan..man tk rasa sgt sebab tk masak..namun paling tidak man mst kena tempiasnya..mst dgr mak merungut pasal minyak tak de ni..

Idalara said...

Dia..
alhamdulillah ada gak minyak tempat Dia..tempat akak ni pun dah mula ada nampaknya...semalam g kedai ca ya nun alif..ada dah tp yg sedang2 aja..tk pe lah yg penting dah ada stok.

ckLah @xiiinam said...

Masa budak-budak dulu, selalu tolong mak buat minyak masak sendiri (tapi minyak kelapalah). Sekarang, nak cari kelapa pun satu hal.

Simpati kepada orang yang terpaksa menggunakan minyak sebagai bahan mencari rezeki. Tentu terjejas usaha mereka...

Idalara said...

ckLah
saya pun biasa juga tolong tenguk nenek buat minyak masak ni..tahi minyak buat sambal..sedapnya..tp skrg dah puluh tahun tk jumpa...ye lah..mak sy di kampung buat kueh cakoi..ntah mcmmanalah mak dpt stok minyak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...