Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Friday, January 07, 2011

Aku Bermohon Pada MU


Ya Allah, hamba memohon agar
Kau memilihkan mana yang baik menurut Engkau ya Allah.
Hamba memohon Kau berikan kepastian dengan ketentuanMu
dan hamba memohon dengan kemurahan Kau yang Maha Agung.
Kerana sesungguhnya Kau yang berkuasa
Sedang hamba tidak tahu dan Kaulah
yang amat mengetahui segala sesuatu yang tesembunyi.

Ya Allah, jika Kau mengetahui bahawa persoalan ini baik bagi hamba
dalam agama hamba dan dalam penghidupan hamba
dan baik pula akibatnya bagi hamba
maka berikanlah perkara ini kepada hamba
dan mudahkanlah ia bagi hamba
kemudian berikanlah keberkatan bagi hamba di dalamnya.

Ya Allah, jika kau tahu bahawa seseungguhnya
hal ini tidak baik bagi hamba
bagi agama hamba dan penghidupan hamba
maka jauhkanlah hal ini dari hamba
dan jauhkanlah hamba daripadanya
dan berikanlah kebaikan di mana saja hamba berada
kemudian jadikanlah hamba orang
yang rela atas anugerahMU

*******************************************************************************

Saat2 begini biasanya kita akan lebih kenal siapa kawan menangis..siapa kawan2 tertawa..kawan2 masa berduka dan kawan2 masa gembira....agak memedihkan bila kejadian yang berupa musibah bagi aku dan anak2 rupanya menjadi bahan jenaka dan tertawa...bukan simpati yang aku minta sekadar berkongsi rasa...bergurau biar bertempat dan berpada...bersenda biar kena pada cerita dan seloka....bukan mengusik tanpa mengira apa yang aku rasa...

ku kira dia dapat ku jadikan tempat bersandar bila aku kesedihan.......ku kira dia dapat menghulurkan sehelai sapu tangan buat mengesat si air mata.....ku kira dia dapat membawa aku keluar dari kegelapan....rupanya tidak...aku hanya bermimpi di siang hari....rupanya aku hanya cuba menggapai bulan yang tinggi.....yang tak mungkin terjangkau dek tanganku.


p/s andai inilah isyarat darinya....aku mengerti...selamat tinggal...ku mohon undur diri...

8 comments:

azieazah said...

IDA, saya yakin sebelum ini IDA telah diduga dgn ujian yang lebih perit dari ini, dan berjaya IDA lalui dengan jayanya. Kerana hati telah kuat, kental dan kesabaran yang tinggi.

Jadi anggaplah ujian yang terbaru itu sekadar suatu lagi ujian yang diberiNYA utk memberikan kekuatan hati yang lebih lagi.

Biarlah mereka yang tertawa, kerana mereka angkuh dgn diri sendiri, tapi rugi kerana mereka tidak berpeluang mendapat dugaan dan ujian itu...

Kakcik Seroja said...

Ida sayang...

kakcik mengerti perasaan Ida. Bersabarlah. Mungkin niatnya mahu menceriakan hati Ida dan dia tak sangka perbuatannya itu menambah pedihnya sebuah luka!

mamawana said...

Assalam Ida...

Tiada daya dan upaya melainkan kekuatan dan pertolongan dari NYA. Teguhlah hatimu. Sandarkan harapan dan airmata hanya untukNYA. Semoga terus tabah.

IMANSHAH said...

Banyak2 bersabar..kawan ketawa memang ramai, kawan untuk kita sandarkan bahunya tatkala berduka memang susah..hadapi dugaan dengan penuh kesyukuran..Allah tidak menduga hambanya apa yang dia tak mampu menanggungnya

Idalara said...

Imanshah
selalunya begitulah..sgt sukar mendapat kwn menangis..
insyallah..

Idalara said...

Waalaikumsalam Mamawana
sejuk hati membaca kata2 mwana..sungguh menenangkan..insyallah..

Idalara said...

kak cik sayang
mungkin begitu..atau mngkin dia tiada perasaan hingga bersenda begitu rupa...

Idalara said...

AZIE
betul sgt kata2 azie...jika dugaan sebesar dulu dpt ida hadapi..insyallah dugaan sekecil ini dapat ida tangani dgn mudah,

mudah2an segala dugaan ini akan memnambahkan kekuatan mental ida menghadapi hidup yg semakin mencabar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...