Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, August 30, 2009

Hari Ke Dua!!

Masih ada beribu2 butir lagi aku kena siapkan....amboi...mst ada yg kata aku masih sempat up date blog..hahaha..sbnrnya terpaksa sbb nak hilangkan rasa boring dok mengadap tepung yg membukit dan badam yg beribu2 lemon!..

Semalam cuma dapat siapkan 6 adunan..ntah mengapa semalam aku rasa kurang bersemangat dan rasa tak bermaya.....rasa nak di tinggalkan pastri yg dah diadun dan g cuci2 mata kat Seremban Parade! tapi hah! mujur imanku kuat..berjaya juga aku habiskan keja2 membuat pastri AL dan membakar serta menyimpan dan mengemas rumah sekali gus...

Buka kotak email..wah! ada email dari 'dia' walaupun antara aku dan dia tiada apa2 lagi yang boleh diharapkan, namun sebagai sahabat aku rasa gembira sgt bila 'dia' bertanya khabar..kerana hanya 'dia' yang tahu pergolakan yang sedang melanda hidupku..

Cheewahh..tetiba pulak semangat aku berkobar2 pagi ni...sungguh..email 'dia' yang padat dan ringkas itu seperti pembakar semangatku hari ini!! so...'dia' kerap2lah lontarkan kata2 semangat di kotak emailku :))

Sesudah subuh......sempat membaca Ayat Suci Quran sebaris dua, aku ingat sgt pesan mak..Solat jgn sekali2 tinggal..lebih2 lagi waktu subuh..rezeki akan masuk rumah..baca Quran supaya kita rasa tenang dan damai...betul kata mak.....kata2 mak mana yg tk betul tapi anak perempuanku je yg tk mahu dengar kataku dan kata aku tak faham dia!:(( ..

Terimakasih mak kerana kerap leterkan aku supaya tk tinggalkan solat!! aku doakan mak sentiasa sihat dan dalam rahmat Allah..eh!..abah juga..kecik hati abah nanti..

Tepat pukul 7 pagi aku mula mengadun..dan semasa jemari ini mengetuk keyboard ini......aku sudah menyiapkan 4 adunan dalam masa 4 jam..caya lah idalara!! dan masih sempat juga aku singgah ke 3,4 blog rakan2..sekadar nak hilangkan rasa mengantuk dan boring..hehehe..

Tak mustahil aku boleh siapkan lagi 8 adunan sepanjang hari ini..alhamdulillah Allah beri aku sedikit kekuatan dan kesihatan yg baik walaupun dalam kotak pikiranku tak henti2 memikirkan masalah yang melanda...

Break sebentar...sementara pastri dibakar aku nak kemas tempat tidur jap...:)) sori..tak sempat kemas tadi..tkpe kan takde sapa nak tenguk pun...:))

p/s merdeka...merdeka esuk sambutan hari kemerdekaan...sempat aku laungkan dalam hati..muga aku akan merdeka dari masalah ini dan belenggu rasa terhadap 'dia'

Saturday, August 29, 2009

Bermula di sini....terimakasih semua!!

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi serta seluruh cakrawala. Walaupun dalam keperitan dan kepayahan tempahan AL (almond london) tetap mencurah masuk...syukur padaNya kerana perjalananku dipermudahkan..urusan membeli bahan2 AL hampir selesai, dalam kegawatan begini adik yang tinggal di Bangi telah membawa semula keretanya ke sini. Memudahkan tugasku..

Anak-anak masih di kampung, tiap hari aku menghubungi mereka bertanya khabar, rindu sering menggamit hatiku pada mereka..kesepian dan kesunyiaan tanpa mereka buat aku rasa betapa berharganya mereka buatku..Alhamdulillah..aiman dan abdullah zaki seronok tinggal di kampung..tiap hari ada saja aktiviti di perpustakaan Taman perumahan ibu saudara mereka. Kerajaan sekarang lebih perihatin dengan keperluan asas di kampung juga Taman2 perumahan. Di perpustakaan ada disediakan komputer dan berbagai permainan..anak2 tak rasa boring di sana..keselamatan mereka lebih terjamin.

Semalam hampir waktu berbuka puasa aku masih di pejabat..memperoses pinjaman ahli sebanyak 100 orang..proses pinjaman itu mesti aku siapkan sebelum aku bercuti sehari dua ini..faham2lah..sebelum raya ini pinjaman mesti dikeluarkan..masih sempat membuat surat untuk 'mencairkan' simpanan tetap Koperasi sebanyak 1.5 juta untuk membayar pinjaman. Kalau aku lupa 'cairkan' matilah aku..:)) duit dalam bank tak mencukupi untuk mengeluarkan pinjaman. Mudah2an semuanya berjalan lancar.

Dalam merancang memulakan tempahan..masih sempat juga mengupdate blog..:) singgah sebentar2 di blog rakan2..namun aku mohon maaf andai tak sempat ziarah ke semua blog...waktu amat terbatas. Terimakasih pada semua teman2 yang kerap singgah samada memberi ulasan ataupun tidak..budi baik anda tetap tersimpul kemas dalam ingatan.

Insyaallah, hari ini aku akan memulakan tugasku membuat biskut AL..mudah2an aku diberi kekuatan dan kesihatan yang baik sepanjang beberapa hari ini. Bila janji telah dimeterai..kata mesti dikota..aku tak mahu janji tinggl janji melainkan aku benar2 tak mampu untuk memenuhi janji itu.

Aku tak mahu mengucapkan selamat tinggal atau menutup sementara blog, ini sesibuk manapun, insyaallah aku akan ziarah juga...,..di sini aku menghimpun kekuatan dan semangat, di sini aku bertemu sahabat yang memahami jua yang mengerti..di sini aku luahkan segala yang terbuku di hati. Di sini juga aku ingin mencari kebahagiaan yang sejati disamping mencari keredaan Ilahi untuk menuju di sana yang kekal abadi.

Selamat berjuang idalara!!

p/s terimakasih DJEpoi..atas promosi anda..terimakasih ZainalPutra..atas kata2 semangat dari anda, terimakasih semua sahabat yang tk jemu memberi kata2 semangat..terimakasih AL untuk segalanya.

Wednesday, August 26, 2009

Siapakah ZainalPutra?

Saat hati gundah gulana begini, aku masih berdaya meng up date blog..(hanya seorang yang tahu apa yang sedang aku tanggung sekarang ini..rasanya belum sampai masa aku dedahkan di sini..tunggulah..jika aku rasa ia baik untuk ku ceritakan, akan ku ceritakan, akan ku khabarkan keseluruh alam..jika kata hatiku tidak..maka akan berkubur bersama waktu) ia tiada kena mengena dgn sunyi dan sepi..tiada kena mengena dengan cinta atau apa saja berkaitan perasaan.

Balik ke kampung menyambut puasa bersama mak, abah dan adik2..aku nampak sangat gembira..tak siapa tahu apa yg sedang aku tanggung, ku simpul mati segala rahsia diri..tak mahu mak abah susah hati..namun kak ipar yang agak rapat denganku perasan perubahan pada diriku..katanya berat badanku mendadak turun.. aku tambah kurus!! gara2 apa yang sedang aku alami...:((

Sedang aku membaca komen dari sahabat2 aku terbaca satu komen dari lelaki yang menamakan dirinya ZainalPutra..tiada alamat diberi agar dapat ku ucapkan sukran!..aku sangat tertarik dan terharu membaca tulisannya yang sangat panjang dan bermakna di entri "apa sudah jadi dengan diriku"...ia sangat bermakna buatku jadi aku paparkan di sini apa yang disampaikan..tiada tujuan tersirat disebalik yang tersurat, hanya aku ingin berkongsi bersama teman2 dan renungi apa yg dikatakannya.

"Assalamualaikum..dari apa yang saya baca dari komen kawan2 ida semuanya baik2 belaka. Apa yang saya rasa ada satu komen yang cukup bernilai, mungkin dia sendiri melalui jalan ini, maksudnya jalan yang dilalui oleh ida, sebab itu nampak begitu sensitivity kearah apa yang dirasa oleh ida.

Mungkin ramai yang yang tidak dapat merasa apa yang dirasai ida, sebab itu kita lihat agak mendatar saje komen2 masing2, maksudnya seolah2 sekali lalu begitu tidak cuba menyelami isihati atau perasaan yang sedang bermain dalam jiwa ida ( aku rasa semua komen teman2 sgt bermakna dan perihatin). Oleh itu sukalah saya mengajak semua teman dan rakan di sini cuba menyelami apa yang ditanggung oleh ida.

Pada saya perasaan ingin kasih atau dikasihi merupakan perkara pokok dalam kehidupan kita, tak kiralah samada sesama makhluk atau dengan Yang Maha Pencipta iaitu Allah SWT. Sebagai insan yakni hambaNya kita sanggup melakukan apa saja, sanggup berkorban wang ringgit, jiwa raga waima nyawa sekalipun atau apa2 saja semata2 untuk mencari erti kasih sayang dariNYa iaitu allah SWT Tuhan semesta alam, kita sanggup tunduk bangkit 5 kali sehari , berlapar dahaga sebulan bukan sehari berpuasa, kita sanggup menghabiskan wang ringgit, masa, bersusah payah ke Tanah Suci, sangup berkorban nyawa semata2 mempertahankan agama dan apa saja demi mendekatkan diri kita kepadaNya.

Tapi semua itu akan menjadi sia2 begitu saja, bila apa yang kita lakukan tempat tujunya tidak jelas dan kekaburan. Maksudnya semua amal ibadah amal kebajikan yang kita lakukan tidak akan sampai kepada Al Khalid kerana kita tidak mengenaliNya secara mutlak. Oleh itu kita hendaklah mencari siapa sebenarnya Dia yang kita sebut, yang kita niat, yang kita lakukan ibadah dan kerja2 kebajikan tadi.

Hendaklah kita mengenali Dia terlebih dahulu sebelum semua amal ibadah kita dapat sampai kepadaNya, pada waktu itu barullah kita dapat rasa bagaimana kasih sayang Dia Yang Maha Agung, Yang Maha Perkasa, yang Maha Penyayang itu betul2 berada bersama dengan kita ( telah sampai kepada kita)

Begitu juga dengan masalah ida, yang mengharapkan kasih dan sayang, ingin belai dan dibelai dari seorang yang bergelar kekasih atau suami. Pokok utamanya perlulah kita mencari dulu siapa empunya, di mana, bagaimana, kemana arah tuju hidupnya dan siapa dia...setelah itu kita perolehi, perlulah kita merentas jalan kearahnya, kita bukan menjadi penanti atau penunggu di sudut ini (sudut kesepian) kerana apapun, kita kena cari dalam hidup kita, selepas itu barulah kita persembahkan segala yang tersirat kepadanya. Setelah kita mengenalinya.

Jangan lupa Saidatina Khadijah menghantar utusan untuk mendapatkan Rasulullah sebagai suaminya......yang penting beberapa perkara pokok tadi diambil kira . Insyaalalh di penghujung sana sedang tegap berdiri menanti kehadiran ida, kesepian ida selama ini akan terlerai jua akhirnya.

Pesan terakhir..sesudah kita miliki apa yang ada pada kita, jangan kita harapkan yang akan datang itu lebih baik dari yang sudah sedia kita miliki ini, jagailah bajailah, pupuklah ia sebaik mungkin, Semuga bahagia dan kekal hingga akhir masa kita, Itulah doa saya..amiiin ya Rabbal aalamin."

Berulang kali aku membacanya...kata hati dari seorang insan yang tidak aku kenali..namun dia seolah telah lama mengenali diri ini..terimakasih atas sikap perihatin..memahami dan mengerti.

Tapi siapakah yang akan menanti aku di sini...

mencari dan mengenali diri ini
menyelami dan memahami sekeping hati
menemani malamku yang sepi.
mengucup dahiku saat aku diulit mimpi..
mengesat airmata yang jatuh dipipi

menjadi bahu tempat aku bersandar
menjadi telingaku saat aku tidak dapat mendengar
menjadi mataku saat pandanganku semakin kabur
menjadi tanganku saat tak terdaya menggapai
menjadi tongkatku saat kakiku semakin longlai

Siapakah dia yang akan menjadi imamku
memimpin diriku jauh dari jalan berliku
bersama di dunia yang fana
dan akhirat yang kekal abadi

aku masih menanti dan terus mencari..

Tuesday, August 25, 2009

Tips2 Kesihatan Di Bulan Ramadhan

Ya Rabbi..
Andai Ramadhan ini
adalah yang terakhir buatku
terimalah ibadahku
terimalah amalanku
terimalah aku
sebagai hambamu.
Ya Rahman..
Andai Ramadhan ini
Adalah yang terakhir buatku
ampunilah aku
terimalah taubatku
masukkan aku dalam
gulungan umat KekasihMu
Ya Rahim..
Aku mohon padamu
muga bertemu lagi Ramadhan
yang akan datang..
muga Ramadhan ini
bukan yang terakhir buatku.

Bulan Ramadhan ialah bulan Ibadah yang penuh keberkatan, Selain menunaikan ibadah kepada Allah swt, melalui puasa individu mendapat kekuatan spritual dan belajar mengawal tuntutan hawa nafsu. Ramadhan mendidik kita supaya bersabar dan lebih berdidiplin terutama bila berhadapan dengan pelbagai menu yang pasti menaikkan nafsu makan lebih daripada hari biasa walaupun ketika berpuasa.

Secara umumnya, puasa yang kurang berkesan berpunca daripada tabiat pemakanan atau gaya hidup tidak sihat, makan secara berlebihan, berulang-ulang makan sepanjang malam, makan makanan kurang berkhasiat, kurang minum air, tidur ketika kenyang adalah beberapa tabiat tidak sihat dan sama sekali perlu dielakkan agar manafaat puasa dapat dicapai.

Perkara yang harus dilakukan:

1. Makan sahur untuk mengelakkan hypoglycemia atau kandungan gula rendah yang boleh menyebabkan kelesuan.

2. Makan makanan yang yang lambat dihadam terutamanya sewaktu sahur. Ia mampu bertahan sehingga 8 jam. Kabohidrat kompleks seperti oats, kurma, sayuran dan nasi adalah makanan yang lambat dihadam serta mengandungi banyak fiber.

3. Minum banyak air kosong untuk mengelakkan sukar buang air besar dan penyahhidratan.

4. Makan makanan yang banyak mengandungi gizi seimbang.

5. mengambil supplement kesihatan yang halal untuk lebih sokongan kepada sistem badan.

Perkara yang harus dielakkan:

1. Elakkan makan secara berlebihan terutamanya ketika berbuka dan sahur. Ia akan menyebabkan anda merasa malas dan letih.

2. Elakakn mengambil makanan yang cepat dihadam, ia hanya mampu bertahan sehingga 3 atau 4 jam sahaja dan boleh menyebabkan gastrik. Makanan yang cepat hadam ialah yang mengandungi kabohidrat ringan seperti gula, roti putih dan sebagainya.

3. Elakkan mengambil makanan yang digoreng dan berlemak. Ia menyebabkan ketidakhadaman dan sakit perut dan penambahan berta badan.

4. Elakkan minum air teh secara berlebihan kerana ia mengandungi theophyline yang menyebabkan kita kerap membuang air.

Sebenarnya banyak tips2 yang baik untuk mengekalkan anda tetap segar dan bertenaga semasa berpuasa. Mudah2an tips2 di atas sedikit sebanyak dapat membantu kita menjaga pemakanan agar kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Friday, August 21, 2009

Tanda Hati Dari Sahabat

Alhamdulillah, esuk semua umat Islam akan menjalani ibadah puasa dan kita masih berpeluang menjalani ibadah ini sekali lagi...melakukan solat tarawih serta meningkatkan amalan2 yang dituntut di Bulan Ramadhan yang mulia ini..mudah2an semua amalan kita diterima Allah swt. Insyaallah.

Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini idalara ingin merakamkan ribuan terimakasih seluas alam semesta kepada 3 orang sahabat blogger yang dengan murah hati telah menghadiahkan idalara tanda hati yang sangat cantik dan bermakna ini buat idalara. Maaf kerana baru saat ini idalara sempat merakamkan ucapan terimakasih atas penghargaan ini.



Tanda hati yang cute dari sahabat idalara bernama u-neey...sila lawati blog ini : www.u-neey.blogspot.com seorang ibu muda cun yang baru berusia 28 tahun, memiliki sepasang cahaya mata comel dan suami yang handsome..:) idalara baru sangat mengenali u-neey, jadi tidak banyak yang idalara tahu mengenai beliau..terimakasih u-neey kerana tanda hati yg cute ini..terimakasih kerana sudi menjadi sahabat kak ida muga2 persahabatan kita akan berkekalan hingga akhir nanti.

Tanda hati yang cantik ini pula dihadiahkan oleh miss biru, seorang wanita anggun berasal dari Terengganu (idalara suka ke Terengganu!) baru juga mengenali biru..jika ingin mengenali biru silalah ke blog beliau www.bluevirgolady.blogspot.com, atau jika ingin lebih mengenali wanita manis yg masih single ini silalah baca entry yang dihasilkan oleh sahabat idalara anaklaut, ianya sangat terperinci dan lebih tepat. Biru yang idalara kenali ialah seorang yang pandai berpuisi..kata2nya penuh motivasi dan memberi kesan di hati idalara. Idalara sangat bebesar hati mengenali biru yang sudi menjadi sahabat idalara di alam maya ini..muga2 kita akan terus bersahabat dan idalara berharap biru atau siapa saja tidak memandang pangkat, darjat atau status untuk menjadi sahabat idalara..kerana idalara sedar..di sini ida hanyalah seorang insan kerdil yang tidak punyai kedudukan dan pelajaran yang tinggi berbanding teman2 blogger lain yang rata2 terpelajar... terimakasih biru..kerana sudi menjadi sahabt idalara..muga satu masa nanti kita dapat bertemu.

Tanda hati yang melambangkan dua hati bercantum menjadi satu ini adalah pemberian dari sahabat idalara anaklaut, anaklaut adalah seorang sahabat yang paling kerap singgah di blog idalara dan paling rajin memberi ulasan. Berasal dari Kelantan tetapi mencurah baktinya di sebuah sekolah di Seremban. Seorang guru yang tabah menghadapi berbagai dugaan dan rintangan, pernah dilempar dengan surat layang dan fitnah, namun tidak pernah mematahkan semangatnya untuk menaikkan taraf pendidikan anak2 didiknya di samping sedang berusaha memperbaiki taraf hidupnya dengan menyambung pelajarannya di sebuah universiti, baru2 ini anaklaut telah menerima anugerah dekan kerana keputusan yang sangat cemerlang dan mendapat tempat pertama di antara beratus student. Hebat! itu yg mampu idalara katakan kerana disamping mengajar dan belajar anaklaut juga akitf berblogging..sangat pandai berpuisi dan kerap menghasilkan kisah2 sejarah tanahair..masih sempat menziarahi blog teman2 dan memberi ulasan walaupun terlalu sibuk dengan berbagai aktiviti. Jika ingin mengenali beliau silalah ke blog beliau www.anaklaut.blogspot.com. Terimakasih kepada anaklaut kerana sudi memberi idalara tandahati yg sangat bermakna ini dan terimakasih kerana sudi menjadi sahabat idalara di alam maya ini. Muga anaklaut akan temui seseorang yang berjaya membahagiakan dia dan berbahagia di dunia dan akhirat.
Kepada ke tiga2 sahabat idalara ini, idalara ucapkan jutaan terimakasih kerana pemberian yang sangat bermakna ini. Kepada semua sahabat2 yang sudi singgah di sini dan memberi pandangan serta kata2 semangat kepada idalara, idalara ucapkan jutaan terimakasih..hanya Allah saja yang membalas segala keikhlasan kamu.
Muga2 persahabatan kita di alam maya ini tetap berkekalan walaupun mungkin kita tak berpeluang bertemu di dunia ini.

Thursday, August 20, 2009

Mencari tempat mengadu.......

Seringkali dalam hidup ini kita diuji dengan bermacam-macam cubaan dan dugaan. Jatuh bangun seseorang sepanjang melayari kehidupan bukanlah sesuatu yang luar biasa. Setiap kali jatuh, kita berusaha untuk bangkit kembali. Kita belajar daripada pengalaman dan mengambil iktibar melalui kejadian yang berlaku. Semuanya memberi pengajaran dan mendewasakan kita.

Kadang2 bila ditimpa masalah kita jadi buntu mencari jalan keluar, dada sesak mengenangkan masalah yang melanda, fikiran tidak menentu, sukar membuat keputusan atau memilih keputusan atau memilih mana yang terbaik antara yang terbaik.

Bukan tidak biasa berdepan dengan masalah, tapi ada masanya kita ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapa, jadi kepada siapa kita harus mengadu? pada siapa harus meluahkan isi hati yang terbuku..adakah seseorang yang mahu mendengar masalah kita?

ALLAH tempat mengadu.

Tiada yang lebih baik daripada mengadu kepada Allah swt, luahkan isihati dan berdoalah kepadaNya, berbicaralah dengan bahasa yang lembut, suara yang rendah, berasakan diri amat kerdil dan lemah di sisiNya, berdoalah, lalu berserah padaNya, Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui segala sesuatu yang berlaku kepada setiap makhluknya.

Barangkali selama ini kita lalai padaNya, kita jauh daripadaNya, maka dengan itu Dia datangkan ujian pada kita, dia menyedarkan kita, lalu kita pun tersentak, rasa terpukul tatkala menyedari selama ini kita tidak pernah mengadu paadNya. Bersolat, berzikir dan berdoa ialah jalan untuk kita berbicara dan mengadu pada Allah, banyakkan solat sunat seperti solat sunat tahajud dan solat hajat disamping solat taubat. Insyaallah Allah akan mendengar rintihan dan doa kita hambaNya. Bukankah kekuatan umat Islam ialah dengan doa?

Sahabat karib

Kata orang, kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar ditemui, namun ada juga orang yang bertuah kerana dapat memiliki sahabat yang dapat sama-sama berkongsi sudah dan senang, tawa dan tangis, dia sentiasa ada di sisi kita pada saat2 kiat sangat memerlukannya, Dia sedia mendengar dan menyandarkan bahu untuk kita luahkan masalah yang mencengkam jiwa.

Sahabat yang baik tidak berkira baik dari segimasa, tenaga, wang ringgit, malah perasaan. Dia sanggup berkorban demisahabatnya..sahabat abeginilah baik untuk anda mengadu.

Anggota keluarga

Orang yang paling hampir dengan kita tentulah anggota keluarga seperti suami, isteri, anak2, ibubapa dan adik beradik, namun dalam kumpulan ini kita lebih cenderung kepada salah seorang daripada mereka. Jika menghadapi masaalah kewangan atau rumahtangga, ahli keluarga tidak seharusnya diketepikan, Nasihat dan pandangan mereka wajar diambil, mereka boleh menegur atau memberi pendapat.

Teman sekerja

Bagi mereka yang bekerja, bukanlah mustahil sahabat karib juga terdiri daripada teman sekerja kerana mereka bersama kita dalam tempuh yang lama. Sering berlaku kita berkongsi cerita dan maaalah dengan teman sekerja. Sebaik-baiknya carilah teman sekerja yang jujur dn tidak bermuka-muka.

Carilah tempat mengadu yang betul, jika tersilap, padahnya akan kita tanggung sendiri, namun sebagai insan yang dikurniakan akal fikiran, pilihan terletak ditangan kita, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan,,lambat atau cepat hanya Allah yang menentukan.
seorang sahabat yang sejati mempunyai intuisi atau kesedaran oleh gerak hati sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak baik pada sahabatnya, dia bagai dapat merasai ada yang tidak kena menimpa teman baiknya, biarpun dia berada jauh dari kita, gerak hatinya dapat merasakan.

p/s sahabat yang sejati mempunyai intuisi atau kesedaran oleh gerak hati sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak baik pada sahabatnya, Dia bagai dapat merasai ada yang tidak kena sedang menimpa teman baiknya, biarpun dia berada jauh dari kita, gerak hatinya dapat merasakan.

sumber : majalah midi

Wednesday, August 19, 2009

Puasa

Assalamualaikum..tiga hari lagi seluruh umat Islam di dunia akan menyambut Bulan Ramadhan yang mulia..tak sabar dan teruja menanti Bulan yang penuh rahmat dan penuh berkat ini..bak kata Bro Radhi Rahman..bulan ini juga adalah bulan bertemu jodoh..kalau nak tahu benar tak kata2 Bro Cinta itu, silalah lawati ke blog beliau yang ada di list blog idalara...banyak info menarik tentang Ramadhan dari Bro cinta itu:))

Selain puasa wajib dalam bulan Ramadhan, terdapat puasa-puasa sunat, bagi puasa sunat pula, antara hari-hari yang digalakkan untuk mengerjakannya termasuk:

1. Puasa selama enam hari pada bulan Syawal
2. Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah
3. Puasa pada hari Asyura iaitu pada 10 Muharram
4. Puasa pada hari Isnin dan Khamis

Selain itu terdapat juga hari-hari yang diharamkan menunaikan puasa iaitu:

1. Puasa pada hari Syak iaitu oada 30 Syaaban
2. Puasa pada 1 hari Raya Aidil Fitri iaitu 1 Syawal
3. Puasa pada Hari Raya Aidil adha iaitu 10 zulhijjah
4. Puasa pada hari Tasyriq iaitu pada 11, 13 dam 13 Zulhijjah
5. Puasa bagi perempuan yang sedang haid dan nifas
6. Puasa sunat bagi seorang perempuan tanpa mendapat kebenaran suaminya
7. puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudarat ke atas dirinya sekiranya mengerjakan ibadat puasa
8. Puasa untuk orang yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah swt

Mudah-mudahan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna di samping mengelakkan perkara2 dan perbuatan yanag mengurangkan pahala puasa. Mudah2an puasa mengajar kita menjadi insan yang lebih mulia dan sentiasa sabar dengan segala ujuan Allah..muga puasa ini juga menjadikan kita lebih berjimat cermat dan lebih bersyukur kerana masih mampu menjalani ibadah puasa dengan tenang dan damai.


p/s muga aku diberi kekuatan dan kesihatan di bulan yang mulai ini..agar iabadah ku sempurna dan tempahan Almpnd London dapat ku laksanakan segera! :))

Tuesday, August 18, 2009

Apa Kena Dengan Diriku?




Aku sendiri tak tahu apa yang melanda diriku, seolah telah hilang rasa, hilang semangat dan hilang mood untuk hidup...oopps..tidak!!..bukan hilang mood untuk hidup :)) kalau hilang mood untuk hidup, apa akan jadi pada anak2ku?....Sebenarnya hilang mood untuk terus menulis di sini..ntahlah..semenjak dua menjak ini aku rasa telah kehilangan seri hidupku..,aku rasa tiada teman setia yang sudi menyapaku di sini.. maafkan aku teman..sebenarnya hanya perasaanku begitu..ramai yang masih sudi menjadi sahabatku di sini..:))

Sebenarnya aku terlalu penat..aku terlalu letih..hidupku hanya untuk anak-anak, kerja dan kerja.....mungkin kerana aku sudah lama tidak dipeluk oleh seorang kekasih@ suami..hahahaha...aku masih waras jika mahu dipeluk oleh seorang kekasih....(menurut Anaklaut itu adalah terapi untuk awet muda dan terapi minda juga barangkali) kebarangkalian itulah menyebabkan aku terlalu letih, penat dan hilang semangat..sorilah..aku tersasar..agaknya kekurangan kasih sayang dari sesorang (melainkan anak2) juga buat kita jadi begini..:)) betul ke?

Sehari dua ini aku di serang migrain lagi..terlalu banyak benda yanag berlumba-lumba masuk dalam kotak fikiran maka otak ku tak dapat menerima, maka ia jadi sakit..nak jumpa doktor?..ah..ramainya orang sakit dalam klinik buat aku tambah sakit.. aku hanya berdoa muga kesihatan ku pulih sebelum Ramadhan menjelma..aku mesti sihat..list tempahan AL @ almond london sudah berderet..dalam migrain pun tadi aku sempat ke Bangi membeli bahan2 AL..esuk 2 botol harus aku siapkan untuk seorang wanita mengandung..nak makan sebelum terbersalin..:))

Penat...sampai di Nilai hujan menggila turun..seolah tak benarkan aku balik..Alhamdulillah, berkat doa anak2 hujan reda dan sku selamat sampai ke rumah waktu maghrib.

Mungkin juga aku rasa sudah lama tidak memeluk mak dan abah..(sebulan ada rasanya aku tk balik jenguk mak abah)..tak pe..22Ogos ni bersamaan 1 Ramadhan aku akan pulang ke kampung..tak kisahlah penat2 naik train naik bas..semangat nak berpuasa dengan mak dan abah berkobar2 rasanya..hanya waktu itu yang dapat aku luangkan buat mak abah..selepas ini aku mula sibuk dengan tempahan Almond London, dan jika diizinkan Hari Raya barulah aku pulang lagi..mak abah..tnggu kepulangan anakmu..:))

Mungkin sekembalinya aku dari kampung semangatku akan pulih semula..maafkan aku teman..kadang2 aku tak dapat lari dari merasa kehilangan semangat..aku tahu kamu semua masih di sini memberiku kata2 semangat agar terus tabah dan kuat..insyaallah..aku akan kuat..aku hanya berdoa muga aku diberi kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan ini... dan dapat menyempurnakan tempahan almond londonku..



p/s Buat Ieyra..terima kasih kerana tak putus2 menghantar SMS buat auntie..ieyra buat auntie terhibur dan ceria..insyaallah satu masa nanti kita pasti bertemu.

Thursday, August 13, 2009

Bahagia Dalam Meniti Usia

Aku rasa inilah post paling romantik yang sempat aku rakamkan semasa Hari Raya Aidil Fiti tahun lepas antara emak dan abah.. Perkongsian hidup yang sudah menjangkau usia 55 tahun, setengah abad..bukan sedikit onak ranjau dan duri mak dan abah tempuhi, susah senang, jatuh bangun tetap bersama. Membesarkan anak-anak seramai 9 orang bukan perkara yang mudah waktu mak dan abah muda-muda dulu. Kalau dikenang kembali betapa susahnya hidup saat itu dan betapa bersyukurnya aku kerana masih mempunyai ibu dan bapa lagi.

Mak..bagi aku adalah ibu,nenek,mertua dan sahabat yang terbaik..tiada duanya dalam dunia ini. Dilahirkan pada 28 Disember 1938, tahun ini mak akan berusia 71 tahun, Alhamdulillah mak masih mampu membuat katering untuk majlis kenduri kendara..dan malam esuk (14 Ogos) mak akan ke Kelantan kerana membeli barang-barang untuk perniagaannya. Disamping mengambil tempahan masak untuk majlis kenduri kendara atau jamuan, mak ligat berniaga kain baju dan barang keperluan rumah.

Mak seorang yang sangat peramah, sangat kuat beribadat dan sangat murah hati dan sering berlebih kurang, kata mak kalau kita bersedekah..kat atas dunia lagi Allah dah bagi tunai, rezeki kita tambah murah... Itu sebab mak suka bersedekah walaupun mak bukanlah mewah sangat...sesiapapun yang pertama kali mengenali mak akan cepat mesra dan terpikat dengan keramahan mak.

Masa muda mak sangat susah...abah pernah tinggalkan mak bersama anak2 yang masih kecil kerana berlayar kapal, kehabisan beras dan tiada bahan untuk dimasak adalah rutin dalam hidup kami sekeluarga waktu itu, sebagai anak perempuan yang sulung. akulah yang kerap jadi orang suruhan mak meminjam beras dari ibu saudara mak yang agak mewah masa itu. Atas pertolongan seorang kawan, mak mula berniaga dari rumah ke rumah, mak mendapat komisyen dari hasil jualan kain2 tersebut. Dari situlah mak memulakan perniagaan hinggalah sekarang.

Abah pula dilahirkan pada 29 November 1931, tahun ini abah akan berusia 78 tahun, macammana mak, abah juga begitu..Alhamdulillah masih sihat dan masih mampu membantu mak mengendalikan jamuan untuk kenduri kendara. diusia muda abah agak pendiam...agak garang dan disegani anak2...namun kini abah lebih bersikap terbuka dan sudah mula pandai bergurau senda dengan anak-anak..sebenarnya sikap abah banyak berubah setelah abah pulih dari kemalangan jalanraya 2 tahun lepas..bila lihat anak2 tak putus2 menjaga dan memberi sokongan moral pada abah. Abah bukan tak sayang pada kami tapi abah tak pandai untuk menunjukakn kasihsayangnya.

Alhamdulillah dalam diam tak diam sudah 2 kali abah dan mak mengerjakan fardhu Haji dan sudah 5 kali menunaikan Umrah..sesuatu yang tak pernah mak dan abah mimpikan masa muda dahulu..semuanya berkat usaha dan kesabaran mereka berdua.

Aku rasa sikapku banyak aku warisi dari mak..kegigihan, ketabahan dan kekuatan mak banyak mengalir dalam tubuhku...jika tidak aku tak mungkin sekuat dan setabah ini...hanya aku tak mampu mempertahankan rumahtanggaku sebagaimana mak dan abah lakukan...

Aku sentiasa mahukan yang terbaik buat mak dan abah...sekumanpun jika boleh aku tak mahu menyakitkan hati mak dan abah..aku tak dapat menjanjikan kemewahan buat mereka, aku hanya ada doa buat mak dan abah, aku hanya ada kasih sayangku buat mereka, sesekali bila pulang menemui mereka aku menyelitkan sedikit wang di tangan mak dan abah..mak mesti tanya..

" ada duit ke?..tak payah lah bagi..mak ada" aku kata kat mak.."mak..kalau Dah beri mak lebih berkat,lebih murah rezeki anak mak ni..mak takyah lah bimbang..insyaallah Allah akan beri rezeki pada anak dan cucu2 mak ni"

Itulah mak dan abah ku..aku lihat kasih sayang mereka makin kukuh..kemana2 pergi mesti berdua umpama merpati dua sejoli..aku berdoa muga2 satu hari nanti aku juga dikurniakan seperti itu..berdua hingga akhir hayat..

Doa buat mak dan abah muga mereka akan kekal bersama di dunia dan akhirat...dalam kebahagiaan dan kesihatan yang diizinkan Allah...muga rezeki mereka bertambah dan dapat ke Mekah lagi!

p/s Meminjam kata2 Allahyarham Yasmin Ahamad: "work hard. doa n be nice to your parents"
itulah rahsia kebahagiaan dan kejayaan"

p/s kata Dr Dato Fadilah Kamsah..pelaris paling mujarab untuk cari rezeki ialah doa buat ibubapa..so jangan sekali2 tinggalkan solat kerana kita akan tinggalkan doa buat ibubapa.

Monday, August 10, 2009

My Friends

It's amazing when strangers become friends
but it's sad when friends become strangers
I never want to lose you as a friends
I met u as a stranger
Now i have u as a friends
I hope we meet in our next walk
of life where friendship never ends
I
May not be the most important
person in your life
I just hope that when you hear my name
You smile and say
That's my friend!
p/s sahabat..masa dalam kesedihan dan kepayahan baru kita kenal siapa sahabat yang sebenar.
kadang2 ada teman yang mengaku sahabat dunia dan akhirat, namun sanggup menikam dari belakang..Ya Allah muga2 aku buka sahabat dari kalangan yang begitu.

Sunday, August 09, 2009

3 Elemen Cipta Kejayaan


Percaya atau tidak kita kaum wanita mampu mencapai kejayaan dengan mengaplikasikan tiga perinsip yang sediada dalam diri iaitu persepsi, pengaruh dan kuasa. Tapi ingat setiap satu mempunyai risiko dan halangan tertentu!

1. Persepsi
Penampilan diri mempengaruhi persepsi orang lain terhadap kita, jadi berusahalah menjaga penampilan agar kita dipandang positif

Tips:

Mulakan dengan pakaian, tak mengapa melabur sedikit untuk memastikan anda tampil bergaya.

Bijak suaipadan pakaian dari segi potongan dan dan warna untuk apa juga majlis.

Kekalkan eye contact jika sedang berinteraksi, sifat ramah anda mampu jadi penarik.
Berikan senyuman sebanyak mungkin, ikhlas dari hati.

Jika bercakap pastikan ia jelas, bernas dan teratur.

Jika tak mahu berjabat tangan cukup sekadar tundukkan kepala tanda hurmat.


11. Pengaruh

Daya pujuk yang baik mampu menguatkan lagi pengaruh anda, jadi bagaimanakah caranya?

Tahu siapa sasaran anda.

Yakin kepada diri sendiri sebelum menyakinkan orang lain.

Elakkan sebarang keraguan ketika anda menjelaskan sesuatu kepada orang lain.

Ungkapkan perkara-perkara yang positif.

Kaitkan idea dengan keperluan - misalnya mengaitkan makanan kesihatan yang anda jual dengan keperluan zat makanan, keselamatan makanan yang diambil dan sebagainya.


111. Kuasa

Apabila anda punya pengaruh, bagaimana pula untuk mengekalkan autiriti yang ada, namun awas..jangan pula gila kuasa!

Jadikan pengalaman lepas sebagai pengajaran.

Tunjukan kuasa anda secara berhemah agar orang lain boleh bekerjasama baik dengan anda.

Laksanakan tugas sebaik mungkin untuk diri anda dan orang lain.

Bijak mengawal emosi terutamanya bila berdepan dengan perasaan sedih, marah, kecewa dan sebagainya.

Jangan sesekali salah guna kuasa kerana ia boleh menjejaskan kepercayaan orang lain terhadap anda.


Tip Penting Memotivasikan Diri


* Keinginan seseorang akan hanya dicapai sekiranya ada tenaga motivsi dalam diri sendiri.

* Kejayaan seseorang bergantung kepada kesedaran pentingnya memotivasikan diri sendiri.

* Mengabaikan tenaga motivasi diri sendiri membawa seseorang menuju kegagalan.

* memotivasikan diri sendiri sebelum memotivasikan diri orang lain.


p/s kegagalan dan kekecewaan semalam bukan bererti kita akan terus gagal..kita akan terus kecewa..
berjaya dan bahagia sebenarnya terletak ditangan kita.

Friday, August 07, 2009

Nak Dengar Kata Siapa?

Bila baca paper..kerajaan suruh segera pegi hospital bila demam atau ada tanda2 macam penyakit yang sedang menular sekarang menyerang kita. Hospital yang disebut hanya 3 saja iaitu HUKM, Hospital Selayang dan HKL.

Semalam anak seorang teman pejabat demam, budak usia 4 tahun..lemah longlai tak bermaya dan sangat panas..ibunya bawa ke klinik swasta..namun doktor syorkan supaya bawa segera ke HUKM di Cheras..sudahlah pergi tanpa suami, parking punyalah jauh dan terpaksa memanjat tangga yang agak tinggi sambil mendukung anak berusia 4 tahun...bila masuk dalam hospital, terpinga2 mencari tempat pendaftaran..bertanya pada staff HUKM dimana nak buat pemeriksaan penyakit tu..namun masing2 kata..kat situ KOT, kat sini KOT..alamak..kitaorang pun tak tahu..(mcmne pekerja hospital tak tahu)

Akhirnya dengan inisiatif sendiri kawan aku tadi pergilah ke bahagian kecemasan..mak oi..memanglah ramai..tkpe lah..demi anak yang asyik merengek dan masih kuat panasnya..tapi yang teramat malangnya bila beliau bertanya kepada seorg staff di situ untuk dapatkan rawatan, apa yang dijawabnya:

"Siapa yang pandai2 suruh datang sini? baru demam malam tadi dah sibuk datang hospital, kat sini pemeriksaan sama macam kat klinik swasta, kalau dah masuk wad baru kita periksa betul2, ha! kalau nak tunggu jugak tunggulah!"

Mungkin terkejut atau terpana dengan jawapan yang diberi kawan aku tadi tak menjawab apa-apa, tak tahu lah aku kalau suami kawanku ada bersama..mahu kena sebijik staff yg tak sayang mulut itu..memang kita faham awak tu penat melayan kerenah ramai pesakit, tapi sekurang2nya janganlah dikeluarkan kata2 yang agak mengecewakan.

Akhirnya kawan aku balik dengan hampa..rasanya kalau aku yang kena masa tu mungkin harini staff tersebut dah diambil tindakan..aku akan perjuangkan hakku jika diperlakukan begitu..patutlah bertambah ramai yang meninggal akibat H1N1 ini..bila dah nazak baru nak ditahan di wad dan diperiksa..apa gunanya, dah terlambat..

Sekarang ini tak tahu cakap siapa yang kita mahu dengar..kata kerajaan segera ke hospital bila demam, kata staff hospital pula, siapa yang suruh datang hospital?..pening memikirkannya!!

p/s mungkin zaman dah nak berakhir..bermacam2 penyakit ganjil diturunkan untuk jadi peringatan pada kita..mudah2an kita dilindungi.

Thursday, August 06, 2009

Aku dan Kediamanku

Inilah suasana yang diambil dari kediamanku..bila sahabat tanya, tinggal di mana? taman apa?..taman..ye..betul..Taman Seroja BBST..tapi rumah jenis apa sukar nak aku beri penjelasan, kadang2 malu gak nak terangkan rumah jenis apa yang aku duduk.....sebenarnya aku menetap bersebelahan pejabat....aku tinggal di bangunan pejabat...semasa krisis dengan bekas suami dulu, aku ambil keputusan pindah di sini....mula2 sekali yang aku fikirkan.... suatu masa nanti keretaku pasti ditarik oleh finance..kalau aku tinggal jauh dari pejabat tentu menyukarkan aku ke tempat kerja dan anak-anak pasti susah bila balik dari sekolah...jadi, atas cadangan teman-teman pejabat aku memohon menyewa di sebelah pejabat yang terbiar kosong, Alhamdulillah permohonanku diterima...dan Alhamdulillah Allah beri aku keberanian, pernah berlaku semasa Hari raya tahun lepas dalam satu bangunan yang mempunyai 24 premis, hanya aku tinggal seorang diri..(anak-anak di kampung waktu itu)..berani ke tak tu...?

Di sini semua kemudahan asas ada..klinik di bawah rumahku saja, mini market, kedai buku..kedai serbanika, pasar tani, pasar malam, butik, spa dan beauty saloon dan yang paling banyak kedai makan...klinik paling penting sebab anak-anak sering sakit..jadi aku tak risau sangat bila klinik hanya di bawah rumahku saja...
Di hadapan tempat tinggalku ada 4 kedai makan, makanan ala kampung, seafood, western dan mamak..kalau rasa penat atau nak ubah selera aku just berjalan dengan anak-anak ke kedai makan..anak-anak paling suka..seronok bila aku kata.."jom..malam ni ibu belanja makan kat luar" Aiman mesti tanya.."ibu ada duit ke"..Dia tanya macamtu, sebab aku sering beritahu anak-anak..bila ibu ada duit lebih baru kita makan sedap-sedap..

Bila malam pula kat sinilah aku sering lepak dengan anak-anak..tapi aku lebih kerap lepak dengan sahabatku Mimey..kat sinilah aku dan Mimiey 'ngeteh' dan bercerita apa saja kisah, kisah sedih, suka., bahagia dan segala masaalah yang kami hadapi, segalanya kami kongsi bersama.....tergelak aku bila cik Amy Sensei bertanya..kak ida 'ngeteh' tu apa?..hah! kalau Amy nak tahu mehlah join kak ida...kak ida pun tak tahu dari mana datangnya perkataan 'ngeteh' tu..sebenarnya ngeteh tu minum teh...:))

Ni lah menu yang anak-anak paling suka..satay dan char kue tiau,...memang sedap..kalau ada sahabat aku yang datang kat sini pasti aku jamu satay...silalah sesiapa yang nak merasa satay dan juadah kat sini..aku pasti belanja!

Hingga sekarang dan mungkin hingga aku bersara dari pekerjaan aku akan terus menetap di sini.., anak-anak nampaknya suka dan selesa tinggal di sini..apa tidaknya...kedai banyak..nak ke surau pun tak jauh sangat.
Andainya aku berkahwin lagi..aku terpaksa berpindah kerana pihak pengurusan Pejabat mengenakan syarat..jika aku bersuami lagi aku terpaksa berpindah ke tempat lain...tapi rasa-rasanya aku akan terus menetap di sini...akan berkahwin lagi kah aku?..tiada jawapan untuk soalan itu...hanya takdir yang menentukan segalanya.
Sekarang aku lebih tenang dan lebih kuat..aku tidak akan menoleh lagi ke belakang, bersedih dan bermurung..tidak, itu bukan aku sebenarnya....dalam hatiku sekarang hanya memikirkan bagaimana untuk membesarkan anak-anak, mencari rezeki untuk menambah pendapatanku menyara anak-anak dan memberi mereka yang terbaik, menjadikan mereka yang terbaik dan berharap mereka jadi yang terbaik..kerana aku hanya ada mereka.
Mudah-mudah dengan izin Allah aku berjaya mencapai cita-citaku..Amin.
p/s pengalaman semalam akan mengajar kita agar lebih tabah dan kuat hadapi segalanya.

Wednesday, August 05, 2009

Bertemu Kembali

Assalamualaikum semua sahabat..lamanya aku tidak ke sini..ada sesuatu yang tidak mengizinkan aku ke sini..sesuatu ynag hanya aku yang tahu..dan terimakasih yang tidak terhingga kerana singgah walaupun aku tiada..aku tahu..dunia blog tetap meriah tanpa IDALARA di sini..

Ada seorang sahabat bertanya..kemanakah aku menghilang..ada juga yang menghubungiku bertanya khabar kerana sudah agak lama tidak muncul di blog....aku ingin melarikan diri dari seseorang atau aku mahu menghindarkan diri dari sesiapa? Soalan bonus tu..

entahlah..hatiku menangis bila melihat kemesraan 'dia' bersama seseorang..seperti yang pernah aku katakan pada 'as'..,mungkinkah dia kini sedang bahagia dengan seseorang... sedar atau tidak ketiadaan aku ini..entahlah.

Terlalu sukar untuk bercerita, terlalu payah untuk berkata-kata..cuba untuk menghindarinya, cuba untuk melupakan, cuba untuk menjauhkan, namun segalanya terlalu payah..mengapa aku diuji dengan begini rupa..aku tidak pernah menyalahkan dia...dia berhak untuk menetukan jalan hidupnya sendiri..siapa yang dia pilih itu adalah hak dia.

Berkata memang mudah, yang mengalami yang menghadapinya adalah aku....aku sudah puas berdoa..aku sudah puas merayu pada Allah supaya dia dapat aku lupakan..namun aku tak berdaya juga..Allah tetap mengujiku dengan mengingati dan merindui 'dia'..bagaimana mahu melupakan jika setiap ruang ingatan ini ada dia, di setiap sudut hatiku ada dia..

Orang kata adalah lebih baik aku berterus terang..sudah ku lakukan, biar jawapannya sakit dan melukakan, itu lebih baik dari aku menunggu tanpa kata...namun hingga saat ini..aku terbiar tanpa jawapan..tanpa kata-kata..malah aku lebih sakit melihat kemesraan itu..

Bila perkara ini berlaku aku macam lumpuh, aku seakan sakit..seolah2 yang memandu dan menentukan hidupku adalah dia, semacam aku sudah lupa aku ada Tuhan iaitu Allah yang akan beri aku petunjuk dan akan melegakan hatiku dari sengsara ini.

Bukankah lebih baik kalau aku menangis, berdoa dan memohon supaya Allah mengampunkan kesalahanku..bukankah allah itu pelindungku, yang menyelamatkan aku..aku kena yakin dan percaya 'dia' bukan untukku. Aku kena letakkan Allah yang pertama di hatiku,bukan dia atau sesiapa saja.

Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban..aku akan membaca Surah Yasin dan berdoa lagi muga Allah memberi aku ketenangan, dapat melupakan dia dan aku ingin doakan dia bahagia walau dengan siapapun pilihan dia. Muga Allah perkenankan doa-doa hambaNya yang kerdil ini.

p/s seseorg yang istimewa bukan selalu depan mata tapi di hati dan didalam setiap doanya.

p/s maafkan aku...kataku tak ingin berlara lagi namun..sebagai insan biasa aku tak mampu..

Saturday, August 01, 2009

Teman Nabi Musa Di Syurga


Membaca kisah ini hatiku terpanggil untuk berkongsi bersama teman-teman, juga rindu pada bonda tambah kuat..seakan menggamit aku pulang..namun apakan daya..waktu amat terbatas...dan bonda juga menjadikan aku seorang yang kuat dan tabah..bonda adalah sebaik-baik contoh ibu..sebaik mertua dan sebaik nenda...tiada duanya di dunia ini..aku sangat beruntung memiliki seorang bonda seperti bondaku. Pastinya kegigihan bonda diwarisi aku anaknya...untuk membahagiakan bonda..tak termampu rasanya..namun akan ku cuba.


Dikisahkan bahawa Musa a.s berkata:

"Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku siapa temanku di syurga?"

Maka Allah berfirman :

"Pergilah engkau ke negara itu dan ke pasar itu, maka kamu akan mendapati di sana ada seorang lelaki penjual daging dan wajahnya sedemikian. Itulah tetamumu di syurga"

Nabi musa a.s pun kemudian pergi ke tempat itu dan menunggu lelaki itu sampai ke senja. Lelaki itu kemudian menyimpan sepotong daging ke dalam sebuah bakul. Maka apabila hendak pulangn Nabi Musa a.s bertanya kepadanya:

"Apakah engkau mempunyai seorang tamu?"

Dia menjawab : "Ya"

Mereka berdua berjalan hingga sampai ke rumahnya. Kemudian dia mulai memasak sup daging, sejurus kemudian dia mengeluarkan sebuah bakul. di dalam bakul itu ada seorang wanita yang sudah amat tua dan kurus seperti burung merpati.

Seterusnya dikeluarkan wanita tua itu dan diberikan makan hingga kenyang. Kemudian dicuci pakaiannya serta dijemur. Dimandikan dan disiapkan wanita itu kemudian wanita itu dimasukkan kembali ke dalam bakul itu...maka bergeraklah kedua bibir wanita itu.

Musa berkata:

"Aku telah melihat wanita itu berbicara"

Kemudian anak lelaki iti mengangkat perempuan itu di atas satu tempat duduk,

Musa a.s bertanya:

"Apa yang engkau kerjakan?"

Lelaki itu menjawab:

"Sesungguhnya perempuan ini adalah ibu saya, dia telah lemah dan kurus sehingga dia tidak dapat duduk sendiri."

Musa berkata:

"Bahagialah engkau, dan aku ini adalah Musa temanmu nanti di syurga"

Begitulah kisah ringkas tetapi amat menyentuh perasaan aku..kalaulah aku juga dapat berbakti terhadap ibuku seperti itu..

Mungkinkah ada anak yang sanggup berbuat begitu di zaman yang serba mencabar ini? baut teman2 yang masih ada ibu dan ayah hargailah mereka sementara masih ada hayat mereka.


"Ya Allah, kasihanilah kedua-dua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu kecil"


p/s buat teman2 idalara yang telah kehilangan ibu dan bapa ida doakan muga roh mereka dicucuri rahmat dan di tempatkan di sisi orang2 yang beriman..Al Fatihah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...