Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, January 04, 2011

Rentetan dari kejadian lalu....

Bismillah...Salam..

"Badai taufan tsunami berjaya ku tempuh..inikan pula gelora sekecil ini..."

Inilah tagline yang kerap aku ucapkan dalam hati bila berlaku musibah ini....walaupun sehari selepas kejadian.... rasa trauma...rasa tak boleh tidor..rasa macam2 namun masuk hari kedua semuanya telah sirna, malam semalam aku dapat tidur selena2nya tanpa rasa apa2.....Alhamdulillah..beberapa langkah2 keselamatan telah aku buat....insyaallah...berkat doa dan kata2 semangat dari sahabat2 aku rasa tambah cekal...

Sewaktu menyedari kejadian itu berlaku......setitik pun airmataku tak tumpah....tapi...rasasebak dan terharu hingga menitis airmata bila membaca komen kawan2...terimakasih semua!!

Pagi2 tadi aku ke JPN...dalam masa tak sampai 15 minit siaplah kad pengenalan sementara aku dan Abdullah Zaki...dah selesai satu perkara yang penting....dan kira2 pukul 2 petang tadi aku ke JPJ Putra Jaya nak buat lesen baru....

Ntah berapa kali aku dan kawanku M berpusing2 mencari parking....semua penuh..sudahnya dapat parking..... nun........ diluar.......parking untuk pelawat...(sesuai ke dipanggil pelawat)...berpeluh2 jugalah nak menyampai ke JPJ..cantikkan bangunan ni..kat sinilah terletaknya JPJ (ini bukan dr pakcik google- diambil menggunakan hp cap itik milik aku yg terselamat) ...lega rasa dah sampai...jam dah hampir pukul 4.00 petang...masuk kat kaunter pertanyaan....

"Puan...kat sini kaunter untuk buat lesen dah tak ujud, puan kena pegi JPJ daerah"

Aduhhhhh...napelah tak ada orang inform aku hal ni...polis sendiri tk bagi apa2 maklumat...cuma katanya nak buat lesen yang hilang@dicuri kena pegi JPJ.......Putrajaya ada...Banting ke Kajang ke...rugi masa, rugi tenaga, rugi minyak..rugi duit...!!..tp agaknya silap aku juga sebab tak call dulu buat kepastian...

Last2 balik begitu saja2...otw nak balik singgah kat BBST..nak ambil spek baru tempah semalam...hampa lagi sebab masih tak siap...tapi kerana rasa bersalah janji siap petang tadi maka pemilik kedai beri cermin mata milik dia untuk aku gunakan sementara waktu......power +-350..tak cukup untuk mata aku tapi bolehlah daripada tak ada...

Esuk...aku mula bekerja...esuk aku melangkah dengan semangat baru...kerana esuk sentiasa ada untuk aku....

20 comments:

ber_u_wang said...

semoga ida terus kuat sebab anak anak menjadikan ida mentor mereka.. bila ida kuat pasti anak anak ida akan kuat juga..

zulkbo said...

salam..
semoga Puan kita ni
tabah mengharungi liku
liku hidup..jangan sedih2
macam lagu nih..ermm..

kakcik said...

InsyaAllah Ida, esok akan datang lagi bersama mentari pagi yang bersinar ceria. Semoga keceriaan itu meresap ke jiwa Ida dan Ida akan terus tabah menghadapi segala apa yang datang. :)

wachak said...

wa pun kadang2 bila melibatkan urusan rasmi ni jarang nk call. Bila dah sampai sana macam2 hal yg timbul. Kena bertanya selalu sebelum membuat sesuatu :)

Moga dipermudahkan oleh Nya segala urusan.

mamawana said...

Doa mwana semoga ida terus cekal dan tabah sentiasa. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin.

Yan said...

Sabar ye kak Ida. INSYALLAH ada lah hikmah nya tu.. Good Luck.

Lelaki Ini said...

selamat bekerja!

Ali ridha said...

pernah juga hilang kad pengenalan.bayar dekat RM100 lebih.

1.1.11 11:11 pagi Dimana Ali ridha?

Ibu n Abah said...

Ida..
macam2 dugaan ida awal tahun..
tapi itu bukanlah tandanya ida akan menempuhi tahun yg teruk...
Semuga kejadian yang berlaku ada hikmahnya dan ganjarannya...Insya'Allah..

@e_da said...

aduhai bebetul dugaan kan kak.. dah la kita hilang segala.. buat ic dan lesen tu pun kena bayar lg.. hmm kdg2 patut diorg reducekan harga.. sy pun penah hilang wallet semuanya nak kena buat balik kena duit.. sabar je la.. hope kak ida kuat k..

Idalara said...

eida..memang dugaan sungguh buat akak..tp sebab ada repot polis jadi akka tk kena apa2 bayaran masa buat ic dn lesen..

insyallah..thanks eida..

Idalara said...

salam ibu n abah..
dugaan awal tahun ini tk mungkin patahkan semangat ida..insyallah demi anak2.tetap melangkah..

Idalara said...

Ali Ridha
kalau hilang memang kena bayar..tp dicuri dn ada repot polis tk dkenakan bayaran...hati2 jgn hilang lagi.

Idalara said...

lelaki ini...
yup thanks

Idalara said...

Yan..insyallah...

Idalara said...

mamawana
terimaksih..kata2 semangat dari kwn2 banyak membantu ida juga..

Idalara said...

Wachak
tu sebab kita kena call dulu buat kepastian kan..taklah buang segala2nya..

insyallah.

Idalara said...

Kakcik
insyallah semua kata2 kakcik adalah doa buat ida dn anak2

Idalara said...

Salam Zulkbo
insyallah...mudah2an begitulah hendaknya..

Idalara said...

ber-uwang
insyallah..kerana merekalah sy tetap kuat dn tabah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...