Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, March 31, 2009

4 Yang Tersirat di Sebalik 4

Kadang2 kita perlu membekalkan diri dengan kata2 motivasi..kadang2 kita rebah disebabkan kurangnya keyakinan diri..kata2 motivasi sedikit sebanyak akan melahirkan semula jiwa yang tenat..motivasi diri perlu untuk menyokong kehidupan seharian selain daripada bantuan daripada Allah Yang Maha Esa.

4 Alamat orang cerdik:
1. Berani menempuh bahaya.
2. Pandai bermanis muka dengan musuh
3. Pandai melihat kesempatan
4. Dapat menimbang pertimbangan orang lain.
4 Alamat orang beriman:
1. Meninggalkan maki hamun
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Lama baru menjatuhkan hukuman
4 Tanda orang berakal:
1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji.
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya
4 Alamat orang rendah:
1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Pendengkki
4. Memburukkan kawan
4 Yang menimbulkan cinta:
1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih faham
4. Menjauhi munafik.
4 Sempurna dengan 4:
1. Ilmu dengan larangan
2. Agama dengan takwa
3. Amal dengan niat
4. Kemuliaan dengan kelebihan
4 Soal yang membawa keuntungan hidup:
1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih
4 Mesti dijaga
1.Teguh mejaga kehormatan
2. Reda menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah
4 Macam pencarian
1. Pertama akal, ialah orang hidup dengan bertani
2. Pertengahan akal, orang yang hidup berdagang
3. Penghabisan akal, orang yang hidup membunuh
4. Kehilangan akal, mencari rezeki dgn tidak halal.

Sunday, March 29, 2009

Terkejut..Terkedu...Terkesima...

Sehingga saat aku menghasilkan entry ini ada beberapa kejadian berlaku sepanjang minggu ini..yang boleh dianggap agak mengkelam kabutkan....mengejutkankan, buat aku terkedu... terkesima... juga membahagiakan..

kejadian pertama:
Kalau tak silap aku pada hari selasa 24 Mac..hujan lebat telah melanda sekitar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur..tanpa di sangka2 tingkat 3 bangunan premis Ofisku yg digunakan sebagai setor telah mengalami kebocoran dan menyebabkan air hujan melimpah ruah hingga masuk ke ruang ofis...apa lagi kelam kabutlah semua staff lelaki yg cuma 3 org, menyekat dan membuang air yg melimpah masuk ke ruang ofis...
Beginilah rupanya air yg masuk... inipun sbb berjaya disekat oleh bebudak laki kat ofis tu.....bila citer kat lembaga pengarah mcm kita main2 pulak..apa taknya tingkat 3 yang banjir...tak ke bunyi mcm tiada logika..

Segala dokumen,borang pinjaman, later head dan takde head terpaksa dipindahkan dgn segera..belum lagi cpu yg diletakkan kat kaki meja dan segala wayar2 yang berserabut..(tiada dalam gambar) ada ke cpu letak kat kaki..puas aku suruh minah sorg tu letak atas meja..dia buat dhek je...bila berlaku mcmni baru kelam kabut..sape yg susah...dia dan keluarga mereka juga..

Keja kuat bebudak laki ni berjaya menyekat air masuk lebih banyak ke dalam ofis..

Sure lah kapet hijau ni bau busuk esuk nanti..nasib le staff yg dok kat tingkat 3..nasib baik aku kat tgkt 2..selamat...tapi aku bukanlah kejam sgt sampai tk bantu diaorg..tempat aku cari makan maa..mstilah bantu membantu..dua hari selepas kejadian kami memanggil seorg kontraktor untuk melihat kerosakan..mengikut kata mamat tu..kerosakan berpunca dari atas bumbung konkrit..saluran air keluar tersumbat menyebabkan air mengalir masuk ikut syiling...al maklumlah bangunan dah lama..syiling pun dah dimakan usia..menurut kata kontraktor tersebut untuk naik ke atas bumbung pihak kami terpaksa menyewa kren..pergh...sewa kren je rm650. belum lagi kos pembaikan...itupun kalau betul ada tersumbat..kalau pecah atau sebagainya..mau beribu..bgtahu lembaga pengarah..haram..tanya khbr pun tidak..kalau bangunan ni runtuhpun diaorg dapat tahu dalam berita tv 3..sabar je lah..gitu le gamaknya lembaga2 pengarah yg ntah sibuk memanjang..padahal separuh darinya dah pencen dari bank..

apa pulak kejadian kedua yg agak mengejutkan...apa pula kena mengena gambar wang kertas rm50 ni..
Dah jadi kebiasaan bila ahli atau org luar datang buat bayaran pinjaman atau insurans, aku akan 'mencampakkan' wang bayaran mereka dalam laci mejaku..sebelum dibawa ke bank untuk di bank in..tapi kali ini bukan wang koperasi yg aku campakkan dalam laciku tapi duitku sendiri, duit yg baru aku terima hasil jualan HPAku..untuk bayaran bas sekolah dan yuran sekolah agama..tak banyak bg org kaya..cuma rm100, tapi banyk bagiku..silapku juga tak masukkan dalam purse..ntah..dah memang nak jadi citer..waktu rehat nak balik baru aku perasan duit berjumlah RM100 hanya tinggal RM50 je...terkedu..termangu..ntah ter apa lagi..puas aku geledah laci..bukan kata 1 tapi tiga2 laci aku geledah tapi hampa..kwn2 kata mgkin aku salah letak..tapi aku cukup yakin sbb aku bukan pelupa..hmm..takpelah..bukan rezeki aku...muhasabah diri..mgkin aku jarang bersedekah kot..so tu sebab Allah tarik sikit duit aku.
Aku redha je...dan akan lebih berhati2..sbb dek kerana terlalu bz turun naik kat tgkt 3 sampai aku lupa laciku berkunci atau tidak..dan kita tak tahu ada di antara kita yg tergamak mengambil hak org...
Dan perkara yg agak mengembirakan aku dan aiman ialah..
aku berjaya akhirnya membelikan aiman sebuah basikal baru bagi menggantikan basikalnya yg hilang seminggu yg lalu..kali ini basikal aiman lebih besar sedikit dari dulu..ada tempat 'carry' lagi...bolehlah dia carry adiknya abdullah zaki yg agak memahami dan tak minta dibelikan basikal baru juga..

dan ada juga bakul untk memudahkan aiman meletakkan beg sekolah yang sarat dgn buku2 sekolah.
Inilah wajah basikal baru aiman,berharga RM22o..tersenyum sampai telinga aiman dapat basilkal baru, bila ditanya 'abg nak mcmne..' mudah saje dia menjawab "aiman tak kisah"itulah aiman.......
dan demi anak2 ibu sanggup mengikat perut..asalkan anak2 tidak melupakan ibu dan menjadi anak harapan ibu satu hari nanti...Insyaallah.
Dan perkara terakhir yg buat aku rasa terkesima dan bahagia sangat..hingga menghapuskan segala lara di hati bila hari ini aku terima puisi yg amat indah ini..aku tak kenal pengirimnya...tapi yang aku tahu hatiku rasa gembira sgt terima puisi ini...aku ni bukanlah jiwang sangat tapi dah namapun perempuan kan...
Gemersik melody cinta
yang mengalir menyelusuri jiwa..
mengisi relung hati dengan kelembutan
menyentuh buaian sukma hati...
Semerbak harum bunga...
mengharumi untaian sudut hati..
Bergemersik kerinduan ini..
pada pesona yang hadir menyapa..
ku tak ingin berdusta pada syurga..
Ku ingin sampaikan padanya...
Bahawa segenap kerinduan ini..
kuberikan pada sebuah senyuman
yang indah pagi ini..
kepada dia yang mengirim puisi ini terima kasih yang tidak terhingga kerana kiriman puisi ini...siapapun dia,di manapun dia...terima kasih kerana mengakhirkan hujung mingguku jadi indah begini..

Saturday, March 28, 2009

6 Perkara Yang Disukai Lelaki

(gambar sekadar hiasan)
Kita kaum wanita asyik memperkatakan apa yang kita sukakan dan hendakkan dari seorg teman lelaki atau suami..bagaimana pula kesukaan dan kemahuan lelaki dari seorg isteri atau teman wanita mereka....mudah2an tips2 yang idalara beri ini dapat memperbaiki diri kamu wahai wanita yang mahu memikat hati teman lelaki ataupun suami kamu semestinya:
1. Sikap keibuan:
Kekalkan sifat keibuan yang anda miliki, ingat..itu antara salah satu sifat yang buat suami anda jatuh cinta ketika awal pertemuan. Wajah lembut itu mampu membuatkan jiwa lelaki tenang walaupun hakikatnya anda berdua sudah berusia.
2. Keanak-anakan:
Jangan anggap usia sebagai penghalang untuk anda sesekali berperangai seperti kebudak-budakan..asalkan wajar dan tidak melampau..wanita yang ceria buat lelaki lebih ghairah.
3. Penuh Pengertian:
Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat untuk berbincang masaalah dan sebagainya..misalnya jika suami atau teman lelaki anda melakukan kesilapan, elakkan mengeluarkan kata-kata kesat dan tuduhan.
4. Menghargai:
Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga...
5. Menjaga Penampilan:
Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya...dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dgn dirinya dan cara tak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya.
6. Pandai Berbicara:
Lelaki tertarik dgn wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual, biarpun topik yg dibualkan bukan kegemaran anda, tetapi anda memberi respons dan menjadi pendengar yang baik serta bijak mengalih topik yg agak serius kpd perbualan kepada perbualan yang lebih menarik...lelaki juga suka dgn wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.
7 Cara untuk kekalkan cinta di hati suami.
1. Hindarkan perasaan rendah diri:
Perkara paling utama dalam mengekalkan rasa cinta dikalngan anda ialah dgn mengelakkan perasaan rendah diri drp bermukim di hati...biarpun telah mempunyai anak yg ramai dan bentuk tubuh yang tidak seramping dulu, yakinlah pada diri sendiri.
2. Jangan merendahkan pasangan:
Biar setinggi manapun pangkat dan kedudukan anda , suami perlu dihormati..jika sebelum berkahwin anda dapat menerima dirinya mengapa tidak selepas itu.
3. Hormati perasaannya:
Seorg isteri wajib untuk menghormati dan memuliakan suami sebagai ketua keluarga..justeru, anda tidak boleh memperlekehkan diri dan pendapat nya..panggilkah suami dgn cara yang sopan..elakkan perbuatan menceritakan keburukan suami kepada org lain hatta kepada keluarga sendiri.
4. Jujur dan berpegang pada janji:
Kejujuran merupakan elemen terpenting dlm membina perkahwinan bahagia...bersikap jujurlah dalam segala hal kerana dgn cara itu dia akan lebih menghormati anda berbanding dia mengetahui tntg anda drp org lain.
Jangan terlalu mempersoalkan tindakannya kerana ini akan membuat suami merasa rimas dengan sikap curiga yg anda tunjukkan.
5. Komunikasi:
Komunikasi juga mernjadi kunci utama utk mendapatkan hubungan yang harmoni antara suami isteri..percayalah tiada masaalah yg tidak dapat diselesaikan oleh pasangan yg berkomunikasi dgn jelas.
6. Sentiasa di sisinya:
Telah menjadi tugas isteri untuk berada di sisi suaminya dalam apa keadaan, susah atau senang. Meskipin ada kalanya suami menghadapi masalah rumit dan sukar diselesaikan, tapi dengarkanlah luahan hatinya. Cara itu sedikit sebanyak dapat mengubati kesedihannya.
7. Lakukan perkara yang disukainya:
Cuba imbas kembali, berapa kali anda melakukan perkara yg disukai suami? Ingatkan juga berapa banyak perkara yg menyakitkan hati yg telah anda lakukan kepadanya...sedarlah setiap kali anda mengguris hatinya maka sebahagian cinta anda untuk pasangan telah mati..mungkin perasaan yang sama turut dikongsi olehnya.
"Berusahalah untuk menjaga perasaan pasangan anda agar cinta anda tetap kekal di hati dia..dan cinta dia kekal di hati anda."

Wednesday, March 25, 2009

Al Kisah...Kepandaian Yang Menjerat Diri..

Ada seorang lelaki yang memiliki beberapa ekor binatang ternakan. Apabila dia mendengar bahawa Nabi Musa faham bahasa binatang, dia merayu Nabi Musa supaya mengajar ilmu itu kepadanya.
Setelah belajar, lelaki itu menggunakannya untuk memahami perbualan binatang ternakannya.
Satu hari dia mendengar ayam jantan berkata kepada kuda bahawa kuda akan mati tak lama lagi. Lelaki itu segera menjual kudanya untuk mengelakkan kerugian.
Beberapa ketika kemudian,dengan menggunakan ilmunya lelaki itu terdengar ayam jantan memberitahu anjing bahawa tak lama lagi keledai akan mati. Jadi untuk mengelakkan kerugian, lelaki itu menjual keldainya. Selepas peristiwa itu, sekjali lagi kaldai berkata-kata dengan binatang lain, kata ayam jantan, hamba kepada lelaki itu akan mati tak lama lagi, dengan senang hati lelaki itu menjual hambanya supaya dapat mengelak kerugian. Dia sangat gembira dengan tindakannya dan menganggap inilah nilai ilmu yang yg sgt berfaedah ada padanya - untuk membantunya menguruskan kehidupan hariannya dan memudahkan urusannya.
Satu hari, lelaki itu terdengar pula ayam itu berkata kepada anjing bahawa tuan dia , tuan mereka pula akan mati...dalam ketakutan lelaki itu pergi berjumpa Nabi Musa dan meminta nasihat.
Kata Nabi Musa : " Sekarang anda boleh pergi jual diri anda pula"
Moral of the story : Bahawa kebolehan memahami orang lain tidak berfaedah bagi mengisi keperluan kita yang paling besar - diri kita sendiri..oleh itu janganlah terlalu tamak dengan apa yang kita ada.

Tuesday, March 24, 2009

Tetamuku Kupu-Kupu....

Cantik tak kupu-kupu ni?...rasanya dah hampir seminggu kupu2 ni sesat kat rumah ida..puas ida dan anak2 cuba halau kupu2 ni keluar dari rumah..tapi kupu2 ni masih tak mahu keluar..ida nak bg kupu2 ni keluar dari rumah ida bukan sbb takut atau rimas tguk kupu2 ni tapi ida tak mahu dia mati kat dalam rumah ida..kesian dia...bukan ada makanan yg sesuai buat kupu2 kat dalam rumah ida ni...ida pun tak tahu apa yg kupu2 ni makan.....org tua2 ni kalau tguk ada kupu2 masuk dalam rumah mulalah diaorg kata ada tetamu jauh nak datang..ida tak percaya kata2 mereka tu...sbnrnya kupu2 tu tersesat masuk kat rumah..nak buat mcmne kan..kawan2 opis heboh mengusik ida kononnya ada org nak masuk meminang...hish..apa kene mengena meminang dgn kupu2 masuk rumah...tak masuk akal betul..calon pun tkde tetiba je org nak masuk meminang...hahaha..
Lebar kupu2 ni lebih kurang sebesar dua tapak tangan ida...besar jugakan...kalau org yg gile simpan kupu2 yg difremkan maunye ditangkap kupu2 ni dan diawetkan..ish,ish..kejam betul..tapi ida dan anak2 taklah sampai begitu zalim nak buat begitu...
tiap hari bila balik rumah ida msti cari kat mana kupu2 tu hinggap...meratalah dia ziarah kat rumah ida dari dapur hingga ke ruang depan..cuma bilik dan bilik air je tak di ziarah lagi...sbb berpintu kot..
Mudah2an kupu2 ni sempat keluar terbang bebas di luar sana bertemu rakan2nya..ida tak mahu kupu2 ni mati dalam rumah ida...kesian..

'aku ingin menjadi seperti kupu-kupu yang terbang bebas di udara tanpa diganggu tanpa dibelenggu'

Sunday, March 22, 2009

Mencari Positif Bagi Sesuatu Yang Negatif


Sesungguhnya kita patut bersyukur...

1. Untuk suami atau isteri yang tidur berdengkur di waktu malam - kerana dia tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.

2. Untuk anak atau adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan - kerana itu bermakna dia berada di rumah,bukan di jalanan berpeleseran.

3. Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar - kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. Untuk pakaian kita yang sudah tak muat - kerana itu bermakna kita cukup makan...

5. Untuk lantai yang perlu dimop,tingkap yang perlu dilap dan rumah yang perlu dikemas - kerana itu bermakna kita masih mempunyai tempat tinggal.

6. Untuk bunyi bising jiran-jiran - kerana itu bermakna kita masih lagi mendengar.

7. Untuk keletihan dan kesakitan otot selepas seharian bekerja - kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
8. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci dan digosok - kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

9. Untuk tempat letak kereta yang jauh dari lif - kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10. Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi - kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut....


Oleh itu jika kita tidak dapat apa yang kita suka,belajarlah menyukai apa yang kita dapat dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Saturday, March 21, 2009

Aku Kembali

Kehilangan aku dua tiga hari ini kiranya buat seseorg tertanya2 kemana menghilangnya idalara..terharu juga bila kehilangan aku dirasai oleh dia..ingatkan kita dah tiada dalam ingatan dia lagi...18 hingga 21 Mac (tghari tadi sampai semula ke rumahku syurgaku) lalu aku balik kampung di Umbai (lokasi ikan bakar )Melaka atas beberapa sebab..yang paling utama sekali tentunya nak menghilangkan rindu kepada emak abah..kedua nak tguk anak buah yang dah 44 hari dilahirkan..dan ketiga dan tak kurang penting sbb nak buat persiapan majlis kenduri kwen..hehehe...bukan idalara lah..tapi adik bungsu lelaki..bila dgr dua bulan lagi tu macam lama lagi padahal pejam celik dah sampai waktunya nnti...bakal isteri adik berasal dari Beruas Perak...maka akan ke Perak lagilah aku pada 6 dan 7 Jun nnti..sebagai anak perempuan sulung dalam family akulah yang jadi pakar perunding..tema apa nak buat masa kenduri nnti..gubahan mcmmana..pelamin dan baju kaler apa..tema dalam bilik penganti kaler apa dan mcm2 lagi,bukan tu saja...adik beradik nak pakai baju kaler apa..majlis untuk adik bungsulah katakan maka berbagai2lah hajat mak dan abah....Sibuknya aku mengalahkan aku pulak yang nak bersanding sekali lagi..hahaha..tak kuase..
Inilah wajah baby yang baru 44 hari..baby boy...anak kepada adik perempuan bungsuku..nama?alamak..apa nama penuh baby ni ek...hehehe..tak guna punya auntie..nama saya pun boleh lupa..
tenguk tu...baru 44 hari dah pandai senyum simpul...cutekan adik Irfan ni..

Wow...seriusnya baby ni..ntah apa yg difikirkan...penatlah aku nnti masa pak busu kwen...banyaklah tangan dok pegang2 aku..hehehe agaknya itu yg baby ni kata..

Ni aku kat Muar...adik pmpuan tu sibuk nak ikut menyoping.. penat dah baby ni menyoping sekali....kedai ni mng menyediakan kelengkapan perkahwinan dan emak dapat harga borong sebab kedai ni lah tempat mak aku dapat bekalan untuk perniagaannya.

Kak ipar..mak dan adik sibuk memilih...bukan pilih untuk adik yang nak kwen tapi alih2 beli sendiri punya...ish,ish,ish.hehehe termasuk lah aku yg berjaya mendapatkan sehelai kebaya nyonya sulam untuk dipakai masa ke rumah perempuan nanti...

Tokeh kedai senyum simpul sbb hari tu banyak masuk...kebaya sulam je 3 pasang..cadar pengantin..kain satin utk dalam bilik pengantin..karpet..langisr, kain lace dan ntah apa2 lagi..pada hal sebelum tu dah membeli langsir di Astana Moda di Bandar Melaka...(gambar tak disertakan..terlupa nak ambil..sbb teruja tguk kain cun2) aku pun dapat juga beli dua pasang...akan dipakai semasa majlis kenduri..(Syyyy..mak sponsor..hehehe)
Harap2 majlis untuk adik bungsu aku ni berjalan dengan lancar.. mak dan abah masih pening pikir siapa yang akan memasak untuk hari penting tu..memang mak dan abah tukang masak rumah kenduri..takkan rumah sendiri mereka pulak yang akan memasak...nak tempah kat org lain..mak tak yakin...so...aku adik beradik,sepupu sepapatlah yang akan mengambil alih tugas memasak.. sementara emak dan abah akan guide sampai siap..

Aku bercadang hendak menjemput kawan2 kat blog ni.....mudah2an sesiapa yang tinggal berhampiran dgn kampung halamanku aku dapat hadir..mst gempar dan best dapat jumpa kawan2 kat blog.
Insyaallah jika diizinkan..

Monday, March 16, 2009

Basikal Aiman...Hilang.

Kesian...bila aku tenguk wajah aiman semasa nak memberitahuku tentang kehilangan basikalnya. Dia tak tahu ibu dia lebih penyabar dan bersikap lebih terbuka semenjak dua menjak ni...hehehe poyo jer (bak kata hysman)..ye lah benda dah berlaku..dah hilang tak kan aku nak cekik pulak budak tu..lainlah kalau aku jumpa org yang curi atau terambil basikal aiman tu..mau aku bagi penyepak...(hahaha..konon...)
Kebetulan pagi sebelum basikal tu hilang..ada sebuah kedai menjual barang2 serbanika sederet dgn bangunan ofisku ini terbakar...dan hikmah yang berlaku...premis companyku yg kosong terus di sewa oleh pemilik kedai yg terbakar itu..semasa memindahkan barang2 yg terselamat..aiman turut membantu..basikal di letak di tepi bangunan..dek kerana terlalu ralit menolong..tak sedar bila kala basikalnya dicuri..hampir satu malam aku tak sedar kehilangan basikal tu..pagi2 esuk sewaktu hendak ke ofis baru aku sedar ketiadaan basikal aiman di tempat yang sepatutnya di 'parking'..
Menjerit jugalah aku bila tguk basikal aiman takde..dia yag masih mamai baru bangun dari tidur...agak ketakutan tguk aku cerlangkan mata...(acah je...bukan garang pun ibu dia ni)
Aku :"abang!..mana basikal?"
Aiman : "dah hilang..semalam abang letak kat tepi kedai tu.."
Aku: "la..mcmne boleh hilang..abang tak kunci ke..?"
Aiman: "kunci dah patah..."
Aku: "nape tak cakap kat ibu...(sore aku mula mengendur)
Aiman buat muka seposen dan sedih..
Aku : "takpe lah bang..dah takde rezeki..nak buat mcmne, nanti ibu ada duit ibu beli lain."
Seperti yang pernah aku citerkan aiman seorg anak yg tak banyak kisah dan sangat baik..aku jarang sgt marah kat dia..lagipun ini kali pertama dia kehilangan basikal..aku tahu dia sendiri sgt sayangkan basikalnya walaupun dah tak berapa elok basikal tu.
Dalam hati mula berfikir2..adoi..manalah aku nak cari duit nak beli basikal baru ni...paling2 koman pun RM200..nasib baiklah seminggu ni cuti sekolah..dahlah itu satu2nya transport yg aiman ada..dan yang paling penting untuk ke sekolah..aku kena usahakan juga sebelum buka sekolah ni...nak menagih kat abah diaorg..hmmm...sakit telinga aku nanti dengar ceramah berjela dia...dapatnya tidak tapi dapat leter je..
Sabar je lah..insyaallah adalah rezeki tu..pujuk hati sendiri..cuma aku nasihatkan aiman lain kali hati2 dan jangan terlalu ambil mudah perkara2 seperti itu jangan terlalu 'aiman tak kisah'..di kawasan macam tempat tinggal aku ni ramai pendatang2 asing tinggal...nak tuduh mereka aku takde bukti tapi kena selalu berhati2.

inilah basikal aiman yang hilang tu...gambar ni sempat aku rakamkan sehari sebelum hilang, di ambil pun hanya separuh je...mcm tahu2 je nak dikebas orang...

Aku dah ambil keputusan halalkan je pada org yang terambil basikal aiman tu..kalau aku tak halalkan jenuh gak dia nak cari aku kat 'sana' nanti..

Tapi aku juga berdoa mudah2an orang yag terambil basikal aiman tu tergerak hati memulangkan semula basikal aiman sebelum cuti sekolah berakhir. Mudah2an doaku dimakbulkan..AMIN.

Thursday, March 12, 2009

Mutiara Dan Pasir


Al kisah, seorang pemuda yang baru mendapat segulung ijazah mengalami perasaan yang sangat tertekan dan putus asa kerana sukar mencari kerja hingga memutuskan untuk membunuh diri dengan terjun ke dalam laut. Ketika dia sampai di pantai dia berkenalan dengan seorang tua yang ramah dam bijaksana dan mereka berbual sehingga pemuda tersebut menberitahu hasratnya untuk bunuh diri.

Setelah mendengar cerita pemuda tadi, orang tua itu meminta si pemuda melihat apa yang dilakukannya. Orang tua itu membongkok mengambil segenggam pasir dan kemudian melemparkannya kembali ke bawah, seketika pasir tersebut lebur dan menjadi satu dengan pasir pasir lain yang ada di bawah, lalu orang tua berkata kepada si pemuda:

"cubalah kamu ambil pasir yang saya lemparkan ke bawah tadi"

si pemuda kehairanan dan berkata:

"mana mungkin saya dapat mengambil pasir tersebut kerana pasir tersebut telah bercampur dan menjadi satu dengan pasir lain".

Orang tua tersebut tersenyum dan kemudian mengambil sebutir mutiara dari dalam kantungnya dan melemparkan ke bawah seraya berkata kepada pemuda tersebut:

"ambillah mutiara tersebut"

Dengan mudahnya pemuda tersebut mengambil mutiara itu.

Lalu orang tua itu memberitahu pemuda tersebut bahawa untuk menjadi atau mendapat apa yang kamu inginkan maka kamu harus berbeza dengan orang lain, jikalau kamu sama dengan orang kebanyakan maka kamu tidak akan nampak berbeza dan terserlah, demikian juga jika kamu mencari kerja dan sebagainya...kamu mesti membuktikan diri kamu lain dari orang lain.

Kesimpulannya apabila kita lemah terhadap diri kita maka kehidupan tidak akan berubah ..bila kita yakin terhadap diri kita maka kita akan berusaha mengubah diri dan kehidupan kita.


Tuesday, March 10, 2009

Tips Melayani Isteri


Lelaki selalu menganggap apabila mereka telah berjaya 'mencuri' hati wanita yang diidamkan,mereka tak perlu lagi meluahkan perasaan. Ababila mereka berjaya menbuktikan cinta mereka nan sejati mereka menganggap wanita yang dicintai patut tahu bahawa mereka akan mencintainya sehingga keakhir hayat dan tidak perlu dipastikan berkali2.
Tetapi berbeza pula bagi wanita,mereka sentiasa dambakan kepastian dan keyakinan bahawa mereka adalah yang teristimewa,dihargai,disayangi dan dipercayai buat selama2nya. .lelaki juga melahirkan kepastian melalui perbuatan,sebaliknya wanita perlukan kasih sayang melalui kata2... itulah perbezaan lelaki dan wanita.

Tips melayani isteri

1. Isteri adalah manusia

Wanita dilahirkan penuh dengan perasaan yang beremosi, mereka akan berasa gembira apabila mereka hidup dengan tenang dan aman. Tetapi apabila mereka berasa tertekan mulalah emosi akan berkecamuk dan sering mencari jalan yang mudah untuk keluar dari masalah yang dihadapi.

2. Dengar pendapat isteri

Dalam hubungan suami isteri, mereka perlu sering bertukar2 pendapat dan pandangan, walaupun mungkin isteri tidak berpelajaran tinggi tetapi ambil hati dengan menerima pendapat mereka. Jika ada masalah rumah tangga yang mahu dibincangkan mula dengan isu2 semasa yang boleh dijadikan 'icebreaking'..kemudian barulah dimasukkan isu yang mahu disentuh.

3. Beri pujian kepada isteri

Jangan kedekut hendak memberi pujian terhadap isteri..luahkan sahaja apabila dia kelihatan cantik bergaya...puji2an ini dapat memberi semangat kepadanya untuk terus 'berkhidmat' kepada anda..jgn anggap isteri seperti pembantu rumah yg tak perlu dipuji.

4. Ingat tarikh penting

Sesiapa saja pasti gembira apabila dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah apatah lagi drp orang yang tersayang..tarikh2 yang penting seperti hari jadi,hari ulang tahun perkahwinan merupakan hari yang paling penting dalam kehidupan wanita..tak perlu memberi hadiah2 yang mahal.. cukup sebagai tanda ingatan.

5. Penuhi hajat isteri

Anda perlu bijak memilih perkara yang dihajati isteri..bukan semua perlu dipenuhi...jika dia berhajat hendak ke Paris tetapi anda tak mampu..cukup jika anda membawanya bercuti ke Pulau Langkawi saja...dia pasti gembira kerana masih berpeluang keluar melancung..pemberian ini melambangkan bahawa anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri mengurus rumahtangga.

6. Bantu ringankan tugas isteri

Sesekali apa salahnya anda menyingsing lengan membantu isteri melakukan kerja rumah seperti memasak,membasuh dan mengemas rumah..jika anda tidak tahu memasak cukuplah tolong mengupas bawang atau membasuh pinggan mangkuk..tentu isteri anda akan tersenyum melihat telatah anda yang jarang ke dapur.


Wahai para suami...cubalah tips di atas...isteri anda pasti berbangga punyai suami seperti anda.

Monday, March 09, 2009

Airmata Terharu..

Apa bahasa nak ku ucapkan pada teman-teman yang sentiasa menyokongku dari belakang..

Sewaktu jejari mengetuk2 keyboard semalam..aku tidak merancang atau menyediakan apa2 teks untuk menghasilkan entry yang mengkisahkan hal diriku..dan bukan maksudku untuk meraih simpati jauh sekali minta belas ikhsan seseorg..aku hanya ingin meluahkan rasa yang amat tertekan ini..pada siapa?

Apa yang ku harapkan muga ada yang memahami perasaanku dan memberi sedikit sokongan dan dorongan..kerana insan sepertiku sntiasa perlukan kata2 semangat untuk pulih dan bangun menuju kehidupan yang lebih bermakna dan bahagia.


Terima kasih..semua..terimakasih tidak terhingga..airmata tidak berhenti mengalir saat membaca komen2 kamu semua yang membangkitkan semangatku....sedih dan terharu...

Tera...Insyaallah kak ida akan lebih tabah..

Redynne..Kita serupa? tentu redynne juga dapat menyelami apa yang akak rasa..mudah2an kita akan terus bersahabat.

Su..Insyaallah..doa dari teman2 hanya Allah jua yang membalasnya.

Aira..right tu...putus cinta dgn bf tak sama dgn kehilangan teman hidup yang kita cintai..sesuatu yg sgt berbeza..sakit yang hanya kita rasai..

Hysman..kamu lebih matang dari usia sebenar kamu..pandangan dan pendapat hysman sentiasa menenangkan hati akak..mudah2an hysman jadi anak yang soleh..dan satu masa nnti pasti jadi hsb yang bertanggungjwb.

DJ Epoi..yup..kat sini akak temui teman2 yang memahami..teman2 yang tidak menikam dari belakang..walaupun kita bertemu hanya di alam maya namun terasa dekat di hati..

Amirul...Akak sering memujuk hati dgn kata2 Amirul..akak adalah insan terpilih menerima dugaan demi dugaan..supaya lebih mendekatkan diri dengan Allah.Muga2 Amirul dan wf berbahagia dan berkekalan di dunia dan akhirat pastinya..

Insyaallah teman2 yang memahami..insyaallah dengan pandangan dan doa kamu semua ida akan lebih tabah dan ceria hadapi apa jua..mudah2an Allah memberkati kamu semua...mudah2an kamu menjadi seperti:

Mata : sentiasa melihat anda seadanya
sentiasa melihat yang terbaik dalam diri anda.

Telinga: sentiasa bersedia untuk mendengar
memberikan perhatian pada setiap apa yang anda tuturkan.

Mulut: berkata benar dan jujur dalam memberi pandangan
menjadi mulut anda sekiranya anda tidak boleh berkata2 lagi
jujur dalam setiap tutur kata.

Bahu : akan menjadi kekuatan anda tatkala anda tidak mampu membawanya lagi
sentiasa menjadi sandaran tatkala anda berada dalam kesedihan.

Tangan: sentiasa memberi pelukan mesra tatkala anda memerlukan
sentiasa membuat anda berasa selesa
membimbing anda sekiranya anda memerlukan
menarik anda bangun ketika anda jatuh.

Hati: Mencintai anda tanpa syarat
anda sentiasa diingati olehnya setiap waktu.

Kaki: berjalan bersama anda sepanjang hidupnya
menjadi sahabat anda yang paling baik.

"Aku ingin punyai sahabat yang akan menemani waktu2 dukaku"

Sunday, March 08, 2009

Mengapa Aku...


Memang...siapa yang mengenali ku semua akan menilai diriku seorang yang peramah..seorang yang agak ceria dan suka bercerita...yang baru mengenaliku pasti tidak menyangka aku mengalami sejarah agak pahit dalam hidupku.

Aku menulis bagaimana hendak melupakan kenangan pahit, aku bergurau senda untuk menghiburkan hati org lain..aku mengajar teman2 yg sewaktu dgnku bagaimana untuk survive hidup..aku meredakan kesedihan teman2 yang bercerita tentang kepayahan hidup mereka..aku menjadi bahu tempat teman2 bersandar bila menangis..aku menjadi penglipur lara kala teman2 berduka...aku jadikan contoh kegagalan rmahtanggaku bila teman2 mengadu tntg keburukan suami mereka, supaya mempertahankan rmahtangga mereka....segalanya aku..

Tapi...pernahkah sesiapa menyelami perasaanku..merasai apa yang aku rasa..saat aku dijatuhi hukuman talak dari seorg suami..diawal2 perpisahanku..aku seperti mati akal..aku tak boleh duduk sendirian..aku tak kuat untuk teruskan kehidupan..hinggakan cuaca yang muram dan redup juga mempengaruhi perasaanku..aku jadi sangat sedih..sangat hiba dan hnya airmata yang menemaniku..aku seperti hilang punca untuk teruskan kehidupan..

"Pernahkan kau terfikir seketika berada di tempatku..merasai pahit manis berlaku tak siapa yang tahu"..itulah lirik lagu dato CT yang akan mengundang airmataku setiap kali mendengarnya..tak siapa tahu setiap malam bila anak2 tidor aku akan mengalirkan airmata..melihat mereka berdakapan..melihat mereka hilang kasih sayang seorg lelaki bernama ayah...aku hanya mampu berdoa memohon muga anak2ku menjadi anak2 yang soleh,berjaya di dunia dan akhirat nnti.

dan saat teramat indah dalam hidupku.....bila ku kira aku telah temui sesorang yang dapat menyayangiku dan anak2..ku kira dialah yang akan menemaniku hingga akhir hayatku, yang akan menjadi pelindungku bila aku disakiti..yang akan menjadi bahu tempatku bersandar bila aku menangis..yang menghiburkan aku bila aku kesedihan...yang akan memimpin tangan ku bila aku tak daya berjalan..dan akan menjadi suamiku di dunia dan pastinya di akhirat..tapi kiraan dan jangkaanku semua tidak benar belaka..aku silap...aku hanya bermain dgn perasaanku sendiri..ah!..perasaan gila apakah ini...

salahkah seorg aku untuk jatuh cinta lagi dan merasai kebahagiaan..berdosakah aku bila perasaan itu ujud lagi tanpa dipaksa..sesungguhnya rasa cinta itu adalah anugerah dari Yang Maha Berkuasa..rasa yang ujud dari hati ke mata..bukan dari mata ke hati..mgkinkah kerana darjat...rupa...status..atau jarak usia yang menjadi benteng penghalang...maka..aku ditinggalkan tanpa kata,tanpa penjelasan....malah aku disedarkan dan disakiti dgn cara yang paling halus...supaya aku sedar diri dan menjauhkan diri darinya...aku pasrah dan menerima tiap ketentuanNya..seseungguhnya tiap yang berlaku pasti ada hikmah yg diciptakan untukku..

Aku ingin terus melupakan dia..terus melupakan walau sekelumit kenangan manis sewaktu mengenali dia..kerana aku tahu aku tiada di hatinya..aku akan bangkit dari kegagalan ini dan menjadi diriku semula...aku ingin menjadi ibu yang tabah..ibu yang berhati waja dan membesarkan anak2 tanpa lara lagi.

Kini telah hampir 5 tahun aku survive hidupku bersama anak2ku..dgn segala kepayahan dan kesukaran..aku merasa lebih tenang dan agak bahagia kerana sepanjang tempuh itu aku ada tempat mengadu...tempat meluahkan rintihan hatiku..menceritakan tentang kekurangan dalam hidupku..dan tempat aku meminta bantuan dan pertolongan..Dia yang tak pernah jemu mendengar rintihanku..tak pernah memalingkan PendengaranNya pada tiap doaku..Dia yang sentiasa memerhatikan tiap gerak langkahku.....muga aku dan anak2 akn temui kebahagiaan yang sebenar kalau tidak di dunia tapi di akhirat yg pasti.

"Mengenalimu adalah satu kesilapan tapi ianya kenangan terindah dalam hidupku"

Selamat Tinggal Memori Duka

Bukan mudah untuk seseorang itu melupakan masa silamnya..tambahan lagi andaikata ia adalah satu kenangan paling pahit dalam hidupnya. Namun sukar ataupun tidak,anda tetap harus melupakannya dan buangkan jauh-jauh dari hidup anda.
Sekiranya anda terus membiarkan diri dibayangi dengan kisah silam yang pahit, sampai bilapun anda tidak akan merasa bahagia. Malah jalan untuk anda meniti kejayaan juga pasti alan lebih sukar kerana sentiasa takut dengan bayang2 semalam. Banyak cara boleh dilakukan untuk melupakan kenangan pahit itu dan mulakan hidup baru:
1. Ubah penampilan diri:
Kebanyakan dari kita sering mengatakan ingin memulakan hidup baru. jgn hanya bercakap saja..tampilkan imej yang lebih kemas, menarik dan paling penting sesuai dgn usia anda..percayalah bila anda tampil dgn imej baru pastinya anda merasa hari2 yang bakal dilalui berbeza dari dulu.
Sekiranya anda tidak ubah penampilan, tiap kali anda melihat cermin anda akan lihat diri anda yang pernah jatuh dan kecewa satu ketika dulu..namun bila anda berubah anda nampak diri anda yang baru dan lebih bersemangat untuk meneruskan hidup yang lebih bahagia.
2. Buang segala2nya:
Buang segala yang boleh mengingatkan anda pada kenangan tersebut..misalnya anda pernah dikecewakan oleh seorg lelaki yang anda cintai...sekiranya anda benar2 mahu melupakan memori pahit itu buang apa saja pemberiannya..gambar2nya..hadiah darinya dan no talifon lelaki itu juga. Jangan cuba2 hubungi untuk bertanya khabr...jgn tinggalkan walau satu buktipun yg menunjukkan anda pernah bersamanya..
Sekiranya anda tidak membuangnya selagi itulah bayang2nya akan sentiasa bersama anda.
3. Menjalinkan hubungan baru:
Tidak kiralah apapun kenangan pahit anda samada anda gagal dalam percintaan,dikhianati sahabat dan kehilangan org tersayang dan sebagainya ,namun cara untk melupakan tetap sama iaitu cubalah menjalin hubungan dengan teman2 baru...
tapi ingat bagaimana rapat pun anda dgn teman baru itu jgn sesekali menceritakan sejarah pahit anda..kerana secara tak langsung itu akan mengembalikan memori anda pada kenanagan pahit itu.
4. Berubah angin:
Sekiranya anda mempunyai peluang atau berani untuk mengambil satu keputusan yang drastik, maka berpindahlah anda jauh dari tempat yang banyak menyimpan kenangan pahit anda...jgn sesekali anda katakan anda telah terlewat sesungguhnya istilah terlewat itu tidak pernah ujud. Masa sentiasa ada selagi kita mahu berubah untuk menjadi yang lebih baik.
5. Maksimumkan diri:
Sentiasa cuba untuk menggunakan semaksimum mungkin daya dan keupayaan anda..jangan terlalu mudah mengaku kalah dan terlalu yakin dengan mengatakan anda tidak mampu untuk berubah...lakukan dgn bersungguh2 dan sehabis daya..anda pasti akan terkejut melihat keupayaan anda.
" Dan jangan lupa...yang paling penting sekali adalah dengan memperbanyakkan Solat taubat kerana ia mampu membersihkan hati kita..berdoalah setiap waktu kepada Allah SWT..kerana hanya Allah yang Maha Mendengar tiap rintihan kita"

Ayam Masak Kicap Special

Tiap hari celik mata mst pikir nak bg anak2 makan apa hari ni..bukan pikir untuk diri sendiri..check dalam peti ais..ada ayam..so yg terlintas di fikiran masak kicap..tp masak kicap yg ini lain sikit dari biasa...ini juga favourite anak dan aku sendiri..mudah dan cepat disediakan.
Bahan2nya:
1. 1/2 ekor ayam di potong kecil - dibersihkan
2. Bawang besar 2 biji
3. Bawang putih 5 ulas
4. Halia 1/2 inci.
5. Serai 1 batang
6. Air asam jawa
7. Buah tomato 2 biji
8. Kicap manis
9. Cili masak yang dipa dikisar 4 sudu makan.

Cara2nya:
Lumurkan ayam dgn sedikit garam dan kunyit dan goreng separuh masak
tumbuk atau blend bawang2,halia dan serai.
panaskan minyak masak dan tumis bahan yg telah ditumbuk tadi.
biar agak garing kemudian masukkan cili kisar..kacau hingga cili betul2 masak.
masukkan air asam jawa secukupnya dan kicap. masukkan ayam.biar sebati
dan mesra alam..kemudian masuk buah tomato yang di belah 6..kacau sekejab
supaya tomato tak hancur.
Siap untuk dihidang..sesuai untuk dihidang pada tetamu juga.
Selamat mencuba.

Wednesday, March 04, 2009

Erti Cinta...Erti Perkahwinan

Suatu hari, Zarif bertanya pada gurunya,
"Apa itu cinta? Bagaimana saya boleh menemukan cinta?"

Gurunya menjawab,
"Ada ladang gandum yang luas di depan sana..berjalanlah kamu dan tanpa boleh berundur kembali,kemudian ambillah satu saja ranting, jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan,ertinya kamu telah menemukan cinta".

Zarif pun berjalan dan tidak beberapa lama,dia kembali dengan tangan kosong,tanpa membawa apa2pun.

Gurunya bertanya:
"Mengapa kamu tidak membawa satu pun ranting?"

Zarif menjawab"
"Aku hanya boleh membawa satu saja.dan saat berjalan tidak boleh mundur kembali. sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah akan ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tidak ku ambil ranting tersebut. Saat aku meneruskan perjalanan lebih jauh lagi baru ku sedari bahawasanya ranting2 yang kutemukan kemudian tidak sebagus ranting tadi, jadi tak ku ambil sebatang pun pada akhirnya".

Gurunya kemudian menjawab:
"Jadi ya..itulah cinta".

Cinta itu semakin dicari, maka semakin tidak ditemukan.
Cinta adanya di dalam lubuk hati,
ketika dapat menahan keinginan dan harapan yang lebih.
Ketika pengharapan dan keinginan yang berlebih akan cinta
maka yang dia dapat adalah kehampaan..
tiada sesuatupun yang dia dapat,dan tidak dapat dimundurkan kembali.
Waktu dam masa tidak dapat diputar mundur.
Terimalah cinta apa adanya.


Di hari yang lain pula Zarif bertanya lagi pada gurunya:
"Apa itu perkahwinan? bagaimana saya mampu menemukannya?"

Gurunya pun menjawab:
"Ada hutan yang subur di depan sana, berjalanlah tanpa boleh mundur kembali(menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, kerana ertinya kamu telah menemukan apa itu perkahwinan".

Zarif pun berjalan, tidak seberapa lama,dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar atau subur dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa2 saja.

Gurunya bertanya:
"Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?"

Zarif pun menjawab:
"Sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong..jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini dan aku rasa tidaklah buruk amat, jadi ku putuskan untuk menebangnya dan menbawanya ke sini. Aku tidak mahu menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya."

Gurunya kemudian menjawab:
"Dan ia, itulah perkahwinan."

Perkahwinan adalah lanjutam dari cinta..adalah proses mendapatkan kesempatan, ketika kamu mencari yang terbaik di antara pilihan yang terbaik di antara pilihan yang ada, maka akan mengurangi kesempatan untuk mendapatkannya.
Ketika kesempurnaan ingin kamu dapatkan, maka sia-sialah waktu dalam mendapatkan perkahwinan itu..kerana sebenarnya kesempurnaan itu mengecewakan.


"Cinta dan Perkahwinan umpama aur dan tebing,tiada satu darinya maka hancurlah kedua2nya"

Tuesday, March 03, 2009

1001 lelaki

'Kecantikan Lelaki'

Bagaimana yang dikatakan lelaki itu 'Cantik'? kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi murninya rohani. Lelaki yang cantik adalah:

1. Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk sesuatu ingatan.

2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3. Lelaki yang memberi madu,walaupun setelah menerima racun yang berbisa.

4. Lelaki yang tenang dan lapang dada walaupun menghadapi konflik yang tidak berkesudahan.

5. Lelaki yang baik sangka dan sentiasa memikir untuk kebaikan diri dan orang di sekelilingnya.

6. Lelaki yang tidak pernah putus asa, jauh sekali mengeluh dan merungut.


Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Dan keseluruhan kecantikan itu ada pada Nabi Muhammad S.A.W dan ia adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


"lelaki dan wanita sebenarnya saling perlu memerlukan antara satu sama lain"

Sunday, March 01, 2009

Pengemis Dan Isteri Cantik

(gambar sekadar hiasan)

Suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan di ruang tamu,datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

"Tolonglah encik,saya lapar,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi"

Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking pengemis itu.

Dalam hatinya berkata " aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk org lain,tetapi untuk diriku dan keluargaku."

Si isteri tidak dapat berbuat apa2 dengan sikap suaminya walau dalam hatinya ada niat hendak bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dgn lelaki lain.

Pada suatu hari,sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba2 seorg pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorg pengemis.

Suami yang baru itu menjawab dengan tenana :

"Demi Allah.sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!".


Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya di atas. Ada masa dan ketikanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya.

Rasulullah S.A.W.bersabda yang maksudnya: : "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan".

"Barang siapa mempunyai harta,maka bersedekahlah dengan kekayaanmu, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga,bersedekahlah dengan tenaganya."


"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kekafiran,dari kemiskinan(yang menyedihkan)dan dari seksa kubur (yang membinasakan) Ya Allah,tiada Tuhan selain Engkau"

1001 lelaki


1o sebab kenapa lelaki kekal membujang?

..bila mata semakin luas mengenal manusia bernama lelaki ni..baru tahu rupanya ramai yang masih membujang..ingatkan perempuan yang lebih ramai dari lelaki..inilah kemungkinan sebab2 lelaki kekal membujang:

1. Memang tidak ada nafsu terhadap perempuan - hmmm... something wrong tu..

2. Ada pengalaman pahit dalam bercinta..mgkin ditinggalkan kekasih sehingga wujud perasaan tidak mempercayai perempuan lagi.

3. Dilahirkan dalam keluarga yg porak peranda atau pernah melihat kekejaman ayah terhadap ibunya.

4. Terlalu mencintai seseorg dan apabila cinta tak kesampaian terus hilang selera utk berumahtangga.

5. Takut tidak bahagia bila berumahtangga nanti.

6. Meragui kemampuan seksualiti sendiri.

7. merasakan lebih bebas dan senang hidup sendiri.

8. Terlalu sibuk dengan pelajaran atau pekerjaan.

9. Bimbang tidak boleh menbahagiakan isteri dan takut mendapat anak cacat atau tidak cemerlang sebagaimana dirinya.

10. Sentiasa merasa tidak bersedia dari segi kemampuan material dan takut pasangan kecewa tidak dapat apa yang diinginkan.


Mengapa Lelaki Pendek Umur -

(mengikut dari kajian pakar- yang tepat... pendek atau panjang umur seseorg Allah yg tentukan)

1. Lelaki lebih banyak merokok dan minum arak berbanding wanita yang biasanya suka mengamalkan cara hidup sihat.

2. Lelaki selalunya tidak mahu berjumpa doktor bila ada masalah kesihatan.

3. Lelaki sering memandang remeh keselamatan diri dgn melakukan aktiviti merbahaya.

4. Kerja adalah segala2nya bagi lelaki. sikap begini sering menyebabkan mereka lebih tertekan dan menyebabkan emosi mereka terganggu.


Bagaimanapun semua ini akan dapat dielakan jika anda mempunyai rasa sayang pada diri sendiri dan sering melakukan pemeriksan kesihatan dan mengamalkan cara hidup sihat.


Entri ini dihasilkan dari pembacaan idalara dalam majalah MIDI..kajian terhadap lelaki dan banyak petua2 untuk lelaki bakal idalara beri.


Menu Sekeluarga Hujung Minggu

Dua hari tak jenguk blog...sesuatu berlaku pada pc...jadi bg dia rehat sehari dua..seharian (28 Feb) melepak je kat rumah..sesudah subuh lagi aku dah mula fikir nak buat breakfast apa untuk anak2..teringat pulak pesanan anak bungsu mlm sblmnya.."ibu..nnti lepas ibu solat subuh,ibu buat cekodok udang eh..pastu ibu tidorlah balik.." hehehe..anak aku tahu ibunya kalau hari cuti suka bermalas2..kdg2 breakfastf pun dah menjelang matahari naik..tp 28 Feb itu ibu diaorg rajin sgt..ni lah hasilnya...cucur udang dan nasi goreng anika rasa(tidak disertakan resepi)

Cucur Udang - biasanya anak2 tak gemar makan kentang dan karot..so aku dapat idea mcmne nak bagi diaorg makan kentang dan karot. inilah resepi pg sabtu idalara.

Cucur Udang Anika Rasa

Tepung gandum 400gm
Udang di buang kulit - di racik2
dua biji kentang - dipotong dadu kecil
sebatang karot - juga dipotong dadu
garam secukup rasa + dengan semangkuk air
telor ayam sebiji

Cara2nya...

campur semua bahan dalam satu mangkuk..bancuh dengan air dan kacau sehingga sebati dan agak lembut..panaskan minyak dan gorenglah seperti biasa hingga kekuningan.
Sesuai dimakan dgn sos cili..berkhasiat untuk anak..sesuai dihidang tak kira pagi atau petang.

Siap sediakan sarapan pagi..biasanya aku terus siapkan bahan2 untuk makan tengahari....teringin nak makan tom yam..agak lama tak masak tom yam..so inilah hasilnya..

Tom Yam Campur

1/4 bahagian ayam - dipotong kecil
300gm udang basah- dibuang kulit
4 ekor sotong - dipotong 4
serai - 5 batang diketuk sikit
20 biji cili padi - diketuk sedikit
daun limau perut - 5 helai
limau nipis - 2 - 3 biji
sos tom yam adabi - ikut keperluan
3 ulas bawang putih ditumbuk
bunga kobis
carrot
buah tomato 2 biji dibelah 4.
(pastikan semua bahan telah dibasuh bersih dan diselawat)

Cara2nya:

Tumis bawang putih..bila agak kekuningan masuk sedikit air.
masukan serai,daun limau..tambah air dan masuk carrot dan ayam.
Masukan cili padi dan perisa tom yam..biar mendidih hingga carrot dan ayam empuk.
Masukan udang,sotong,kobis bunga dan perahkan air limau nipis.
Akhir sekali masukkan buah tomato yang dibelah 4. Jangan lupa garam mengikut rasa.

Siap untuk dihidang dgn nasi panas.


Bagaimana? mudahkan...jika memasak dari hati pasti mudah dan sedap..

Selamat mencuba.


"Sesungguhnya air tangan ibu dari hati yang suci dan murni tidak akan dilupai sampai bila2 pun"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...