Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Thursday, April 29, 2010

Takziah

Semalam 28hb April, berakhirlah penderitaan anak kecil yg berusia 2 tahun itu..setelah hampir setahun menderita penyakit kancer hati...

Ibu dan ayahnya, redhalah permergian anak kecil itu dari berterusan menderita menanggung kesakitan yang teramat sangat......biarlah arwah bersemadi di syurga firdausi..

Anak yang dimaksudkan adalah anak saudara kepada Pegawai Akaun tempat aku bekerja, sepanjang anak kecilitu sakit ibunya rela bercuti tanpa gaji untuk menjaga anak yang sakit...betapa besar pengorbanan ibu sanggup bercuti tanpa gaji selama 9 bulan kerana mahu sentiasa di samping anakanda tercinta hinggalah ke akhir hayatnya..

Insyaallah setiap pengorbanan ibu dan ayah pasti dibalas di akhirat kelak..

Al Fatihah.

ps..yang paling hampir dengan kita ialah kematian..tak kira usia, dimana dan bagaimana kita pasti dijemputNYa.

Monday, April 26, 2010

Bila Si Bungsu Meminta...

Bila anak bungsu meminta, aku jarang sekali hampakan..dan pastinya aku akan teringat semula kata2 dari arwah abah mereka semasa bersama dulu :

"Ibu, kalau adik (panggilan utk Abdullah Zaki)yang mintak mesti ibu kalah, kalau anak lain tu payah sikit"

Maksud arwah..bila anak bungsu yang meminta aku tidak pernah hampakan..dan bila anak2 yg lain minta aku buat tk kisah je..sebenarnya bukan begitu..semua anak bagiku sama saja perhatian dan kasih sayang yang aku berikan..tiada istilah pilih kasih. Mungkin arwah yang tidak perasan.


Malam tadi selepas solat maghrib anak bungsu meminta dimasakkan ketam..sebenarnya dah dua hari ketam tersebut aku beli..tapi tak sempat nak dimasak kerana sepanjang dua hari berada di Masjid dn di ofis...pulak tu bila balik dari masjid pasti aku dibekalkan dengan makanan yang berlebihan...penat memang penat tp kerana permintaan si bungsu aku masakkan juga ketam kesukaan dia.

Sambil memasak, tetiba tekakku teringin sangat nk makan bubur gandum @ caca..memandangkan tiada bubur caca di rumah maka aku buatlah bubur gandum...siap masak gulai ketam dan bubur gandum, aku memilih menikmati bubur gandum...hmmmmm...Alhamdulillah betapa sedapnya menikmati bubur yang masih panas.

Bila rajin tak kira waktu malam pun sanggup buat..tapi bila malas, usah kata nk masak..nak ke dapur pun malas. Tapi itulah bezanya bila masak sendiri dengan beli...pekat..lemak berkrim dan pastinya sedap. Dan yang paling penting terjamin bersih. Sebahagian dari bubur gandum ini aku bawa ke pejabat, dapatlah rakan2 merasa. Kembang hati bila dipuji sedap.


Sunday, April 25, 2010

KepadaMu Kekasih


Ya Allah.
PadaMu aku curahkan
kasih sayang dan kesetiaan ini
Engkau tempatku mengadu
Tempatku meminta dan berharap
Engkau satu-satunya penghibur hatiku
Penyelamatku kala kedukaan
Dan pententeram hatiku kala kelukaan
Engkaulah segala-galanya buatku.
Ya Allah.
PadaMu kuserahkan jiwa dan raga
tiada yang tertinggal buatMU
kerana hanya Engkau yang lebih mengerti
walau saat aku berpaling dariMU
Engkau tetap menerima diriku
Engkau tetap memberi cintaMu
Ya Allah
Ampunilah hambaMU ini
sesungguhnya hidup dan mati
hanyalah untukMU.
ps..biar jauh beribu...akan ku kejarMu...biar dia semakin jauh di hatiku tetap dekat.

Saturday, April 24, 2010

Aktiviti Sepanjang Minggu...

Wahhh...sibuknya aku sepanjang minggu ini...(rasanya tk pernah aku tak sibuk..) Dalam kesibukan menyiapkan bermacam2 keja di pejabat..sempat juga aku dan beberapa org ofismate buat surprise untuk dua org staff yang menyambut ulang tahun kelahiran mereka semalam..hanya sehari aku merancang...belikan kek dan masak sejenis dua makanan alakadar ..namun siapa saja pasti rasa terharu jika ada teman2 yang buat kejutan begitu...walaupun sambutan tersebut sangat sederhana..kalau aku pastilah akan menangis gembira..bukan mudah nak dapat kejutan begitu di pejabat..masing2 sibuk hinggakan kdg2 kala terlupa tarikh2 penting dalam hidup seseorg.

Azlinda menyambut ulang tahun ke 28 dan Wan Azri yang ke 31....muga berbahagia dipanjangkan usia dalam keberkatan dan dilimpahi rezeki.

Tom Yam yang aku sediakan ini sepatutnya dimakan dengan bihun...tapi jadi sebaliknya...siap beli nasi lagi..


Bihun goreng lada sulah...sedap bila makan beramai-ramai..
Kelas Fardhu Ainku...
Hari ini sudah 4 kali aku mengikuti kelas Fardhu Ain di Masjid yang dibuat oleh Akedemi Zakat...rasa sedih tiap kali kelas tidak mendapat sambutan..memandang wajah ustaz Izuan aku jadi kesian..tiap minggu hanya 7 ke 8 orang saja yang datang, namun Ustaz Izuan tidak pernah luntur semangatnya untuk mengajar kami...Alhamdulillah aku tidak pernah lagi gagal menghadirkan diri..
Topik hari ini banyak berkisar mengenai cara2 mengurus jenazah dan solat jenazah..sebelum itu ustaz Izuan menyentuh soal2 sebelum mati..bagaimana sakitnya saat nyawa dicabut dari badan...saat menempuh sakratulmaut...Subhanallah betapa sakitnya tidak dapat digambarkan..sedangkan Nabi Muhammad SAW merasa sakit walaupun Malaikat mencabut Roh Baginda dengan penuh kelembutan dan kehalusan...apalagi kita manusia biasa yg terlalu banyk dosa ini..
Insyaallah esuk adalah hari terakhir kelas Fardhu Ain tersebut..aku berharap muga Pusat Zakat akan menganjurkan lagi kelas2 pengajian lain pula..terlalu banyak kekurangan diri yang perlu diperbaiki dan ditambah untuk bekalan di sana nanti..
Sekembalinya dari Masjid aku terus ke ofis...penat?letih? memang...kalau tak dikuatkan semangat aku pasti dah balik ke rumah merehatkan badan, namun komitmentku terlalu banyak...muga Allah beriku kekuatan dan dipermudahkan segala urusanku di dunia dan akhirat.

ps.... tanpa berbuat apa2..tanpa kesibukan...akan membuat aku lebih letih..kerana memikirkan banyak hal...jadi biarlah kesibukan ini menjadi temanku...

Tuesday, April 20, 2010

Wajah Kesayangan Hamba..

Ku tinggalkan Melaka yang menyimpan seribu memori yang tak pernah terpadam..ku singgah N9 yang mengundang sejuta ingatanku padanya..dan kini aku di sini, di sebuah daerah yang menjanjikan sebuah harapan.

Tiga beradik dapat berkumpul bersama

Alhamdulillah dengan doa teman2, hasrat untuk pulang ke kampung terlaksana sudah, mak terkejut dan tersenyum lebar bila aku muncul di hadapan mak dan terus mencium pipi mak, mak tak sangka aku balik kerana sewaktu mak call haritu aku kata mungkin aku tak balik sebab keja terlalu banyak....kiranya aku nak surprise kat mak...

Beberapa jam bersama nenek dan semua family rasa terlalu sekejap..ntah bila dapat berkumpul semula....waktu terlalu cemburu untuk aku berlama2 dengan nenek. Paling seronok bila kali ini aku berpeluang bertemu dengan dua org adik perempuan nenek...wajah2 kesayangan hamba..yang semakin dimamah usia...

Unik sungguh nama nenek dan adik2nya..Nyapon, Nyabin dan Nyasom..gambar yang sempat ku rakamkan ini tidak berapa jelas namun aku rasa sangat puas hati kerana baru pertama kali aku dapat merakamkan gambar mereka bertiga.

Adik nenek yang bernama Nyasom menetap di Johor Bharu..saat yang sangat memilukan bila 3 beradik ini hendak berpisah..aku memang tak sanggup melihat drama airmata ini, sedih rasanya....tangisan pilu, entah bila bertemu lagi, bertemu lagi atau tidak antara mereka bertiga........... memang jarang2 dapat berkumpul begini..disebabkan faktor kesihatan dan usia...nenek dah tak suka nak kemana2..walau dipujuk anak2 untuk tinggal bersama..nenek tetap mahu menetap di rumah sendiri..mujurlah salah seorang anak nenek tinggal bersama...

Menjelang petang aku meninggalkan rumah nenek dengan rasa sayu pilu...rasa terkilan sebab tk sempat menjenguk abah di rumah..hanya dapat bertanya khabar dengan panggilan telefon..abah demam sejak balik dari mengerjakan Umrah..mungkin perubahan cuaca..mudah2an abah cepat sembuh.

Duhai masa....bila agaknya aku dapat bertemu mereka lagi....merekakah atau aku yang pergi dulu hanya Maha Pencipta Yang Maha Mengetahui...Mudah2an wajah2 kesayangan hamba ini sentiasa dibawah RahmatMu Ya Rabb.


Saturday, April 17, 2010

Bila Rindu Menggamit....

Aku merupakan anak perempuan sulung dalam keluargaku dan sekali gus adalah cucu perempuan sulung dalam keluarga mak...mak adalah anak sulung dalam keluarga mak...sebagai cucu perempuan sulung pastinya nenek dan arwah atok sangat sayang padaku (agaknya lah kot)..aku sudah ingat2 lupa wajah arwah atok..rasanya sudah hampir 30tahun arwah atok meninggal kan nenek...menjadi kelaziman wanita2 dahulu jarang berkahwin setelah kematian suami mereka. setianya hingga akhir hayat.........dan mungkin aku juga mengikut jejak nenek...sendirian dihujung2 usia ini... :(
Inilah nenek yang aku maksudkan...hanya satu2nya nenek yag aku miliki di dunia fana ini...ibu kepada makku... Nenek dan atuk sebelah abah sudah meninggal dunia sejak aku di sekolah rendah lagi...usia nenek sudah melewati 90 tahun..Alhamdulillah... ingatan dan penglihatan nenek masih baik.

Semalam mak call dar Kg..( sertamerta rindu menggamit) kata mak, ahad ini nenek akan membuat kenduri kesyukuran sempena siapnya rumah baru nenek...semua kaum keluarga akan berkumpul...mak memanggil aku pulang menghadiri kenduri tersebut..aduhai....dengan kesihatanku yg tak berapa bagus (kepalaku sudah hampir seminggu sakit)...dengan keja2 yang bertimbun di pejabat..mengikut perancangan aku, dua hari ini (sabtu dan ahad) sepanjang hari aku akan duduk di opis menyiapkan bayaran Takaful Keluarga Hikmah yang mesti dibayar sebelum akhir April ini...aku hanya merancang dan berdoa namun Allah yg mengatur perjalanan hidup ini...

Bila mak call...hati aku jadi cair dan berbelah bagi, teringat wajah mak dan nenek......pun sebenarnya aku masih tk puas bersembang dengan mak semasa bertemu di airport Ahad lepas...jika aku balik esuk sekurang2nya boleh juga mendengar cerita mak semasa di Mekah Al Mukarramah.

Hari ini sejak pukul 8 pagi tadi aku sudah terperuk di opis hingga pukul 6.00 petang...baru suku keja2 ku selesai...kalau difikirkan keja smpai mati pun tk habis..aku rasa waktu kenduri beginilah aku dapat bersama2 semua keluarga sebelah mak..masa Hari Raya pun tak semua dapat berkumpul..pasti seronok dan happening!

Wah....berkobar2 rasanya nak balik....Hati ku bulat dan tekad...esuk sesudah subuh aku akan melangkah...lupakan semua keja2 di ofis dan kesakitan yang dah sinonim denganku......tujuanku hanya satu...balik kampung jumpa mak dan nenek...mudah2an perjalanan sehariku esuk dipermudahkan dan diberkati.....Insyaallah.

ps....aku ini wanita biasa..kadang ku kuat seteguh karang...kadang ku rapuh...lemah merana.....

Tuesday, April 13, 2010

Tanda Hati Teman2

Salam sayang semua...sudah seminggu dah update...namun sesekali tetap singgah di rumah teman2 menziarah. Kesibukan dan kesihatan sering membataskan pergerakan..segalanya jadi amat terhad..betapa cepatnya waktu berlalu.....rasanya baru sangat mak abah ke Mekah mengerjakan Umrah..Alhamdulillah sudah selamat kembali pada 11 April baru ni.

Sejak beberapa minggu lalu aku ada menerima beberapa tag dan awards dari teman2 di sini..namun aku mohon maaf kerana masih tak sempat menjawab tag...dan beberapa awards dari teman2 dapat aku paparkan di sini. Ribuan terimaksih aku ucapkan buat yang memberi.

Terimaksih daun keladi....

Award dari Kamsiah..aku ni termasuk dalam senarai top blogger ke..?

Award dari Kak yong...terimaksih Kak Yong

Award yang cantik ini dari Mamawana

Mudah2an kesihatan dan kesibukan ku akan pulih seperti biasa, supaya dapat bersiaran lebih kerap dn menziarahi teman2 semua..aku mohon maaf andai tk sempat ziarah ke rumah teman2. Insyallah aku pasti ziarah.

Sunday, April 04, 2010

Ayah..Apa Dosaku...

Gambar hanya hiasan..

Anak adalah satu anugerah dari Allah..walaubagaimanapun keadaan fizikal dan mentalnya...dia tetap anak yg diamanahkan untuk kita ibubapa.

Namun rupanya masih ada seorg ayah yang tidak pernah bertanya khbr anaknya sejak dia berpisah dengan ibu kanak2 tersebut iaitu bekas isterinya dan amat menyedihkan anak itu cacat anggota sejak dilahirkan, hanya terbaring sepanjang masa...sekarang usia anak beliau sudahpun 20 tahun...dan yang buat aku merasa terkilan serta marah sangat kerana ayah anak tersebut adalah rakan seofisku!

Jika aku pernah diuji dgn berbagai dugaan.. kiranya wanita ini lebih berat dugaan yag harus ditempuhi sepanjang bergelar ibutunggal dan memelihara seorg anak OKU..bayangkan dengan fikikalnya yang kecil dia berdaya menmpung anaknya untuk dimandikan dan membawa ke klinik atau sebagainya.

Sedihnya bila wanita itu bercerita padaku bagaimana dia terpaksa meninggalkan anaknya bersendirian di rumah sewaktu dia bekerja...dia hanya pulang waktu tengahari untuk memberi anaknya makan. Hendak mencari pengasuh dia tak mampu..apa lagi menghantar anaknya ke pusat jagaan...kalau dulu ada juga ibunya menjaga, kini ibunya pun sudah terlalu tua dan uzur.

Segala kisah ini terbongkar bila baru2 ini mahkamah memerintahkan bekas suaminya membayar nafkah anaknya sebanyak rm500 sebulan kerana mengabaikan nafkah anaknya selama bertahun2. Akulah yang membuat bayaran tersebut pada setiap bulan dengan potongan gaji bekas suaminya.

" Akak bukan nakkan sgt duit dia...akak nak dia ingat dia ada sorg anak cacat....cukup kalau dia telefon tanya khbr atau ziarah sebulan sekali pun..akak sedih sgt sejak berpisah hampir 10 tahun tak pernah sekalipun dia tenguk anak dia....dia tkde perasaan ke...sebagai seorg ayah..Alhamdulillah Allah bg akak kekuatan memelihara anak ini...mcmne bila akak tkde..sape nk ambil anak akak tu..dia tkde adik beradik... adik beradik akak pun tk mungkin mahu menjaga anak akak nanti" begitulah kata2 wanita tersebut yang aku memang aku kenali dengan panggilan kak A.

Aku pernah bertanya pada lelaki itu (dengan berhati-hati)...dia tk ingat ke kat anak dia...dia tk jenguk ke anak dia..dia hnya menjawab dengan mencebirkan bibirnya...kalaulah anak itu mampu berkata2 dia pasti bertanya:

"Ayah apakah kerana aku cacat maka ayah membenciku..apakah dosaku hingga ayah tidak menerimaku"


ps...Aku kagumi kak A yang tabah dan cekal..mudah2an Allah beri ganjaran yg setimpal dgn pengorbanan beliau di akhirat kelak.

Saturday, April 03, 2010

Buat Para Suami - 9 Signal Anda Masih Romantis....

* Tujuan aku menerbitkan entri ini tiada terlintas sedikitpun dihati mahu menyuruh para suami meniru budaya barat..*aku memohon maaf andainya entri ini membuat segelintir para pembaca terkeliru dengan tujuanku.....tujuan ku hanya untuk dikongsi bersama dan tiada langsung menyentuh soal agama*


Baru lepas buat 'Bank Reconcilition"..pale otak dah rasa tepu sangat sbb masih tak balance2 dari td, yang tk balancenya hanya 18 sen...tak ke haru, kalau beribu ok gak.....so..nak release tension baca majalah MIDI...agak menarik isu yang aku baca kali ini..

"Lelaki Melayu Tidak Romantik" paparan sebuah akhbar tempatan pastinya mengundang rasa tak senang dikalangan para suami bernama melayu...jadi, andai kata suami anda masih romantik pastinya dia memiliki ciri-ciri dibawah:

1. Masih memanggil isteri dengan panggilan kasih sayang seperti 'yang, anja, ling atau baby' (walaupun body kita dah tak macam baby lagi) panggilan suami tetap hangat dan penuh kemanjaan untuk isteri.

2. Sentiasa memuji masakan isteri walaupun dah 20 tahun, masakan isteri masih ditahap lama dan tak penah improve...untuk mengambil hati isteri.

3. Masih lagi memuji-muji kecantikan isteri tercinta walaupun kecantikan kita hampir pudar dan pupus, kerana pada usia midi dan atas beberapa faktor, suami tetap memuji : "ayang tetap cantik macam abg mula-mula kenal dulu"

4. Membawa isteri ke tempat2 yang menjadi nostalgia percintaan laila-majnun kita dulu-dulu...tempat mula2 bertemu. dapat anak pertama dan sebagainya agar kasih sayang terus bersemarak dan menyala

5. Membeli hadiah di hari-hari istimewa isteri seperti ulang tahun perkahwinan atau hari jadi isteri atau membawa isteri ber'candle light dinner'berdua2an sempena hari penting itu.

6. Masih kerap memberi sentuhan2 manja dan mesra pada kita, ciuman di dahi sewaktu hendak ke tempat kerja, genggam tangan kita dengan erat dan penuh kehangatan sewaktu berjalan berdua2an, cuiman di pipi tanda kasih masa hari2 istimewa..kalau ada maknanya masih romantiklan suami kita.

7. Selalu call isteri walaupun bertugas jauh dan rajin hantar mesej2 tnya khaabr atau tanya apa saja...smpai kdg2 kita naik rimas sebab terlalu kerap hantar sms...

8. Suami memeluk kita 7 kali sehari dengan memberi ucapan mesra, bukannya 7 hari sekali!!..seseorg yang sering disentuh oleh pasangannya sekurang2nya 7 kali sehari akan menjadi hangat dan mesra dalam perlakuan dan kata2.

9. Sering mengajak kita berdua-duaan tanpa riuh rendah dengan membawa kita bercuti, beriadah, berkelah atau ke tempat-tempat yang romantik.

Setelah kita semak jwpannya lebih banyak TIDAK dari pada YA, janganlah kita bersedih hati atau merajuk kerana itulah suami kita..sabar sajalah, yang penting hatinya tetap pada kita...dan teruskan kehidupan bersamanya dengan lebih ceria.

Tapi andai jawapannya lebih banyak YA dari TIDAK, tahniah kerana mendapat suami yang cukup romantik walaupun sudah lama hidup bersama. Jagalah perkahwinan anda hingga akhir nanti.

ps...buat dia...muga kamu berbahagia walau dengan siapapun pilihanmu..dan pasti kamu akan menjadi suami yg romantis :)

sumber : midi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...