Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, December 28, 2008

Hijrahku

Awal Muharram datang lagi..1430 Hijriah,menoleh kebelakang terasa betapa kecilnya diri..tiada penghijrahan di tahun2 yang telah berlalu..duhai waktu kiranya dapat ku putarkan,aku ingin kembali ke alam remajaku yang penuh azam dan tekad,penuh suci dan murni...
Awal Muharram 1430 ini...Ya Rabbul Alamin Tuhan sekelian Alam..ku panjatkan kesyukuran kerana dalam kepayahan aku masih mampu teruskan perjalanan hidup ini yang penuh ranjau dan duri,penuh tipu daya dan muslihat..
Awal Muharram 1430 ini...Ya Rahman Ya Rahim Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang..aku ingin berhijrah kearah yang lebih baik..aku ingin meninggalkan segala dosa dan noda..aku ingin menjadi hambamu yang sujud dan mengabdikan diriku padaMu...
aku ingin mencintaiMU Ya Allah.
Awal Muharram 1430 ini..aku ingin berhijrah dari kemiskinan yang membelenggu kehidupanku..Hanya padaMU ya Allah aku bermohon dan meminta pertolongan.

Datanglah wahai 1430 Hijriah..akan ku nantikan kehadiranmu.

Saturday, December 27, 2008

Hantaran Hati


Majlis Pertunangan

25 hb 2008..setelah agak kelam kabut,akhirnya kami memulakan destinasi ke Beruas Perak atas tujuan meminang dan majlis pertunangan adik lelaki bungsu. Dengan Sebuah MPV dan 4 buah kereta kami bergerak di awal 7 pagi. Dalam hati bukan nak sangat pergi majlis tu tapi lebih pada nak makan angin..dah terbayang2 Pulau Pangkor yang diwar2kan sangat cantik.
Entah sebab terlalu 'excited'nak bertunang atau memang dah lupa jalan ke rumah bakal tunang,beberapa kali adik tersilap jalan..akhirnya bertemu juga dengan bantuan sedara bakal tunang adik.
Selesai majlis merisik, meminang dan menetapkan tarikh majlis pernikahan,sebagai kakak yang sulung aku ditugaskan menyarung cincin pertunangan..maka termeterilah satu perjanjian antara lelaki dan perempuan..dan aku bakal mendapat seorg lagi adik ipar.
Selesai majlis kami bertolak ke Lumut..malangnya oleh kerana kesuntukan masa program hendak ke Pangkor terpaksa dibatalkan...hanya ke Lumut menyaksikan keindahan pantai dan membeli belah makanan laut...
petang itu juga kami bertolak balik ke Melaka dengan doa dan harapan muga jodoh adik berkekalan.......Amin.

Monday, December 22, 2008

Kawan


Ada seorg kawan yang aku suka sangat..
aku tak mungkin lupa pada dia.....
tak tahu dia suka pada aku atau tidak..
tapi nama dia tak pernah terpadam dari hatiku..
telah terpahat kemas dalam sekeping hati.
Aku ingin bertemu dia..
tapi aku tak tahu dia mahu bertemu denganku atau tidak...
aku malu nak bertanya..memang aku takkan tanya...
ah..biarlah..bila aku rindu pada dia aku akan
tatap gambar dia...
siapa dia???...
Shhhh...rahsia...

Keletah Anak2 masa berkhatan...lucu..


Pose Manje...hehehe...

Kek Hari Jadi Anak Bungsu...hmmmm..Nyam,nyam..


Ibu Dan Ayah Tercinta


A true & Caring heart
doesn't have to speak loud,
A soft SMS is just enough.
Bcoz it's not the mouth
that really speaks...
it's the heart that feels...

2008 Penuh Memori

Pejam celik pejam celik..cuma beberapa hari saja tirai 2008 akan berlabuh..
dan tirai 2009 akan dibuka. Serasa baru semalam aku bersiar2 di ambang 2008..
kiranya kini akan ku tinggalkan..terlalu bnyk memori indah dan tidak sedikit memori pahit di 2008...dan diam tk diam sudah 4 tahun aku hidup bersama anak2 tercinta..tnpa seorag lelaki yg bergelar suami dan tnpa seorg ayah bg anak2 ku.
Namun satu peristiwa yg tetap terpahat dihati ku bila anak perempuanku mengambil keputusan menamatkan zaman remajanya dan kini telah bergelar isteri org..dan tak beberapa hari lg akan bergelar ibu dan aku pula bergelar nenek!!!aduhai..lucu kedengarannya...ku sangka dlm usia 50an baru ada suara2 halus memanggilku nenek!kiranya siapa sangka...apa agaknya perasaanku nanti bila aku bergelar nenek..sudah bersediakah aku? ntah..aku masih tidak temui jawapannya selagi dipangkuanku tiada si kecil yg bernama cucu.
Sedih..kesian...bersyukur..gembira..bercampur baur bila anak gadisku jadi isteri org.
sedih dan kesian bila muda remaja lg sudah memikul tnggungjwb sebagai isteri..bersyukur kerana ada lelaki yang sanggup menerimanya sebagai isteri..gembira?...ntahlah..apa pun aku tetap sentiasa mendoakan kebahagiaan rumahtangga ankku..muga kekal hingga akhir hayat..itu saja yang mampu aku lakukan.
Bila ditanya azam 2009...belum dirangka dalam mindaku..kerana azam 2008 pun macam tak tertunai...kiranya 2009 menjanjikan kebahagiaan dan kejayaan dalam hidupku dan anak2..aku ingin beri tumpuan lebih pada anak2ku..tak mahu kesilapan semalam berulang lagi... disamping meneruskan usahaku mencari rezeki apa carapun asalkan halal...mudah2an Allah memberkati usahaku.
Selamat tinggal 2008...........
Selamat datang 2009.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...