Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010...Selamat Datang 2011

Bismillah....Salam..

Hanya kira2 1 jam saja lagi 2010 akan meninggalkan kita..dan 2011 pula akan menjelma...Rasa terlalu pantas masa berlalu...sedar tak sedar setahun berlalu dengan membawa berbagai cerita suka dan duka...
Seperti biasa aku tidak pernah meraikan tahun baru...tiada yang istimewa kerana bagiku setiap awal tahun adalah sama..cukuplah Maal Hijrah..dan azam baru?....kalau org lain sibuk menanam azam baru...aku tidak memasang azam sebaliknya sedaya upaya memperbaiki kelemahan diri di tahun sebelumnya..mudah2an tahun 2011 ini akan menjadi lebih baik.

Buat semua teman2 yang singgah di sini aku hanya ingin mengucapkan " Selamat Menyambut Tahun Baru 2011" muga kehidupan kamu sentiasa diberkati Allah , berjaya di dunia dan akhirat.


Tuesday, December 28, 2010

Tolong aku selesaikan masalah ini.....

Bismillah....Salam.

Cuma 4 hari saja lagi penggal persekolahan tahun 2011 akan bermula, nampaknya cikgu cikgi mulalah sibuk kembali setelah agak lama tak memegang kapur...dan ibubapa pula akan kembali huru hara menjelang pagi...mana nk siapkan sarapan, nak kejutkan anak2 pegi sekolah...adik2 ni mesti liat nak bangun sebab dah sebulan lebih bangun lewat.....

Pada 30 Dis ini aku akan ke SMKBBST bersama Abdullah Zaki untuk majlis taklimat, watikah penyerahan anak2, pendaftaran dan pembelian buku sekolah...aku pula yang rasa teruja nk ke sekolah, nak tenguk ada tak murid tingkatan 1 yang lebih kecil dari Abdullah Zaki..!!
Sebenarnya aku tak bimbang samada Abdullah Zaki dapat menyesuaikan diri atau tidak...aku tahu dia memang senang dapat kawan dan ada saja yang suka berkawan dengan dia..aku tahu dia berani di luar dan bukan jenis pemalu..tapi...cuma satu masalah....

Tahun 2011 Aiman Zarif naik tingkatan 3..bermakna sesi persekolahan dia sebelah pagi, manakala Abdullah Zaki sebelah petang...kira2 pukul 11.30 barulah Abdullah Zaki akan ke sekolah pula.......setelah aku ke ofis, dia akan tinggal seorg diri sementara menanti waktu hendak ke sekolah...

Masalahnya sekarang....Abdullah Zaki seorg yang sangat penakut..dia sentiasa ditemani abangnya...kalau aku dan abgnya berada di rumahpun dia masih takut nak ke dapur atau ke tandas seorang diri...apalagi nak tinggal seorang diri nanti...puas aku dan abgnya berikan kata2 semangat dan peransang pada dia supaya jadi berani..tapi dia tetap takut dan tak berani tinggal sorang diri..

Takkan pulak aku nak bawa dia ke ofis tiap pagi, nak suruh dia bersiap satu hal....dah tentu menganggu tugas dan konsentrasi aku.., itu belum lagi tetiba ada bos muncul di pejabat pagi2 hari tu, apa penjelasan yang nak aku berikan......adoiii...payah jugak nak solvekan problem ini....pening aku nak pikirkan...

Macam mana nak buat ye....jika ada kawan2 yang boleh bantu aku selesaikan masalah ini harap dapatlah beri aku pendapat dan pandangan...mudah2an ada satu cara yang dapat menyelesaikan masalah aku ini...

Saturday, December 25, 2010

Alhmamdulillah...Rezeki Akhir Tahun...

Bismillah...Salam.


Alhamdulillah..walaupun kesihatanku tak berapa bagus sehari dua ini, namun dapat juga aku siapkan semua keja2 yang urgent..semua pinjaman anggota siap diproses dan masuk ke akaun mereka semalam (24dis)..senang hati dapat gembirakan hati orang lain..aku faham hujung2 tahun begini ibubapa memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk persekolahan anak2...mudah2an pinjaman mereka dapat dimanafaatkan dengan baik.

Hari ini buka2 saja emel..aku menerima sesuatu dari seorang sahabat lama Mezain yang agak lama tiada khabar berita..satu blogheader yang cantik...terimakasih Zain...walaubagaimanapun aku masih belum menukar header tersebut, masih menggunakann header pemberian wachak.

Inilah headar yang dihadiahkan oleh mezain pada aku...cantik tak.

Beberapa hari yang lepas pula, aku menerima tasbih yang cantik ini..pemberian rakan sekerja yang baru pulang dari Mekah, kedua2 tasbih ini sangat cantik..inilah pertama kali aku menerima tasbih begini...selalunya yang biasa2 saja...

Tapi satu berita yang paling mengembirakan hati aku dan semua kakitangan Koperasi ialah kelulusan bonus sebulan untuk tahun ini! berita tersebut aku terima malam tadi, disibarkan oleh rakan2 melalui sms..Alhamdulillah syukur padaMU Ya Allah,...segala penat lelah kami dihargai..memang sepatutnya kami diberi bonus sebulan memandangkan Koperasi mendapat pujian 4 bintang daripada SKM yang menjalankan Audit DDE selama 10 hari baru2 ini...

Insyallah pembayaran bonus akan dibuat pada minggu depan..alhamdulillah dengan bayaran bonus tersebut dapatlah aku gunakan untuk bayaran yuran dan pembelian buku2 sekolah anak2....selesai satu masalah yang sering menganggu fikiranku.

Hari ini aku bersiaran dari Kampung...petang semalam setelah selesai semua kerja2 yang penting aku meminta kebenaran pulang awal....pukul 3.00 petang di BBST dan tepat pukul 7.00 petang aku sudah berada di Melaka...dan sebelum pukul 7.00 petang ini insyallah aku akan berada di BBST semula.


p/s kembali ke kg membawa hati..di sini segalanya tenang dan mendamaikan..tiada yang terluka dan dilukai.

Wednesday, December 22, 2010

Puisi Untukku?

Bismillah....Salam....

Terkesima...atau lebih tepat terkedu bila aku menerima puisi ini..katanya khas untuku.....apa maksudnya...kerana selama ini aku tidak pernah merasa dia mempunyai apa2 rasa padaku..juga dia tidak pernah menunjukkan apa2 rasa padaku, jauh sekali menyatakan apa2 perasaannya padaku..cuma aku kerap menerima puisi2 indah yang ditulis buatku.

Dan bagiku puisi2 itu sekadar bacaan waktu santaiku...tiada mempunyai maksud yang tersurat di sebalik yang tersirat..sekadar puisi dari seorg sahabat kepada seorang sahabat..maafkan aku..untuk menerimamu tidak sama sekali kerana aku belum begitu mengenalimu dan aku lebih senang begini...

Di tengah malam syahdu nan pekat
ku teringat padamu, bayangmu
Selalu melintas di kelopak mataku
Ku cuba melupakanmu
Namun bayangmu, terus menghampiriku
Sunyiku kau tabur bunga rindu
kau bagaikan angin yang sejukkan
jiwa ragaku.
Namun kini sia-sia sudah mahligai cintaku
Mimpi indah tiada lagi, sirna terbakar
kayu arang menjadi abu
Ku cuba bertanya pada malam
Dia membisu
Angin berlalupun tidak memberi jawapan
Hanya satu yang terucap
Mengapa aku mencintaimu
Dan mengapa aku terlahir untuk terluka
Ku sedar, cinta tidak harus memiliki
Tapi aku tak bisa, aku tak rela
Mungkin ada yang lebih dariku..
Sampai masa pertemukan kita
Untuk kembali, atau terpisah selamanya
Sungguh hina diriku
Mencintai orang yang tidak mencintaiku
Dan takkan pernah menyayangiku...
p/s Puisi ini selayaknya ku tujukan pada 'dia' yang tak pernah luput dari ingatan.

Monday, December 20, 2010

Nak masak apa ye...

Bismillah....Salam.

Bila anak2 sedang nak membesar ni, selera makan mereka pun agak kuat, kadang tu rasa pelik tenguk, lepas makan nasi, sekejap lagi dah mengacau milo dan makan roti dengan kaya...kalau dulu roti gardenia sebuku tu 3,4 hari pun payah nk habis..sekarang ni dalam masa 2 atau 3 jam je dah separuh habis..tapi sudah baka ibunya yg kecik..makan banyak mana pun anak2 tetap macam aku ibunya. Hinggakan masa membeli kasut sekolah jurujual menyangkakan Abdullah Zaki baru di Tahun 3...padahal dah 12 tahun pun.

Mujurlah berdua, kalau berempat atau berlima perit juga aku nak siapkan duit makan minum anak2...tu sebabnya aku tak henti2 buat OT bila ada peluang, sekurang2nya bayaran OT yang aku dapat boleh juga membantu aku menambah pendapatan...apalagi menjelang sesi persekolahan 2011 yang bakal tiba.

Setiap pagi fikir nak masak apa untuk anak2, bangun subuh tadi rebus makaroni dan inilah hasilnya..anak2 suka sebab tak ada sayur2an dan tauge.

Makaroni digoreng dengan udang basah dan daging cincang...

Ayam masak lemak cili padai bercampur cendawan.

Lunch time......sambil melangkah kaki balik ke rumah aku berkira2 nak masak apa pula untuk hidangan tenghari, masakan yang mudah, cepat, sedap dan boleh disediakan dalam masa 1/2 jam. Akhirnya dalam masa1/2 jam dapatlah aku siapkan ayam masak lemak cili padi..rasanya dah berbulan aku tak masak menggunakan santan....kali ni ayam masak lemak cili padi ni agak lain sikit..aku saja2 campur cendawan..hmmmm sedapnya..pertama kali mencuba ternyata sedap..anak2 apa lagi..bersorak bila tenguk menu ini terhidang atas meja.

Tak lengkap pulak rasanya kalau tak ada sambal belacan...aduhaiii..kecur pulak air liur bila tenguk sambal belacan yang di perah limau nipis ni..

Alhamdulillah menu untuk hari ini dah selamat...esuk, lusa, tulat, langkat apa pulak? pening juga fikir nak masak apa setiap hari...mujurlah anak2 tak cerewet dan tak kisah walaupun lauknya hanya sejenis...kadang tu singgah blog2 yang menyediakan resepi..tak terikut rasanya kalau bahan2nya banyak dan berbagai..so...buat resepi sendiri yang ringkas, cepat dan disukai anak2.

~~Jom makan malam pulak~~

Saturday, December 18, 2010

Orang kita memang suka hiburan ke....

Bismillah...Salam...

Malam2 minggu ni duduk rehat2 sambil jenguk2 blog dan BW tangan mencari channel yang boleh di tonton...kot ada drama yang best ke malam ni..tapi..klik sana klik sini hampir semua rancangan siaran langsung yang berbentuk hiburan..eh...nape ni....orang kita memang suka muzik, lagu dan tari ke....adoiiii...

Kat TV 2...rancangan siaran langsung 'Pentas pilih kasih' bertambah lagi lah pelakon2 hebat kat negara kita ni..

Tukar channel yang ada tulis no 9 pulak ada siaran rakaman 'Idola Kecil"...tambah lagi anak2 kita menunjukkan bakat menyanyi atas pentas..tak minat aku tenguk budak2 ni beraksi macam org dewasa..kadang tu pakaian pun dah macam org dewasa...

Alaaaa..boringnya...jom tukar "Astro Ria" pulak...tu dia..siaran langsung juga...MM.... apa tu....oooo... mari menari...ada gak sesekali tertenguk rancangan ni..teringat ada sorg peserta tu sanggup buang tudung sbb nak masuk MM ni...
Tukarlah TV yang ada tulis No 3...eh..ada siaran langsung juga...lagi hebat sebab PM dan Isteri yang rasmikan...rancangan berbentuk muzikal dan tari menari untuk anak2...hmmm.....rasanya sehari yg lepas pun rancangan ala2 gini juga...pun PM, WF dan semua menteri2 pun ada..hebatkan...ish..tapi aku memang tak minat langsung tenguk rancangan ni...
Ish..cuba tenguk TV angsung 1....ooooo....goalllll...wah..siaran langsung perlawanan bola sepak...patutlah kedai depan rumah aku ni penuh dan riuh rendah...oklah layan jap..
Hah....ni baru betul...rancangan "Selami Jiwa" oleh Doktor Fadilah Kamsah....tapi rasanya tak ramai yang menonton rancangan ini...rancangan ni pun cuma diulang tayang...aku dah tenguk sebelum ni...
Agaknya orang kita memang suka betul rancangan yang berunsur hiburan...aku suka juga tapi bukanlah yang terkinja2 macam tadi tu.....naik rimas pulak tenguk....ye lah...lain padang lain belalang...lain orang lain minatnya..

Friday, December 17, 2010

Shopping untuk sekolah....

Bismillah...

Pejam celik pejam celik tahun 2010 tinggal berapa minggu je lagi... bermakna penggal persekolaan 2011 pun akan bermula tak lama lagi..ibubapa mulalah pening kepala nak buat persiapan untuk persekolahan anak2..lebih2 lagi yang mempunyai ramai anak yang bersekolah...

Aku tidak terkecuali...selagi kelengkapan persekolahan tidak aku beli selagi itulah aku risau....alhamdulillah, dengan bonus rm500 yg diberi kerajaan, aku gunakan sebaik mungkin untuk membeli pakaian, kasut dan beg sekolah anak...kalau nak harapkan bonus dari company rasanya hingga awal tahun depanpun masih tak berbelanjalah jwbnya.

Siang tadi aku bercuti...pagi2 lagi dah ke Pusat Pakaian Hari2 Nilai dengan anak2..awal2 lagi aku dh pesan, jangan minta apa2 yang tiada kaitan dengan sekolah..budget kecik je..mujurlah Aiman banyak mengalah...mana yang eluk lagi akan dipakai untuk tahun depan...so dapatlah kurangkan
belanja.

Pemandangan dalam kedai kasut...ntah apa yg dibincangkan dua beradik ni.

Antara barng2 yang dapat dibeli...nilai duit sekarang amatlah kecil...untuk perbelanjaan dua org anak2...rm400 pun dapat yang penting2 saja..itupun berbelanja di Pusat Pakaian Hari2..kalau nak pakaian berjenama macam 'Canggih" dan yang sewaktu dgnnya...tak cukup jawabnya.


Seorang anak hanya aku peruntukan sorang 2 pasang..Aiman mengalah lagi...seluar tahun lepas masih eluk jadi beli sepasang je.

Orang kata..ukur baju di badan sendiri..begitulah aku...sentiasa mengukur kemampuan diri sendiri untuk menyediakan keperluan anak2...ada rezeki lain kali boleh tambah sepasang dua lagi...sekarang aku hanya memikirkan wang untuk buku2 dan yuran sekolah saja..insyallah sgalanya dipermudahkan...insyallah rezeki anak2 yatim ini ada di mana2...selagi ibunya masih ada.

Thursday, December 16, 2010

Kisah 3 Anak Muda

Bismillah..

Abu Hurairah menceritakan, dia mendengar Rasulullah bercerita mengenai kisah 3 orang pemuda Bani Israel yang cacat, seorg sakit kusta, seorg berkepala botak dan seorg lagi buta. Allah ingin menguji mereka lalu mengirimkan malaikat menemui mereka.

Malaikat bertemu pemuda yang berpenyakit kusta dan bertanya, "Apakah yang paling kamu sukai?" Jawab pemuda itu, " Warna dan kulit yang bagus serta sembuh daripada penyakit yang menyebabkan orang jijik pada saya" Malaikat lalu mengusap kulit si pemuda dan sembuh dari penyakitnya. "Harta apa yang paling kamu sukai?" tanya Malaikat. "Unta" si pemuda lalu beroleh seekor unta bunting. Malaikat berdoa,"Moga Allah memberikan berkat dengan pemberian ini."

Malaikat pergi pula kepada pemuda kedua. si kepala botak dan bertanya,"Apa yang paling kamu sukai?" Kata pemuda , "Rambut cantik dan hilang aib yang menyebabkan org mentertawakan saya." Malaikat mengusap kepala si pemuda, lalu dia beroleh semula rambutnya yang gugur selama ini. Tanya Malaikat lagi, "Harta apa yang paling kamu sukai?" Si pemuda lalu meminta lembu bunting serta iringan doa malaikat.

Malaikat bertemu pula dengan pemuda yang buta..Dia bertanya apa yang dimahukan si buta, dan sudah pasti dia mahukan penglihatannya semula. Malaikat mengusap mata pemuda dan pemuda sudah boleh melihat semula. Lalu malaikat memberi seekor kambing kepada pemuda itu.

Haiwan ternakan 3 pemuda itu berkembang biak dan kehidupan mereka berubah menjadi senang. Beberapa lama kemudian malaikat yang sama datang menemui pemuda pertama, menyerupai seorg tua yang lemah. "Saya miskin, kehabisan bekalan, tiada tempat hendak dituju melainkan dengan pertolongan Allah melalui kamu..sudilah berikan saya bekalan untuk saya teruskan perjalanan."

Tetapi pemuda menjawab angkuh, "Saya banyak tanggungan." Malaikat berkata "Saya masih ingat kamu, kamulah si pesakit kusta!" Kata pemuda "Bukan, semua ini adalah warisan nenek moyang saya" Balas Malaikat, "Jika kamu dusta Allah akan kembalikan kamu kepada keadaan asal kamu!"

Malaikat pergi pula kepada pemuda kedua, pemuda itu juga dengan bongkak menolak kehadiran malaikat dan mengaku semua harta adalah warisan keluarga yang kaya raya. Kata Malaikat "Jika kamu dusta, Allah akan kembalikan kamu kepada keadaan asal. "

Akhir sekali Malaikat pergi kepada pemuda ke tiga. Kata Malaikat. "Saya miskin dan kehabisan bekalan dalam perjalanan, hanya dengan pertolongan kamu melalui Allah saya akan dapat sampai ke tempat tujuan, Saya memohon atas nama Allah yang telah memberikan kamu penglihatan yang baik, agar berikan saya seekor kambing supaya saya dapat sampai ke distinasiku"

Kata pemuda, "Dulu sya buta, kemudian Allah kembalikan penglihatan saya dan diberiNya ternakan ini. Ambillah sebanyak mana yang kamu perlukan dan tinggalkan bakinya untuk saya. Saya tidak keberatan sedikitpun terhadap segala yang kamu ambil kerana Allah"

Lalu Malaikat menjawab, "Tidak, simpanlah harta kamu, saya hanya mahu menguji, kamu orang yang diredai Allah, sedangkan dua rakan kamu dimurkai Allah!"


p/s Biar buta mata jangan buta hati..tapi kalau dua2 tak buta lebih baik.

sumber: MIDI

Wednesday, December 15, 2010

Puisi Tanpa Nama....


Dengan senang hati
Aku rubah deritaku
Menjadi bahagiamu
Menyatakan pujian daripada celaan
Mengakses kehidupan menciptakan nirwana

Bila benar di hatimu ada rasa
Jaga jangan biarkan dia layu
Biar cinta yang mengundang
Dan waktu yang akan menentu semua itu


Hidup tak seharusnya terus berlari
Penat dalam hidup ini tiada yang abadi
Helakan nafas berdiri menetapkan hati
Dan siapkan diri untuk berjalan kembali.



p/s telahku persiapkan diri dan hati...mental dan fizikal...keranaku tahu semuanya tidak pasti...
ku yakin dia pasti pergi...

Saturday, December 11, 2010

Alahai TM

Bismillah..

Jumaat semalam aku mendapat panggilan dari TM..@ Telekom Malaysia..hanya nak maklumkan bayaran untuk bil yang terkini telah tertunggak..aku pun tak faham apa maksud petugas TM tersebut..bila aku tanya tertunggak berapa bulan...dia kata lewat 4 hari...dah lewat pulak..tadi kata tertunggak..pada fahaman aku tertunggak tu bila bila bil bulan lepas tak dibayar dan masuk ke bil bulan baru..itu baru tertunggak.

Setelah menyemak boucer bayaran, ternyata bayaran telah aku buat minggu lepas..1 atau 2hb Dis..di Agrobank Cawangan ST..aku maklumkan pada petugas TM bayaran telah dibuat...mungkin pihak Bank yang belum update bayaran ke TM..bukan salah pihak kami pun!

Apa yg buat aku rasa tak puas hati tu, baru lewat 4 hari dah call bagi reminder...teruk gak aku 'bagi' kat petugas TM...aku tahu perbualan kami dirakam..eluklah kalau pegawai2 atasan TM dengar apa yang aku cakapkan pada pekerja mereka..

Aku cakap.."Bagus betul perkhidmatan TM...lambat 4 hari bayar bil dah call bagi peringatan, tapi bila line problem, bila internet bermasalah, berhari2, berminggu2 masih tak buat apa2 tindakan" (ada bukti...dua org staff yang mengalami kejadian tersebut..berulang ke TM..sampai bergaduh dengan pekerja TM pun masalah tak settle)

Aku cakap.."Cuba semak bayaran dari company saya...penah tak kami tak bayar atau tertunggak atau terlewat bayar...tak pernah sejak saya yang menjalankan tugas ni..bayaran sentiasa cepat dan tepat."

Aku cakap..."Apa TM dah teruk sangat ke sampai terpaksa call pelanggan bagi peringatan padahal baru 4 hari terlewat bayar...takde pulak call ucap terimakasih atau bagi apa2 penghargaan kerana bayar tepat waktu dan setia menggunakan perkhidmatan mereka.."

Aku tak marah kalau memang bil company kerap tertunggak atau bayaran tak cantik...cuma terlewat 4 hari, belumpun masuk ke bulan baru..belum masuk ke bil baru pun...dan yang pasti bayaran telah pun dibuat.

Alahai TM....kot ye pun nk bagi bonus pada pekerja TM janganlah sampai terpaksa call pelanggan nak suruh bayar bil..

Tuesday, December 07, 2010

SuperMak And SuperAbah

Bismillah...

Alhamdulillah..malam semalam aku selamat balik semula ke BBST bersama dua hero ku, pada mulanya aku bercadang balik awal..tetapi memandangkan semalam mak menerima tempahan masak untuk majlis kenduri rumah saudara..maka aku batalkan niat untuk balik awal...dapatlah membantu mak memasak sambil menimba2 ilmu dan rahsia masakan yang sedap dan lazat.

Kadang2 kagum tenguk mak dan abah..walaupun usia mak dah 72 dan abah 79 namun kedua2 mereka mempunyai kekuatan yang luar biasa....baru saja selesai memasak untuk majlis perkahwinan di rumah sepupu, semalam memasak pula untuk majlis kenduri aqiqah rumah saudara mak..seekor kambing, 20 ekor ayam, dalca, jelatah dan 1 periuk besar nasi beryani...

Ayam masak merah, kambing masak beryani, jelatah (acar)

Seperiuk nasi beryani yang di masak menggunakan kayu api...


Daging kambing masak beryani....sedappppp sangat.

Dalca yang masih di atas dapur.

Ayam masak merah

Acar timun dengan nanas atau jelatah

Walaupun usia mak dan abah sudah agak lanjut, alhamdulillah kesihatan mereka agak baik dan masih mmapu menerima atau memasak di majlis kenduri kahwin atau kenduri kesyukuran...kesanggupan mak dan abah lebih kepada dasar tak sampai hati atau kesian nak menolak permintaan saudara mara atau kawan2 terdekat. Kesian juga tenguk mak dan abah yang kepenatan setelah selesai memasak.

Tapi yang buat aku rasa tak puas hati, ada sesetengah orang mengambil kesempatan atas sikap mak yang tak berkira. Sesuka hati memberi upah yang tidak setimpal dengan keja2 mak dan abah...sepatutnya mak dan abah menetapkan harga setiap kali memasak supaya setimpal dengan penat lelah mak...tapi...mak mesti kata...tak apa...anggap sedekah...agaknya itu sebab rezeki mak tak pernah putus.


p/s air tangan mak dan abah memang tiada tandingannya di dunia ini

Saturday, December 04, 2010

Kalau Dah Biasa.....

Bismillah.....

"Bosan gila betul, anak2 ikut nenek diaorg pegi Johor, hsb Ju lak ikut bos dia keluar, Ju ni mcm org gila..bosan sorang2 ni"

"Macam tu lah akak Ju...kadang rasa nak menjerit je"

"Lum sehari dah mcmni..cam manalah kan kalau lama2,tak sanggup Ju"

"Akak dah bertahun mcmni..anak2 kalau ada kat sini pun bukan lekat kat rumah..siang g taman, pegi pikk, malam lak g surau..tinggal akak sorg2"

"Tahan akak kan....Ju ni baru separuh hari tinggal sorg, takde sape2, dah mengagau..."

"Sebab Ju tak biasa, baru2 dulu macam nak sasau gak akak"

Itulah antara msg2 aku dengan seorg ofismate malam tadi..bagaimana dia melahirkan rasa kekosongan yang teramat sangat bila tinggal sorang2 di rumah...bagi aku istilah sunyi sepi, kekosongan, keseorangan sudah terlalu sinonim dengan diri aku...aku teringat kata2 cik biru (mana cik biru ye...lama dia menyepi), katanya "sepi2 idalara ada juga anak2..macam saya ni sorg2" betul kata cik biru...apa pulak rasanya org yang tiada suami@isteri , tiada anak2, tiada adik beradik...tiada ibubapa..
Bersyukurnya aku walaupun kerap sendiri, aku masih ada ibubapa, adik beradik, anak2 dan cucu..dan pastinya aku ada ramai kawan2 di sini..di alam maya yang tiada sempadan...yang kerap memberi kata2 semangat dan peransang pada ku agar aku terus kuat.

Bila dah tinggal@hidup seorg diri ni, pandai2lah cari aktiviti yang berfaedah untuk memenuhi kekosongan hidup...bila dah ada aktiviti tidaklah terlalu sepi rasanya...macam yang aku lakukan sekarang..berblog, bw, membaca novel atau buku2 motivasi, menjahit manik dan apa saja aktiviti yang sihat..insyallah rasa sunyi sepi itu pasti tidak terlalu menghimpit jiwa.
Tapi....kadang2 bila terlalu sepi rasa macam nak menjerit juga ......
***********************************************************************************************
Insyallah pagi2 esuk aku akan balik ke Kg..menghadiri kenduri di rumah sepupu dan membawa anak2 balik ke sini semula..aku akan bercuti hingga selasa...mudah2an perjalanan aku dipermudahkan..dan insyallah kita bertemu semula selepas cuti Awal Muharam..
Selamat menyambut Awal Muharam...muga2 Tahun baru Hijrah ini menjanjikan kebahagiaan buat kita dan sama2lah kita berhijrah ke arah yang lebih baik..

Friday, December 03, 2010

Bila aku geram....

Bismillah....

Setiap kali membeli sarapan pagi di kedai2 berhampiran, aku pasti rasa frust dan geram.....apa taknya...semuanya kurang.... kurang sedap, kurang gula, kurang lemak,lebih masin..duit je tak kurang..bila dah rasa geram mulalah semangat nak memasak meluah2...

Bagus gak bila rasa geram dan tak puas hati ni..bangun subuh menyingsing lengan menggoreng mee kuning..goreng lebih2 sikit bawa kat ofis dapat juga jamu kawan2....perut kenyang hati pun puas...kadang2 aku rasa hairan tenguk sikap peniaga makanan yang tak mahu mengekalkan kualiti makanan yang mereka jual..asal ada saja mereka jual..macam pembeli ni takde anak tekak....sikap mereka sebenarnya menutup pintu rezeki mereka sendiri...sekali pembeli rasa tak sedap, pastlah tak datang kali kedua..cuba kalau sedap..mahal sikikt pun tak pe...mestilah pelanggan akan datang semula.
Sebelah tengahari pulak aku sediakan menu sup ayam beraneka..aku namakan 'sup ayam beraneka' sebab segala macam sayur aku masukkan..karot, kentang, kubis bunga, cili benggala dan batang saderi...makan pulak dengan nasi panas2 berserta sambal goreng...nyam,nyam..nasi dua pinggan pun tak cukup....

Kawan2 ofis dah tahu benar sikap aku....bila aku tak puas hati dan geram..esuk pasti aku memasak dan bawa bekal ke ofis..memang betul..tak rugi kalau rajin sikit...dapat berjimat dan makanan yang dimasak terjamin bersih dan sedap.
Esuk masak lagi....walaupun tinggal sorang2, aku kena rajin memasak...dah tinggal sorg diri ni aku cepat lapar dan rasa nak makan je...eh..malam ni nak makan apa ek....

Thursday, December 02, 2010

Bila Anak Nak Motor.....

Bismillah...
Gambar sebagai hiasan

Sejak beberapa bulan lalu aiman kerap bercerita pasal motorsikal..kata dia...kalau ada motor kan senang nak pegi sekolah..senang nak amik adik,senang nak pegi kedai dan senang nak hantar ibu kat BBST (senang nak merambu ramba), tapi mungkin hati ibu dia yang tak akan senang bila dah ada motorsikal.


Tahun 2011 usia aiman baru 15 tahun...belum layak nak mengambil lesen motorsikal..bila hal beli motorsikal ni aku ceritakan pada kawan2 dan adik beradik, ada yang pro dan kontra..menyokong dan membangkang...ada yang kata banyak buruk dari baik...lebih2 lagi bila lesen tak ada....walaupun aiman kata motor tersebut hanya untuk kegunaan ke sekolah dan dikalangan kawan2 sekolah rata2 sudah membawa motor ke sekolah...tapi hati aku tetap mengatakan 'tidak'.


Bila lihat kawan sebaya aiman ke hulur hilir dengan motor ...hati aku berkata, kelak aiman macamtu jugak...masa belum dapat janji gitu gini, bila motor dah depan mata ntah macam mana pulak....


Jadi....setelah diambil kira campur tolak darab bahagi...maka aku sebagi ibu yang tak mahu menangis kemudian hari...aku sudah bulat hati mengambil keputusan untuk tidak memenuhi kehendak aiman.... aku akan jelaskan sebaik mungkin sebab2 keputusan aku itu pada aiman bila dia balik ke rumah nanti.


Insyallah, aku pasti aiman dapat menerima keputusan ibu dia untuk kebaikan dirinya juga..dan aku pasti..."Aiman tak kisah' dengan apa saja keputusan aku, walaupun dia akan rasa hampa bila permintaannya tidak aku penuhi...semua aku lakukan untuk kebaikan dirinya juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...