Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, June 30, 2009

Kekal Bahagia



Walaupun aku tidak dapat meneruskan kebahagiaan bersama insan yang pernah aku cintai suatu masa dulu, apasalahnya aku berkongsi sedikit panduan untuk kekal bahagia dengan pasangan hidup anda..

Untuk kekalkan bahagia dengan pasangan hidup kita bukanlah perkara yang mudah...jika tidak ada daya usaha dari kedua belah pihak tentunya tidak akan tercapai kebahagiaan yang diimpikan...apakata ikuti sedikit panduan ini : -

1. Sentiasa memberi yang terbaik untuk pasangan.
2. Tidak salah sesekali mengenyitkan mata pada pasangan.
3. Pastikan Sambut hari jadi atau ulang tahun perkahwinan bersama.
4. Sentiasa memaafkan pasangan anda.
5. Bersikap sentiasa menerima kelemahan pasangan anda
6. Sentiasa mewujudkan suasa romantis.
7. Sentiasa bertanya " apa yang harus saya lakukan untuk buat anda gembira"
8. Sentiasa berpandangan positif
9. Baik hati pada pasangan
10. Mudah menyesuaikan diri.
11. Sentiasa bertindak pantas terhadap kehendak pasangan
12. Selalu bercakap mengenai cinta.
13. Sentiasa mencari masa sesuai untuk berdua2an
14. Sentiasa bersikap baik dengan rakan dan saudara mara pasangan.
15. Menghantar bunga atau kad pada hari istimewa pasangan.
16. Mengaku bila buat kesalahan
17. Sentiasa peka dengan kehendak seksual pasangan anda
18. Sentiasa berdoa kepada pasangan anda setiap hari
19. Melihat matahari terbenam bersama setiap hari(jika boleh)
20. Katakan "Saya sayangkan kamu" selalu yang mungkin.

"Buah bidara masak layu
Diambil dara letak di peti
Jiwa gelisah kerana merindu
Orang dirindu tak juga mengerti"
"Bunga melur bunga cempaka
Putih berseri harum mewangi
Hati merintih jiwa terluka
Mengenang dia yang tetap di hati"
"Kadang2 walaupun ianya bukan cinta pertama, tetap sukar dilupakan,kerana ianya pertama setelah sebuah kegagalan"
# sumber : majalah midi.

Saturday, June 27, 2009

Cinta Pertama Zaman Remajaku..



(gambar hanya hiasan)

Rasanya aku terlalu kerap berlara di sini...ada antara teman2 yang menyuruhku membuang nama 'lara' dihujung namaku itu..hmmm..akan ku fikirkan..sebenarnya idalara itu sudah sinonim dengan diriku...bila aku singgah di blog seorg sahabat..aku jadi tambah lara...di blog dia penuh cerita cinta pilu dan lara..so..bagaimana mahu ku buang rasa lara ini?


Aku rasa kali ini aku ingin berkisah tentang cinta pertamaku sewaktu aku berusia 18 tahun dulu...betul kata orang cinta pertama yang lekat di hati kita memang sukar dipadam dari ingatan..aduhai...sampai kini aku masih teringat lelaki itu yang pernah mencuri hatiku...dan bila aku sudah sendirian begini aku teringin sekali bersua semula dengan dia...menyambung ikatan yang terputus..aku pernah membaca sebuah novel yang kisahnya ala2 aku...bercinta dengan orang lain, berkahwin dgn org lain,berpisah dan bertemu semula dgn first love dan berkahwin..mengapa tak terjadi pada ku?hehehe..mengigau di siang hari aku ni..


Di awal tahun 80 an, semasa aku berusia belasan tahun aku ditawarkan menjadi seorg guru sandaran di Lendu, Alor Gajah Melaka...naifnya aku waktu itu..tinggal bersama keluarga angkat yang bercakap lorat negeri Sembilan...tiap hari makan masak lomak cili api....tempat yang terlalu asing bagiku...di sebelah rumah keluarga angkatku tinggal satu keluarga pegawai polis yang berkhidmat di Balai Polis Lendu..Pegawai polis yang ku panggil pak cik Aziz itu mempunyai seorang anak teruna, Azizul Aziz (nama sebenar), seorang mahasiswa UKM, kacak dan kuat beribadat orangnya..aku hanya memuja dia dari kejauhan saja...siapalah aku ini ingin berangan menyulam kasih dengan jejaka terpelajar dan handsome pulak.


Setiap pagi aku akan berjalan kaki ke sekolah...jika aku berjalan macam itik pulang petang, aku akan sampai kira2 40min ke sekolah...tanpa aku duga satu pagi yang hening, sedang aku berjalan..suatu suara memberi salam..


A " Assalamualaikum..hai...boleh jalan sama?"

Aku : Waalaikumsalam..." aku agak terkejut bila lihat yang menegurku itu adalah jejaka handsome yang ku puja dalam hati itu.

A: " Boleh berkenalan?"

Aku: " Boleh..apa salahnya " Jantungku berdegup laju dan tak tentu arah rasanya bila mata kami bertentang.

A: Nama Ida kan? dulu sekolah kat SMSR dengan adik saya Azza..Azza yang bgtahu saya tentang ida."

Aku: "Ooooo..ni abang Azza lah ?(aku memang tak tahu itu abang azza..)

A: "yup...saya Azizul Aziz..selamat berkenalan...eh! sudike berkawan dengan saya?"
Aku: " Kalau awak sudi apa salahnya?tapi siapalah saya ni..." ( yahooo...dalam hati aku menjerit, rasa nak melompat2 waktu itu..mujurlah aku masih waras..hehehe)

A: " Eh..janganlah cakap mcmtu..saya dah lama nak kenal dengan awak..saya takut awak yang tak sudi"..


Sepanjang jalan macam2 yang kami bualkan..kami berpisah dipersimpangan jalan, dia ke kiri dan aku ke kanan menuju ke sekolah, sepanjang hari di sekolah aku rasa cukup bahagia hinggakan wajahku yang ceria di sedari oleh kak Som, seorang cikgu di sekolah itu, teruk aku di usik oleh kak Som kerana dia terlihat aku berjalan dgn jejaka itu pagi tadi...sejak dari hari itu kami kerap berutus surat( waktu itu tiada hp, komputer jauh sekali)..dia banyak memberi nasihat dan galakan supaya aku berlajar lagi..dialah yang mengubah pendirianku supaya memakai tudung hinggalah sekarang..


Tiap hujung minggu aku akan pulang ke kampungku di Umbai,Melaka..tak ku sangka satu hari Azizul telah mengunjungi rumah ibuku..katanya dia ingin berkenalan dengan ibu bapaku dan ingin meminta kebenaran mereka untuk berkawan denganku..aduhai..lelaki apakah ini?..sanggup datang dari jauh hanya untuk meminta kebenaran ibubapaku....?


Hampir setahun kami berkawan...dia memang pandai mengambil hatiku dan ibubapaku..aku memang sudah benar2 jatuh cinta padanya..dialah cinta pertamaku...kata orang mengingati dia makan tak lalu tidur tak lena...aku rasa dialah lelaki terbaik yang pernah ku kenali..(memangpun sbb sebelum ini aku tak pernah jatuh cinta)..


Entah di mana silapnya...aku hampir lupa sebabnya..percintaan kami terputus di tengah jalan...aku dan dia berpisah kerana sebab2 yang aku dan dia tidak pasti..jodoh memang tidak menyebelahi kami..berhari2 aku bermuram durja, berhari2 aku menangis...mungkin waktu itu aku terlalu muda maka cinta yang terputus tidaklah begitu membebankan aku....namun begitu dia tak pernah aku lupakan walaupun selepas itu aku bertemu lelaki lain dalam hidupku..


Selepas cinta pertama itu aku dikenalkan pula oleh ibu saudaraku dengan teman sepejabatnya...juga nama A.....dia seorang kakitangan bank dan juga seorang pemain bolasepak negeri Melaka, mewakili Melaka untuk piala Malaysia...agak terkenal orangnya jadi tak usahlah aku perkenalkan dia..jika aku sebutkan namanya di sini mungkin masih ada yang mengenalinya..dengan A juga jodoh kami tiada..dia berkahwin dengan seorang peminatnya...

Aku juga pernah bercinta dengan seorang juruhebah negeri Melaka.....kalau ku sebutkan namanya mungkin pendengar radio Melaka akan mengenalinya..jadi untuk menjaga namanya biarlah aku rahsiakan...juruhebah itu rupanya sudah berkahwin...jadi aku berundur diri..aku tidak mahu jadi orang ke tiga dalam rumahtangganya...dia pernah menawarkan aku menjadi isteri keduanya..tapi aku menolak...mana mungkin.!


Di antara ketiga2 kisah cintaku itu aku tetap tidak boleh melupakan cinta pertamaku....hingga saat ini aku masih dapat mengingati wajah lelaki itu ( tanpaku duga..wajah 'dia' seiras dengan Azizul..ajaibkan kejadian Allah)...dan aku berharap suatu hari nanti aku dapat bertemu dengan lelaki yang pertama singgah di hatiku itu..pastinya dia telah berkeluarga dan hidup bahagia kini.


Jodohku juga dengan lelaki bernama A...tapi malangnya jodohku tak berpanjangan...dan aku berharap kalau ada jodohku lagi biarlah juga dengan lelaki bernama A....


"kata 'dia', cinta pertama tetap terpahat dihati telah tersimpul mati dalam ingatan..mana mungkin begitu mudah melupakan cinta pertama"

Thursday, June 25, 2009

Jangan Marah!!

Jarang orang jadi marah tanpa sebab..pasti bersebab..namun jangan cuba hamburkan kemarahan semasa sedang marah..waktu itu kita separa sedar..mungkin akan berlaku berbagai perbuatan yang tak diingini atau percakapan yang kurang elok keluar dari mulut kita..cuba berastagafar dan ikuti tip di bawah :

1.Berdiam diri
Ini adalah langkah pertama dan terpenting yang harus dilakukan, jika tidak berhasil cara ini barulah disusuli dengan langkah seterusnya, harus diingat, sifat marah adalah satu pilihan dan bukannya kewajipan. Jika kamu marah diri kamulah yang mampu mengawalnya, tenang sejenak dan fikir buruk baiknya sebelum kamu melunaskan kemarahan itu. Jika difikirkan kemarahan itu tidak memberi apa2 kesan lebih baik berdiam diri.

2. Jangan terus dibelenggu
Maksudnya jangan menyimpan kesalahan orang lain dalam jangka masa yang agak lama, ini akan membuatkan perasaan kamu membuak-buak dan lama kelamaan akan menwujudkan perasaan dendam. Cara terbaik seba selesaikan masalah kamu dengan baik, buang segala ego yang ada dan akhiri dengan ungkapa, maaf.

3. Proaktif
Orang yang proaktif adalah orang yang secara sedar memberikan tindak balas terhadap kemarahan mengikut pemikiran yang positif contohnya:

* jangan marah kepada peribadi seseorang tapi marahlah pada persoalannya.
*fikir satu cara apakah dan bagaimana cara terbaik untuk anda memarahinya secara halus agar dia sedar kesilapannya.
*bersikap terbuka, jelaskan kenapa anda marah. Jangan hanya pendamkan di dalam hati kerana itu bukanlah jalan yang penyelesaian terbaik.
*akhir sekali, berdoa agar ditenteramkan hati dan dihindari daripada perasaan amarah dan dendam.

"p/s ada suatu insident yang buat aku terlalu marah pada Aiman dan zaki...namun alhamdulillah tips ini berjaya membantuku mengawal rasa amarah yang teramat..dan anak2 terselamat dari menjadi mangsa kemarahanku, hanya Allah yang membantuku"

Tuesday, June 23, 2009

Raja Buah...My Favourite..



Aku memang akan rasa pelik bin hairan kalau ada antara kengkawan atau sedara mara yang tak makan raja buah ni..ada yang bau pun tak boleh..pelik kan..bukan kata tak makan buahnya, kalau kueh yang letak durian pun diaorg tak mahu sentuh, ish,ish,ish..ruginya...


Inilah raja segala buah yang aku, ibubapa serta adik beradikku paling suka(malangnya anak2 tak menggemari buah ini)...kalau dihidangkan nasi dan durian aku pasti terjah durian dulu..Alhamdulillah perutku boleh terima buah durian ini seawal pagi tanpa menjamah makanan lain.


Kalau makan durian aku kena pastikan mengambil air kosong yang banyak..kalau tidak inilah akibatnya...disebabkan terlalu asyik makan durian, badanku jadi panas, tekak mula sakit dan mata mula berpinar...inilah penangan raja segala buah..sekarang ni terpaksalah aku 'berpuasa' sementara dari menikmati kelazatan buah durian ni...hingga kesihatanku betul2 pulih...pulak tu sabtu 27 Jun ini aku terpaksa menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi di Bangi...aku diarahkan memegang wang kehadiran perwakilan, kalau aku tak hadir...alamat mengamuklah bos aku..tapi kalau dah nak sakit nak buat mcmne kan..


'bagaimana rindunya aku pada raja segala buah ini..rindu lagi aku pada dia..hehehe"

Didik Anak Cara Luqman.

Aku bukan lah ibu yang sempurna..aku bukanlah seorg ibu yang berjaya..aku bukanlah ibu yang terpelajar..aku hanyalah seorang ibu yang mengharapkan kejayaan dan kebahagiaan anak-anak di dunia dan akhirat...apakata aku kongsi bersama tip2 ini dari hasil pembacaanku...

Tugas mendidik anak bukannya mudah dan merupakan amanah daripada Allah SAW, mungkin kisah Luqman yang pernah menasahiti anaknya yang ppernah diulas dalam Al Quran ayat 12 hingga 19 surah Luqman boleh aku dan teman2 jadikan panduan..

1. Dalam surah tersebut Luqman mula mengajar anaknya dengan menanam kalimat tauhid yang hakikatnya memurnikan ibadat hanya untuk Allah AWT sahaja.

2. Kewajipan berbakti dan taat kepada ibubapa selagi ia tidak menyalahi syariat.

3. Selain itu, sematkan di hati keyakinan tentang hari pembalasan, kewajipan menegakkan solat.

4. Amar maaruf nahi mungkar yang berperanan sebagai faktor penting untuk memperbaiki umat.

5. Luqman juga menyentuh sikap sabar dalam perlaksanaannya dan mengalih perhatian kepada adab-adab seharian yang tinggi. antaranya..larangan memalingkan muka ketika berkomunikasi dengan orang lain kerana ia mencerminkan sikap takbur.

6. Melarang anaknya berjalan dengan bongkak dan sewenang2nya di muka bumi, sebabnya Allah tidak suka orang yang sombong.

7. Sebaliknya ajar anak berjalan dengan sedang2 tidak terlalu cepat dan terlalu lambat.

8. Luqman menasihatkan anknya merendahkan suara dan tidak berlebih-lebihan dalam berbicara.

Kisah Luqman ini boleh dijadikan tauladan kepada ibubapa..jangan pula ibu bapa hanya sekadar mencurahkan kemewahan fizikal semata2 tanpa diseimbangkan dengan keperluan ukhrawi. Ini bagi menentukan anak2 menjadi insan yang berguna dan berjaya di dunia dan akhirat.

p/s" untuk menjadi ayah dan ibu pada anak2 adalah sebuah pengorbanan yang bukan kecil buat seorang ibu...maka anak2..hargailah ibu"

Monday, June 22, 2009

Aku Dan Dia


Bila aku bercerita tentang 'dia'..apa yg berlaku antara aku dan dia...akan jadi perhatian kepada semua teman2 di sini..bukan untuk meraih simpati..sekadar berkongsi rasa..bila aku rasa sedih, saat aku rasa bahagia..ketika aku rasa terlalu rindu..waktu aku terlalu mengingatinya......sebenarnya siapa kah 'dia' yang pernah aku nyatakan dulu..ooppss...dia tetap jadi rahsia dalam hidupku....maafkan aku teman kerana inilah janjiku pada diriku...

Sebenarnya.....tiada apa-apa yang istimewa aku ini dalam hidup dia...mungkin hanya istimewa kerana kami adalah sahabat..sahabat yg dulunya sering berkongsi kisah pilu...sahabat yang bertemu secara tidak sengaja di alam maya ini..lucukan..aku dan dia tidak pernah bersua..hanya sekali berbual di talian telefon..mungkin aku terlalu mendambakan seorang yang istimewa dalam hidupku maka aku merasakan dia amat istimewa buatku..
Namun aku tersilap...dia hanya sahabat..untuk memberi hatinya padaku tidak mungkin..di sudut hatinya telah terpahat kukuh satu nama yang akan dibawa hingga ke hujung nyawa, katanya hatinya masih belum terbuka untuk bercinta lagi.....mujurlah dia menyedarkan aku dari terus hanyut dibuai perasaan, siapalah aku untuk memaksa dia menerima hatiku....jangan bersimpati padaku teman..kerana kecewa sudah sinonim dengan diriku...hari ini aku kecewa esuk aku sudah mampu tersenyum..hari ini hatiku terluka, esuk aku tetap teruskan kehidupan, malam ini aku menangis, esuk aku bangun dengan semangat baru....aku tak akan patah semangat dan akan terus mencari bahagia yang hakiki..


Dia tetap sahabat aku dunia dan akhirat, dia tetap sahabatku selagi dia mengingininya.... dia tetap berada di hatiku..dan aku juga berharap suatu masa nanti dia akan bahagia, berjaya dalam kerjaya dan mengejar cita-cita yang satu..buat sahabat ku 'dia' aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dia...kebahagiaan dia di dunia yang fana dan di akhirat yang kekal abadi.

"saat yang paling bahagia bagi seorang wanita bila pertama kali jatuh cinta dan diterima cintanya..saat orang yang dicinta mengucapkan akad nikah sebagai suami, saat pertama doktor mengesahkan yang ia bakal jadi ibu, saat doktor menyerahkan bayi yang baru lahir padanya, saat anaknya menyebut 'ibu'' "

Namun

"saat paling memilukan bagi seorang wanita bila mahligai yang dibina hancur ditengah jalan, bila suami yang dicintai memberikan cintanya kepada perempuan lain.,saat anak2 bertanya dimanakah ayah mereka..saat hatinya bukan milik seseorg"

Friday, June 19, 2009

Tips Berdiet Di Malam Hari

Musim2 kenduri dah berlalu..banyaklah benda2 yang masuk perut yang boleh membuatkan kita dapat berbagai penyakit, jadi apasalahnya aku bagi sikit panduan untuk berdiet..


Makan malam mungkin menjadi igauan ngeri buat mereka yang sedang berdiet, makanan yang diambil berdekatan dengan jarak waktu tidur sememangnya meninggalkan kesan yang besar pada tubuh. Namun untuk apa menyeksa diri sendiri? ikuti tips2 ini :

1. Jam 7
Jangan lepaskan peluang waktu makan malam kerana ia amat penting. Jam 7 dan 8 malam adalah waktu yang disarankan untuk anda mengambil makanan yang anda suka, waktu ini tubuh biasanya kehilangan banyak tenaga dan memerlukan makanan sebagai gentian tenaga ini...malah jam 7 anda punyai waktu yang panjang sebelum memilih untuk tidur, ini bermakna semua makanan yang masuk akan sempat digantikan sebagai tenaga dan bukan disimpan sebagai lemak.

2. Pilih Makanan berebus
pilihlah makanan yang sihat seperti rebus dan bakar, sayuran yang anda rebus sendiri adalah merupakan makanan yang paling baik untuk anda yang mengamalkan diet.

3. Makan bubur sebagai ganti
bukan saja sesuai untuk anak kecil tetapi bubur nasi sesuai untuk mereka yang berdiet, bubur jagung dan kacang hijau antara pilihan terbaik untuk diet anda.

4. Sup tanpa minyak
pilihlah semangkuk sup penuh ayam,udang serta sayuran sebagai pelengkap sup, pastikan sup yang direbus tanpa minyak, anda boleh tanbah cili padi yang membekal vitamin c, elakkan mengambil sup dengan daging yang dapat meninggikan kadar kolestrol dalam darah.

5. 2 keping roti bakar
roti kosong atau dibakar tanpa perasa cukup baik untuk tubuh badan, lengkapkan dengan secawan coklat atau susu panas, walaupun nampak ringkas namun memenuhi nutrisi keperluan tubuh badan.

6. Bersantai sambil minum kopi
tidak salah sesekali duduk bersantai sambil minum kopi, anda boleh mengambil kopi tanpa gula atau jus segar sebagai pengganti, tapi jangan ambil kopi setiap hari, diet anda akan tersasar.

7. Makanan bakar
jika sudah bosan dengan roti bakar tiap hari, ubahlah selera anda dengan meratah ikan bakar besaiz kecil.

8. Pisang dan epal
Mulakan belajar untuk makan buah2an segar setiap malam hari, buah2an sebenarnya cukup mengenyangkan, sebuiji epal atau oren cukup menghilangkan rasa lapar anda.

9. Enak dengan makanan segera
menjelang malam hari, anak-anak pula mengajak anda mengisi perut di restoran fast food, usah khuatir, anda masih lagi boleh mengambil makanan segera seperti mengambil bubur nasi atau kentang goreng, pastikan anda mengambil dengan kuantiti yang sedikit.

10. Air kosong sejam sekali
sebagai pelengkap makan malam anda, lebihkan pengambilan air kosong di waktu malam, sejam sekali minumlah air kosong, itu sudah memadai, terus mengambil air kosong setaip hari agar jumlah air dalam tubuh anda mencukupi.

p/s teman2 sibuk mengikat perut berdiet nak kuruskan badan..inilah kelebihan yang Allah kurniakan buat aku...aku tetap sama seperti 20 tahun yang lepas.

p/s aku akan makan dan makan bila hatiku dilanda kecewa..aku akan makan tanpa rasa...

" kita hanya mampu bersujud padaNYA, berdoa dan bermohon agar kebahagiaan adalah milik kita di Sana nanti kalau tidak di dunia yang fana ini"

Thursday, June 18, 2009

Seni Perlu Bakat


Bila lihat gambar-gambar di atas, apa tanggapan kau org?..apakah kau orang fikir apa yang aku fikir?..mesti dalam fikiran kita berkata..cantiknya bakul dan lampu terendak rotan ni..mesti orang yang membuatnya sangat kreatif dan berbakat..
Masa mula2 melihat bakul dan lampu terendak ini aku langsung tak menyangka ianya bukan di buat dari rotan..jika tidak diberitahu hingga hari ini aku tak tahu sebenarnya ia dibuat dari kertas surat khabar lama.
Kalau sekadar bakul bulat biasa aku tak berapa hairan..tapi ini lampu terendak dan bakul setinggi 5 kaki. Modal yang diperlukan untuk membuat apa saja bentuk anyaman hanyalah bakat dan kesungguhan..modal wang hanya untuk membeli varnis..setelah dianyam..ia perlu divarnis untuk jadi kuat dan kelihatan seperti rotan..
Jangan tak tahu orang yang menghasilkan seni yg kreatif ini ialah abang ke empat aku..nama dia Azhar dan menetap di Johor Bahru. Sebenarnya kraftangan dari suratkhabar ini telah lama ujud cuma baru sekarang agak dikenali ramai..dan abang aku ni agak kreatif orangnya..hanya melihat seorang kawan membuat asasnya dia kemudian mencuba sendiri dan mereka berbagai2 bentuk..dari bakul..lampu tidur, lampu terendak, bubu, bakul bunga telor dan semua bakul hantaran untuk perkahwinan adik adalah hasil tangan abang aku.
Banyak juga tempahan yang diterima, lebih2 lagi abang aku tidak meletakkan harga yang mahal bagi setiap tempahan...itulah rezeki namanya..dari hobi menjadi pendapatan sampingan. Mesti teman2 bertanya..idalara tahu buat tak?..tahu..tapi aku masih belum berkesempatan membuatnya. Lagipun menjelang Ramadhan yang hanya dua bulan lagi ini aku mula sibuk membuat sample Biskut Almond London untuk tempahan Hari Raya.
Siapa yang berminat untuk menempah kraftangan dari surat khabar dan almond london bolehlah hubungi aku..

Wednesday, June 17, 2009

Bertemu kembali...........Rindunya..


Hari ini setelah 6 hari 'bercuti' baru aku sempat nak meng up date 'idalara'..rindu sgt kat semua teman2 di sini..tapi atas sebab2 yg tidak boleh ku elakkan maka baru hari ini aku berjaya muncul kembali..


Alhamdulillah..majlis resepsi sebelah lelaki selesai dan selamat..semua puas hati, lebih2 lagi emak dan abah..dua org insan yang paling berdebar2 hatinya..selagi majlis tidak selesai....aku paling lega..walaupun selepas ini aku ditimbuni dengan keja2 ofis yg menanti...

Minggu ini ada dua perkara yang buat aku risau dan bahagia....perkara yang amat merisaukan aku ialah tentang Aiman Zarif yang sudah hampir seminggu masih belum pulih dari sakit perutnya, menjelang kenduri aku terlalu sibuk hinggakan agak mengabaikan makan minum anak2...makan minum mereka kurang terurus..3x berjumpa doktor masih tak pulih..sudah 2 malam aku kurang tidor kerana menjaga aiman...mujur aku masih kuat..aku masih sihat..alhamdulillah..kalau aku turut sakit..apa jadi pada anak2..

Hari ini aku membawa aiman ke klinik Kesihatan Salak Tinggi, biasalah kelinik kerajaan, terpaksa menanti hampir 2 jam untuk bertemu doktor....Aiman terpaksa jalani ujian darah...tak sampai hati lihat lengan aiman yg kecil dicucuk jarum......tapi aku tak boleh tunjukkan hatiku yg sedih pada wajahku..aiman mesti tenguk aku seorg ibu yang kuat, jika aku kuat diapun akan jadi berani dan kuat....Alhamdulillah ujian darah semua ok..tiada jangkitan kuman..hanya aiman disyaki gastrik, jika sakit perut aiman masih tak kurang aku di suruh membawa aiman ke hospital....dan selepas ini tugasku memastikan aiman makan tepat pada waktunya..aku berdoa siang malam supaya anak2 dijauhi penyakit merbahaya..
Perkara kedua yang sangat membahagiakan aku bila doaku selama berminggu2 dimakbulkan Allah....semalam 16 Jun 'dia' menghubungiku melalui panggilan telefon..bila diperkenalkan diri..aku rasa terkesima..terkedu...betulke 'dia' yang bercakap dgnku..aku bermimpi ke..ku cubit pipi..sakit..tidak..aku bukan bermimpi..betul..'dia' yang bercakap denganku..selepas beberapa hal berlaku antara aku dan 'dia'..aku tidak mengharapkan apa2 lagi..walaupun aku tetap berdoa 'dia' akan menghubungiku..panggilan dari 'dia' semalam buat hatiku berbunga riang........bukan menaruh harapan tapi cukuplah...'dia' mengingatiku dan mencariku setelah beberapa hari aku 'hilang' dari dunia blogger.....cukuplah 'dia' bertanya khabar diriku..berbual dengan 'dia' aku tak rasa jemu..semua laraku sirna..aku bahagia walaupun sebentar..
Terimakasih pada 'dia' yang ku panggil 'dia'..siapapun 'dia' hanya aku dan 'dia' yang tahu..dan satu harapanku 'dia' akan menghubungiku lagi...
" saat hati dicengkam rasa gundah gelana..dia muncul bak menyiram mawar dingin di hatiku"

Wednesday, June 10, 2009

Cuti Lagi!


Salam semua...rasa windu kat kauorg masih belum terubat dah nak bercuti lagi..kali ini agak lama sikit..maklumlah nak sambut adik ipar pulak dr beruas perak..khabaunya seramai satu bas akan terjah ke rumah mak aku kt melaka.. aku anak perempuan sulung, single mingle pulak, so..tkde terikat dgn sesiapa.nak ke hulu ke hilir aku lah juga.....semuanya aku..kak ida tu, kak ida ni..ahhh..penatnyaaa...tkpelah...ni yg last...
Malam ni aku akan bertolak ke Melaka..kalini takdir menyebelahi aku..yahoo...tadi abang aku call, kebetulan dia ke HKL, wf dia iaitu kak ipar aku ada check-up kt spital...jadi nak balik ke melaka nanti dia akan transit kat umah aku dan bawa aku balik sekali (selamatlah poket aku yg dah ringan ni )...dan kebetulan esuk mng aku mula bercuti hingga isnin....aduh..pasti aku rindu bangat sama blog dan teman2 semua...dan keja2 di opis pasti bertimbun2 menantiku..
Aku harap selama ketiadaan aku (cheewah..mcm pergi tak kembali je..) jenguk2lah ke teratak usang aku ni...insyaallah bila segalanya selesai aku akan kembali dengan tekad dan azam baru..mahu jadi ida'ria'..hahaha..kononnya...insyaallah akanku cuba..insyaallah akan ku rawat hati yg luka..insyaallah akan ku bina kebahagiaan atas kekecewaan semalam..insyaalah, dia dan kenangan itu akan ku buang jauh dari sudut hatiku..namun dia tetap akan jadi sahabatku dunia dan akhirat...(ku harap dia membaca saat ini)
Okey..teman2 semua..doakan majlisku selamat..doakan aku selamat..dan jangan lupa hadir jika kebetulan berada di melaka..mudah2an kita bertemu lagi di alam maya tanpa batas ini..insyaallah.
"kata seorg penulis buku cinta...biar sendiri dari berdua tp menyakitkan..namun jika bertemu yang boleh beri kebahagiaan bukalah pintu hati untuknya"

Tuesday, June 09, 2009

Selamat Majlis di Perak...Jemputan ke Melaka.

Alhamdulillah...selamat sudah majlis pernikahan adik bungsu lelakiku di Beruas Perak pada 7 Jun lalu..dengan tiga kali lafaz barulah sah akad nikahnya, hehehe..teruk kena usik dek kakak dan abg2nya sbb nervous sangat......pucat lesi muka, sejuk tangan nak jabat tangan bakal abang ipar.
Raja sehari mengabadikan gambar kenangan di singgahsana...tenguk orang naik pelamin rasa macam nak naik lagi jer..hahahahaha..(calon takde lagi..hehehe)

Gambar bersama bonda, abang2 dan kakak2..kenangan indah bersama adik bungsu tersayang..

Semasa majlis akad nikah..nikah disempurnakan oleh abang pengantin perempuan.

Singgah di hentian rawang semasa perjalanan ke Beruas...makan ramai2...best..

Sempat gak aku posing kat sebelah hentian Rawang,berhenti makan dan solat zohor jamak asar.

Di kesempatan ini aku ingin menjemput semua rakan2 yang berdekatan atau tak kira di mana saja berada.. ke majlis perkahwinan adikku yang akan berlangsung pada 14 Jun 2009 bersamaan ahad ini...di alamat KM14 Umbai Melaka..berhampiran dengan pusat ikan bakar Terapung Umbai..andai sesiapa kebetulan berada di Melaka jemputlah hadir...cari saja rumah Pak Hj Mahmud berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Dato Hj Baginda,Umbai..atau hubungi saja no ini... 017-2461510..sudi2kanlah...Doakan muga majlis ini akan berjalan dengan lancar dan selamat.

p/s.sejarah lalu tak mungkin diubah..muga sejarah pahit tidak berulang kembali..bina sejarah baru atas runtuhan sejarah semalam.

Friday, June 05, 2009

KE MELAKA LAGI...

Aku balik kampung lagi..seawal pagi aku telah bersiap..panggil teksi untuk ke Bandar Baru Salak Tinggi..kemudian ke Nilai dengan bas dan ke Seremban dengan Komuter..agak meletihkan, tapi keghairahan untuk bertemu anak2 buat aku tak rasa letih...seminggu hidup seorang diri tanpa anak2 memang amat membosankan...semalam sempat melihat email..terharunya, seorang teman blogger sanggup bersusah payah mahu memberikan perkhidmatan transport jika aku benar2 memerlukan..dia faham kepayahanku kerana dia pernah melaluinya dulu..terima kasih dari kak ida..insyaallah selagi ada kudrat aku tidak akan menyusahkan sesiapa.

Aku sudahpun sampai di Melaka Sentral..bila cuti sekolah Melaka yang memang terkenal dengan Bandaraya Bersejarah selalu ramai dikunjungi pelancung, tak kira dr luar atau pun dalam negeri...tapi..aku anak jati Melaka pulak yang jarang berkesempatan melawat tempat2 bersejarah..kalau nak tahu beberapa sejarah tentang Melaka silalah ke anaklaut blog, kat blog ni ada beberapa kisah sejarah tentang Melaka..sangat menarik.

Seawal pagi esuk pula aku dan family akan ke Beruas Perak..kerana majlis pernikahan adik lelakiku pada 7 Jun. SemeNtara majlis kenduri di rumah ibu dan ayah di Melaka akan diadakan pada 14 Jun 2009. Insyaallah aku akan mengundang teman2 semua ke majlis tersebut nanti..siapa yang sudi silalah datang ..tentu seronok jika bertemu teman2 yang hanya dikenali di alam maya ini..

Doakan perjalananku dan familyku selamat menuju distinasi...dan selamat juga pulang semula ke Melaka dan aku ke BBST,...doakan majlis kami berjalan dengan lancar dan diberkati Allah. Insyaallah muga2 bertemu lagi teman2 semua.

"seumpama sejarah negeri hang tuah ini, begitu juga sejarah hidupku, penuh liku2..penuh ranjau, penuh dengan airmata"

Tuesday, June 02, 2009

Sungguh Berat Menyandang Gelaran Ini...


Aku pernah berjanji dalam hati juga dalam entri yg lepas...aku tak mahu sedih2 dan lara2 lagi..namun siapa aku untuk membuang segala rasa itu....sungguh...amat berat menyandang gelaran ibu tunggal ini......hanya Allah yang tahu..dan kali ini, sekali lagi aku rasa kesabaranku agak tergugat..dan hanya di sini aku meluahkan segalanya...

Hati ibu dan ayah mana yg tak rasa marah dan terkejut bila seawal pagi di ajukan soalan @ kata2 begini...(kejadian berlaku pada 27 Mei 2009)

Kak L : "Eh Ida...anak kau tak pegi sekolah semalam ye (Aiman yg dimaksudkan)...akak tenguk dia dgn si acap lalu kat belakang kedai akak ni..bawa nasi bungkus..pakai baju sekolah...masuk kat celah2 bangunan...kau tau tak budak acap tu tak sekolah..mak bapak dia dah bercerai...kakak dia mengandung anak luar nikah...bla..bla...bla..."

Mungkin aku bukan seorg perempuan yg baik.....aku bukan ibu yang sempurna.....aku suka anak2ku ditegur jika buat silap, malah aku yang minta pada sesiapa yg melihat anakku buat salah....sila tegur atau beritahu aku....malah kalau dipukul pun aku redha..tapi aku bukan perempuan yg suka mengata hal orang lain..biar aku berdosa pada Allah, biar sebesar manapun dosaku pada Allah, Allah pasti ampunkan jika aku bertaubat.....tapi kalau aku bersalah pada manusia...mahukah mereka maafkan aku?..so aku tak suka kak L mengata keluarga si acap tu...jadi aku tak menokok tambah apa2 pasal keluarga si acap...aku hanya diam... sebab aiman tak berayah ke maka dia di pandang serong? sebab aku seorang ibu tunggal ke maka anak2ku di tuduh melulu?....mengapa kak L tidak lebih berdiplomasi..mengapa dia tidak berkata begini padaku..

"Ida...semalam akak nampak aiman dgn kwn dia lalu kt belakang kedai akak ni..cuba kau tnya dia, dia sekolah tak semalam" bukankah baik begitu...ini tidak..dia bercakap agak kuat, hinggakan semua orang2 dalam kedai memandang ke arahku...sedih dan malu...

Aduhai...rasa longlai kakiku,,betul ke aiman ponteng sekolah?..aku diduga lagi..rasa tak lalu nak menjamah apapun..sedangkan perutku tersangat lapar.(sure punya lepas tu masuk angin..dan pening datang) rasa marah pada aiman meluap2 bila dengar pengaduan kak L..namun aku perlu dengar penjelasan aiman pula..aku tak perlu menuduh tanpa bukti.

Aku :" Eh..sekolah kak..dia sekolah sesi petang..memang saya yg belikan nasi lemak kat kedai akak semalam..3 bungkus..untuk kawan dia kat sekolah...kawan dia si acap tu memang pagi2 lagi dah dtg kat rumah, sy tak tahupun budak acap tu tak sekolah...lagipun aiman tengah exam sekarang ni...nantilah saya tanya dia."

Nasi lemak yg baru nak ku jamah aku minta dibungkus saja..mujur rumahku bersebelahan pejabat...sepanjang jalan ke rumah aku berastagafar banyak kali ..aku mengucap..aku tak mahu aiman jadi mangsa kemarahanku kerana cakap2 orang.. aku perlu dengar penjelasan aiman..aku tak boleh menjatuhkan hukum sebelum mendapat tahu hal sebenar...namun jauh di sudut hati aku tahu anak2ku tak pandai berbohong.

Sampai di rumah aku terus bertanya dengan baik2 pada aiman..menurut cerita aiman..memang dia keluar rumah pukul 11 pagi dengan baju sekolah..(sesi petang bermula 1.20 petang)..dia lalu di belakang kedai kak L kerana mengikut jalan pintas untuk ke pusat penjaja di hadapan bangunan kedai kak L dia menunggu kawan2 dia yang hendak ke sekolah juga...menurut kata aiman lagi..mana mungkin dia ponteng sekolah sebab exam masih ada sehari lagi..

Agak lega dengan jawapan aiman...tapi aku kena pastikan juga kata2 aiman betul..jadi sampai di pejabat aku menelefon pihak sekolah memastikan aiman hadir ke sekolah.Alhamdulillah aiman memang hadir dan tak pernah ponteng kecuali cuti sakit...

Aku memang tak tahu kawan aiman tak ke sekolah..dia memang selalu datang ke rumah,malah pernah beberapa kali tidur di rumahku......apa yg anak2 makan dia akan makan juga....kesian dia..aku rasa hiba bila tenguk budak2 sebaya aiman tak ke sekolah...kenapa ibubapa dia tk sekolah kan dia...nak ku halang aiman berkawan dengan dia..adilkah? tapi aku harus pastikan dengan siapa ank2ku berkawan, aku tahu kawan2 boleh merosakkan tapi tak semua.

Jumaat 29 Mei 09..(kebetulan anak2 tak sihat) aku mengambil keputusan menghantar anak2 balik ke kampung..aku tak larat menjaga mereka di musim cuti sekolah ini..hendak ku hantar ke rumah ayah mereka...mendengar rayuan mereka aku tak sampai hati..mereka sudah terlalu asing dengan ayah mereka..sudah bertahun tak berjumpa...bagaimana mahu tinggal bersama ...kerap juga aku mengugut anak2..jika tak dengar cakapku mereka akan dihantar tinggal bersama ayah dan ibu tiri mereka...tapi tega kah aku?..tidak..tak mungkin...biar susah senang mereka tetap bersamaku hingga ke mati.

p/s kesedihanku dan kesepianku berganda2..mengingati dia yg tak pernah luput dari ingatan dan anak2 yang jauh di mata"

p/s Alhamdulillah aku sudah boleh melayari blog dan semua blog teman2 tanpa masalah bila menggunakan mozila firefox..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...