Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Showing posts with label Sekadar Renungan. Show all posts
Showing posts with label Sekadar Renungan. Show all posts

Sunday, February 28, 2010

Rahsia Logika Di Sebalik "8x3 = 23"

Confucius atau K'ung-fu-tzu, pemikir dan ahli falsafah Cina yang hidup pada zaman 479-551 sebelum Masihi. Mempunyai ramai murid termasuk murid kesayangannya bernama Yan Hui. Yan Hui pencinta ilmu dan mempunyai keperibadian yang baik dan mempunyai jawatan tinggi dalam kalangan komuniti Confucius.

Suatu hari Yan Hui lalu di sebuah kedai menjual kain dan nampak ramai org berkumpul, dia mendekati kumpulan manusia di situ dan mendapati seorg pelanggan sedang bertekak dengan penjual kain.

Pembeli berteriak : "3 x 8 jumlah 23! kenapa awk cakap 24?"

Yan Hui cuba mendamaikan dan membetulkan keadaan, mendekati pembeli kain dan berkata : "Saudara, 3 x 8 memang 24, semua org tahu..tak payah gaduh2 lagi"

Pembeli kain yg sedang marah menunding jari ke muka Yan Hui dan berkata : "Siapa yang minta pendapat engkau? kalau nak minta pendapat, minta dari pada Confucius. Benar atau salah biar Confucius yang tentukan".

Yan Hui bersetuju membawa hal itu untuk diadili oleh gurunya yang bijaksana.

"Baiklah, kalau Confucius kata awak salah? macamana?" tanya Yan Hui.

"Kalau Confucius kata saya salah, pancung kepala saya, kalau awak yang salah macam mana pulak?" Pelanggan itu sanggup mengambil risiko penuh keyakinan atas rasa kemarahan.

"Kalau saya yang salah, saya letak jawatan dan awak ambil alih jawatan saya"

Kedua2nya sepakat atas pertaruhan tersebut, lalu bersama-sama berjumpa Confucius. Confucius mendengar dengan teliti pengaduan mereka berdua. Alangkah terkejutnya Yan Hui apabila Confucius mentertawakannya dan berkata:

"Betullah 3x8 =23. Yan Hui kamu kalah! berikan jawatan kamu kepada lelaki ini..."

Sebagai murid Yan Hui tidak mahu berdebat dengan gurunya, dia lalu menyerahkan jawatannya kepada lelaki itu dengan rasa yang tidak puas hati. Kerana hati terluka, Yan Hui mengambil cuti atas alasan masalah keluarga. Confucius yg bijak faham perasaan anak murid kesayangannya dan meluluskan cutinya dan berpesan supaya Yan Hui segera kembali apabila urusannya selesai. Sebelum Yan Hui pergi, Confucius berpesan kepada Yan Hui:

"Kalau hujan lebat, janganlah berteduh di bawah pokok, dan apapun berlaku nanti jangan sampai kamu membunuh"

Di dalam perjalanan angin kencang berserta guruh dan kilat diikuti hujan yang snagta lebat, Yan Hui mencari tempat berlindung, dia nampak sebatang pokok tetapi tiba2 teringat pesanan gurunya dan mengambil keputusan tidak berlindung di bawah pokok tersebut. Tidak lama selepas meninggalkan tempat tersebut, pokok tadi dipanah petir. Betullah pesan guru, bisik hati Yan Hui.

Yan Hui sampai di rumah lewat malam dalam keadaan basah kuyup, kesejukan dan rasa mendongkol di hati. Dia masuk perlahan-lahan kerana tidak mahu menganggu isterinya yg pasti sudah tidur. Dalam keadaan gelap, dia masuk ke dalam bilik tidur dan mendekati katil. Kemarahannya memuncak apabila tangannya merasa ada org berbaring di sebelah isterinya, Yan Hui menghunus pedang dengan perasaan marah. Ketika dia mengangkat pedang, nasihat Confucius supaya jangan membunuh terngiang di telinganya, Yang Hui bertenang, menyalakan pelita dan menyelidik siapa yang berbaring di sebelah isterinya. Ternyata yang tidur di sebelah isterinya ialah adik iparnya iaitu adik perempuan isterinya yang datang bertamu.

Tanpa berlama2, keesokan paginya Yan Hui berjumpa Confucius dan bertanya, melihat muridnya sudah mula belajar sesuatu daripada pengalaman tersebut, hati murid kesayangannya sudah tersentuh, Confucius menjelaskan sudut pandangnya dalam persoalan yang dikemukakan.
"Saya tahu kamu mengambil cuti bukan kerana urusan keluarga tetapi hendak berhenti dari belajar daripadaku..."

"Panasnya cuaca semalam, itu petanda hujan petir akan berlaku, pokok dipanah petir adalah perkara biasa, sebab itu aku mengingatkan engkau tentang perkara itu. Semalam engkau pergi dengan perasaan marah yang terpendam di hati dan kamu membawa pedang.... maka aku mengingatkan supaya kemarahan yang membahang dalam hatimu tidak akan membuatmu melakukan sesuatu yang akan kamu kesali."

"Cuba fikirkan lebih mendalam, semalam aku mengiyakan '3 x 8 = 23' dan kamu kalah lalu hilang jawatanmu, tetapi jika aku katakan '3 x 8 = 24' benar, pembeli kain itu kalah dan satu manusia melayang, mana lebih berharga dan bernilai, jawatanmu atau nyawa seorang manusia?"
Yan Hui tertunduk, belajar ilmu dan bijaksana dalam mengamalkannya ialah dua perkara berbeza..ada 'kebenaran' yang lebih tinggi daripada sekadar logik matematik...Yan Hui meneruskan pembelajarannya tentang hakikat kehidupan daripada Confucius...

Benar! tidak berbaloi kebenaran ditahap logik matematik , memadamkan kebenaran di tahap jiwa kemanusiaaan. '3 x 8 - 24' menghapuskan kebenaran tentang kasih sayang, kerharmonian dan kedamaian?.

Dengan sifat bijaksana menilai tahap2 hakikat kebenaran dalam kehidupan, Confucius dipandang mulia oleh manusia yg mengenalinya, sesungguhnya Confucius adalah salah seorang daripada hamba2 ciptaan Allah yang menjadi tanda bahawa Allah itu Al -Aziz (Maha Perkasa) dan Al- hakim (Maha Bijaksana) Hakikatnya yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana ialah Allah - Tuhan Maha Esa Pemilik hakiki seluruh alam dan seisinya.


ps...Mudah2an Allah SWT mengurniakan kekuatan kepada kita untuk memahami dan menghayati apa yg lebih bertnilai dalam kehidupan ini dan dapat melalui perjalanan hidup menemuiMu dalam keadaan redha dan diredhai..


Sumber : midi

Monday, May 11, 2009

Nabi Nuh Meraung Tidak Henti2


Nama asal Nabi Nuh a.s bukanlah Nuh, tetapi sesuatu nama lain yang tidak banyak diketahui, meskipun Allah swt menyebut nama Nuh dalam Al-Quran.

Dalam bahasa Arab, makna 'Nuh' ialah raungan atau tangisan yang berterusan. Mengapa Nabi Allah itu dipanggil Nuh..ia mempunyai kisah yang sangat menarik dan menjadi contoh yang berguna untuk umat manusia seluruhnya.

Cerita Nabi Nuh a.s ini bermula pada suatu hari apabila seekor anjing yang sangat ganjil lalu di hadapannya. Rupa anjing itu tidak seperti anjing-anjing biasa. Ia bermata empat dan sudah tentu menarik perhatian ramai, termasuklah nabi Nuh a.s sendiri pada zaman itu. Nabi Nuh a.s pun menyuruh anjing bermata empat itu berhenti di depannya dengan agak kehairanan.

Nabi Nuh : " Wahai anjing, aku lihat muka kau ini begitu hodoh, mata engkau empat tidak seperti anjing yang lain..mengapa jadi begini?"

Anjing itu pun menjawab: "Kau tanyalah siapa yang menjadikan aku. Kau fikir aku yang menghendaki mukaku hodoh begini?, tanyalah Tuhan yang menjadikan aku dan juga yang menjadikan engkau"

Nabi Nuh a.s pun meraung (menangis) mendengarkan jawapan anjing hodoh itu. Ia menangis tidak henti-henti. Terasa benar kesalahannya mengkritik kejadian Tuhan.

Dia meraung dan meraung lagi beberapa lama kerana menyedari dosanya itu. Tidak henti-henti dia memohon keampunan daripada Allah swt kerana dengan tidak sengaja melakukan dosa.

Sejak itu namanya pun dipanggil Nuh(raungan) dan kekallah namanya Nabi Nuh diabadikan dalam AlQuran dan diampunkan dosanya oleh Allah swt.


Moral of the story : "Jangan sekali2 menghina orang lain yang tidak sempurna pada pandangan mata kita, lebih2 lagi memanggil orang tersebut dengan gelaran yang tidak enak didengar. Tiap kejadian Allah ada rahsia yang tidak kita ketahui..siapa kita untuk mempersoalkan tiap kejadian Allah"

Wednesday, March 25, 2009

Al Kisah...Kepandaian Yang Menjerat Diri..

Ada seorang lelaki yang memiliki beberapa ekor binatang ternakan. Apabila dia mendengar bahawa Nabi Musa faham bahasa binatang, dia merayu Nabi Musa supaya mengajar ilmu itu kepadanya.
Setelah belajar, lelaki itu menggunakannya untuk memahami perbualan binatang ternakannya.
Satu hari dia mendengar ayam jantan berkata kepada kuda bahawa kuda akan mati tak lama lagi. Lelaki itu segera menjual kudanya untuk mengelakkan kerugian.
Beberapa ketika kemudian,dengan menggunakan ilmunya lelaki itu terdengar ayam jantan memberitahu anjing bahawa tak lama lagi keledai akan mati. Jadi untuk mengelakkan kerugian, lelaki itu menjual keldainya. Selepas peristiwa itu, sekjali lagi kaldai berkata-kata dengan binatang lain, kata ayam jantan, hamba kepada lelaki itu akan mati tak lama lagi, dengan senang hati lelaki itu menjual hambanya supaya dapat mengelak kerugian. Dia sangat gembira dengan tindakannya dan menganggap inilah nilai ilmu yang yg sgt berfaedah ada padanya - untuk membantunya menguruskan kehidupan hariannya dan memudahkan urusannya.
Satu hari, lelaki itu terdengar pula ayam itu berkata kepada anjing bahawa tuan dia , tuan mereka pula akan mati...dalam ketakutan lelaki itu pergi berjumpa Nabi Musa dan meminta nasihat.
Kata Nabi Musa : " Sekarang anda boleh pergi jual diri anda pula"
Moral of the story : Bahawa kebolehan memahami orang lain tidak berfaedah bagi mengisi keperluan kita yang paling besar - diri kita sendiri..oleh itu janganlah terlalu tamak dengan apa yang kita ada.

Sunday, March 22, 2009

Mencari Positif Bagi Sesuatu Yang Negatif


Sesungguhnya kita patut bersyukur...

1. Untuk suami atau isteri yang tidur berdengkur di waktu malam - kerana dia tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.

2. Untuk anak atau adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan - kerana itu bermakna dia berada di rumah,bukan di jalanan berpeleseran.

3. Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar - kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. Untuk pakaian kita yang sudah tak muat - kerana itu bermakna kita cukup makan...

5. Untuk lantai yang perlu dimop,tingkap yang perlu dilap dan rumah yang perlu dikemas - kerana itu bermakna kita masih mempunyai tempat tinggal.

6. Untuk bunyi bising jiran-jiran - kerana itu bermakna kita masih lagi mendengar.

7. Untuk keletihan dan kesakitan otot selepas seharian bekerja - kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
8. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci dan digosok - kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

9. Untuk tempat letak kereta yang jauh dari lif - kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10. Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi - kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut....


Oleh itu jika kita tidak dapat apa yang kita suka,belajarlah menyukai apa yang kita dapat dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Saturday, February 21, 2009

Mata,Mulut,Telinga,Hati dan Otak

Gambar sekadar hiasan

Kita dilahirkan dengan dua mata di depan wajah kita,kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang.

Tapi pandanglah semua itu ke depan..pandanglah m,asa depan kita.

Kita dilahirkan dengan sepasang telinga di kanan dan kiri, supaya kita dapat mendengar semuanya dari dua buah sisi.

Bertujuan mengumpul pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan memilih mana yang salah.

Kita dilahirkan dengan otak di dalam tengkorak kepala kita sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita,kita tetap kaya.

Kerana tidak akan ada seorang pun yang akan dapat mencuri otak kita,fikiran kita dan idea kita.

Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita diberi satu mulut dan mulut adalah senjata yang sangat tajam,mulut boleh menyakiti,boleh membunuh,boleh menggoda dan banyak hal lain yang tidak menyenangkan.

Maka ingatlah berkata sesedikit mungkin tetapi lihat dan dengarlah sebanyak2nya.

Kita lahir dengan satu hati jauh di dalam diri. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta,diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam.

Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tetapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

Berikanlah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.



"Gunakan Mata,mulut,telinga,hati dan otak untuk berbuat kebaikan"

Friday, February 20, 2009

Setiap Wanita itu Cantik

Seorang anak laki2 kecil bertanya pada ibunya
"Mengapa ibu menangis?"
"Kerana ibu seorang wanita" kata sang ibu kepadanya.
"Saya tak mengerti" kata anak itu.
ibunya hanya memeluknya dan berkata..
"dan kamu tak akan pernah mengerti"
kemudian anak laki2 itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan"
hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
lalu anak laki2 tadi menbesar menjadi dewasa dan
tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya dia bertanya kepada Tuhan..
"Tuhan,mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita.ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia:
namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.
Aku memberinya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan
anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak2nya.
Aku memberinya kekerasanuntuk menbuatnya tetap tegar ketika
orang2 lain menyerah dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh.
Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak2nya dalam setiap keadaan,
bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.
Aku memberinya kekuatan untuk membantu suaminya dalam kegagalannya
dan melengkapi tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.
Aku memberinya kebijaksanaan utk mengetahui seorg suami yg baik
takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang menguji kekuatannya
dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.
Dan akhirnya,Aku memberinya air mata untuk dititiskan.

Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila mana ia perlukan.

Kau tahu...kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yg yang dikenakan,

susuk yg dia tampilkan,atau bagaimana dia menyisir rambutnya.

Kecantikan wanita harus di lihat dari matanya..kerana itulah pintu hatinya..

tempat di mana cinta ada"


"Bila seorg wanita mula mencintai..dia tak akan berhenti untuk mencintai"

Sunday, February 15, 2009

Wajah Anak2 Yang Tak Berdosa

Melihat wajah anak2 Palestin ini buat hati aku tersentuh...atas nama kanak2 tetap riang ria walaupun kehilangan ayah bonda dan sanak saudara..
Bila pikir2kan mereka..aku bersyukur betapa beruntungnya anak2ku..walaupun ayah mereka tidak lagi tinggal bersama tapi mereka tetap ada ayah dan ibu..mereka masih dapat bersekolah,bermain,makan dan minum dgn bebas.


kanak2 ini tinggal di rumah anak2 yatim sejak usianya 1 tahun lagi...sekarang usianya 4 tahun..sedih lihat nasib mereka yag tak berdosa ini.

Diwajah mereka masih ada keceriaan dan segunung harapan.
Apa yang mampu kita lakukan untuk membela nasib mereka..hanya doa pastinya supaya mereka beroleh kebebasan sepenuhnya..dan dapat menikmati hidup seperti anak2 lain di dunia ini.

Ingin Lebih Cantik Dan Lebih Menarik


Pakailah "sabun Istighfar"yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

"Bedaklah" wajah anda dengan air wuduk nescaya anda akan bercahaya di akhirat.

Gunakanlah 'pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang bahannya dari rasa malu yang dibuat dari salun Iman.

Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda,nescaya anda semakin manis.

Rawatlah rambut anda dengan "selendang Islam" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan.

Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawaduk dan jari-jari anda dengan "cincin ukhuwah".

Sebaik-baik kalung anda adalah kalung "kesucian"

Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.



"Bila cantik di dalam pasti terbit kecantikan luaran"

Saturday, February 14, 2009

Harapan dan Penerimaan

Jika kamu memancing ikan.
setelah ikan terlekat di mata kail,hendaklan kamu mengambil ikan itu..jangan sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dlm air begitu saja..kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorg..
setelah ia mulai MENYAYANGIMU,hendaklah kamu MENJAGA hatinya...janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja..
kerana ia akan TERLUKA dgn kenangan bersamamu dan TIDAK mungkin dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu...
Jika kamu menadah air,biar berpada
Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan jangan menganggap ia begitu teguh..
cukup sekadar keperluanmu..apabila sekali ia retak,tentu sukar untuk menampalnya semula..akhirnya ia dibuang..sdgkan jika kamu cuba memperbaikinya mgkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga bila kamau memiliki seseorg, TERIMALAH seadanya..jangan kamu terlalu mengaguminya dan jangan kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA..anggaplah dia manusia biasa..apabila sekali dia melakukan KESILAPAN,nukan mudah bagi kamu utk menerimanya...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
sedangkan jika kamu memaafkannya,boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga akhirnya...
Jika kamu memiliki sepinggan nasi,yang kamu pasti baik untuk dirimu..mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan lain..terlalu mengejar kelazatan..kelak nasi itu akan basi dan kamu akan MENYESAL.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dgn seseorang yang pasti membawa KEBAIKAN kepada diri kamu..
MENGASIHIMU..
MENYAYANGIMU..
mengapa kamu berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain
terlalu mengejar KESEMPURNAAN, kelak,kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..

"Sikap memberi dan menerima perlu ada untuk menyemai cinta"

Friday, February 13, 2009

Pergilah Sunyi Dan Sepi


Ada kekeliruan tntg makna 'keseorgan' atau ' kesunyian' dgn 'rasa keseorangan' atau 'rasa kesunyian'.Walaupun dua perkataan ini mempunyai bunyi yg serupa,namun maknanya cukup jauh berbeza.

Berseorgan atau kesunyian bererti bersendirian dan kesunyian. Namun lain pula dgn berasa berseorgan atau berasa kesunyian kerana perasaan itu boleh dtg bila2 masa..malah ketika berada di tengah org ramai sekalipun perasaan ini boleh menyerang!
Dilanda perasaan kesepian ini boleh menjadi satu masalah terutama bila perasaan tersebut membuat kita sering jatuh sakit dan menjadi murung.

Perasaan ini perlu dilawan..hidup berseorangan bukan masalah,tetapi jgn sampai dilanda rasa sepi dan sunyi yg keterlaluan. Anda harus ingat bahawa 'sendiri' tidak semestinya sunyi..

7 langkah untuk menjauhkan diri anda dari perasaan sunyi dan sepi adalah sprti berikut:

1. Tiap manusia pasti pernah dilanda perasaan ini,,anda perlu bersikap positif,perkara ini tidak menjadi hal,malah anda boleh merasa seronok dan puas dgn kehidupan anda skrg.
2. Ada perbezaan besar antara berseorgan dgn rasa berseorgan..adalah suatu yg natural bagi manusia mempunyai keinginan utk hidup dikelilingi manusia lain....perasaan berseorgan itu akan kita rasa hnya bila tiada sesiapa di sekeliling.

3. Anggaplah kesunyian dan rasa berseorgan yg hadir itu sebagai satu perasaan yg dtg dan pergi.anda harus tahu bahawa berseorgan tidak semestinya menceritakan tntg rasa sunyi..tetapi lebih menceritakan tntg kepedihan yg dialami oleh sesetengah kita bila berseorgan.

4. Anda tidak boleh memaksa seseorg utk berada disekeliling anda pada setiap masa..namun anda boleh menentukan bagaimana anda bertindak balas dgn perasaan berseorgan..percayalah anda bukan lemah apabila sesekali ditimpa rasa sunyi..namun anda perlu mendepani masalah ini dan jgn jadikan ia sebgai suatu yg 'kekal' dlm hidup anda.

5.Jadikan kehidupan anda sebagai suatu yg berharga..ini akan membantu anda untuk lebih menghargai diri dan kehidupan ini..

6. Anda perlu fokus pada tujuan dan misi yg ingin dicapai dalam hidup ini..bergaullah dgn org yang mempunyai impian dan minat yg hampir sama dgn anda.

7. Belajar utk berasa gembira dgn diri sendiri sebab kebanyakan yg anda habiskan adalah bersama diri anda sendiri..ini akan menjadikan anda lebih seronok didekati...tetapi jgn sesekali jadi kera sumbang..ingatlah..kita sentiasa memerlukan org lain untuk meneruskan hidup ini.

"Sepi dan sunyi itu sangat indah bila kita memerlukan"

Wednesday, February 11, 2009

Terapi Mood Melalui Warna

Biru
Melambangkan ketenangan yang sempurna.mempunyai kesan yang menenangkan kepada tekanan darah,denyutan nadi serta tarikan nafas.

Hitam
Mewakili kuasa,seksualiti.keanggunan,kekayaan,misteri,rasa takut,fikiran yang dalam dan kemarahan namun ia juga warna teknikal yang baik.

Hijau
Mewakili alam semula jadi,persekitaran,kesihatan,tuah dan kesuburan, individu yang memiliki warna asas hijau akan cenderung mempunyai keseimbangan dan kesetabilan dalam aktiviti yang meliputi tahap metabolisme yg aktif dan menjadikannya lasak,kuat dan cergas.

Jingga
Adalah rona campuran kuning dan merah. Jingga dianggap warna hangat yang menunjukan tenaga dan memiliki sifat yang berkilau serta sering digunakan bagi menarik perhatian org lain.

Ungu
Warna luar biasa yang menandakan martabat yang tinggi,kerohanian,misteri,kearifan,keangkuhan,kurang toleransi serta pesimes terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa hadapan.

Merah
Lambang psikologi yang mengurangkan tenaga,mendorong mempercepatkan tenagammempercepatkan denyutan nadi,menaikan tekanan darah serta mempercepatkan produktiviti,perjuangan,persaingan dan keberahian.

Kuning
Menggambarkan kegembiraan dan kebahagiaan,malah ia mempunyai sifat yang santai serta mudah menunda2 masaalah. mempunyai pendirian berubah2 tetapi penuh harapan selain mempunyai cita2 dan semangat setinggi langit.

Putih
Mewakili rasa hormat,kesucian,kebersihan,keamanan yang merangkumi sifat positif dalam kehidupan.

"apapun warnanya kitalah yang sebenarnya mencorakkan warna warni kehidupan kita"

Monday, February 09, 2009

True Love

Selepas siap keja2 yang memeningkan kepala ida sempat jenguk kotak email..kot2 ada yang special..kot2 ada peluang2 tambah pendapatan..tapi ini yang menarik perhatian ida..mgkin ramai yang terima email ni..tak pelah ida just nk kongsi2 pada yg tak dpt..bagaimana perasaan anda bila lihat situasi ini..ida rasa terharu..terpana dan ntah ter apa lagi pun tak tahu nk digambarkan....lihatlah betapa murninya kasih seorg insan bernama lelaki yang menjadi suami kepada wanita yang tidak sempurna ini..dalam 1 juta mgkin hanya 1..lelaki muda kwen wanita lebih tua biasa kita lihat..begitu sebaliknya..tapi fikir2kan lah...

sentiasa bersama isteri tercinta


Murninya hati seorg lelaki yg bernama suami ini..

kasih sayang yang tidak berbelah bagi

Adakah lagi lelaki seperti ini....


'Kasih sayang bukan diukur dari paras rupa,usia dan kedudukan"

Sunday, February 08, 2009

Gaza Oh Gaza

Inilah gambar yang masuk kat kotak email ida..kagum melihat keindahan bandaraya ini..bila tenguk sampai penghujung..baru tahu rupanya inilah GAZA sebelum kehancuran..patutlah Yahudi mahu merebut Gaza dari Palestin..

Gaza yang jadi rebutan Israel Laknatullah

Betapa indahnya Gaza

Gaza di waktu siang

Gaza di waktu malam

Betapa cantiknya Gaza

Mudah2an Allah selamatkan GAZA dari ditakluk Yahudi yang dilaknat.

Monday, February 02, 2009

Antara Filem Hindi.Realiti dan Kisah Sorg Teman




Kalaulah apa yang berlaku dalam kehidupan kita ni mcm dalam filem hindi tu bestkan..apa saja kesusahan,kesukaran,penderitaan,pahit getir dan apa saja pasti endingnya happy ending..tak penah sekalipun filem hindi yang aku tguk endingnya hero atau heroinnya tak bersatu atau mati..kalau bercinta..ditentang sehngga hampir mati pun tetap akan berjaya mencapai matlamatnya..alangkan indahnya jika tiap apa yang kita hajati kita dapat macam cite hindi tu..belum lagi dgr lagu ayng didendangkan oleh pelakonnya konon..belum lagi tguk hero dan heroinnya yang cun melecun...terbuai2perasaan bagi org yang tgh dilamun cinta..tambah menderita org yang sedang rindu merindu...ahh...itu hanya cite..untuk membuai perasaan dan menambah angan2..realitinya..tak penah sama seperti dalam cite.
Aku buat entrinya saja suka2..masa tak sihat, terbaring je..mata dok mngadap tv..semua cite aku layan (mngpun aku minat giler pelakon sorg ni....hehehe).
Tapi yang paling penting ialah cite sorg teman yg membuat aku terpanggil nk tulis sesuatu kat sini..kata temanku itu dia rasa dia dah jatuh hati kat seseorg,ku tanya siapa dia tapi dia kata 'biarlah rahsia' macam kata Dato CT dalam lagunya....hmmm...terkedu juga bila aku baca msg temanku itu..tak tahu nk gambarkan apa perasaanku..terkejut..suka..gembira..sedih...ntahlah..Walaubagaimanapun aku nasihatkan temanku itu supaya berterus terang pada gadis yang dia suka tu..supaya tak melepas lagi..jika temanku itu terbaca entri ni..jgn berharap apa yang kita impikan macam cite hindi...sbb kita dalam dunia realiti.

Monday, January 26, 2009

KekasihMU


Muga Allah jadikan pagiku cahaya
Zohorku gembira
Asarku bahagia
Maghribku keampunan
Isyakku keberkatan
Doa-doaku tidak ditolak
Diluaskan pintu rezekiku
Serta tidak diambil semula.
Dibukakan bagiku pintu Syurga
Tanpa sempadan...............
Pengalaman lepas sebagai panduan
dan azam baru sebagai halatuju
ke arah kejayaan.
Muga aku menjadi KEKASIHMU YA ALLAH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...