Melihat wajah anak2 Palestin ini buat hati aku tersentuh...atas nama kanak2 tetap riang ria walaupun kehilangan ayah bonda dan sanak saudara..
Bila pikir2kan mereka..aku bersyukur betapa beruntungnya anak2ku..walaupun ayah mereka tidak lagi tinggal bersama tapi mereka tetap ada ayah dan ibu..mereka masih dapat bersekolah,bermain,makan dan minum dgn bebas.
kanak2 ini tinggal di rumah anak2 yatim sejak usianya 1 tahun lagi...sekarang usianya 4 tahun..sedih lihat nasib mereka yag tak berdosa ini.
3 comments:
Salam Ida,
kanak-kanak ini terlalu mentah utk mengenal erti peperangan. Mereka sepatutnya seperti kanak-kanak lain seusia yg bermain, belajar dan bermanja bersama keluarga.
Syukur kerana anak-anak kita lebih beruntung drp mereka. Semoga kita sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka..
salam Hazlin...sedih pikir nasib mereka kan...itulah yg buat ida rasa bersyukur sgt.muga kebebasan anak2 kita akan kekal insyaallah.
Sekadar ingat mengingatkan. Sambil berblog, jangan lupa selalu berdoa untuk saudara kita di Palestin. Doa Qunut Nazilah
“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.” Sumber: JAKIM
View Profile: Rantong™
Post a Comment