Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, February 28, 2010

Rahsia Logika Di Sebalik "8x3 = 23"

Confucius atau K'ung-fu-tzu, pemikir dan ahli falsafah Cina yang hidup pada zaman 479-551 sebelum Masihi. Mempunyai ramai murid termasuk murid kesayangannya bernama Yan Hui. Yan Hui pencinta ilmu dan mempunyai keperibadian yang baik dan mempunyai jawatan tinggi dalam kalangan komuniti Confucius.

Suatu hari Yan Hui lalu di sebuah kedai menjual kain dan nampak ramai org berkumpul, dia mendekati kumpulan manusia di situ dan mendapati seorg pelanggan sedang bertekak dengan penjual kain.

Pembeli berteriak : "3 x 8 jumlah 23! kenapa awk cakap 24?"

Yan Hui cuba mendamaikan dan membetulkan keadaan, mendekati pembeli kain dan berkata : "Saudara, 3 x 8 memang 24, semua org tahu..tak payah gaduh2 lagi"

Pembeli kain yg sedang marah menunding jari ke muka Yan Hui dan berkata : "Siapa yang minta pendapat engkau? kalau nak minta pendapat, minta dari pada Confucius. Benar atau salah biar Confucius yang tentukan".

Yan Hui bersetuju membawa hal itu untuk diadili oleh gurunya yang bijaksana.

"Baiklah, kalau Confucius kata awak salah? macamana?" tanya Yan Hui.

"Kalau Confucius kata saya salah, pancung kepala saya, kalau awak yang salah macam mana pulak?" Pelanggan itu sanggup mengambil risiko penuh keyakinan atas rasa kemarahan.

"Kalau saya yang salah, saya letak jawatan dan awak ambil alih jawatan saya"

Kedua2nya sepakat atas pertaruhan tersebut, lalu bersama-sama berjumpa Confucius. Confucius mendengar dengan teliti pengaduan mereka berdua. Alangkah terkejutnya Yan Hui apabila Confucius mentertawakannya dan berkata:

"Betullah 3x8 =23. Yan Hui kamu kalah! berikan jawatan kamu kepada lelaki ini..."

Sebagai murid Yan Hui tidak mahu berdebat dengan gurunya, dia lalu menyerahkan jawatannya kepada lelaki itu dengan rasa yang tidak puas hati. Kerana hati terluka, Yan Hui mengambil cuti atas alasan masalah keluarga. Confucius yg bijak faham perasaan anak murid kesayangannya dan meluluskan cutinya dan berpesan supaya Yan Hui segera kembali apabila urusannya selesai. Sebelum Yan Hui pergi, Confucius berpesan kepada Yan Hui:

"Kalau hujan lebat, janganlah berteduh di bawah pokok, dan apapun berlaku nanti jangan sampai kamu membunuh"

Di dalam perjalanan angin kencang berserta guruh dan kilat diikuti hujan yang snagta lebat, Yan Hui mencari tempat berlindung, dia nampak sebatang pokok tetapi tiba2 teringat pesanan gurunya dan mengambil keputusan tidak berlindung di bawah pokok tersebut. Tidak lama selepas meninggalkan tempat tersebut, pokok tadi dipanah petir. Betullah pesan guru, bisik hati Yan Hui.

Yan Hui sampai di rumah lewat malam dalam keadaan basah kuyup, kesejukan dan rasa mendongkol di hati. Dia masuk perlahan-lahan kerana tidak mahu menganggu isterinya yg pasti sudah tidur. Dalam keadaan gelap, dia masuk ke dalam bilik tidur dan mendekati katil. Kemarahannya memuncak apabila tangannya merasa ada org berbaring di sebelah isterinya, Yan Hui menghunus pedang dengan perasaan marah. Ketika dia mengangkat pedang, nasihat Confucius supaya jangan membunuh terngiang di telinganya, Yang Hui bertenang, menyalakan pelita dan menyelidik siapa yang berbaring di sebelah isterinya. Ternyata yang tidur di sebelah isterinya ialah adik iparnya iaitu adik perempuan isterinya yang datang bertamu.

Tanpa berlama2, keesokan paginya Yan Hui berjumpa Confucius dan bertanya, melihat muridnya sudah mula belajar sesuatu daripada pengalaman tersebut, hati murid kesayangannya sudah tersentuh, Confucius menjelaskan sudut pandangnya dalam persoalan yang dikemukakan.
"Saya tahu kamu mengambil cuti bukan kerana urusan keluarga tetapi hendak berhenti dari belajar daripadaku..."

"Panasnya cuaca semalam, itu petanda hujan petir akan berlaku, pokok dipanah petir adalah perkara biasa, sebab itu aku mengingatkan engkau tentang perkara itu. Semalam engkau pergi dengan perasaan marah yang terpendam di hati dan kamu membawa pedang.... maka aku mengingatkan supaya kemarahan yang membahang dalam hatimu tidak akan membuatmu melakukan sesuatu yang akan kamu kesali."

"Cuba fikirkan lebih mendalam, semalam aku mengiyakan '3 x 8 = 23' dan kamu kalah lalu hilang jawatanmu, tetapi jika aku katakan '3 x 8 = 24' benar, pembeli kain itu kalah dan satu manusia melayang, mana lebih berharga dan bernilai, jawatanmu atau nyawa seorang manusia?"
Yan Hui tertunduk, belajar ilmu dan bijaksana dalam mengamalkannya ialah dua perkara berbeza..ada 'kebenaran' yang lebih tinggi daripada sekadar logik matematik...Yan Hui meneruskan pembelajarannya tentang hakikat kehidupan daripada Confucius...

Benar! tidak berbaloi kebenaran ditahap logik matematik , memadamkan kebenaran di tahap jiwa kemanusiaaan. '3 x 8 - 24' menghapuskan kebenaran tentang kasih sayang, kerharmonian dan kedamaian?.

Dengan sifat bijaksana menilai tahap2 hakikat kebenaran dalam kehidupan, Confucius dipandang mulia oleh manusia yg mengenalinya, sesungguhnya Confucius adalah salah seorang daripada hamba2 ciptaan Allah yang menjadi tanda bahawa Allah itu Al -Aziz (Maha Perkasa) dan Al- hakim (Maha Bijaksana) Hakikatnya yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana ialah Allah - Tuhan Maha Esa Pemilik hakiki seluruh alam dan seisinya.


ps...Mudah2an Allah SWT mengurniakan kekuatan kepada kita untuk memahami dan menghayati apa yg lebih bertnilai dalam kehidupan ini dan dapat melalui perjalanan hidup menemuiMu dalam keadaan redha dan diredhai..


Sumber : midi

19 comments:

ai@reel said...

menginsafi diri setelah membaca en3 ini...

kekadang kita terlupa dan lalai seketika...

maiyah said...

menarik.. perjalanan yg berkait dgn pelbagai persoalan

MaizaC'Joe said...

Salam my lovely sis ida

lama maiza xsinggh sini.. thanks for da sharing ya.. best n3 nie moga kita semua menghayati juga menilai di sebalik semuanya....

Ah Fatt said...

mendalam pengajarannya ni
semua benda tak ada yg logik... no sense

azieazah said...

Seronoknya baca kisah ni...

Nak copy leh?

zedmagel said...

Salam Idalara,

Sangat menarik cerita yang anda sajikan dalam N3 kali ini. Banyak memberikan pengajaran yang berguna untuk kita semua.

Jika ada lagi cerita begini, teruslah berkongsi cerita bersama.

kakyong said...

Apa-apa pun kita kena berfikir dulu sebelum bertindak. Yg penting kita kena bijak mengendalikan situasi mengikut situasi.

Naz said...

hmm.. sedang memikir2 balik apa yg dah dibaca.. tq kak...

Rashid said...

salam

kak ida, kisah yang menarik sekali. Kadang-kadang kebenaran itu juga perlu ditepikan jika kebaikan lebih mengatasi kebenaran..

Menyerah kalah tak semestinya kalah..

Dj Epoi said...

Panjang sungguh kak weih.....citer 8 x 3 nih heheheheh

Idalara said...

Dj...tu lah letih akak menaipnya..

Idalara said...

salam cikgu Rashid..
kisah ni mng menarik..itu sbb kak ida mahu share bersama..
benar apa yg rashid katakan..menyerah kalah untuk kebaikan apa salahnya.

Idalara said...

salam naz..apa saja kisah begini akan buat kita berfikir semula..t.kasih singgah

Idalara said...

salam kakyong..betul..berfikir..baik dalam apa jua keadaan..

Idalara said...

salam Tn Hj Zed..
insyaallah sy pasti akan berkongsi dgn sahabat2 selagi ada yg mahu membacanya,

Idalara said...

salam azie..
silakan..kak ida sgt berbesar hati..

Idalara said...

betul fatt..kdg2 ada perkara yg sgt tak logik..

Idalara said...

salam maiza..
bila ada kelapangan singgah2lah wlupun tuan rumah tkde...kisah yg menarik akan kak ida paparkan lagi bila ada kelapangan..

Idalara said...

salam aireel..
mudah2an apa saja kisah yg baik akan jd tauladan buat kita semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...