Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Showing posts with label Moral. Show all posts
Showing posts with label Moral. Show all posts

Monday, May 11, 2009

Nabi Nuh Meraung Tidak Henti2


Nama asal Nabi Nuh a.s bukanlah Nuh, tetapi sesuatu nama lain yang tidak banyak diketahui, meskipun Allah swt menyebut nama Nuh dalam Al-Quran.

Dalam bahasa Arab, makna 'Nuh' ialah raungan atau tangisan yang berterusan. Mengapa Nabi Allah itu dipanggil Nuh..ia mempunyai kisah yang sangat menarik dan menjadi contoh yang berguna untuk umat manusia seluruhnya.

Cerita Nabi Nuh a.s ini bermula pada suatu hari apabila seekor anjing yang sangat ganjil lalu di hadapannya. Rupa anjing itu tidak seperti anjing-anjing biasa. Ia bermata empat dan sudah tentu menarik perhatian ramai, termasuklah nabi Nuh a.s sendiri pada zaman itu. Nabi Nuh a.s pun menyuruh anjing bermata empat itu berhenti di depannya dengan agak kehairanan.

Nabi Nuh : " Wahai anjing, aku lihat muka kau ini begitu hodoh, mata engkau empat tidak seperti anjing yang lain..mengapa jadi begini?"

Anjing itu pun menjawab: "Kau tanyalah siapa yang menjadikan aku. Kau fikir aku yang menghendaki mukaku hodoh begini?, tanyalah Tuhan yang menjadikan aku dan juga yang menjadikan engkau"

Nabi Nuh a.s pun meraung (menangis) mendengarkan jawapan anjing hodoh itu. Ia menangis tidak henti-henti. Terasa benar kesalahannya mengkritik kejadian Tuhan.

Dia meraung dan meraung lagi beberapa lama kerana menyedari dosanya itu. Tidak henti-henti dia memohon keampunan daripada Allah swt kerana dengan tidak sengaja melakukan dosa.

Sejak itu namanya pun dipanggil Nuh(raungan) dan kekallah namanya Nabi Nuh diabadikan dalam AlQuran dan diampunkan dosanya oleh Allah swt.


Moral of the story : "Jangan sekali2 menghina orang lain yang tidak sempurna pada pandangan mata kita, lebih2 lagi memanggil orang tersebut dengan gelaran yang tidak enak didengar. Tiap kejadian Allah ada rahsia yang tidak kita ketahui..siapa kita untuk mempersoalkan tiap kejadian Allah"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...