Nama asal Nabi Nuh a.s bukanlah Nuh, tetapi sesuatu nama lain yang tidak banyak diketahui, meskipun Allah swt menyebut nama Nuh dalam Al-Quran.
Dalam bahasa Arab, makna 'Nuh' ialah raungan atau tangisan yang berterusan. Mengapa Nabi Allah itu dipanggil Nuh..ia mempunyai kisah yang sangat menarik dan menjadi contoh yang berguna untuk umat manusia seluruhnya.
Cerita Nabi Nuh a.s ini bermula pada suatu hari apabila seekor anjing yang sangat ganjil lalu di hadapannya. Rupa anjing itu tidak seperti anjing-anjing biasa. Ia bermata empat dan sudah tentu menarik perhatian ramai, termasuklah nabi Nuh a.s sendiri pada zaman itu. Nabi Nuh a.s pun menyuruh anjing bermata empat itu berhenti di depannya dengan agak kehairanan.
Nabi Nuh : " Wahai anjing, aku lihat muka kau ini begitu hodoh, mata engkau empat tidak seperti anjing yang lain..mengapa jadi begini?"
Anjing itu pun menjawab: "Kau tanyalah siapa yang menjadikan aku. Kau fikir aku yang menghendaki mukaku hodoh begini?, tanyalah Tuhan yang menjadikan aku dan juga yang menjadikan engkau"
Nabi Nuh a.s pun meraung (menangis) mendengarkan jawapan anjing hodoh itu. Ia menangis tidak henti-henti. Terasa benar kesalahannya mengkritik kejadian Tuhan.
Dia meraung dan meraung lagi beberapa lama kerana menyedari dosanya itu. Tidak henti-henti dia memohon keampunan daripada Allah swt kerana dengan tidak sengaja melakukan dosa.
Sejak itu namanya pun dipanggil Nuh(raungan) dan kekallah namanya Nabi Nuh diabadikan dalam AlQuran dan diampunkan dosanya oleh Allah swt.
Moral of the story : "Jangan sekali2 menghina orang lain yang tidak sempurna pada pandangan mata kita, lebih2 lagi memanggil orang tersebut dengan gelaran yang tidak enak didengar. Tiap kejadian Allah ada rahsia yang tidak kita ketahui..siapa kita untuk mempersoalkan tiap kejadian Allah"
6 comments:
salam...idalara.
cerita nabi nuh ni sangat memberi pengajaran pada semua..anaklaut selalu menceritakan dalam kelas hal-hal berkaitan dengan kasih dalam al-quran.
kpd sesiapa yang membaca, diharapkan agar mendapat rahmat dari Allah swt insyallah..
akak... time kasih dengan entri ni.
baru aku tau.. sebelum ni aku tak
pernah pon terbace pasal kisah ni.
thanks for sharing akak~
rupanya mcm ni kisahnya..
baru saya tahu..ingat pasal kisah bahteranya ketika banjir..
yg saya musykil bagaimana reaksi org kg bila anjing tersebut bercakap??bkn ke Nabi Sulaiman yg ade mukjizad boleh berkomunikasi dgn haiwan kak??
mmg ade org mcm ni kak..menghina tanpa memikirkan hati dan perasaan org lain yg mendengar..
saya pernah terasa gak org ckp mcm tu kat saya..tapi saya diam je atau tuko topik laen..
itu kadang2 buat saya tersentak dan berjaga2 bila buat sesuatu..
kdg2 terasa diri rendah diri..
~"takpelah ko amek suma,mungkin aku tak layak" da terbiasa ucapan mcm tuh.. hehe..sedar diri tak sempurna..dari tak sedar iye dak??
salam anaklaut
betul tu..selalunya kisah nabi2 ni sgt menarik dan boleh beri kesan kepada budak2..anaklaut boleh ambil cerita ni utk diceritakan pada anak didik anaklaut.
p/s terimakasih sudi beri komen
Azman..akak suka juga baca kisah2 nabi ni..boleh beri pengajaran pada kita..untuk kita ambil tauladan.
salam hysman...akak pun baru baca kisah ni..yup mng Nabi Sulaiman boleh berkata2 dgn haiwan tapi tak mustahil jika Allah mahu bg pengajaran pada Nabi Nuh maka diizinkan boleh berkata2 dng haiwan.
man yang penting kita jaga diri kita dari mengeluarkan kata2 yg kurang elok pada teman2,biar kita rasa sakit asalak kita tak buat dosa kat org lain...
Setiap org yg dilahirkan ada kekurangan dan kelebihan...so..jgn terlalu merasa rendah diri.
Post a Comment