Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Monday, January 19, 2009

Riak - Syirik Paling Di Takuti

Salah satu penyakit batin atau jiwa yg paling parah kepada seorg Muslim ialah riak. Hal ini berasaskan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Sesungguhnya apa yang paling aku takuti menimpa umatku ialah riak dan keinginan nafsu yang tersembunyi di mana ia lebih tersembunyi daripada seekor semut hitam diletakkan di atas batu yang hitam pekat pada malam yang gelita." ( Hadis Riwayat Ibnu Najah dan Al Hakam).
Begitulah betapa sulitnya untuk mengawal diri daripada penyakit ini kerana ia tersembunyi dan sukar dikesan. Justeru,ulama Islam sangat memberi perhatian kepada kesan buruk penyakit riak kepada umat Islam.
Riak berasal daripada perkataan Arab Ru'yah yang bermaksud lihat. Orang yang riak ialah orang yang memperlihatkan amalannya kerana ingin mendapat pujian manusia. Riak boleh berlaku dalam pelbagai bentuk iaitu melalui fizikal,pakaian,perkataan,amalan,ramai kawan dan pengunjung.
Rasulullah SAW pernah ditanya: "bagamana untuk mendapat kejayaan? Jawab Baginda SAW : Seorang hamba yang beramal taat kepada Allah jarang beramal kerana mengharapkan sesuatu daripada manusia" (Hadis Riwayat Al Baihaqi).
Sabda Rasulullah SAW lagi yang maksudnya "Perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah syirik kecil. Sahabat bertanya : Apa dia syirik kecil itu? Sabda Baginda: Allah berkata pada hari kiamat nnti ketika Dia memberi balasan amalan kepada hambaNYa : Pergilah kamu kepada kepada org yang kamu tunjukkan amalan kamu di dunia dulu,mintalah balasan amalan kamu daripada mereka:(Hadis riwayat Ahmad dan Al Baihaqi)
Diriwayatkan Saidina Umar pernah ternampak seorg lelaki berjalan membongkokkan badannya,lantas beliau berkata: Hai si bomgkok,luruskan badan kamu,khusyuk atau rendah diri itu bukan pada fizikal, sesungguhnya khusyuk itu di dalam hati.
Abu Umamah Al Bahili ternampak seorg lelaki dalam masjid sedang menangis dalam sujudnya,lalu dia berkata: jika kamu lakukan ini di rumah kamu adalah lebih baik.
Saidina Ali berkata : "tanda orang yang riak itu tiga,dia malas jika seorg diri,ia rajin apabila di tengah orang ramai dan ia menambah amalan jika dipiji dan mengurangkan jika sebaliknya.Kebuurukan riak tidak terhitung. Apabila seseorg rasa berbeza dalam dirinya jika ia beribadat dolihat orang dan tidak dilihat itu adalah satu bentuk riak. Cara merawatnya ialah menjauhi terus daripada punca riak iaitu suka kepada kedudukan dan kemegahan.
Seburuk2 riak ialah seseorg beribadat kepada Allah kerana hambaNYa,bukan mengharapkan keredhaan Allah. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya "orang yang riak nnti dipanggil pada hari kiamat di hadapan semua makhlik : Hai penjahat,hai periak,hai penipu,amalan kamu sesat,balasannya terhapus, pergilah kamu,minta balasannya daripada org yang kamu beramal kerananya." (Hadis riwayat Ibn Abi Al Dunya)
Berdasarkan keterangan di atas sebagai seorg Muslim kita mestilah menjaga niat dalam setiap kerja amal dilakukan.Jangan sekali-kali terselit rasa selain kerana Allah, nanti di akhirat balasannya tidak akan diberi oleh Allah.

Sedarlah penyakit ini lebih parah daripada segala penyakit fizikal dunia,kerana ia akan merosakkan segala pahala yang diperlukan untuk kebahagiaan hidup kekal abadi di akhirat.

"Di petik daripada Prof Madya Dr Abdul Rashid Ahmad"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...