Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Monday, January 19, 2009

Bila Anak Asma


Ini Aiman Zarif..usia 13 tahun,anak yang 'cool' dan bertanggungjawab. Agar sabar dengan kerenah adiknya,mendengar kata dan jarang menyusahkan aku ibunya. Tapi satu penyakit yang dihidap dari baka datuk sebelah abah dia ialah lelah atau semput atau bahasa yang lebih manis asma (betul ke tak ejaanku bg perkataan asma ni tak tau lah aku)Asma yang dihidap bukan lah tahap teruk,jika tak langgar pantang larang insyaallah jarang Aiman Zarif diserang asma, mengikut kata seorang sahabat yang pernah mengikuti seminar mengenai penyakit asma ni,segala makanan yang berunsur coklat harus dielakkan,ais sudah semestinya dan makanan yang berunsur jelly. Jika terlalu penat pun boleh diserang. Inilah anakku Aiman Zarif sewaktu menerima rawatan di kelinik ketika diserang asma.
Bukan saja Aiman Zarif yang mengidap asma malah adiknya Abdullah Zaki juga mengidap sama, Abdullah Zaki lebih kerap diserang kerana dia jenis gemar makan aiskrim..makin aku larang makin kerap dibelinya aiskrim. Nak larang mcmmana,di kantin sekolah melambak air ais dijual. Sebagai ibu dan ayah aku lah yang kena pastikan agar anak2 tidak diserang asma..tapi aku hanya mampu beri nasihat dan melarang..di rumah mungkin ok jika di sekolah atau diluar, apa dayaku seorang ibu.

3 comments:

Kamezaim said...

ala...ciannya dia..ni mesti mak dia dera apa ni..ish..ish...apa nak jadi dgn nenek rock sorang ni..haha Semoga cepat sembuh ye..nanti blh lawan tumbuk dgn nenek rock..haha

Idalara said...

Hish..Hish...budak pakai bere hijau ni mng tak sayang mulut.

Kamezaim said...

aik,cepatnya nenek rock balas komen ni..haha nenek rock dapat srikandi bangsa..haha pecah perut akuuu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...