Wednesday, January 21, 2009
Semurni Seikhlas Hati
Tadi hatiku tergerak baca kat buletin Tagged..dah agak lama tak ke sana...........
asik kat massage je nak tguk kalau ada mamat2 macho nak berkenalan...(hahahaha..gurau jer)...
Inilah yang aku dapat kat buletin..paparan seorang wanita berhati mulia,murni dan ikhlas mengorbankan seluruh harta dan tenaganya mengasaskan "Pusat Perlindungan Pernim" (gambar yang aku paparkan agar blurr kerana di ambil dr PC) Beliau menjadi pengasas dan pengerusi Pusat Perlindungan Pernim bersama suaminya yang juga menjadi tulang belakang usaha murni beliau. Calang2 wanita tidak akan mampu mengorbankan seluruh kehidupannya di sisi anak2 yatim,anak2 terbuang,ibu tunggal dan juga anak2 yang mengidap HIV dan AIDS.. jika kita merasa jijik dan takut mendekati anak2 HIV dan AIDS beliau tanpa rasa gusar,jijik dan takut mengambil anak2 sebegitu dan memelihara seperti anak kandung sendiri...!!!. Wanita berhati waja dan mulia ini bukan sedikit menerima hinaan dan kutukan kerana kerja mulia beliau,malah beliau pernah dilontar berbagai kata nista,beliau pernah dicerca kerana kononnya memakan harta anak2 yatim juga mahukan nama...siapa yang sanggup menjadi seperti Pn Norlina..tanpa memperdulikan kata nista beliau terus dengan usaha beliau...Mudah2an usaha murni beliau dan suami mendapat ganjaran yang tidak terhingga dari Allah kelak...mudah2an beliau tidak pernah rasa penat dan serik untuk terus berusaha menyelamatkan anak2 tersebut. "Selamat Maju Jaya Puan Norlina"
"Mata yang melihat tidak seberat bahu yang memikul"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment