Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Friday, January 16, 2009

Bas oooo Bas



Tenguk tu..pagi2 lagi anak bungsuku Abdullah Zaki dah turun ke bawah tunggu bas nak ke sekolah..seawal 7 pagi dah di kerah abangnya Aiman Zarif menemani dia..sepuluh minit berlalu,hinggalah hampir 7.30 bas masih tak muncul..naik darah aku dibuatnya bila anak2 kat bawah menjerit kata bas tak sampai lagi..Call driver bas tu...eh...buat2 terkejut pulak..hampir tiap pagi macam ni...nak marah kat driver bas tu nanti langsung tak diambilnya..nak tak nak terpaksa tunggu jugalah..kesian anakku sampai lewat kat sekolah..siapa nak dipersalahkan? murid tu?..diriver bas tu? atau aku? aku tkde kenderaan nak hantar anak2 ke sekolah....mohon bertukar disekolah berhampiran rumah langsung tak diendah..maklumlah aku bukan isteri pilot yang keja kat KLIA,aku bukan ada sesiapa kat sekolah atau kat Pejabat Pelajaran yang kenal.aku bukan sedara mara Guru Besar atau guru2 kat sekolah yang aku nak minta tukar..aku hanya seorang ibutunggal yang miskin yang menumpang di premis Company ku bekerja..aku bukan sape2 tu sebab permohonanku tiap tahun tak pernah dilayan...walaupun alasan ku cukup kukuh...aku tiada pengangkutan untuk menghantar anak kesekolah bila di tinggal bas,aku berpendapatan rendah nak menanggung kos tambang bas sekolah...dunia semakin tak adil tapi aku harus juga hidup dalam dunia seperti ini. Sabar lah muga2 satu hari nanti belenggu kemiskinan ini dihapuskan oleh anak-anakku.

4 comments:

Kamezaim said...

dunia tak pernah berubah tp manusia je yg berubah.. klu setakat tertinggal bas,apalah sangat cik puan ida oii... kamezaim dulu berlari je ke sekolah,sampai kasut dah tak ada rupa kasut lagi.. jgn di manja sangat anak tu,nanti umur 20 tahun pun mak kena pakaikan kasut dia lagi..wakakaka

Idalara said...

en kamezaim..bila dah tertinggal bas maknanya teringgal 10 mata pelajaran sehari..tak ke rugi namanya..akak pun dulu jalan kaki..tapi kita kena ikut peredaran zaman...dulu jln kaki perkara biasa..takkan sekolah jauh 10km akak nk suh jalan kaki...tak gitu?

Tirana said...

Selalunya anak-anak di tempatkan di sekolah yang berdekatan dengan tempat tinggal kita. Masa nak mendaftar..siap diorang amik address rumah. Hairan jugak kenapa anak2 Ida tak dapat sekolah yang berdekatan. Susah jugak tu..sekolah jauh-jauh lainlah kalau duduk di asrama..

Idalara said...

Alasannya Tirana..tiada kekosongan.
Masa pindah di sini anak2 dah bersekolah di tempat lain. bila akak berhijrah di tmpat skarang sekolah yg paling dekat tiada kekosongan...gitulah kata pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan juga pihak Sekolah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...