Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Friday, January 30, 2009

Aku Bebas..Aku Merdeka..


Dua minggu..aku terseksa sgt..dua minggu aku rasa kehidupan peribadiku digugat..
dua minggu..aku rasa seperti terpenjara di rumahku sendiri..dua minggu..aku rasa seperti tiada kebebasan di mahligai indahku...
Semuanya gara2 adik lelaki bungsu ku yang berumur 26 tahun menumpang tinggal di rumahku..bunyinya mcm aku di seksa..bunyi seolah2 aku ni kejam sgt kerana terlalu berkira bila adik menumpang di rumahku....mcmne aku tak rasa sebegitu..segala pergerakkn ku terbatas..pemakaianku di rumah tiba2 jadi terlalu formal...
nak bersantai2 di depan tv memegang remote pun tak boleh aku lakukan..walaupun dia adikku sendiri tp asal bernama lelaki aku rasa tetap asing...aku rasa janggal sgt...mgkin kerana tiada lelaki dewasa lain dlm rumah selain anak2 lelakiku yg masih kecil...
Tapi sekarang aku bebas..aku merdeka..aku bahagia..bila adik lelakiku berpindah keluar dan menyewa bersama rakan2nya...kehidupan peribadiku kembali jadi normal..
aku bebas di rumahku sendiri..aku bahagia dgn cara hidupku..
Adik2 di luar sana..fahamilah..jgn diganggu kakak atau abgmu yang telah berkeluarga..
belajarlah hidup sendiri...belajar berdikari...berilah ruang kepada mereka untuk menjalani kehidupan berkeluarga...mengertilah...

"terkadang kita terpaksa berlaku agak kejam untuk mencorak kehidupan kita sendiri"

5 comments:

Anonymous said...

ye betullll... tepat sekali, tera pun rasa begitu jugak bila ada mahluk asing dlm rumah kita, nak landing ateh lengan darling pun sipu2 dbuatnya... dulu penah gak tinggal ngan adik, lama jugak dekat 3 thn kot... sama jugak la mcm yg ida rasa... now, rasa selesa bila tinggal 4 beranak je dlm umah ni, cuma dsebabkan berjiran dgn adik-beradik darling maka phm2 je le...

Kamezaim said...

IDALARA memang kejam dan zalim.. wakakaka

Idalara said...

sukenya idalara bila tera setuju dgn pendapat idalara...
diaorg tu patut faham2 le kita nikan..tp bezanya idalara ni tkde darling...hehehe..idalara faham..tu mst kerabat darling tera dok kunjung mengunjung selalu kan...boringnyer..
Kamezaim..suke hati idalara lah..rumah idalara..nk tertunggang ke nak tertungging ke..kejam ke zalim ke..idalara tk peduli...kahkahkahkah..yang penting idalara BEBAS...

Anonymous said...

mestila sokong ida, takkan nak sokong kame... lain jantina, lainla kalau kame tuka... ekeke!

intan shaheera@ieyra said...

kalu ieyra pun xsuka ada org tumpang kat umah kita,,lebih2 lagi dia buat macam umah sendiri....raso macam nak tangan jo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...