Alhamdulillah..semalam selamat sudah majlis kenduri kesyukuran menyambut kehadiran puteri baru dalam keluargaku..segalanya berjalan dengan lancar..memang penat, sebelum majlis selesai aku terpaksa bergegas balik. Inilah wajah puteri comel kesayangan semua...
Monday, May 17, 2010
Saturday, May 15, 2010
Apa Ku Rasa....Apa Pula Yang Kau Rasa...
Bila menjadi ayah dan ibu sekali gus ini segala2nya terpikul di bahu aku..sakit pening, suka duka, bahagia derita anak2........pendek kata dari A to Z memang aku lah yang akan menanggung sendiri..Alhamdulillah Allah sentiasa memberi aku kekuatan untuk menghadapi segalanya bersendirian..kerana padaNya aku sentiasa memohon diberi petunjuk, pertolongan dan kekuatan...hanya padaNYA tempat aku mengadu mencurah segala yang aku hadapi....
Orang luar hanya boleh melihat dan bercakap...orang hanya boleh berkata "sabarlah"..., benar...jika tak sabar dan tak tabah mungkin aku bukan aku yang sekarang...apa yang aku rasa tidak sama dengan apa yang kau rasa...aku ...Tiada bahu tempat aku bersandar bila bersedih... tiada tangan yang akan mengusap airmataku bila menangis, tiada yang menemaniku bercerita tentang anak-anak dan apa saja yang ingin ku kongsikan....kadang2 kala ada perkara yang boleh aku kongsi bersama teman2 di sini, namun kadang kala ada yang tak boleh..terlalu peribadi dan hanya yang benar2 memahami dan boleh dipercayai saja yang boleh aku kongsikan bersama.

Sejak beberapa hari ini si bungsu ini sudah mula menunjukkan tanda2 astma...bila malam batuk menjadi2 dan pastinya aku tak lena tidur menjaga dia....petang semalam selepas waktu keja aku ke klinik. Mujurlah klinik hanya di bawah pejabat@ rumahku..jika tak pasti sukar kerana tiada kenderaan untuk ke klinik di pekan....cucca2 begini kerap mengundang berbagai penyakit...Alhamdulillah setelah mengambil gas keadaan Abdullah Zaki agak ok dan batuknya sudah berkurangan.

Semalam...selesai membaca Surah Yasin, emak menelefon dari kampung...aku memang akan berdebar2 bila skrin HP menunjukkan wajah emak atau abah..sebelum menjawab telefon aku mesti berdoa.."Ya Allah muga2 perkhabaran baik yang aku terima"..Alhamdulillah...rupanya mak menjemput aku balik ke Kampung hari ini untuk majlis kesyukuran menerima cucu baru....puhhhh...lega hati aku.
Hari ini 15HB...aduhai....betul2 tengah bulan....dalam kepala mulalah mengira2 budget....hmmmm.....benar2 dalam dilema aku dibuatnya....sebagai anak perempuan sulung, aku tak pernah menghampakan hati mak abah..seboleh2nya aku ingin membahagiakan mereka dengan cara ku sendiri...aku tiada wang atau harta untuk ku berikan kepada mereka...aku hanya mahu mereka gembira dan bahgia....aku tahu kepulanganku memang dinanti2kan....
Akhirnya aku mengambil keputusan..aku akan pulang sebentar lagi...bersama2 mak abah dan semua adik beradik berkumpul di bawah satu bumbung meraikan kehadiran orang baru yang hadir dalam keluarga kami..
ps: Jika kau rasa apa yang aku rasa.....
Tuesday, May 11, 2010
Kehadiran Orang Baru...
Alhamdulillah seribu syukur ke hadrat Allah SWT.. sempena hari ibu pada 9 Mei 2010, adik ipar bungsuku telah selamat melahirkan seorg bayi perempuan di Hospital Besar Melaka.
Pada 07 Jun 2009 mereka selamat diijabkabulkan dan kini selamat pula menerima seorang cahaya mata yang sangat ditunggu2kan..
Hana Damia seindah nama, puteri belahan jiwa ayah bonda, mudah2an kelak menjadi seorang anak yang solehah..dan berjaya kehidupannya di dunia dan akhirat..
Memang rasa tak sabar nak balik kampung nak tenguk 'orang baru' dalam keluargaku, namun keadaan belum mengizinkan..insyaalah nanti 'mak itam' balik tenguk Hana Damia ye...
ps...anak anugerah yang tak terhingga..penghubung kasih ayah bonda..
Saturday, May 08, 2010
Untuk Ibu, Untuk Ku Jua.
Bismillah...
Sejak beberapa hari kebelakangan ini aku kerap menerima SMS ini :
"Ya Allah, Wanita yang membaca SMS ini adalah seorang ibu yang CANTIK, KUAT, TABAH dan SABAR. Sebagai seorang sahabat, aku menyayanginya...KAU tingkatkanlah kehidupannya dengan rezeki yang berkat, KAU rahmatilah setiap langkahnya dalam mencari rezeki keluarganya, KAU bersihkanlah hatinya, KAU kuatkanlah imannya, KAU peliharalah dia dari fitnah dan hasad dengki....AMIN YA RABBALAALAMIN..Selamat Menyambut Hari Ibu"
Inilah ucapan yang menyejukan hatiku disaat2 begini...sebuah doa dari sahabat2 sempena Hari Ibu esuk....aku seorang ibu sentiasa mengharapkan kebahagiaan anak2 di dunia yang fana dan akhirat yang abadi...seorang ibu yang menyimpan seribu cerita lara...yang ku adukan hanya pada DIA yang Maha Mengetahui.....
Buat semua sahabat yang bergelar ibu...ku titipkan juga ucapan tersebut buat kamu semua...mudah2an hidup kamu sentiasa diberkati.
ps...buat ibu2 yang sewaktu denganku...hanya kita yang tahu dan mengerti apa yang kita lalui......
Monday, May 03, 2010
Cintaku Beralih Arah....
Sejak peristiwa itu menimpaku..aku tidak lagi menaruh rasa cinta padamu..aku benar2 serik dan cuba menghindarkan diri dari mu..walaupun aku tidak dapat melupakanmu....bagaimana aku bisa melupakanmu..setiap kali ke pasaraya aku melihatmu, setiap kali ke kedai aku melihatmu memandangku meminta simpati.....aku benci..keranamu aku sakit,keranamu doktor menasihatiku supaya meninggalkanmu, bila aku mendekatimu aku jadi panas dan demam.........apa dayaku walaupun aku terlalu cintakanmu.......maafkan aku kerana terpaksa meningalkanmu..kini cintaku telah beralih arah...
Maafkan aku COKLAT CADBURY, selamat tinggal...kini cintaku beralih arah kepada....
Aiskrim Wall's Selection...hmmm memang sungguh sedap..lebih2 lagi musim panas ni...hihihi... inilah cinta hati ku sekarang....
Bayangkan yang dingin...betapa nikmatnya bila dimakan waktu cuaca panas begini....tak sedar2 dah habis satu manggkuk msuk ke tekakku..
Maafkan aku COKLAT CADBURY, selamat tinggal...kini cintaku beralih arah kepada....
ps..Cintaku padaNYA tidak pernah beralih arah..hingga kini dan selamanya...
Sunday, May 02, 2010
Selera Anak Dan Ibu
Bismillah...
Bila dah mula rajin memasak..mulalah otak tu blurr nak sediakan menu apa untuk tengahari atau malam..tiap2 hari kalau boleh mesti menu yang berlainan...kalau hari2 adap lauk yang hampir sama tentu anak2 jemu..Aiman Zarif tk cerewet bab2 makan ni..aku selalu mengusik dia...senang ibu bela abg ni......tak cerewet dan boleh masak sendiri...kdg2 bila aku tak sempat masak sebelum dia ke sekolah..inilah lauk yang dia buat sendiri...telur mata yang dicampur dengan sos dan kicap...hmmm...
Manakala Abdullah Zaki pulak..dah namapun anak bungsu..kerenahnya agak lebih..pulak tu bila diikutkan sangat kehendaknya..dia lebih suka makan ayam..ayam goreng,ayam masak merah,ayam sambal...ayam kari..apa saja asal namanya ayam..telor mng jatuh nombor corot..sebab sejak dilahirkan dia alah dengan telor, itu sebab sampai besa, telur tak berapa disukaianya. Inilah lauk yang aki sediakan untuk mereka hari ini....sambal ayam..dimasak dengan menggunakan cili masak @ cili besar...kedua2 anakku memeng sangat suka..tak pedas dan meliurkan...
Manakala aku pula tak kisah apa saja lauk yang ada..semua aku boleh makan..tapi semua masakan yang berasaskan sayurlah yang paling aku suka..kalau makan di kedai...sayur je 4,5 jenis..nasi cuma suku dan tiada ikan atau ayam..mudahkan..inilah sayur yang paling aku suka...

Minggu lepas kelas Fardhu Ain yang dianjurkan oleh Akademi Zakat telah tamat...menjelang sabtu aku rasa seperti kehilangan sesuatu dalam hidupku...kalau dulu setiap sabtu aku akan ke masjid Sultan Hishamuddin bertemu kawan2 sepengajian dan bertemu Ustaz Izuan, berlajar dan berbincang..namun kini semuanya telah tiada...aku berharap Pusat Zakat akan menganjurkan program seperti itu lagi....aku memang rindu dan rasa kehilangan...pastinya aku terlalu ingin ke sana lagi.
Bila dah mula rajin memasak..mulalah otak tu blurr nak sediakan menu apa untuk tengahari atau malam..tiap2 hari kalau boleh mesti menu yang berlainan...kalau hari2 adap lauk yang hampir sama tentu anak2 jemu..Aiman Zarif tk cerewet bab2 makan ni..aku selalu mengusik dia...senang ibu bela abg ni......tak cerewet dan boleh masak sendiri...kdg2 bila aku tak sempat masak sebelum dia ke sekolah..inilah lauk yang dia buat sendiri...telur mata yang dicampur dengan sos dan kicap...hmmm...

Minggu lepas kelas Fardhu Ain yang dianjurkan oleh Akademi Zakat telah tamat...menjelang sabtu aku rasa seperti kehilangan sesuatu dalam hidupku...kalau dulu setiap sabtu aku akan ke masjid Sultan Hishamuddin bertemu kawan2 sepengajian dan bertemu Ustaz Izuan, berlajar dan berbincang..namun kini semuanya telah tiada...aku berharap Pusat Zakat akan menganjurkan program seperti itu lagi....aku memang rindu dan rasa kehilangan...pastinya aku terlalu ingin ke sana lagi.
ps : Berada di RumahMu aku berasa tenang dan damai...seluruh jiwaku sangat bahagia.
Saturday, May 01, 2010
Aduhai.....Rintihan Hatiku....
Bismillah...
Bila aku muhassabah diri..
Adakah ini seorang yang penuh dengan hasad dengki..seorg yg kerap merasa irihati?..seorang yang suka melaga2kan kawan..seorang yang suka menjaga tepi kain org..seorang yang hanya mementingkan diri...seorang yang suka mengampu bos?...seorg yang suka melihat kesusahan org lain..seorang yang suka mengumpat keji org lain.....jahatkah aku?
Jawapannya...TIDAK,TIDAK....aku bukan begitu orgnya...aku tak suka ambil tahu apa org buat andai mereka tidak memberitahuku..aku tidak suka mencampuri urusan org lain tanpa diminta...aku tak suka menjaga tepi kain org lain...aku bukan seorg yg suka mementingkan diri sendiri..aku bukan jenis pengampu...aku mengelakkan diri dari mengumpat keji....aku juga tidak tega melihat kesusahan org lain..semuanya tidak...
Ya Allah..setiap doaku aku memohon agar hatiku bersih dari rasa hasad dengki dan iri hati...begitu juga hasad dengki dan irihati org lain terhadapku..
Ya Rahman...Aku sentiasa meminta agar hatiku ikhlas terhadap org lain begitu juga mereka ikhlas terhadapku..
Ya Rahim....Aku sentiasa memohon agar sentiasa berbaik sangka dengan semua orang..lebih2 lagi teman se pejabat.
Ya Rabb....Aku memohon agar sentiasa memaafkan org lain dan mereka juga memaafkan aku..
Aku tidak mengaku diriku baik dan sempurna...sebagai pekerja..aku bukan pekerja yang layak di kategorikan sebagai pekerja terbaik..
Sebagai seorg kawan..aku juga mengaku aku bukan seorg kawan yg baik...tetapi aku berusaha menjadi yang terbaik...
Sebagai seorg ibu..aku bukanlah seorg ibu mithali...namun aku juga berusaha menjadi ibu yang bertanggungjwb..walaupun aku pernah gagal menjadi seorg ibu yang sempurna membesarkan anak2.
Sebagai hamba ALLAH di muka bumi ini aku mengharapkan keredhaan dan rahmat dariNya..aku hanya mengharapkan kehidupan yang sempurna di dunia dan akhiratku,berbahagia di dunia yang fana dan akhirat yang abadi....itu saja yang aku pinta..
Oleh itu....kesihanlah aku...jangan sakiti hatiku...jangan merasa dengki padaku...jangan buruk sangka padaku, jangan berpura2 padaku...jangan menikam diriku dari belakang.....bersihkanlah hatimu seperti aku sedaua upaya membersihkan hatiku.
ps....bila disakiti secara halus dan perlahan...sakitnya seolah dicucuk jarum yang maha halus...
ps..apa jua yg dilakukan..aku maafkan kerana aku tidak mahu menyusahkanmu di Sana kelak..
mudah2an aku sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan....

Subscribe to:
Posts (Atom)