Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Showing posts with label Ibu. Show all posts
Showing posts with label Ibu. Show all posts

Saturday, May 08, 2010

Untuk Ibu, Untuk Ku Jua.



Bismillah...

Sejak beberapa hari kebelakangan ini aku kerap menerima SMS ini :



"Ya Allah, Wanita yang membaca SMS ini adalah seorang ibu yang CANTIK, KUAT, TABAH dan SABAR. Sebagai seorang sahabat, aku menyayanginya...KAU tingkatkanlah kehidupannya dengan rezeki yang berkat, KAU rahmatilah setiap langkahnya dalam mencari rezeki keluarganya, KAU bersihkanlah hatinya, KAU kuatkanlah imannya, KAU peliharalah dia dari fitnah dan hasad dengki....AMIN YA RABBALAALAMIN..Selamat Menyambut Hari Ibu"

Inilah ucapan yang menyejukan hatiku disaat2 begini...sebuah doa dari sahabat2 sempena Hari Ibu esuk....aku seorang ibu sentiasa mengharapkan kebahagiaan anak2 di dunia yang fana dan akhirat yang abadi...seorang ibu yang menyimpan seribu cerita lara...yang ku adukan hanya pada DIA yang Maha Mengetahui.....

Buat semua sahabat yang bergelar ibu...ku titipkan juga ucapan tersebut buat kamu semua...mudah2an hidup kamu sentiasa diberkati.

Buat ibuku juga aku sentiasa mendoakan kesejahteraannya di sana....ibu tiada duanya di dunia...ibu yang menjadi mentor aku selama ini...ibu yang tak pernah kenal erti letih dan penat...yang tak pernah kenal erti putus asa...yang sentiasa berada di belakang seorang lelaki bernama suami dalam susah dan senang...itu lah ibuku..
ps...buat ibu2 yang sewaktu denganku...hanya kita yang tahu dan mengerti apa yang kita lalui......

Sunday, February 07, 2010

Hebatnya Seorang Ibu.....

Ibu dibekalkan syurga di kakinya, di matanya, di bibirnya, pada suaranya, pada sentuhannya dan pada didikannya. Ibu yang hebat boleh menukar semua suasana panas kepada suasana syurga...suasana duka menjadi ceria..

Ibu...Menjahit yang tercerai, merawat yang terluka, menghibur semua kepedihan, menyatukan semua yang berderai, penyandar pada yang kelesuan dan pendingin segala kebakaran walau semaraknya api, mengalah dalam semua pertandingan, penyuluh dalam semua kegelapan, penunjuk dalam semua yang sesat, penderma kasih yang tidak bertepi dan penghangat pada yang kesejukan.

Ibu.. pembekal pada yang putus bekalan dan telaga cinta yang tidak pernah kering kasih dan cintanya untuk diceduk oleh semua yang kehausan cinta, pendengar kepada semua berita walaupun yang merobek isi hatinya dan perindu yang tidak pernah padam rindunya dalam apa jua keadaan, biarpun yang dirindu sudah mahu melupakannya.

Ibu..pengawal yang tidak pernah hilang kawalan dan pemerhati yang tidak pernah hilang fokusnya dan pembekal yang tidak pernah kehabisan stoknya, pembekal susu yang tak kenal erti basi selama 2 tahun dan pemberi yang tidak pernah mencatat apa yang diberi dan tidak pernah menuntut balasan dari semua pemberiannya.

Ibu...perawat yang tidak putus pesakitnya serta pemesan yang tidak pernah lapuk pesannya. Pendoa yang doanya tidak mengira waktu dan tidak pernah pilih kasih, ibu seorang kekasih paling setia buat ayahanda kita, biarpun terluka namun mampu disembunyikan dari muka hingga tidak ada yang tersinggung dan terasa demi menjaga hati yang tercinta atas nama cinta kudus.

Ibu..maka benarlah kata pujangga, mahkota cinta suci itu ialah "memberi bukan memiliki" benarlah ungkapan..... kasih dan cinta ibu membawa ke syurga.

Bagaimana kita sebagai ibu, sudah mampukah memiliki ciri-ciri yang disebutkan....


ps : kesihatanku masih belum pulih sepenuhnya..namun hati tetap di sini..ziarahi teman2 buat aku terhibur..terimakasih buat semua yang menziarahiku..menitipkan doa buatku dan kata2 anda akan tetap tersemat dihati.

Saturday, August 01, 2009

Teman Nabi Musa Di Syurga


Membaca kisah ini hatiku terpanggil untuk berkongsi bersama teman-teman, juga rindu pada bonda tambah kuat..seakan menggamit aku pulang..namun apakan daya..waktu amat terbatas...dan bonda juga menjadikan aku seorang yang kuat dan tabah..bonda adalah sebaik-baik contoh ibu..sebaik mertua dan sebaik nenda...tiada duanya di dunia ini..aku sangat beruntung memiliki seorang bonda seperti bondaku. Pastinya kegigihan bonda diwarisi aku anaknya...untuk membahagiakan bonda..tak termampu rasanya..namun akan ku cuba.


Dikisahkan bahawa Musa a.s berkata:

"Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku siapa temanku di syurga?"

Maka Allah berfirman :

"Pergilah engkau ke negara itu dan ke pasar itu, maka kamu akan mendapati di sana ada seorang lelaki penjual daging dan wajahnya sedemikian. Itulah tetamumu di syurga"

Nabi musa a.s pun kemudian pergi ke tempat itu dan menunggu lelaki itu sampai ke senja. Lelaki itu kemudian menyimpan sepotong daging ke dalam sebuah bakul. Maka apabila hendak pulangn Nabi Musa a.s bertanya kepadanya:

"Apakah engkau mempunyai seorang tamu?"

Dia menjawab : "Ya"

Mereka berdua berjalan hingga sampai ke rumahnya. Kemudian dia mulai memasak sup daging, sejurus kemudian dia mengeluarkan sebuah bakul. di dalam bakul itu ada seorang wanita yang sudah amat tua dan kurus seperti burung merpati.

Seterusnya dikeluarkan wanita tua itu dan diberikan makan hingga kenyang. Kemudian dicuci pakaiannya serta dijemur. Dimandikan dan disiapkan wanita itu kemudian wanita itu dimasukkan kembali ke dalam bakul itu...maka bergeraklah kedua bibir wanita itu.

Musa berkata:

"Aku telah melihat wanita itu berbicara"

Kemudian anak lelaki iti mengangkat perempuan itu di atas satu tempat duduk,

Musa a.s bertanya:

"Apa yang engkau kerjakan?"

Lelaki itu menjawab:

"Sesungguhnya perempuan ini adalah ibu saya, dia telah lemah dan kurus sehingga dia tidak dapat duduk sendiri."

Musa berkata:

"Bahagialah engkau, dan aku ini adalah Musa temanmu nanti di syurga"

Begitulah kisah ringkas tetapi amat menyentuh perasaan aku..kalaulah aku juga dapat berbakti terhadap ibuku seperti itu..

Mungkinkah ada anak yang sanggup berbuat begitu di zaman yang serba mencabar ini? baut teman2 yang masih ada ibu dan ayah hargailah mereka sementara masih ada hayat mereka.


"Ya Allah, kasihanilah kedua-dua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu kecil"


p/s buat teman2 idalara yang telah kehilangan ibu dan bapa ida doakan muga roh mereka dicucuri rahmat dan di tempatkan di sisi orang2 yang beriman..Al Fatihah..

Saturday, May 16, 2009

Kasih Ibu Tiada Tandingan..

Selamat Hari Guru buat semua guru-guru yang terlalu besar pengorbanan mereka kepada kita, terutama kepada teman ida iaitu anaklaut, su ,azza, cikgu Rashid dan siapa saja yg bernama guru, maafkan ida kalau ramai lagi yang tak ida sebut namanya di sini....walau hanya mengajar kita sebaris ayat..namun jasa mereka takkan terbalas jua....
Eh! nampaknya isi cerita ni lari dari tajuk...sebenarnya harini saja ida nak share gambar2 yang masuk ke kotak e-mel ida tadi..tenguk tu...haiwan pun sayang anak..tapi kerap juga kita dengar berita ibu yang membuang anak mereka di dalam tong sampah, dalam bilik air dan tepi jalan..ibu apa tu..kejam sungguh kan.
Rasa selamat dalam dakapan ibu.

Alaaa cayang...jangan main jauh2 nanti manusia tangkap..hehehe..

Tenguk tu si kembar berebut nak duduk celah2 ibunya..

Jangan risau anakku...pasti selamat dalam jagaan ibu..

Ibu takkan biarkan anakku terjerat dalam jaring buatan manusia...

Jalan laju2 manja...nanti lambat sampai sekolah..

Meh sini ibu bersihkan badan kamu yg kotor tu.

Wah! manjenya anak ibu ni...jap lagi ibu cari daging segar untuk kamu

Seronoknya bergurau senda dgn ibu kan...

Ler...ni kenapa pulak...ish! ish! ish!

Sunday, May 10, 2009

Ibu Oh Ibu...

Seawal pagi semalam aku telah ke pejabat..ada keja penting menanti...baru suku hari bekeja, tergerak hati menelefon mak kat kampung...baru beri salam mak dah menerpaku dengan soalan.."Balik ke hari ni?"..aduhai..rasa terpana hatiku.."Abah tak sihat..demam dari semalam, ajak g ke klinik tak mahu" sambung mak lagi..tiada kata2 terkeluar dari mulutku...cadang memang tak balik cuma nak sampaikan ucap hari ibu dan hadiah akan menyusul kemudian.."Nak balik lah..esuk lah mak..ada keja sikit ni.." lancar dari mulutku..rasa tak sanggup nak lukakan dan hampakan hati mak....tanpa menyiapkan keja yang agak penting itu aku terus off pc...panggil anak2 dan bersiap untuk balik ke kampung tanpa memberitahu mak..penat memng penat..terkejar2 mengemas dan terkejar2 ke stesen Komuter...tapi demi mak dan abah tiada keletihan aku rasakan..entah mengapa aku pantang dengar emak atau abah tak sihat..hati meronta2 nak balik..aku akan rasa menyesal seumur hidupku jika dah tahu mereka tak sihat tapi aku tak jenguk mereka..apalah ada pada wang ringgit jika nak fikir tiada duit nak balik jumpa mak abah..wang ringgit boleh dicari tapi emak abah?..

Aku sampai di rumah..mak usai mengerjakan solat isyak..bukan main gembiranya dia dengan kejutan dari aku..adik dari Batu Pahat pun akan balik ..tambah gembira mak..dan abah ku pujuk ke klinik...adik kat Kuala Pilah tak dapat balik, tapi awal2 lagi aku pesan supaya menelefon mak ucap selamat hari ibu dan tanya khbr abah..ibubapa..kalau tak balik,telefon tanya khabar pun dah kembang hati mereka..bukan wang ringgit kita yang diaorg harapkan...tapi jangan tak menghulur pulak kalau ada...


Ibu adalah sebahagian dari tubuh kita, satu ketika dulu kita berada di dalam tubuh ibu, membesar dan diberi nyawa di situ..di mana pernah kita menginap dan mendapat nyawa..bagaimana kita mahu merasa bahagia jika ibu kita belakangi.. Tahun ini usia mak akan menjangkau 71 tahun..alhamdulillah mak masih mampu memasak untuk majlis kenduri Kawen dan apa2 majlis jamuan.

Perfume hadiah dari anak perempuanku untukku ...sebab katanya Ibu memang suka wangi..ibu memang wangi sepanjang hari dalam hatinya..besar hatiku terima hadiah ini..

Aku pun tak tahu bila masa Aiman Zarif dan Abdullah Zaki menngumpul duit membeli brooch yang sangat cantik ini..pandai juga hero2 ku ini..

Inilah hadiah untuk mak..mak rajin mengaji Quran so..aku terfikir belikan dia rehal..yang istimewanya rehal ni siap dengan tempat simpan AlQuran..mak suka sangat..senyum je bila dia terima hadiah dari aku..SELAMAT HARI IBU buat mak tercinta.

Biasalah bila balik kg ada saja yang aku teroka kat kebun abah...tenguk tu sayur petola..garenti fresh..tiada racun serangga..petola air..musim2 panas ni masak tumis sayur petola dengan soohun..hmmm..sedappp..

Aiman Zarif dengan petola dari kebun datuknya.

Ini pula buah mangga...pagi2 lagi aku dah kutip buah yang gugur malamnya..bawa balik Sepang...berat pun beratlah janji dapat makan yang fresh.


"Tanpa ibu dan Ayah tiadalah kita untuk menjadi penghuni bumi ini...terimakasih ibu ayah kerana melahirkan aku di dunia"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...