Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, May 01, 2010

Aduhai.....Rintihan Hatiku....

Bismillah...

Bila aku muhassabah diri..
Adakah ini seorang yang penuh dengan hasad dengki..seorg yg kerap merasa irihati?..seorang yang suka melaga2kan kawan..seorang yang suka menjaga tepi kain org..seorang yang hanya mementingkan diri...seorang yang suka mengampu bos?...seorg yang suka melihat kesusahan org lain..seorang yang suka mengumpat keji org lain.....jahatkah aku?


Jawapannya...TIDAK,TIDAK....aku bukan begitu orgnya...aku tak suka ambil tahu apa org buat andai mereka tidak memberitahuku..aku tidak suka mencampuri urusan org lain tanpa diminta...aku tak suka menjaga tepi kain org lain...aku bukan seorg yg suka mementingkan diri sendiri..aku bukan jenis pengampu...aku mengelakkan diri dari mengumpat keji....aku juga tidak tega melihat kesusahan org lain..semuanya tidak...

Ya Allah..setiap doaku aku memohon agar hatiku bersih dari rasa hasad dengki dan iri hati...begitu juga hasad dengki dan irihati org lain terhadapku..

Ya Rahman...Aku sentiasa meminta agar hatiku ikhlas terhadap org lain begitu juga mereka ikhlas terhadapku..

Ya Rahim....Aku sentiasa memohon agar sentiasa berbaik sangka dengan semua orang..lebih2 lagi teman se pejabat.

Ya Rabb....Aku memohon agar sentiasa memaafkan org lain dan mereka juga memaafkan aku..

Aku tidak mengaku diriku baik dan sempurna...sebagai pekerja..aku bukan pekerja yang layak di kategorikan sebagai pekerja terbaik..

Sebagai seorg kawan..aku juga mengaku aku bukan seorg kawan yg baik...tetapi aku berusaha menjadi yang terbaik...

Sebagai seorg ibu..aku bukanlah seorg ibu mithali...namun aku juga berusaha menjadi ibu yang bertanggungjwb..walaupun aku pernah gagal menjadi seorg ibu yang sempurna membesarkan anak2.

Sebagai hamba ALLAH di muka bumi ini aku mengharapkan keredhaan dan rahmat dariNya..aku hanya mengharapkan kehidupan yang sempurna di dunia dan akhiratku,berbahagia di dunia yang fana dan akhirat yang abadi....itu saja yang aku pinta..

Oleh itu....kesihanlah aku...jangan sakiti hatiku...jangan merasa dengki padaku...jangan buruk sangka padaku, jangan berpura2 padaku...jangan menikam diriku dari belakang.....bersihkanlah hatimu seperti aku sedaua upaya membersihkan hatiku.

ps....bila disakiti secara halus dan perlahan...sakitnya seolah dicucuk jarum yang maha halus...
ps..apa jua yg dilakukan..aku maafkan kerana aku tidak mahu menyusahkanmu di Sana kelak..
mudah2an aku sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan....

8 comments:

azieazah said...

Kadang2 kita tidak langsung mahu bersangka buruk. Malangnya kita tidak sedar pula orang yg cuba bersangka buruk pula terhadap kita..

Kita sering lupa bukan semua orang sukakan kita, kita tidak nampak berapa ramai orang bencikan kita..

Kerana... kita manusia biasa. yang tidak lepas dari tersilap dan disilapkan..

kak Erna said...

salam ida..akak baru nak buat cerita kisah yang serupa..apa salah ,,kita dan apalah dosa kan..andai ada dosa2 masa lalu..yang membuatkan kita diuji begini..ya allah..ampunkan lah dosa2 kami..akak dah nak sampai peringkat nak berdepan..face to face..nak tanya..apa salah dan dosa..tapi en.abang kata..jangan dilayan orang yang sakit jiwa begitu...

LiNda said...

Sabar Kak Ida ...

Tentunya Allah lebih tahu apa yang tersirat di hati kita , keikhlasan dan kejujuran kita.

Dah..jangan bersedih yea ..

Acik said...

Salam kak Ida..
Saya baru sj alami kejadian kawan sekerja menikam belakang saya dan kwn2 saya. Tp sebenarnya tiap kejadian ada hikmahnya dan hubungan saya dan kwn2 yg dihina makin erat spt saudara.
Sabarlah kak Ida dan mintalah Allah beri petunjuk pd org yg berniat jahat pd kita. Semoga Allah mengampunkan dosa mereka dan dosa2 kita..

Idalara said...

Salam acik..
mng betul.tiap yg berlaku pasti ada hikmah..hnya kesabaran yg paling penting supaya ukuhwah ttp terjalin baik.

Idalara said...

salam linda
insyallaah..hyna Dia yg Maha mengetahui..thanks linda..

Idalara said...

salam kak erna..
kita senasib rupanya..tkpe sbr je..insyaallah satu hari nnti terjadi kat dia pulak..Allah bayar cash kat dunia ni.

Idalara said...

salam azie..
sedih rasanya bila org brsangka buruk dgn kita..benar..berapa raamai yg suka sama juga berapa ramai yg tk suka..kdg manis depan tapi belakang mengata..muga diampunkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...