Orang luar hanya boleh melihat dan bercakap...orang hanya boleh berkata "sabarlah"..., benar...jika tak sabar dan tak tabah mungkin aku bukan aku yang sekarang...apa yang aku rasa tidak sama dengan apa yang kau rasa...aku ...Tiada bahu tempat aku bersandar bila bersedih... tiada tangan yang akan mengusap airmataku bila menangis, tiada yang menemaniku bercerita tentang anak-anak dan apa saja yang ingin ku kongsikan....kadang2 kala ada perkara yang boleh aku kongsi bersama teman2 di sini, namun kadang kala ada yang tak boleh..terlalu peribadi dan hanya yang benar2 memahami dan boleh dipercayai saja yang boleh aku kongsikan bersama.
Sejak beberapa hari ini si bungsu ini sudah mula menunjukkan tanda2 astma...bila malam batuk menjadi2 dan pastinya aku tak lena tidur menjaga dia....petang semalam selepas waktu keja aku ke klinik. Mujurlah klinik hanya di bawah pejabat@ rumahku..jika tak pasti sukar kerana tiada kenderaan untuk ke klinik di pekan....cucca2 begini kerap mengundang berbagai penyakit...Alhamdulillah setelah mengambil gas keadaan Abdullah Zaki agak ok dan batuknya sudah berkurangan.
Semalam...selesai membaca Surah Yasin, emak menelefon dari kampung...aku memang akan berdebar2 bila skrin HP menunjukkan wajah emak atau abah..sebelum menjawab telefon aku mesti berdoa.."Ya Allah muga2 perkhabaran baik yang aku terima"..Alhamdulillah...rupanya mak menjemput aku balik ke Kampung hari ini untuk majlis kesyukuran menerima cucu baru....puhhhh...lega hati aku.
Hari ini 15HB...aduhai....betul2 tengah bulan....dalam kepala mulalah mengira2 budget....hmmmm.....benar2 dalam dilema aku dibuatnya....sebagai anak perempuan sulung, aku tak pernah menghampakan hati mak abah..seboleh2nya aku ingin membahagiakan mereka dengan cara ku sendiri...aku tiada wang atau harta untuk ku berikan kepada mereka...aku hanya mahu mereka gembira dan bahgia....aku tahu kepulanganku memang dinanti2kan....
Akhirnya aku mengambil keputusan..aku akan pulang sebentar lagi...bersama2 mak abah dan semua adik beradik berkumpul di bawah satu bumbung meraikan kehadiran orang baru yang hadir dalam keluarga kami..
ps: Jika kau rasa apa yang aku rasa.....
23 comments:
salam
Jika kau rasa getarnya.. pasti kau akan rasa jua keinginan hati ini ..
kak ida, teruk juga rupanya asma tu ya. Ada juga orang bagi pandangan, kena jogging.. latihan bagi paru-paru..
hanya doakan kak ida sentiasa kuat dan tenang ..
salam...
wah..syahdunya....terimaksih kerana merasa apa yg aku rasa..:)
yup..bila tak dijaga makan minum dia mudah kena astma si bungsu ni...
terimaksih atas doa rashid itu...
kak ida..
anak akak asthma gak eh..
saya pun asthma..
kalau sy kene asthma memang mak ayah tak lene tidur..
kene g hospital br reda..
sabar ye kak..
insyaallah setiap dugaan itu ada hikmahnya,,,
Kadang2 kita rasa kita tak cukup kuat nak hadapi sorang2...tapi Allah tidaklah memberi dugaan yang tak tertanggung oleh hambaNya. Allah Maha Bijaksana dan Maha Pengasih. Sabar ye Ida.....alhamdulillah dapat balik kampung tu pun dah kira cukup rahmat. Gembirakan hati orang tua pun satu pahala yang besar.
SABAR LEW...
x leh nk tlg..
hnya doa yg mampu sy kirim..
moga sumenya baek2 saje!
sabar la ek...
sy doakan kak ida diberi kekuatan yg akan terus meneraju kuarga..
Salam Kak Ida...
Sejujurnya setiap bait kata dan tulisan dari Kak Ida sentiasa menginsafkan saya . Menjadikan saya seorang Isteri dan Ibu yang tahu bersyukur ..
Kak Ida . Saya percaya sinar yang cantik dan berseri sedang menanti dihadapan . Semuanya untuk Kak Ida.
Sementara itu , tabahkan dah kuatkan hatimu ya sayang ...
Salam..
Kesian pd Abdullah Zaki.. cuba bg dia minum madu campur air suam setiap pagi dan sebelum minum selawat dan niatkan utk rawat asma. Jadikan amalan, insyaAllah mungkin boleh mengurangkan asma..
Salam akak...
maiza doakan moga akak n anak2 sihat bahagia.. sentiasa berda dlm redha ALLAH amen.. erm.. betul tue akak kadang hal personal tak semua kita boleh ceritakan ada saja yg perlu di simpan ikat kemas2.. kan... kadang org tengok kita senyum ja.. tahan ja.. padahal dlm hati ALLAH saja yg tahu..
maiza ada la dengar dari sorg kwn.. dia ckp herbatus sauda' bagus utk asthma... dan juga supplyment utk kita.. maiza dah beli..klu akak nak tengok dulu.. bleh ja tengok kt website nie.. http://iklan.faridrashidi.com/
rasanya akak kenal kot..
orang lain hanya mampu melihat tapi yang menanggung beban inilah yang tak tertanggungnya. Sabar pasti ada kesudahan yang baik jua.
hmm..anak sakit mak bapak pun ikut rasa sakit..malah lebih terasa sakitnya..itulah sifat semulajadi ibu terhadap anaknya..
salam,
hmmmmm...
saya membaca memahami dan selalu berkata dalam hati,
idalara adalah seorang wanita yang kena kuat dan tabah
namun,
wanita juga punya kelemahannya
dan saya memahami...
semoga akan ada masa depan yg cerah buat idalara n famliy
amin
salam biru...terimaksih kerana memahami sy...insyallah sy akan sentiasa tabah dn kuat hadapi apa saja.
betul kata org muo..ibu snggup bersengkaang mata demi anak2.muga anak2 pun begitu pada ibunya nnti.
salam sdr abu muaz..
bak kata org berat mata yg memandang berat lagi bahu yg memikul..
salam maiza..
segala kepahitan dah biasa akak telan dn simpan dlm hati...wajah sentiasa pamirkan senyuman wlu dalam hati menangis..
ps t.kasih..kak ida ada jual habatus sauda tu tp anak kak ida ni tk boleh nak makan.
terimakasih maiza kerana kata2 yg bermakna buat akak...juga doa buat akak dn anak2.
salam acik..t.kasih petua acik tu..kak ida mng amalkan juga..tp biasalah budak2 ni..kdg dia nak kdg tk nk...
salam linda yg manis..
terharu kak ida baca tiap tulisan linda..mudah2an aapa yg baik dpt linda jadikan panduan..dan perkukuhkan lagi keharmonian rmhtngga linda..
terimakasih atas kata2 semangat linda buat kak ida.
salam maiyah..
insyaallah..mudah2an maiyah pun begitu kerana kita sama wlupun tk serupa.
salam JK..
insyallah tetap bersabar dn berdoa.
salam atip..
terharu ida baca tulisan atip..itulah yg ida rasai..Allah menduga kita sekadar yg mampu...
salam dik myna..
mng susah bila anak2 kena astma ni...adik pun tahu sbb adik pengidapnya...tp alhamdulillah klinik kaat bawah rumah je...taklah smpai kak ida kena pegi hospital.
Post a Comment