Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, November 29, 2009

Semalam, hari ini dan esok...

Sebahagian family yg berkumpul di rumah mak..ada ramai lg kat atas...
Sempat juga ke Mydin cari barang dapur ...dengan adik..(balik kg tk jumpa Mydin tak sah adik sorg ni)

Satu2nya nenek yang masih ada...

Abdullah Zaki dalam bas..abgnya dok jauh so tk sempat bergmbr..

Dalam kesuraman cahaya lampu..nak tido dah masa ni...

Aku dah kembali semula ke BBST..teringat betapa susahnya nk menyampai ke kampung..tp nak balik sini tup2 dah sampai..

Khamis 26, tengahri bertolak ke Nilai dan ke Terminal 2 Seremban..sampai pukul 2.30 petang..anak2 mintak makan dulu sbb dah terlalu lapar...nak cari nasi ala2 kampung..malangnya kat Terminal 2 langsung tkde kedai makan orang melayu..yang ada kopitiam, marrybrown..dunkin donut..alamak..semuanya ala2 mat saleh......anak2 sukalah..last2 masuk marrybrown makan ayam..tk perasan ada nasi rupanya..

Lepas makan naik tingkat 1 beli tiket express...adoi...pukul 6 baru dapat bas..berkampunglah aku dgn anak2 kt terminal 2, mujur aku cuti solat :)..anak2 berterabur cari tempat solat, aku pun tk pasti kat bahagian mana..lupa lak nk tanya diaorg..biasalah tempat2 mcmtu tempat solat kecik dan terpinggir......:(

Anak2..bila lama berkampung mcmtu mulalah nak itu ini...parah gak aku...mujur masih belum banyak premis2 dibuka..kalau tak.... 3 jam kat situ mahu beratus habis duit aku..mujur anak2 suka beli buku..so bila mintak beli buku aku turutkan je..drp tk buat apa biar diaorg baca buku walaupun komik..kalau bab makan ni..usah cakaplah..kejap2 lapar..hmm...

Pukul 8 aku sampai di Melaka Sentral...adik dah tggu..alhamdulillah smpai rumah mak..tk sempat duduk aku dah bersilat di dapur..kesian mak..tukang masak (adik perempuan) tengah mabuk2, adik kt Bt Pahat hari raya baru balik......akulah yg mak tunggu nak masak..dapatlah buatkan rendang daging,rebus ayam untuk soto,rebus ketupat dan tumiskan kuah soto...pukul 3 pagi baru tido....adoi..penatnya..

Raya...memang seronok bila berkumpul ramai2..kalau cerita smpai mlm tak habis..apapun aku sempat ziarah satu2nya nenek aku( mak punya mak) walaupun sibuk2 hari raya tu..nenek tetap kena ziarah.....usia nenek hmpir mencecah 90 tahun, masih kuat ingatan dan sihat..alhamdulillah..

Semalam aku dah kembali semula ke BBST..seorang diri..sunyinya anak2 tak ada..anak2 mengikut pak sedara mereka di Kuala Pilah..asalnya nk tinggal dengan adik yg kat kampung..tp adik perempuan aku dah mabuk2 mengandung anak ke 5..tak larat nk jaga anak2..nak tinggal dengan mak..tak sampai hati pulak nak bebankan mak abah..dahlah menjaga membesarkan anak2, kini nak ku bebankan menjaga cucu pulak..ish..tak tergamak rasanya..pulak tu cucu2 lelaki...faham2 je lah..

Insyaallah hujung minggu ini setelah habis kursus aku akan menjemput mereka..kesian lama2 berjauhan dengan aku..dan esuk bermulalah kembali episod kehidupan yang penuh berliku ini...apa yang akan berlaku? gembira, bahagia, suka, duka...semuanya masih kabur dan kurang jelas..

Hanya aku berdoa muga aku dan anak2 dijauhi dari hasad dengki, fitnah dan iri hati dari orang2 yang tk senang melihat kami anak beranak hidup aman dan mahu merasa sedikit kesenangan dari peninggalan arwah abah mereka..muga Allah sentiasa lindungi kami. Amin.


p/s kerap kali terpaksa korbankan perasaan sendiri untuk menjaga hati org dan memuaskan hati mereka...tapi sampai bila?..sesekali biarlah mereka pula yg terluka untuk kebahagiaan yg dah lama aku impikan..

Wednesday, November 25, 2009

Salam Aidil Adha...


Assalamualikum sahabat semua..

Dua hari lagi kita akan merayakan Aidil Adha yang pastinya dinantikan bagi yang akan mengadakan ibadah kurban kali ini...sehari lagi aku akan pulang ke kampung untuk meraikan Aidil Adha,..memang tak sabar rasanya ingin bertemu mak abah dan adik beradik lain..dengar2 cerita semua akan berkumpul pada Aidil Adha kali ini..wah seronoknya..hati aku sangat teruja...muga sambutan Aidil Adha bersama keluarga dapat meleraikan sedikit kekusutan yang melanda aku.

Insyaallah tengahari khamis ini aku dan anak2 akan bertolak dari pejabat seperti biasa menaiki komuter ke Seremban dan menaiki express dari Terminal 2 Seremban menuju ke Melaka, tanah tumpah darahku..oleh kerana kebetulan cuti persekolahan, anak2 akan ku tinggalkan di kampung seminggu dua..kerana pada 4 & 5 Dec aku akan akan menjalani kursus di PD..insyallah setelah semuanya selesai anak2 akan ku ambil semula.

Bila tinggal seorang diri..ada yang bertanya..tak sunyi ke? tak rindu ke pada anak2?..bohonglah kalau aku kata tak sunyi..tipulah kalau aku kata tk rindu..tapi aku dah biasa hidup begini..sunyi dan sepi, rindu dan tangis adalah sahabatku..lagipun aku harus membiasakan anak2 supaya tidak terlalu bergantung padaku..siapa tahu usia aku panjang atau tidak..sekurang2nya bila aku tiada anak2 tidak terlalu terasa kehilangan aku ibu mereka. Namun aku sentiasa berdoa muga usia ku dipanjangkan agar anak2 dapat membesar depan mataku..

Kerja2 di pejabat tidaklah terlalu banyak seperti sebelum ini..Alhamdulillah aku dapat menyiapkan dengan sempurna walaupun sebahagian dari mindaku sentiasa berfikir masalah yang menimpaku dan ditambah pula dengan masaalah baru yang mula menganggu ketenangan hidupku anak beranak..insyaallah selepas cuti Aidil Adha ini, aku akan bercerita apa dia masalah baru yang sedang melandaku sekarang..dan aku ingin meminta pendapat sahabat2 di sini..lebih2 lagi mereka yang arif dalam perundangan. Aku rasa pasti di sini terdapat peguam2 syarie yang dapat membantu aku menyelesaikan masalahku dan memberiku khidmat kaunseling tentang apa yang ingin aku perkatakan kelak.

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha, muga setiap pengorbanan yang kita lakukan memberi manafaat kepada sesiapa saja di muka bumi Allah ini..muga setiap pengorbanan yang kita lakukan akan diberi ganjaran yang sewajarnya kelak dari Dia yang Maha Kuasa..

Maafkan aku jika sepanjang berblog aku dengan sengaja atau tidak, pernah melukakan hati teman2 semua..doakan muga semua urusanku di dunia dan akhirat nanti dipermudahkan..doakan aku..(alahai..mcm nak pergi tk kembali lagi lah pulak..)

p/s...dugaan silih berganti, membuat aku lebih kuat melangkah ke hadapan demi anak2 tercinta..

Sunday, November 22, 2009

Saat Bertemu...


Saat bertemu dengan orang yang benar2 engkau kasihi

haruslah berusaha memperolehi kesempatan

untuk bersamanya seumur hidupmu

kerana ketika dia telah pergi

segalanya telah terlambat.

Saat bertemu teman yang dapat dipercaya,

rukunlah bersamanya,

kerana seumur hidup manusia

teman sejati tak mudah ditemukan.

Saat bertemu penolongmu,

ingat untuk bersyukur padanya

Kerana ialah yang mengubah hidupmu

Saat bertemu orang yang pernah kau cintai

ingatlah dengan tersenyum untuk berterimakasih

kerana dialah yang membuatmu lebih mengerti

tentang cinta..tentang kasih

Saat bertemu dengan orang pernah kau benci

sapalah dengan senyuman,

kerana ia membuatmu semakin teguh dan kuat

Saat bertemu dengan orang yang mengkhianatimu

baik-baiklah berbincang dengannya

kerana jika bukan kerana dia,

hari ini engkau tak memahami dunia ini.

Saat bertemu orang pernah diam2 kau mencintainya,

berkatilah dia..kerana saat kau mencintainya

bukankah berharap ia bahagia?

Saat bertemu orang yang tergesa2 meninggalkanmu

berterimakasihlah bahawa dia

pernah ada dalam hidupmu

kerana dia adalah bagian dari nostalgiamu


"Hidup biarlah selalu menghargai"

p/s..saat bersendirian begini...hanya memori silam menjadi teman setia..

Thursday, November 19, 2009

Biarkan aku menangis........:((

Biarkan aku menangis..biar airmata ini gugur satu persatu bak titisan hujan yag jatuh di luar sana, biarkan...namun aku tidak akan bersuara mengapa aku menangis, aku tidak akan bercerita mengapa airmata ini gugur lagi, biarlah segalanya ku telan walaupun terlalu pahit, biar ku simpan di suatu sudut yang paling rahsia..biar ku simpul mati segalanya..

........mengapa aku diduga lagi..mengapa aku diuji lagi, mengapa aku?......aku rasa seolah tak mampu untuk menghadapinya..aku rasa seperti tak mampu untuk berfikir secara waras lagi..aku rasa dah tak larat untuk memikulnya lagi..namun aku tak boleh down..jika aku down..apa akan jadi pada anak2ku yang masih memerlukan aku...

Memang aku kuat..memang aku tabah..memang aku seorg iron lady......tapi bila ini berlaku aku seolah jadi lumpuh..aku seakan tak mampu berdiri tegap seperti dulu..aku seolah kehilangan punca..Ya Rabb..sepatutnya aku bersyukur diduga begini..kerana ia adalah peringatan buatku agar sentiasa mendekatkan diriku padaMU, agar sentiasa meletakkanMU no Satu di hatiku agar kerap mengadu dan meluahkan segalanya pada MU ya Rahim yang Maha Pengasihani , yang sentiasa mendengar rintihanku tanpa memalingkan perhatianNya dariku.

Ya Allah berilah aku kekuatan untuk hadapi segalanya..berilah aku jalan untuk mengatasinya..berilah aku cara untuk menghuraikan segala kekusutan..ya Rahman..hanya padaMu tempat aku mengadu.

p/s kadang aku rasa kuat untuk hidup sendiri..namun kdg2kala aku rasa terlalu lemah untuk hadapi segalanya sendirian...

Wednesday, November 18, 2009

Sahabat

Sesekali Jadilah Kawan Yang Mendengar
Dari Yang Hanya Bercerita
Ambillah Masa Untuk Memahami
Hati Dan Perasaan Kawan
Kerana Dia Juga Seorang Manusia
Dia Juga Ada Rasa Takut Dan Bimbang
Dia Juga Ada Kelemahan
Dan Dia Juga Perlukan Kawan
Sebagai Kekuatan.
Jadilah Kita Kawannya itu
Mendampingnya Waktu Senang
Mahu Pun Waktu Susah.
Kita Selalu Melihat Dia Ketawa
Tetapi Mungkin Sebenarnya
Dia tidak Setabah Yang Kita Sangka
Disebalik Senyumannya itu
Mungkin Banyak Cerita Sedih
Yang Ingin Diluahkan
Disebalik Ketenangannya
Mungkin Tersimpan Seribu Kekalutan
Kita Tidak Tahu..
Tetapi Jika Kita Cuba Jadi
Sahabat Seperti Dia
Mungkin Kita Akan Tahu
Apa Yang Dia Rasa Dan
Menilai Erti Sebuah Persahabatan.

If kissess were water
i will give u a sea
if hugs were leaves
i will give u a tree
if life were a planet
i will give u galaxy
if friendship is life
i will give u mine.

p/s kita tidak diizinkan untuk menjadi sepasang kekasih...namun kita telah ditakdirkan untuk menjadi sahabat sejati.

Monday, November 16, 2009

Apabila Terlalu Banyak Tidur

Banyak tidur adalah antara sifat yang perlu kita jauhi. Kerana orang yang terlalu kerap tidur, terutamanya pada waktu siang akan melemahkan semangat untuk bekerja dan beramal ibadat.

Ulama terkemuka berkata, kehidupan manusia sehari-hari hendaklah dibahagikan kepada 3, iaitu 8 jam untuk beribadat, 8 jam untuk mencari nafkah dan 8 jam untuk beristirehat dan tidur.

Jika seseorang itu tidur mulai jam 10 malam hingga 8.00 pagi keesukannya dan disambung tidur dari jam 1.00 tghari hingga jam 5.00 petang, bermakna dia sudah tidur selama 14 jam. Jika dia tidak terjaga sepanjang tempuh berkenaan, bermakna dia sudah meninggalkan solat Subuh dan Zohor.

Sikap terlalu mementingkan Agama hingga melupakan kewajipan dan tanggungjawab kita di dunia juga tidak baik, janganlah kita terlalu menyusahkan diri sehingga tidak lekang dari sejadah berzikir dari pagi hingga tengahari dan di sambung dari tengah malam hingga ke subuh.

Ada ajuga yang mengasingkan diri dari keluarga hingga lupa memberi nafkah zahir dan bathin kepada isteri dan anak-anak.

Dalam pada itu, sifat terlalu meringankan azab dan siksaan ALLAH juga dianggap tercela. Sikap acuh tak acuh dan memandang mudah hukum dan tegahan dalam Islam menyebabkan seseorang tidak takut membuat maksiat dan kejahatan.

Rasulullah S.A.W pernah memberi nasihat kepada seorang lelaki bermaksud :

1. Peluang masa muda sebelum tua
2. Masa sihat sebelum sakit
3. Masa kaya sebelaum miskin
4. Masa lapang sebelum sibuk
5. Masa hidup sebelum mati.

Sabda Rasulullah lagi : "pergunakanlah masa hidup engkau bagi keperluan masa mati engkau"

Sunday, November 15, 2009

Bila Boring..

Biasanya kat dalam handbag aku selain dari lipstik, compack powder, hand phone, vitamin, jamu dan ubat sakit pale..ada lagi satu yang aku kira penghuni agak2 tetap kat situ..tu dia benda yg tak bernyawa kat atas tu..coklat...bila aku rasa boring dan otak aku letih..benda nilah yang jadi teman setia penglipur laraku..kira2nya dia sebagai penyelamat dari rasa keboringan tahap gaban...

Agaknya sejak mengenali coklat aku memang teramat sukakan dia..kalau seketul mcmtu sekelip mata aku boleh habiskan..orang kata makan coklat boleh mengemukkan badan...ceh! aku langsung tk percaya...kalau tak dah lama aku gemuk mcm ikan buntal..sebab dah beratus2 kilo coklat ni masuk dalam perutku.

Kwn2 kat opis pulak hanya tguk aku menelan satu persatu kepingan coklat..bila aku offer masing2 menolak..takut gemuk kata mereka..takpe..ok gak..selamat coklat aku..
Aduh...nikmatnya semasa coklat cair dalam tekak, hinggakan aku rasa hilang semua boring dan letih..sedar2 dah tinggal kertas pembalut je..anak2 dah faham sangat, kalau nampak ada coklat dalam bag, mereka tk berani nak sentuh..tapi mereka juga ada bahagian masing2, bukan coklat tapi chipsmore.....so takde lah nak ganggu hak asasi aku ibunya..

Coklat ni mahal ke...mahal gak bagi aku yg ala2 tk berapa mampu ni..dulu masa hidup tk berapa payah mng hari2 aku beli coklat..skrg ni terpaksa di sekat sikit...takut budget anak2 lari..takpelah..dah puas gak aku makan coklat.. masa pegi langkawi dulu satu beg penuh aku isi dengan coklat..siap beli beg khas untuk isi coklat lagi...Arwah bekas suamiku memang dah tahu sangat aku gile coklat jadi bila birthday aku..takyah susah2, beli je coklat dah cukup buatku..

Mujurlah kuah tk tumpah ke nasi..sebab anak2 tk berapa suka coklat..selamatlah sikit bila aku beli coklat...itulah teman setiaku saat aku boring dan mindaku letih bekerja...so..kalau ada kwn2 yang dok kat langkawi tu kirim2kanlah coklat kat aku...:))

Jom layan makan coklat..:))

p/s walaupn suke sgt kt coklat tkdelah sampai aku telan coklat masakan yg aku gunakan untuk buat almond london..aku masih waras maaa...pahit..

p/s smbil taip entri ni pun kat tgn ada coklat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...