Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Monday, November 16, 2009

Apabila Terlalu Banyak Tidur

Banyak tidur adalah antara sifat yang perlu kita jauhi. Kerana orang yang terlalu kerap tidur, terutamanya pada waktu siang akan melemahkan semangat untuk bekerja dan beramal ibadat.

Ulama terkemuka berkata, kehidupan manusia sehari-hari hendaklah dibahagikan kepada 3, iaitu 8 jam untuk beribadat, 8 jam untuk mencari nafkah dan 8 jam untuk beristirehat dan tidur.

Jika seseorang itu tidur mulai jam 10 malam hingga 8.00 pagi keesukannya dan disambung tidur dari jam 1.00 tghari hingga jam 5.00 petang, bermakna dia sudah tidur selama 14 jam. Jika dia tidak terjaga sepanjang tempuh berkenaan, bermakna dia sudah meninggalkan solat Subuh dan Zohor.

Sikap terlalu mementingkan Agama hingga melupakan kewajipan dan tanggungjawab kita di dunia juga tidak baik, janganlah kita terlalu menyusahkan diri sehingga tidak lekang dari sejadah berzikir dari pagi hingga tengahari dan di sambung dari tengah malam hingga ke subuh.

Ada ajuga yang mengasingkan diri dari keluarga hingga lupa memberi nafkah zahir dan bathin kepada isteri dan anak-anak.

Dalam pada itu, sifat terlalu meringankan azab dan siksaan ALLAH juga dianggap tercela. Sikap acuh tak acuh dan memandang mudah hukum dan tegahan dalam Islam menyebabkan seseorang tidak takut membuat maksiat dan kejahatan.

Rasulullah S.A.W pernah memberi nasihat kepada seorang lelaki bermaksud :

1. Peluang masa muda sebelum tua
2. Masa sihat sebelum sakit
3. Masa kaya sebelaum miskin
4. Masa lapang sebelum sibuk
5. Masa hidup sebelum mati.

Sabda Rasulullah lagi : "pergunakanlah masa hidup engkau bagi keperluan masa mati engkau"

8 comments:

maiyah said...

mcm sy le kak, tebongkang je.. relax memanjang tapi solat sy tak tnggl :)

SYAbAR said...

Saya tak reti nak tidur time lunch kat opis... Kalau tidur lebih, badan rasa lemah je...

abu muaz said...

tidur yang banyak menjadikan akal dan fikiran buntu.Rezeki pun terhad.

Idalara said...

salam maiyah..
akak fhm keadaan maiyah..alhamdulillah mudah2an yg satu itu tidak ditinggalkan..

armouris said...

info tentang tidur siang kat sini - Faedah Tidur Siang Kepada Pekerja

ai@reel said...

tidur memang best but jgn abaikan tanggungjawab dunia dan tentu sekali akhirat kelak...

Idalara said...

armouris..
tq..nnti sy pegi lawati info yg anda berikan..

Idalara said...

aireel.
tp terlebih tidur nnti jd tk bestkan..kak ida suka tidor dlm express..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...