Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Thursday, October 21, 2010

Suami @ Isteri bercinta lagi..

Bismilah...

Menulis dari pengalaman sendiri? itulah pertanyaan yang agak kerap aku terima bila mereka membaca entry "Suami bercinta dengan isteri orang"..sebenarnya tiada kaitan langsung dengan pengalaman hidupku..aku menulis hanyalah dengan niat membuka matahati mereka2 yang terlibat dengan perkara ini..berhentilah....

Hingga kini..walaupun sudah berbulan entri tersebut aku hasilkan, masih ada yang membaca dan menghantar emel meminta pendapat dan pandangan aku...rasa macam counsellor pulak....siapalah aku mahu memberi pendapat dan nasihat...apa lagi yang bersangkut paut dengan hukum2 dan bab2 agama..pengtahuanku teramat kurang dan cetek...bila menyentuh hukum hakam apa kata masuk saja ke blog orang2 yang arif dalam soal agama...tanyakan apa saja pasti mendapat jawapan yg diingini..jawapan yang betul dan tepat.

Namun..pada dasarnya semua tahu...perhubungan terlarang begitu sememangnya salah di segi agama, apa pun alasan yang diberi ia tetap salah, samada suami atau isteri yang bercinta dengan pasangan org lain.....apa lagi jika telah melampaui batas dan terlanjur...hentikanlah sebelum terlambat..berundurlah sebelum bertambah parah..cegahlah sebelum penyakit itu bernanah dan berdarah..

Renunglah wajah anak2 yang sedang tidur..jangan kerana cinta terlarang anak2 terbiar dan membawa haluan sendiri..renung2kanlah..fikir2kanlah..timbang2kanlah dengan hati yang waras.

Saturday, August 07, 2010

Bagaikan Balik Kampung

Bismillah.

Suatu hari, Khalifah Sulaiman Abdul Malik singgah ke Madinah untuk bertemu dengan Ibnu Hazim, satu2nya sahabat Rasulullah SAW yang masih hidup ketika itu. Antara soalan yang dikemukakan Sulaiman ialah keadaan seseorang yang akan meninggal dunia.

Kata Ibnu Hazim. "Ada dua keadaan orang yang hampir meninggal dunia.

Pertama : Seperti seorang perantau yang balik ke kampung halaman untuk melihat hasil penat lelahnya selama ini. Dia diberitahu, semua yang dia hantar ke kampung ialah hasil kerjanya di perantauan. Kita dapat bayangkan perantau yang berjaya tentu mempercepatkan tarikh kepulangannya ke kampung. Tambahan pula jika dia tahu nahawa dia akan disambut orang kampung dengan riang kerana dia telah berjaya.

Kedua: dia seperti penjahat yang lari dari penjara, kemudian ditangkap kembali. Dia akan diheret ke mahkamah untuk pengadilan, diseksa dan dimasukkan semula ke tempatnya dengan kejam dan hina. Dapatkah kita bayangkan betapa takutnya dia?

Menangislah Sulaiman ketika mendengar penjelasan itu. Dia lalu berdoa kepada Allah,

"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan aku ketika aku kembali kepadaMU seperti penjahat yang melarikan diri itu, kemudian ditangkap kembali"


ps sentiasa mengingati mati kerana mati adalah pasti.

sumber : MIDI

Monday, November 16, 2009

Apabila Terlalu Banyak Tidur

Banyak tidur adalah antara sifat yang perlu kita jauhi. Kerana orang yang terlalu kerap tidur, terutamanya pada waktu siang akan melemahkan semangat untuk bekerja dan beramal ibadat.

Ulama terkemuka berkata, kehidupan manusia sehari-hari hendaklah dibahagikan kepada 3, iaitu 8 jam untuk beribadat, 8 jam untuk mencari nafkah dan 8 jam untuk beristirehat dan tidur.

Jika seseorang itu tidur mulai jam 10 malam hingga 8.00 pagi keesukannya dan disambung tidur dari jam 1.00 tghari hingga jam 5.00 petang, bermakna dia sudah tidur selama 14 jam. Jika dia tidak terjaga sepanjang tempuh berkenaan, bermakna dia sudah meninggalkan solat Subuh dan Zohor.

Sikap terlalu mementingkan Agama hingga melupakan kewajipan dan tanggungjawab kita di dunia juga tidak baik, janganlah kita terlalu menyusahkan diri sehingga tidak lekang dari sejadah berzikir dari pagi hingga tengahari dan di sambung dari tengah malam hingga ke subuh.

Ada ajuga yang mengasingkan diri dari keluarga hingga lupa memberi nafkah zahir dan bathin kepada isteri dan anak-anak.

Dalam pada itu, sifat terlalu meringankan azab dan siksaan ALLAH juga dianggap tercela. Sikap acuh tak acuh dan memandang mudah hukum dan tegahan dalam Islam menyebabkan seseorang tidak takut membuat maksiat dan kejahatan.

Rasulullah S.A.W pernah memberi nasihat kepada seorang lelaki bermaksud :

1. Peluang masa muda sebelum tua
2. Masa sihat sebelum sakit
3. Masa kaya sebelaum miskin
4. Masa lapang sebelum sibuk
5. Masa hidup sebelum mati.

Sabda Rasulullah lagi : "pergunakanlah masa hidup engkau bagi keperluan masa mati engkau"

Tuesday, October 20, 2009

Indahnya Ketidaksempurnaan

Perempuan Tua , pengandar air dan bunga..

Suatu masa di Negeri Cina, ada seorang perempuan tua yang miskin setiap hari berulang alik mengangkut air dengan pengandarnya, dek kerana miskin, satu bekas pada pengandarnya telah bocor dan yang satu lagi sempurna dan dalam keadaan baik. Setiap kali mengangkut air, perempuan tua ini menerima hakikat bahawa bekas yang bocor itu hanya tinggal separuh airnya bila sampai di rumah dan satu lagi masih penuh. Selama bertahun-tahun inilah yang dilalui oleh perempuan tua yang tabah ini.

Bekas yang sempurna dan berjaya membawa air penuh sangat bangga dengan dirinya yang mampu berkhidmat kepada tuannya sedangkan bekas bocor sentiasa merasa rendah diri atas kekurangannya. Pasti khidmat kepada tuannya tidak sesempurna bekas yang sempurna. Kedua-duanya berada di hujung pengandar pada kedudukan yang berlawanan.

Selepas beberapa tahun dalam keadaan demikian, suatu hari di tepi sungai ketika rutin biasa mengambil air, si bekas rosak meluahkan perasaannya kepada perempuan tua tersebut dalam keadaan yang sangat sedih.

"Aku malu dengan diri sendiri, aku ini bocor..tidak sempurna seperti bekasmu yang lagi satu, bila sampai ke rumah aku tidak pernah berjaya membawa air sebanyak itu"

Perempuan tua berhati tabah dan mulia tersenyum lembut smbil berkata:

"Aku sudah lama tahu tentang keadan dirimu yang bocor, kalau itu yang engkau anggap sebagai tidak sempurna. Tapi kekurangan bukan bermakna engkau tidak berguna. Sebab itu aku menabur benih bunga sepanjang pinggir jalan yang kita lalui setiap hari. Setiap hari engkaulah yang akan menyiram benih sehingga ia tumbuh dan menghiasi jalan itu."

"Aku memetik bunganya, dibawa balik dan menghiasi rumah sehingga suasana rumah begitu tenang dan indah..suasana ini memberi kelapangan fikiran dan perasaan sehingga aku bertenaga untuk melalui setiap hari yang berlalu...bunga itu memberi inspirasi yang tidak ternilai"

"Tanpa engkau aku tak dapat menikmati kesegaran bunga2 itu, keindahan dan kesegaran ini semua tidak akan ada tanpa engkau".

"Kekuranganmu sesungguhnya membuahkan keindahan yang hanya dihargai dan dilihat dengan mata yang cerah..jadilah dirimu seadanya. Apa yang engkau anggap ketidaksempurnaan dalam dirimu itulah sumber keindahan yang berjaya menyejukkan hatiku seperti air yang segar menghilangkan dahaga di tekak yang kering"

Hari itu dan hari2 seterusnya merupakan hari2 yang indah bagi bekas bocor itu, titis2 air yang keluar daripada rekahan bocornya dibiarkan dengan rela jatuh satu2 kerana dia tahu akan ada kehidupan lain yang tumbuh dari apa yang 'terbuang' sepanjang perjalanan dari sungai ke rumah tuannya.

Agaknya berapa ramai antara orang2 terdekat yang seperti 'bekas bocor' dalam kehidupan kita. Orang2 yang berhak menerima kasih sayang, perlindungan dan penghargaan tetapi mereka tidak mendapatkannya kerana mereka hanya 'bekas bocor' yang tidak mampu membawa 'air yang cukup' untuk kita. Mungkinkah pernah disingkirkan orang2 tertentu hanya kerana mereka 'bekas bocor'. Pernahkah dengan suci hati membantu mencari peluang dengan menabur 'benih-benih' supaya ketidaksempurnaan menjadi rahmat untuk seluruh alam, Atau 'bekas2 bocor' terus dibuang daripada kehidupan atau dianggap sebagai beban yang sering mereka terima hanyalah kata2 sindiran dan penghinaan. Alangkah indah jika memiliki hati seperti perempuan tua miskin pemilik 'bekas bocor' yang melengkapkan pengandarnya.

Kesempurnaan hanya milik Allah, dengan kesempurnaanNya Dia menjadikan ketidaksempurnaan makhluk sebagai suatu rahmat. Maha Suci Allah yang An Naafi (Maha memberi manafat) dari menciptakan suatu yang sia-sia.

Maksud surah Al Mukminun Ayat 115 "Adakah kami menyangka bahawa Kami menciptakan kamu sia-sia dan bahawasanya kamu akan dikembalikan kepada kami?"

Andai terasa diri sempurna, manusia mungkin sahaja merosakkan diri sendiri dengan sikap sombong, bongkak dan ego hingga memandang rendah terhadap manusia lain. Ketika menyedari diri lemah, kurang dan tidak sempurna..baru tercetus keinginan untuk bergantung dan menumpang kesempurnaan daripada Allah yang Maha Sempurna sehingga kekurangan pada diri mampu membuahkan rahmat untuk seluruh alam.

Maksud surah Al Isra ayat 37 : "Dan janganlah engkau berjalan dimuka bumi ini dengan bongkak, Sebab engkau tidak akan mampu menembus bumi dan tidak pula akan dapat menjulang setinggi gunung".

Semuga ketidaksempurnaan sebagai makhluk tidak akan menghalang daripada bersyukur dan tidak juga menjadi penghalang untuk menjalankan peranan sebagai manusia yang membawa rahmat untuk seluruh alam seperti yang ternukil dalam Surah AL Anbiya ayat 107:

"Dan tiadalah kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam"


p/s " Ampuniku Ya Rabbi atas kesilapan yang aku lakukan kerana kekurangan ilmu yang aku miliki....dia hadir umpama setitis embun di gurun sahara"

Rujukan : Majalah Midi

Monday, July 06, 2009

Cubalah Bersikap Sabar Dengan Perangai Isteri...

Wanita kuat berleter?..sememangnya begitulah yang Allah ciptakan buat kaum hawa....tanpa leteran wanita, sunyilah dunia ini..namun berleter pun mesti kena gaya dan tahu caranya...jangan berleter tanpa bunyi butir, jangan berleter berulang2 kali hingga suami dan anak2 angkat kaki..bukan kita wanita biasa ni saja yg kuat berleter..pernah diceritakan bahawa ada seorang sahabat datang ke rumah Khalifah Umar Ibnul Khattab untuk mengadukan perangai buruk isterinya.


Apabila sahabat itu tiba di pintu rumah Khalifah, tiba-tiba terdengar isteri Khalifah sedang mengangkat suara berleter pada Khalifah sedangkan Khalifah hanya berdiam diri saja, tidak menjawab sepatahpun.


Maka sahabat tadi pun tidak jadi hendak mengadu, malah tergesa-gesa hendak kembali meninggalkan rumah Khalifah, tiba-tiba tidak semena-mena dipanggil oleh Khalifah seraya bertanya kepadanya :

Khalifah: "Apa hajatmu datang ke mari?"

Sahabat: "Tidak ada apa-apa wahai Amirul Mukminin!".

Khalifah: "Mengapa datang kalau tidak ada apa-apa"

Sahabat: "Sebenarnya saya datang ini untuk mengadukan kelakuan buruk isteri saya, wahai Amirul Mukminin. Tetapi tiba-tiba saya mendapati tuan hamba juga mengalami nasib yang sama seperti saya".

Berkata Khalifah Umar: "Wahai saudaraku! Aku terpaksa menanggung semua itu kerana aku terhutang budi kepadanya, dia telah memasak makananku, membuat roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusukan anakku, pada hal semua itu tidak wajib atasnya, Dan dia juga menjadi tempat kemesraanku, dimana hatiku berasa tenang dan kerana itu juga aku terlindung daripada melakukan yang haram. Bagaimana aku harus menentangnya, jadi aku hanya bersabar dan memekakkan telinga saja.

Sahabat: " Saya juga menanggung nasib yang sama seperti tuan hamba...wahai Amirul Mukminin"

Maka berkata Amirul Mukminin lagi :
"Wahai saudaraku, bersabarlah atas kelakuan isterimu itu".

"wahai sekelian orang-orang yang beriman!minta pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan ebrsabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang: kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar". - Surah Al Baqarah Ayat 153.


"anggaplah apa jua kepahitan masa kini adalah sebagai laluan untuk mencapai kemanisan suatu masa nanti"

Wednesday, May 06, 2009

Dr Fadhilah Kamsah Berkata.........

"Assalamualaikum..
Masa saya kecik2 dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen2 (sisa2) nasik yang dia makan..dan pagi2 sebelum pergi sekolah, mak akan tuangkan air teh untuk mak minum dan macam biasa mesti ada sikit belen..tapi taklah everytime, secara puratanya seminggu sekali mesti mak suruh buat macam tu..

Dan sampailah saya dah besar panjang ni pun situasi ni still berjalan..either belen makanan mak atau abah..tapi kalau belen makanan anak2 memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan..kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain..samada kami perasan atau tidak...so satu hari tu tergerak nak tanya pasa isu ni kat mak..

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam tu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mertua dia sendiri (tok perempuan sayalah)..mak kata supaya hati anak2 sentiasa melekat kat mak bapak..dan saya sendiri akui kesannya..makin umur kita meningkat, hati kita sentiasa belas tenguk mak bapak kita yang makin tua itu.

Kalau kena marah ke, kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu...nak menjawab balik tak der lah..walaupun kita tahu kita betul..dan mak pesan dah ada anak sendiri esok..jangan sekali2 makan lebihan makanan anak..samalah ceritanya...dan mak kata juga, pagi2 jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua dia akan selawat 3x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik..dan guru saya pesan..antara kesan terbesar bagi ibubapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka2 ini akan Allah cabut rasa hurmat anak terhadap mereka..solat berjamaahlah dgn anak2 tiap kali waktu maghrib..kalau ada lebih dari seorang anak, suruh sorang Azan dan sorang Qiam...kemudian berganti2 bacakan doa lepas solat..ini yang kami amalkan sampai sekarang.

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya, inilah yang palin3x berkesan sekali..tak caya try buat..solat jemaah dengan anak2 tiap kali maghrib..dapat semua waktu lagi baik..sangat besar rahsia dan peranan dapur rupa2nya. dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari, tapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"..just to ambil iktibar untuk mendidik diri dan family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! so, it's good if we can remind each other becouse in Rasulullah's lat sermon, baginda pun did mention that all those whi listen to him(on shall pass on his words to others, and those to others again: and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly..

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses..do impart this knowledge: you'll lose nothing. Wallahu A'lam..terima kasih..(Dr Fadilah Kamsah)

p/s saya hanya menyampaikan apa yang diperkatakan oleh Dr Fadilah Kamsah yang sangat saya kagumi..mudah2an kita mendapat kebaikan yang bukan sedikit dari kata2 beliau ini.

Sunday, March 08, 2009

Selamat Tinggal Memori Duka

Bukan mudah untuk seseorang itu melupakan masa silamnya..tambahan lagi andaikata ia adalah satu kenangan paling pahit dalam hidupnya. Namun sukar ataupun tidak,anda tetap harus melupakannya dan buangkan jauh-jauh dari hidup anda.
Sekiranya anda terus membiarkan diri dibayangi dengan kisah silam yang pahit, sampai bilapun anda tidak akan merasa bahagia. Malah jalan untuk anda meniti kejayaan juga pasti alan lebih sukar kerana sentiasa takut dengan bayang2 semalam. Banyak cara boleh dilakukan untuk melupakan kenangan pahit itu dan mulakan hidup baru:
1. Ubah penampilan diri:
Kebanyakan dari kita sering mengatakan ingin memulakan hidup baru. jgn hanya bercakap saja..tampilkan imej yang lebih kemas, menarik dan paling penting sesuai dgn usia anda..percayalah bila anda tampil dgn imej baru pastinya anda merasa hari2 yang bakal dilalui berbeza dari dulu.
Sekiranya anda tidak ubah penampilan, tiap kali anda melihat cermin anda akan lihat diri anda yang pernah jatuh dan kecewa satu ketika dulu..namun bila anda berubah anda nampak diri anda yang baru dan lebih bersemangat untuk meneruskan hidup yang lebih bahagia.
2. Buang segala2nya:
Buang segala yang boleh mengingatkan anda pada kenangan tersebut..misalnya anda pernah dikecewakan oleh seorg lelaki yang anda cintai...sekiranya anda benar2 mahu melupakan memori pahit itu buang apa saja pemberiannya..gambar2nya..hadiah darinya dan no talifon lelaki itu juga. Jangan cuba2 hubungi untuk bertanya khabr...jgn tinggalkan walau satu buktipun yg menunjukkan anda pernah bersamanya..
Sekiranya anda tidak membuangnya selagi itulah bayang2nya akan sentiasa bersama anda.
3. Menjalinkan hubungan baru:
Tidak kiralah apapun kenangan pahit anda samada anda gagal dalam percintaan,dikhianati sahabat dan kehilangan org tersayang dan sebagainya ,namun cara untk melupakan tetap sama iaitu cubalah menjalin hubungan dengan teman2 baru...
tapi ingat bagaimana rapat pun anda dgn teman baru itu jgn sesekali menceritakan sejarah pahit anda..kerana secara tak langsung itu akan mengembalikan memori anda pada kenanagan pahit itu.
4. Berubah angin:
Sekiranya anda mempunyai peluang atau berani untuk mengambil satu keputusan yang drastik, maka berpindahlah anda jauh dari tempat yang banyak menyimpan kenangan pahit anda...jgn sesekali anda katakan anda telah terlewat sesungguhnya istilah terlewat itu tidak pernah ujud. Masa sentiasa ada selagi kita mahu berubah untuk menjadi yang lebih baik.
5. Maksimumkan diri:
Sentiasa cuba untuk menggunakan semaksimum mungkin daya dan keupayaan anda..jangan terlalu mudah mengaku kalah dan terlalu yakin dengan mengatakan anda tidak mampu untuk berubah...lakukan dgn bersungguh2 dan sehabis daya..anda pasti akan terkejut melihat keupayaan anda.
" Dan jangan lupa...yang paling penting sekali adalah dengan memperbanyakkan Solat taubat kerana ia mampu membersihkan hati kita..berdoalah setiap waktu kepada Allah SWT..kerana hanya Allah yang Maha Mendengar tiap rintihan kita"

Sunday, March 01, 2009

Pengemis Dan Isteri Cantik

(gambar sekadar hiasan)

Suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan di ruang tamu,datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

"Tolonglah encik,saya lapar,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi"

Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking pengemis itu.

Dalam hatinya berkata " aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk org lain,tetapi untuk diriku dan keluargaku."

Si isteri tidak dapat berbuat apa2 dengan sikap suaminya walau dalam hatinya ada niat hendak bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dgn lelaki lain.

Pada suatu hari,sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba2 seorg pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorg pengemis.

Suami yang baru itu menjawab dengan tenana :

"Demi Allah.sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!".


Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya di atas. Ada masa dan ketikanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya.

Rasulullah S.A.W.bersabda yang maksudnya: : "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan".

"Barang siapa mempunyai harta,maka bersedekahlah dengan kekayaanmu, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga,bersedekahlah dengan tenaganya."


"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kekafiran,dari kemiskinan(yang menyedihkan)dan dari seksa kubur (yang membinasakan) Ya Allah,tiada Tuhan selain Engkau"

Thursday, February 05, 2009

Andaiku Tahu

Andaiku tahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku

Aku takut
akan semua dosa-dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangiku

andaiku tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucapka kata taubat padaMu

Ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangisku bertaubat padaMU

Aku manusia
yang takut neraka
namun aku juga
tak pantas di syurgamu.


Bila menghayati lirik lagu ini..sedar betapa kerdilnya diriku di sisiNYA.
sedar betapa kematian tidak mengira waktu.
sedar.. kematian tidak mengira amal ku cukup atau tidak.
sedar.. kematian tidak diberi amaran.
Dan seperti tersedar dari lena yang panjang.
Bangkit dari kelalaian dan kealpaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...