Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Monday, November 09, 2009

Hati

bila cintaku ditolak
seolah hatiku dihumban ke dasar jurang
berkecai tak mungkin bercantum lagi....
bila hatiku dilukai
tercalar sangat menyakitkan
seakan tk mungkin sembuh lagi..
bisakah ku kutip semula
kepingan2 hatiku yg hancur..
bisakah ku cantum semula
menjadi satu..
p/s luka di tangan nampak berdarah..luka di hati...

Sunday, November 08, 2009

Aduh..mana satu yang harus didahulukan...

Cek writer yang bnyk meringankan tugasku.


Boucer2 yang sudah siap diproses bersama cek dan Arahan Patriot

Inilah yang menunggu aku di hujung minggu! kalau orang lain bersiar2 makan angin atau paling tidak berlepak2 di rumah..aku tak merasa gitu..terlalu bnyk keja2 yg wajib aku settlekan..selepas annual meeting Koop ada tugas penting menanti...membayar dividen untuk ahli..belum lagi kena argue dgn ahli mengapa dividen dibayar rendah kali ni dan tnya bila dividen masuk dlm akaun mereka.....belum lagi ahli yg bertanya pinjaman..belum lagi mak bapak yg sibuk bertanya cek dermasiswa anak2 mereka..tu semua aku tk heran sgt tp bila bos tnya.."bank reconcilition dah siap?"..adui..mcm nk terkucil nyawa...mana satu yg mesti aku dulukan...!!

Namun begitu gitu sempat juga 'melarikan diri' balik kampung semalam...pejam mata tinggalkan keja2 yg menggunung..sblm balik buat list untuk ahad (harini)

1.buat bayaran dividen
2.proses bayaran dermasiswa
3.key in kat sistem pinjaman ahli
4.cari bayaran masuk
5.buat transfer duit dr Agrobank Salak Tinggi Ke KL..sbnyk RM500K
6.buat bank reconcilition..

macam nk luruh jejari dok buat boucer..mujurlah skrg aku dah guna Cek Writer..(gmbr di atas sekali) dah download kat pc...so tk lah nak kena print cek satu2...jenuh kalau kena print satu2, satu hal lak bila rosak..

Citer pasal balik kg smlm..sbnrnya sepupu terdekat melangsungkan persandingannya, mak abah memasak untuk jamuan makan jemputan.....majlis resepsi sebelah lelaki...cun melecun pengantin..mcm pinang di belah dua...aku bila lagi? tnya sepupu2 yg tak sayang mulut..cheewah..."esuk aku lak"..selamba aku jwb dengan muka tk bersalah..

Sorang sepupu yg agak rapat dgnku membisikkan kat telingaku..dia disuruh mencarikan calon isteri oleh seorg lelaki duda di tempat tinggalnya..,aku lak yg di tnyanya..ish..tak kuasa aku..lebih baik seorg daripada berdua tp menyakitkan hati..pulak tu nk suruh aku berhenti keja dok kampung...kang jadi apa2, jodoh tk panjang...keja dah tak de aku dgn anak2 nk makan apa?..tak hingin aku...tp tak tahulah kalau dah jodoh nk buat mcmne kan..bukan keja kita soal jodoh maut ni..semua keja Allah S.W.T...namun aku tetap berdoa muga jika ada jodohku biarlah yang menyenangkan bukan menyusahkan hidupku!

Macam bionic women aku ni kan...pagi2 bergerak balik ke melaka, menjelang petang dah sampai ke Sepang semula..dan pagi2 minggu org lain bersedap2 di rumah aku berperang dgn boucer, Arahan Patriot dan cek..tak pe...hujung bulan jangan jeles bayaran overtime aku mencecah ratusan ringgit...penat yang berbaloi2..

Lama dah aku tk singgah ziarah kwn2..nak add "kak zai" pun belum lagi kot dan beberapa teman2 baru yg telah ku catat add mereka.....sempat singgah laman kakciks yang sakit kaki haritu tp nk komen dah pc hang...sempat singgah kat laman DJepoi yang kuat berusaha cari fulus...DKraz batu yg post entri pasal "Malam Pertama"(jgn salah faham..kena baca dulu entri tu baru tahu apa sebenarnya)...dan"dia" sorg sahabat yg tk pernah miss aku singgah,yang paling kerab aku singgah... pun dah jarang aku singgah...sebab aku tahu kehadiranku mungkin tak berapa dia perasan kerana dia sedang melalui saat2 bahagia nya...muga dia bahagia dgn gadis pilihannya..bahagia dunia akhirat...aku masih di sini...seperti dulu..

Dah penat berceloteh...tp rasanya masih tk sempat ziarah ke mana2..insyaallah bila semuanya lega(ntah bila agaknya nak lega) aku akn ziarah setiap rumah teman2..cuma aku harapkan masih ada teman2 yg sudi ziarahi kau walaupun aku tk berkunjung ke rumah mereka.

salam sayang dan rindu selalu!!

p/s di sini aku temui kebahagiaan walau sebentar cuma..di sini aku temui dia..walaupun bukan jadi milikku yang kekal kerana tiada siapapun kekal melainkan DIA.


Tuesday, November 03, 2009

Bryan Anderson dan Ar Raqib

Seorg wanita tua kelihatan berdiri di tepi jalan bersama kereta Mercedes dalam suasana menjelang senja, sejuk dan hujan gerimis. Seorg lelaki berkereta biasa lalu di jalan tersebut, ternampak wanita tua itu dan berhenti. Wanita tua menyedari kehadiran lelaki tersebut. Walaupun tersenyum, penampilan lelaki berkereta murah itu mencurigakan hatinya dan kebimbangan menguasai perasaannya. Mungkin dia lelaki jahat, mungkin dia perompak, Sudah beberapa jam dia tersadai di tepi jalan dengan kereta Mercedesnya yang pancit tayarnya dan tiada siapapun yang berhenti. Inilah orang pertama yang berhenti dan mendekatinya.

Lelaki itu dapat membaca kecurigaan pada wanita tua yang berdiri di tengah2 kedinginan musim sejuk. Rasa simpati menyelubungi hatinya.

"Saya yakin puan perlukan bantuan dan saya ingin membantu. Elok puan duduk dalam kereta sebab di luar ni sejuk sementara saya tenguk apa yang tak kena dengan keretaini. Nama saya Bryan Anderson."

Masalah wanita tua itu hanyalah tayar keretanya pancit, namun bagi seorg wanita tua masalah tersebut bukanlah kecil. Bryan bertungkus lumus menukar tayar kereta Mercedes tersebut sehingga dingin musim sejuk ketika itu tidak begitu terasa. Sambil Bryan menukar tayar, wanita tua itu sengaja membuka tingkap kereta dan bercerita.

"Saya dari St Loius dan dalam perjalanan balik melalui jalan ni, kalaulah awak tak tolong, tak tahulah apa jadi pada saya, terima kasih sangat2"

Bryan selesai menukar tayar dan hanya tersenyum mendengar celoteh wanitu tua tersebut.

"Berapa?"

Tanya wanita tua itu kerana ingin membayar upah menukar tayar kereta mewahnya. Dia sangat bersyukur dan sanggup membayar beberapa sahaja yang diminta oleh Bryan. Tidak bermakna wang ringgit berbanding dengan bantuan yang dihulurkan. Lebih2 lagi keselamatan dirinya, seorang wanita tua yang tersadai di tepi jalan yang sunyi dalam suasana gelap dengan kereta mewah yang menggambarkan bahawa dia adalah seorang yang mewah.

Bryan pula tidak terfikir apa2 melainkan hanya ingin menghulurkan bantuan kepada manusia lain yang memerlukan. Baginya memberi bantuan dalam keadaan tersebut adalah tanggungjawab sesama insan, bukan sumber pendapatannya. Tuhan telah menghantar ramai insan lain membantunya ketika dia memerlukan dan apa yang dilakukan hanya memperpanjangkan kebaktian yang telah banyak Tuhan berikan melalui insan lain.

"Tak apa puan, saya membantu ikhlas, tapi kalau puan nak membayar juga..yang saya minta ialah perpanjangkanlah bantuan seperti ini bila puan berjumpa sesiapa yang perlukan bantuan, itu yang penting bagi saya"

Bryan menunggu sehingga wanita itu selamat pergi dan hilang daripada pandangannya, terasa sejuk tetapi puas hati kerana dapat membantu wanita itu, rasa puas memenuhi hatinya sepanjang perjalanan balik ke rumahnya.

Wanita tua itu singgah di sebuah restoran kecil di stesen minyak tidak jauh dari tempat keretanya tersadai tadi. Seorang wanita pelayan restoran membawa tuala dan mengelap rambutnya yang basah semasa tayar keretanya pancit tadi. Senyuman pelayan itu kelihatan sangat tulus dan mneyejukkan hati. Walaupun terasa agak janggal dengan layanan tersebut tetapi hatinya sangat terharu. Matanya terarah ke perut pelayan itu yang sarat mengandung sekitar 8 bulan. Hati wanita tua bertambah tersentuh kerana dalam keadaan sarat mengandung, pelayan tersebut tidak langsung menggambarkan keletihan, malah memberi khidmat yang luar biasa.

"Macam mana seorang yang dalam keadaan begini boleh terfikir untuk memberi layanan terbaik kepada seorang asing yang langsung tidak dikenalinya". Hati wanitu tua itu berkara2, hari itu dia bertemu dengan insan2 yang istimewa, tiba2 dia teringat kepada Bryan Anderson.

Selepas makan, dia membayar dengan sekeping wang USD100. Wanita tua sudahpun keluar dari restoran apabila pelayan tadi membawa wang baki. Pelayan yang dalam terpinga-pinga itu ternampak sapu tangan di atas meja yang tertulis sesuatu. Dia melihat dengan lebih dekat. Airmata tergenang di mata pelayan tersebut apabila membaca apa yang ditulis oleh wanita tua tadi.

"Tiada yang awak perlu kembalikan kepada saya. Saya pernah berada dalam keadaan yang terdesak dan Tuhan telah menghantar seseorang untuk membantu. Saya hanya ingin memperpanjamgkan kebaktian dan kasih sayang yang Tuhan pernah berikan kepada saya melalui insan lain. Ini untuk awak dan kalau awak ingin membayarnya balik, yang saya minta hanyalah perpanjangkanlah rantaian kebaktian dan kasih sayang sesama insan."

Di bawah sapu tangan tersebut ada empat keping wang USD100. Hatinya tertanya2 bagaimana wanita tua itu tahu keadaannya yang memang sangat terdesak memerlukan wang dengan bayinya yang bakal lahir sebulan lagi.

Sampai di rumah selesai menghabiskan syif malam itu, suaminya sudah tertidur dengan wajah yang sangat keletihan setelah bekerja mencari rezeki sepanjang hari sebagai seorang mekanik biasa di bengkel membaiki kereta. Dia dapat membayangkan beban yang dipikul oleh suaminya, kerana itu dia sendiri gagahkan semangat untuk bekerja di testoran bagi meringankan bebanan rumahtangga mereka yang baru berusia setahun jagung. Dengan penuh kasih sayang dia mencium lembut pipi suaminya sambil berkata perlahan-lahan.

"Jangan risau suamiku, semuanya selamat, masalah kita sudah menjadi ringan....aku mencintaimu Bryan Anderson"

Demikian satu kisah yang berlaku di satu daerah kecil di muka bumi Allah yang Ar Raqib, Yang Maha Mengawasi dan Maha Memelihara hamba2Nya tidak pernah terlepas pandang terhadap apapun. Dia yang Ar Raqib terserlah dalam kisah di atas Bryan Anderson yang berhati mulia nampak keresahan pada wajah wanita tua yang dalam kesusahan lalu memperpanjangkan bakti dan kasih sayang walaupun dalam keadaan yang sangat terdesak. Ar Raqib mengawasinya dan memeliharanya. Bisikan di hati wanita tua ditiupkan semasa isterinya yang sarat mengandung memberi khidmat terbaik dalam tanggungjawabnya di restoran kecil sehingga hajat dan keperluan mereka terkabul. Semuanya bahagia memberi dan menerima.

Hidupkanlah semangat dan inspirasi Ar Raqib dengan memerhati, mengawasi dan memelihara orang lain bukan mencari aib atau kesalahan tetapi untuk menjamin keselamatan dan kebahagiaan sesama insan.

Benarlah firman Allah yang bermaksud:

"Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari satu(Adam) dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri) nya. Dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Bertakwalah kepada Allah yang dengan namaNYa kami saling meminta dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah sentiasa menjaga dan mengawasimu (Raqib) " An-Nisa :1

Sumber : MIDI

p/s Buat 'dia'..muga berbahagia di atas airmata seorang yang sentiasa mendoakan kebahagiaannya......seseorang yang akan sentiasa mengingatinya...bahagiamu adalah airmataku.

Sunday, November 01, 2009

Kesepian

Ku biarkan kesepian
menyelimuti hidup
dalam kehampaan merona
dalam jiwaku mewarnai
setiap detik nafasku
menghantui langkahku
setiap getar dadaku
ku cari entah di mana dia kini
menghempas semua rasa
melemah tiada rasa
datanglah wahai cintaku
di sela kehampaan
kurasakan kesunyian
terasa menyakitkan
kembalikan jiwaku
yang selalu menginginkan dirimu
jiwa yang selalu haus
dalam pencarianmu
dimanakah kau yang ku cari
lelah kakiku melangkah
hingga tak mampu
aku merintih

ingin ku hapus rasa kesepian ini.

p/s puisi yg didedikasikan oleh seorg teman..yg mengerti apa erti sebuah kesepian...yg mengerti apa erti satu kehilangan...

Saturday, October 31, 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang...

Gambar di ambil dalam perjalanan melawat arwah abahnya semasa sedang sakit di hospital (3Okt 2009)

Semalam 30 Oktober, genaplah 11 tahun usia anak bungsuku Abdullah Zaki..jika sesiapa yang berjumpa anak bungsuku ini pasti tidak menyangka dia sudah berusia 11 tahun..rata2 menyangkakan dia baru berusia 7 atau 8 tahun saja memandangkan fizikalnya yg kecil dan sifatnya yang keanak2an...manja dan mudah terasa..mungkin juga kerana sejak berusia 7 tahun lagi dia sudah kehilangan kasih sayang seorang abah..hanya aku ibunya satu2 tempat dia bermanja..dan dalam usia 11 tahun kini dia kehilangan seorang abah buat selama2nya.

Abdullah Zaki..nama yang menjadi pilihan aku dan arwah bekas suamiku dulu..seorang anak yg ceria, peramah dan mudah mendapat kawan walau di mana dia pergi..dalam usia begini dia agak penakut berbanding abgnya, sebab dia rasa dia ada seorang pelindung iaitu abangnya...yang sentiasa menjadi bahu tempatnya bersandar...dan Abdullah Zaki sangat beruntung kerana memiliki seorang abg yang sangat mengambil berat keperluan adiknya.

Semalam aku tidak sempat membelikan kek harijadi untuknya (seharian di KL menguruskan hal pencen arwah) Sebelah malam aku dan Aiman hanya meraikan dengan makan di luar..menu yang agak special..chicken chop ......ku hadiahkan sehelai T-Shirt 'MU' berwarna hitam yang diidamkan2 dan "Rubix Cube" sebuah permainan yang menguji minda...mujurlah anak2 telah ku biasakan dengan kesederhanaan, mudah menerima apa saja yg ku beri walaupun nilainya tidak seberapa.

Aku sentiasa berdoa muga anak2ku menjadi anak yang sempurna di dunia dan akhirat..aku sentiasa berdoa muga2 usia ku dipanjangkan supaya aku dapat melihat anak2 membesar didepan mataku dan menjadi insan yang berguna, insan yang berjaya di dunia dan akhirat..mudah2an doaku dimakbulkan oleh Allah..kerana anak2ku inilah kelak yang akan mendoakan aku dan arwah abah mereka...yang akan memimpin aku dan arwah abahnya menuju ke Syurga Allah yang kekal abadi.


p/s tak tahu lah antara yg 3 ni siapa yg bermasaalah..'aku', 'pc' atau 'internet' :) dah boleh ziarah laman kengkawan tp tak boleh nk bg komen dan chat kt shoutmix...mujur gak boleh jwb komen kat blog dan post entri..kalau tk berganda2 lah boringnya di hujung minggu ni...anak2 dgn hal masing2..ke Pusat Aktiviti Kanak2 dengan tuisyen dan mcm2 aktiviti..aku juga yg sepi sendirian...:(

Thursday, October 29, 2009

Kalaulah Cinta Semudah 1,2,3....


Kalaulah hidup ini semudah mengira 1,2,3, mungkin tidak banyak orang yang akan terluka. Sepintas lalu, kalimat ini pasti ada cuma dalam kisah novel atau drama telenovela tapi percayalah dalam hubungan kita sesama manusia kalimat ini memang terbukti kebenarannya.

Tidak kira berapa usia kita sekalipun, perasaan cinta dan mencintai tetap wujud dalam diri. Malah kita patut berfikir beberapa kali, agar cinta yang kita rasa itu memberi makna. Kalau kita jatuh cinta kepada suami atau isteri orang, cuma bermodalkan perasaan dan hawa nafsu, ditakdirkan terjadi sesuatu yang buruk dalam hubungan, rasanya seperti badan dihempaskan ke lantai, sakit...oleh itu berhati2lah.

Peliknya masih ada orang yang jatuh cinta itu menganggap tidak ada bezanya seperti memancing ikan, langsung tidak pilih2, asalkan umpan disambut, langsung ditarik oleh pancingnya. Tetapi kerana tidak berfikir panjang, akhirnya hubungan berantakan, akhirnya merana.

Sebenarnya cinta itu memang misteri, mungkin selamanya akan terus menjadi misteri, Orang tentu tidak pernah menemukan alasan logik kenapa jatuh cinta boleh mengubah sikap orang seratus lapan puluh peratus, ada yang menjadi sangat realistik tetapi tiba2 menjadi melankolis ketika jatuh cinta, memandang senja dengan tatapan rindu, tersenyum2 sendiri dalam perjalanan dan rajin singgah ke kedai bunga.

Apabila kita mencintai seseorang, rasa cinta itu tentunya dilandasi oleh rasa ingin memilik, berusaha untuk dia menjadi milik kita dan sehidup semati dengannya... cinta itu ada kekurangan dan kelebihan, berbahagialah kalau cinta itu subur mekar dalam hubungan suami isteri, tetapi tidak kurang juga cinta merenggut apa2 yang menjadi milik kita, masa, tenaga, fikiran, wang dan banyak perkara lain. Cinta juga membuat hidup kita lebih berharga..sentiasa dibayangi oleh orang yang kita cinta membuat kita merasa hidup penuh ceria dan bahagia...

Dalam kaedah mengira, cinta ialah hubungan perkalian, Ahli2 kimia mengatakan cinta itu adalah katalisator. Dengan satu ucapan yang menghibur daripada orang yang kita cinta, hati kita melambung hingga ke negeri antah-berantah!. Tetapi satu bentuk kekecewaan yang dilakukan oleh orang yang dicintai kepada kita, aduh sakitnya pasti membekas sampai ke tulang hitam. Kita terhibur kerana cinta, namun sebaliknya rasa sangat disakiti oleh cinta.

Tidak kurang ramai orang yang mengalami trauma dalam cinta dan berjanji tidak akan jatuh cinta lagi. Menyedihkan sekali, bukan? Apa yang boleh dikatakan, tanpa cintapun hidup kita sudah bingung..tak semestinya percintaan itu akan gagal selamanya. Cinta tidak pernah bersalah, baik buruknya kualiti cinta itu bergantung kepada bagaimana kita menjalaninya, pengalaman dan kegagalan dulu boleh menjadi cermin bagi kita agar tidak melakukan kesalahan yang sama.....yang memisahkan antara kegagalan dan kejayaan adalah usaha yang bersungguh2.

Cinta itu ibarat vitamin C yang mendorong semangat dan memandang hidup jauh lebih baik, cinta melahirkan sentuhan emosi yang bertingkat2, secara automatik, dengan cinta hidup lebih gembira, ceria dan berbahagia, rugikan kalau tidak pernah jatuh cinta!

Cinta memang mungkin selamanya tidak akan lebih mudah daripada belajar mengira, tetapi apabila kita boleh mengendalikan dengan bijaksana, cinta pasti akan jauh lebih menyenangkan berbanding belajar mengira..

Begitulah cinta, yang datang dalam hati insan tanpa di undang, tanpa izin dan tanpa diduga. Begitulah, saat cinta berlalu, serasa begitu cepat dengan meninggalkan luka dan berjuta kenangan. Namanya juga cinta, seindah apapun menyakitkan juga dan sesakit apa pun hati kerana cinta, tetap dipuja2 juga.

Hidup benar2 indah kerana cinta, tapi yang indah itu tidak selamanya, ketika cinta terluka, hati sepi dan sedih, fikiran kacau pun gara2 cinta, justeru banyakkanlah berdoa kepada Allah agar hati kita sentiasa disuburkan dengan cinta

"Ya Allah sang pemilik cinta, sungguh tidak ada cinta yang sejati, kekal abadi, cinta yang sempurna kecuali cinta MU ya Allah, bukan cinta atas nafsu dan ego belaka, sehinggakan kami lalaikan laranganMU, sehingga kami harus terluka oleh cinta, maka izinkanlah kami mengakhiri cinta ini demi Engkau ya Rabb, kami tidak ingin terus2an menjalani cinta dengan murkaMU, kuatkanlah hati hambamu yang terluka oleh cinta ini,
Ampuni hamba ya Allah, bimbing dan tuntun hamba ya Allah untuk kembali meraih cintaMU, agar sentiasa selalu berada di jalan keredaan, kasih sayang dan ampunanMU"

p/s memang terlalu sukar mencari cinta yang tidak memandang siapa diri ku..tidak mempersoal keadaan diri ku dan menerima diriku seadanya.


p/s...aku bukan dilamun cinta...hanya memperkatakan betapa indahnya dan sakitnya bila bercinta.

Sunday, October 25, 2009

Aku Dikunjung Sahabat Jauh...

Sahabat ku Salmi

puding kastard berkuah


Pagi minggu yang memboringkan...selepas subuh, biasalah aku memanja2kan diri berlepak2 atas tilam menonton tv..pukul 8.45 anak2 ke pusat aktiviti kanak2 di bangunan depan rumah, ada tuisyen matematik untuk abdullah zaki...anak2 dah pergi aku masih berlepak2..rasa2nya nak keja harini..jap lagilah dalam pukul 10 aku pegilah nanti...apa susah..ofis sebelah pintu rumah je..pakai kain batik pun tkde hal...

Masih bermalas2, tetiba hp ku menjerit2 mendendangkan lagu alleycat 'seribu bintang', di skrin tertera nama Salmi..

Kelam kabut aku bangun bila sahabatku Salmi (pernah ku ceritakan dalam entri - pertemuan setelah 20 tahun tak bersua) mahu ke rumahku..mula2 sekali dalam otakku berfikir apa nak masak..oleh kerana kedatangannya sebelah petang jadi aku bercadang nak sediakan bihun goreng dan puding kastard berkuah...very simple and tasty...

Inilah pertama kali sahabat ku ini datang ke 'banglo' ku..itupun kerana mengambil anak sulungnya yang belajar di IKTBN, di Sepang, hanya kirra2 10 minit ke rumahku..selama ini dia tak tahu aku duduk di sini dan aku pun tak tahu anaknya belajar di situ.., bila dah bertemu barulah tahu rupanya kami jauh tetapi kadang2 terlalu dekat.

Bila bertemu..macam biasalah kami tak berhenti bersembang..suami dan anaknya hanya senyum2 bila tguk aku dan Salmi..masih tak berubah macam dulu2 gak...melihat gambar2 lama masa sekolah yang terlalu banyak kenangan......juga gambar2 aku dengan arwah bekas suamiku semasa saat2 bahagia kami dulu...

Hampir jam 5 barulah sahabatku meminta diri untuk pulang ke Jasin Melaka...oleh kerana puding kastard tu disukai oleh suami dan anaknya maka dia meminta resepi puding tersebut..so kalau ada rakan2 yang berminat di sini aku sertakan sekali.

PUDING KASTARD BERKUAH

Bahan A
1 cawan kastard
1 cawan susu cair
3 suku cawan gula pasir
3 suku cawan air

bancuh semua bahan terlebih dahulu sebelum dimasak.
kacau bahan A atas api yang sederhana hingga kastar masak.
masuk dalam acuan dan sejukkan dalam peti ais

Bahan B
1/2 tin susu cair
1 tin air
1 camca esen vanila(kalau tak mahu pun tkpe)
1 camca besar tepung kastard (bancuh dgn air)
1 camca besar gula pasir.
1 tin buah2an campuran

Campur semua bahan dalam periuk
kacau atas api yang kecil hingga mendidih..
sejukkan dalam peti ais
siap untuk dihidang

cadangan hidangan : potong2 kastard bentuk kiub..campur dengan kuah dan buah2 campuran..letak sedikit ice kiub untuk menambah rasa sejuk...sedia untuk dimakan.!!

Selamat mencuba.

p/s puding kegemaran arwah abah anak2ku benar2 mengembalikan nostalgia..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...