Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, October 25, 2009

Aku Dikunjung Sahabat Jauh...

Sahabat ku Salmi

puding kastard berkuah


Pagi minggu yang memboringkan...selepas subuh, biasalah aku memanja2kan diri berlepak2 atas tilam menonton tv..pukul 8.45 anak2 ke pusat aktiviti kanak2 di bangunan depan rumah, ada tuisyen matematik untuk abdullah zaki...anak2 dah pergi aku masih berlepak2..rasa2nya nak keja harini..jap lagilah dalam pukul 10 aku pegilah nanti...apa susah..ofis sebelah pintu rumah je..pakai kain batik pun tkde hal...

Masih bermalas2, tetiba hp ku menjerit2 mendendangkan lagu alleycat 'seribu bintang', di skrin tertera nama Salmi..

Kelam kabut aku bangun bila sahabatku Salmi (pernah ku ceritakan dalam entri - pertemuan setelah 20 tahun tak bersua) mahu ke rumahku..mula2 sekali dalam otakku berfikir apa nak masak..oleh kerana kedatangannya sebelah petang jadi aku bercadang nak sediakan bihun goreng dan puding kastard berkuah...very simple and tasty...

Inilah pertama kali sahabat ku ini datang ke 'banglo' ku..itupun kerana mengambil anak sulungnya yang belajar di IKTBN, di Sepang, hanya kirra2 10 minit ke rumahku..selama ini dia tak tahu aku duduk di sini dan aku pun tak tahu anaknya belajar di situ.., bila dah bertemu barulah tahu rupanya kami jauh tetapi kadang2 terlalu dekat.

Bila bertemu..macam biasalah kami tak berhenti bersembang..suami dan anaknya hanya senyum2 bila tguk aku dan Salmi..masih tak berubah macam dulu2 gak...melihat gambar2 lama masa sekolah yang terlalu banyak kenangan......juga gambar2 aku dengan arwah bekas suamiku semasa saat2 bahagia kami dulu...

Hampir jam 5 barulah sahabatku meminta diri untuk pulang ke Jasin Melaka...oleh kerana puding kastard tu disukai oleh suami dan anaknya maka dia meminta resepi puding tersebut..so kalau ada rakan2 yang berminat di sini aku sertakan sekali.

PUDING KASTARD BERKUAH

Bahan A
1 cawan kastard
1 cawan susu cair
3 suku cawan gula pasir
3 suku cawan air

bancuh semua bahan terlebih dahulu sebelum dimasak.
kacau bahan A atas api yang sederhana hingga kastar masak.
masuk dalam acuan dan sejukkan dalam peti ais

Bahan B
1/2 tin susu cair
1 tin air
1 camca esen vanila(kalau tak mahu pun tkpe)
1 camca besar tepung kastard (bancuh dgn air)
1 camca besar gula pasir.
1 tin buah2an campuran

Campur semua bahan dalam periuk
kacau atas api yang kecil hingga mendidih..
sejukkan dalam peti ais
siap untuk dihidang

cadangan hidangan : potong2 kastard bentuk kiub..campur dengan kuah dan buah2 campuran..letak sedikit ice kiub untuk menambah rasa sejuk...sedia untuk dimakan.!!

Selamat mencuba.

p/s puding kegemaran arwah abah anak2ku benar2 mengembalikan nostalgia..

17 comments:

kakcikseroja said...

Salam Ida...

lamanya Ida tak 'ke udara'. Kakcik pun suka makan puding kastad tu.. tp, malas nak buat! :)

maiyah said...

wah sronok dpt jmpa kekwn lama kan :)

edda(",) said...

sedapnye puding ituuu

anaklaut said...

salam..

kak idalara, best puding tu...

tq singgah anaklaut..

anaklaut said...

salam..

kak idalara, best puding tu...

tq singgah anaklaut..

zedmagel said...

Salam Idalara,

Kunjungan sahabat membawa barkah dalam kehidupan, memang sedap menu yang dihidangkan. Ada dua versi entry ini. Satu hal sahabat dan satu cara-cara membuat puding berkauh.

Terliur saya melihat mee thailand dan puidng tu...

blueCITY said...

salam,

wahhhhhhhhhhhhhhhh
at least ada kawan yg masih ingat kita. ada kawan yg masih sudi jenguk n jumpa kita.

bestnya puding kastard berkuah itew
nanti2 akan ku cilok ya
heeeeeeeeeee
taking care
xoxox

shah said...

Salam idaria,
Ya kenangan dan detik2 indah semasa bersamanya pasti tidak bisa dipadam, bersyukur pada Nya kerana telah di beri kesempatan merasanya,
saya berdoa agar ida tabah dan ceria selalu.

ai@reel said...

wow...boleh pos kan puding dgn mee tu...sedap nampaknya.uhuhuhu

Idalara said...

salam kakcik..
mng lah skrg mood sering tkde nk ke udara..lebih2 pulak pc asik prblm..
puding tu semudah 1,2,3..cuma kdg2 kita malasnya yg lebih..:)

Idalara said...

betul maiyah...
sepatutnya kak ida keja haritu tp terus tk jd g keja sbb kwn jauh nk dtg.

Idalara said...

edda nak?mehlah dtg umah kak ida..boleh edda tolong buatkan heheh

Idalara said...

yup anaklaut..
mng best!

Idalara said...

salam zedmagel..
rezeki bertambah bila kita meraikan tetamu kan?
resepi tu boleh lah zed suruh wf buat sebelum berangkat ke Tanah Suci nnti.

Idalara said...

mng best biru bila ada kwm atau sdra mara dtg melawat kita yg sendirian di tempat org ni..

sori biru..sbnrnya puding tu silap sikit 3 cawan air bukan 3suku cawan air..biru cubalah..mst best..

Idalara said...

shah..bila org yg pernah hidup bersama kita telah pergi..
yang nampak hnya keindahan dan kebaikan dia saja..

terimakasih kerap berkunjung..namun sy tk dapat ke blog shah..tolong bag linknya ye..

Idalara said...

aireel nak?
nnti kak ida buat yg lain dan poskan..heheeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...