Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Thursday, October 29, 2009

Kalaulah Cinta Semudah 1,2,3....


Kalaulah hidup ini semudah mengira 1,2,3, mungkin tidak banyak orang yang akan terluka. Sepintas lalu, kalimat ini pasti ada cuma dalam kisah novel atau drama telenovela tapi percayalah dalam hubungan kita sesama manusia kalimat ini memang terbukti kebenarannya.

Tidak kira berapa usia kita sekalipun, perasaan cinta dan mencintai tetap wujud dalam diri. Malah kita patut berfikir beberapa kali, agar cinta yang kita rasa itu memberi makna. Kalau kita jatuh cinta kepada suami atau isteri orang, cuma bermodalkan perasaan dan hawa nafsu, ditakdirkan terjadi sesuatu yang buruk dalam hubungan, rasanya seperti badan dihempaskan ke lantai, sakit...oleh itu berhati2lah.

Peliknya masih ada orang yang jatuh cinta itu menganggap tidak ada bezanya seperti memancing ikan, langsung tidak pilih2, asalkan umpan disambut, langsung ditarik oleh pancingnya. Tetapi kerana tidak berfikir panjang, akhirnya hubungan berantakan, akhirnya merana.

Sebenarnya cinta itu memang misteri, mungkin selamanya akan terus menjadi misteri, Orang tentu tidak pernah menemukan alasan logik kenapa jatuh cinta boleh mengubah sikap orang seratus lapan puluh peratus, ada yang menjadi sangat realistik tetapi tiba2 menjadi melankolis ketika jatuh cinta, memandang senja dengan tatapan rindu, tersenyum2 sendiri dalam perjalanan dan rajin singgah ke kedai bunga.

Apabila kita mencintai seseorang, rasa cinta itu tentunya dilandasi oleh rasa ingin memilik, berusaha untuk dia menjadi milik kita dan sehidup semati dengannya... cinta itu ada kekurangan dan kelebihan, berbahagialah kalau cinta itu subur mekar dalam hubungan suami isteri, tetapi tidak kurang juga cinta merenggut apa2 yang menjadi milik kita, masa, tenaga, fikiran, wang dan banyak perkara lain. Cinta juga membuat hidup kita lebih berharga..sentiasa dibayangi oleh orang yang kita cinta membuat kita merasa hidup penuh ceria dan bahagia...

Dalam kaedah mengira, cinta ialah hubungan perkalian, Ahli2 kimia mengatakan cinta itu adalah katalisator. Dengan satu ucapan yang menghibur daripada orang yang kita cinta, hati kita melambung hingga ke negeri antah-berantah!. Tetapi satu bentuk kekecewaan yang dilakukan oleh orang yang dicintai kepada kita, aduh sakitnya pasti membekas sampai ke tulang hitam. Kita terhibur kerana cinta, namun sebaliknya rasa sangat disakiti oleh cinta.

Tidak kurang ramai orang yang mengalami trauma dalam cinta dan berjanji tidak akan jatuh cinta lagi. Menyedihkan sekali, bukan? Apa yang boleh dikatakan, tanpa cintapun hidup kita sudah bingung..tak semestinya percintaan itu akan gagal selamanya. Cinta tidak pernah bersalah, baik buruknya kualiti cinta itu bergantung kepada bagaimana kita menjalaninya, pengalaman dan kegagalan dulu boleh menjadi cermin bagi kita agar tidak melakukan kesalahan yang sama.....yang memisahkan antara kegagalan dan kejayaan adalah usaha yang bersungguh2.

Cinta itu ibarat vitamin C yang mendorong semangat dan memandang hidup jauh lebih baik, cinta melahirkan sentuhan emosi yang bertingkat2, secara automatik, dengan cinta hidup lebih gembira, ceria dan berbahagia, rugikan kalau tidak pernah jatuh cinta!

Cinta memang mungkin selamanya tidak akan lebih mudah daripada belajar mengira, tetapi apabila kita boleh mengendalikan dengan bijaksana, cinta pasti akan jauh lebih menyenangkan berbanding belajar mengira..

Begitulah cinta, yang datang dalam hati insan tanpa di undang, tanpa izin dan tanpa diduga. Begitulah, saat cinta berlalu, serasa begitu cepat dengan meninggalkan luka dan berjuta kenangan. Namanya juga cinta, seindah apapun menyakitkan juga dan sesakit apa pun hati kerana cinta, tetap dipuja2 juga.

Hidup benar2 indah kerana cinta, tapi yang indah itu tidak selamanya, ketika cinta terluka, hati sepi dan sedih, fikiran kacau pun gara2 cinta, justeru banyakkanlah berdoa kepada Allah agar hati kita sentiasa disuburkan dengan cinta

"Ya Allah sang pemilik cinta, sungguh tidak ada cinta yang sejati, kekal abadi, cinta yang sempurna kecuali cinta MU ya Allah, bukan cinta atas nafsu dan ego belaka, sehinggakan kami lalaikan laranganMU, sehingga kami harus terluka oleh cinta, maka izinkanlah kami mengakhiri cinta ini demi Engkau ya Rabb, kami tidak ingin terus2an menjalani cinta dengan murkaMU, kuatkanlah hati hambamu yang terluka oleh cinta ini,
Ampuni hamba ya Allah, bimbing dan tuntun hamba ya Allah untuk kembali meraih cintaMU, agar sentiasa selalu berada di jalan keredaan, kasih sayang dan ampunanMU"

p/s memang terlalu sukar mencari cinta yang tidak memandang siapa diri ku..tidak mempersoal keadaan diri ku dan menerima diriku seadanya.


p/s...aku bukan dilamun cinta...hanya memperkatakan betapa indahnya dan sakitnya bila bercinta.

10 comments:

jumana said...

a'aa akak..memang sakit
bila last2 kita terpksa terima kebenaran yg pahit
tp dr situ kita bleh belajar
x semua org punya ati perasaan mcm kita
manusia sgtlh berbeza2 thp kesanggupnnye menyakitkn ati jiwa raga org

azman shah said...

cinta itu buta

ai@reel said...

cinta sejati hanya padamu YA ALLAH

bersabarlah akan hadir cinta yang di harapkan cuma tidak tahu bila akan muncul.....

abu muaz said...

Cinta memang tak semudah 1,2, 3.....kalau tidak takkan porak peranda hidup kita.Cinta tak semudah berpuisi.Cinta juga tak semudah lirik-lirik lagu yang dicipta.

Redynne™ said...

salam sis..

Red suka jatuh cinta.. sekali gagal, x b'makna gagal selamanya.. kn sis? :)

Idalara said...

jumana..pahit mcmne pun itulah hakikat sebuah cinta..ada manisnya bila berjaya mencapai matlamat..namun pahitnya bagai hempedu buat kta rasa tk mahu bercinta lagi..

Idalara said...

Azman shah
cinta tidak buta namun kitalah yang membutakan mata kerana cinta.

Idalara said...

aireel
yup cinta yang sejati dan hakiki hanyalah Cinta Pada Allah..namun sebagai manusia kita perlukan cinta sesama insan untuk melengkapi sebuah kehidupan..

Idalara said...

sdr abu muaz
itulah cinta..terlalu sukar untuk digapai dengan tangan namun ia tetap hadir walaupun tidak kita pinta.

Idalara said...

Salam Red..
kak ida juga suka bila jatuh cinta..pandang dari arah mana pun nampak bunga2an depan mata..
tapi rasa tk snggup bila kecewa kerana tkkan nampak apa2 disebabkan pandangan kosong dan layu..
namun kak ida tkkan pernah serik untuk bercinta lagi! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...