Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, October 31, 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang...

Gambar di ambil dalam perjalanan melawat arwah abahnya semasa sedang sakit di hospital (3Okt 2009)

Semalam 30 Oktober, genaplah 11 tahun usia anak bungsuku Abdullah Zaki..jika sesiapa yang berjumpa anak bungsuku ini pasti tidak menyangka dia sudah berusia 11 tahun..rata2 menyangkakan dia baru berusia 7 atau 8 tahun saja memandangkan fizikalnya yg kecil dan sifatnya yang keanak2an...manja dan mudah terasa..mungkin juga kerana sejak berusia 7 tahun lagi dia sudah kehilangan kasih sayang seorang abah..hanya aku ibunya satu2 tempat dia bermanja..dan dalam usia 11 tahun kini dia kehilangan seorang abah buat selama2nya.

Abdullah Zaki..nama yang menjadi pilihan aku dan arwah bekas suamiku dulu..seorang anak yg ceria, peramah dan mudah mendapat kawan walau di mana dia pergi..dalam usia begini dia agak penakut berbanding abgnya, sebab dia rasa dia ada seorang pelindung iaitu abangnya...yang sentiasa menjadi bahu tempatnya bersandar...dan Abdullah Zaki sangat beruntung kerana memiliki seorang abg yang sangat mengambil berat keperluan adiknya.

Semalam aku tidak sempat membelikan kek harijadi untuknya (seharian di KL menguruskan hal pencen arwah) Sebelah malam aku dan Aiman hanya meraikan dengan makan di luar..menu yang agak special..chicken chop ......ku hadiahkan sehelai T-Shirt 'MU' berwarna hitam yang diidamkan2 dan "Rubix Cube" sebuah permainan yang menguji minda...mujurlah anak2 telah ku biasakan dengan kesederhanaan, mudah menerima apa saja yg ku beri walaupun nilainya tidak seberapa.

Aku sentiasa berdoa muga anak2ku menjadi anak yang sempurna di dunia dan akhirat..aku sentiasa berdoa muga2 usia ku dipanjangkan supaya aku dapat melihat anak2 membesar didepan mataku dan menjadi insan yang berguna, insan yang berjaya di dunia dan akhirat..mudah2an doaku dimakbulkan oleh Allah..kerana anak2ku inilah kelak yang akan mendoakan aku dan arwah abah mereka...yang akan memimpin aku dan arwah abahnya menuju ke Syurga Allah yang kekal abadi.


p/s tak tahu lah antara yg 3 ni siapa yg bermasaalah..'aku', 'pc' atau 'internet' :) dah boleh ziarah laman kengkawan tp tak boleh nk bg komen dan chat kt shoutmix...mujur gak boleh jwb komen kat blog dan post entri..kalau tk berganda2 lah boringnya di hujung minggu ni...anak2 dgn hal masing2..ke Pusat Aktiviti Kanak2 dengan tuisyen dan mcm2 aktiviti..aku juga yg sepi sendirian...:(

17 comments:

abu muaz said...

Semua ibu dan bapa mendoakan perkara yang baik-baik untuk anak mereka.Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang. Terus berdoa dan berusaha insyaAllah.

anaklaut said...

salam....

oooh..gambar ni di ambil semasa melawat awrah abahnya di hospital..

anaklaut mengucapkan selamat hari lahir buat adik Abdullah Zaki yg genap 11 tahun pada 30hb semalam,

moga panjang umur dan berjaya dalam hidup.

daripada

pakcik,

anaklaut to abdullah zaki

kamezaim said...

dah besar pun budak ni.. hehe muka mcm mak dia lah.. hehe sabarlah yerr..

HASNAH said...

Hepi besday wat Abdullah zaki, semoga jadi anak yang baik...Insyaallah...Tahniah kerana jadi ibu yg baik...

Idalara said...

salam sdr abu muaz..
begitu juga harapan ibu dan ayah kita pada kita dulu kan...mudah2an anak2 jadi yg terbaik buat kita.

Idalara said...

salam anaklaut
terimaksih bagi pihak abdullah zaki..

Idalara said...

mcm mak dia ke...
ye lah..tu sbb yg manje sgt dgn ibu dia..insyaallah sentiasa bersabar dgn dugaan yg diterima..

Idalara said...

salam hasnah
terimakasih ye..seronok abdullah zaki bila baca ucapan2 ni..
insyaallah sy cuba jadi ibu yg baik kalau bukan yg terbaik pun..

Dj Epoi said...

Selamat Hari Lahir Buat Adik Abdullah Zaki.....

Jaga IBU yer Dik!

Take Care Kak Ida

azman shah said...

anak adalah permata hati yang tiada tolok bandingannya...

imanshah said...

Selamat menyambut hari lahir buat putera tersayang

anaklaut said...

salam singgah petang..

Idalara said...

mekasih djepoi..
insyaallah skrg ibu jaga adik..esuk lusa adik jaga ibu pulak..:)

Idalara said...

betul azman..
dan bagi anak2 pulak ibu dan ayah adalah harta yg tidak boleh dijual beli..

Idalara said...

imanshah..mekasih atas ucapan.

Idalara said...

salam anaklaut
terimaksih singgh dipetang redup begini..

zedmagel said...

Salam Abdullah Zaki,

Selamat Ulang Tahun ke 11 untuk anda, Salam.......mesra dan ciuman muuaah dari uncle Zedmagel untuk anda. (jangan geli dengan misai yang singgah di pipi ..he..he..)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...