Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, November 03, 2009

Bryan Anderson dan Ar Raqib

Seorg wanita tua kelihatan berdiri di tepi jalan bersama kereta Mercedes dalam suasana menjelang senja, sejuk dan hujan gerimis. Seorg lelaki berkereta biasa lalu di jalan tersebut, ternampak wanita tua itu dan berhenti. Wanita tua menyedari kehadiran lelaki tersebut. Walaupun tersenyum, penampilan lelaki berkereta murah itu mencurigakan hatinya dan kebimbangan menguasai perasaannya. Mungkin dia lelaki jahat, mungkin dia perompak, Sudah beberapa jam dia tersadai di tepi jalan dengan kereta Mercedesnya yang pancit tayarnya dan tiada siapapun yang berhenti. Inilah orang pertama yang berhenti dan mendekatinya.

Lelaki itu dapat membaca kecurigaan pada wanita tua yang berdiri di tengah2 kedinginan musim sejuk. Rasa simpati menyelubungi hatinya.

"Saya yakin puan perlukan bantuan dan saya ingin membantu. Elok puan duduk dalam kereta sebab di luar ni sejuk sementara saya tenguk apa yang tak kena dengan keretaini. Nama saya Bryan Anderson."

Masalah wanita tua itu hanyalah tayar keretanya pancit, namun bagi seorg wanita tua masalah tersebut bukanlah kecil. Bryan bertungkus lumus menukar tayar kereta Mercedes tersebut sehingga dingin musim sejuk ketika itu tidak begitu terasa. Sambil Bryan menukar tayar, wanita tua itu sengaja membuka tingkap kereta dan bercerita.

"Saya dari St Loius dan dalam perjalanan balik melalui jalan ni, kalaulah awak tak tolong, tak tahulah apa jadi pada saya, terima kasih sangat2"

Bryan selesai menukar tayar dan hanya tersenyum mendengar celoteh wanitu tua tersebut.

"Berapa?"

Tanya wanita tua itu kerana ingin membayar upah menukar tayar kereta mewahnya. Dia sangat bersyukur dan sanggup membayar beberapa sahaja yang diminta oleh Bryan. Tidak bermakna wang ringgit berbanding dengan bantuan yang dihulurkan. Lebih2 lagi keselamatan dirinya, seorang wanita tua yang tersadai di tepi jalan yang sunyi dalam suasana gelap dengan kereta mewah yang menggambarkan bahawa dia adalah seorang yang mewah.

Bryan pula tidak terfikir apa2 melainkan hanya ingin menghulurkan bantuan kepada manusia lain yang memerlukan. Baginya memberi bantuan dalam keadaan tersebut adalah tanggungjawab sesama insan, bukan sumber pendapatannya. Tuhan telah menghantar ramai insan lain membantunya ketika dia memerlukan dan apa yang dilakukan hanya memperpanjangkan kebaktian yang telah banyak Tuhan berikan melalui insan lain.

"Tak apa puan, saya membantu ikhlas, tapi kalau puan nak membayar juga..yang saya minta ialah perpanjangkanlah bantuan seperti ini bila puan berjumpa sesiapa yang perlukan bantuan, itu yang penting bagi saya"

Bryan menunggu sehingga wanita itu selamat pergi dan hilang daripada pandangannya, terasa sejuk tetapi puas hati kerana dapat membantu wanita itu, rasa puas memenuhi hatinya sepanjang perjalanan balik ke rumahnya.

Wanita tua itu singgah di sebuah restoran kecil di stesen minyak tidak jauh dari tempat keretanya tersadai tadi. Seorang wanita pelayan restoran membawa tuala dan mengelap rambutnya yang basah semasa tayar keretanya pancit tadi. Senyuman pelayan itu kelihatan sangat tulus dan mneyejukkan hati. Walaupun terasa agak janggal dengan layanan tersebut tetapi hatinya sangat terharu. Matanya terarah ke perut pelayan itu yang sarat mengandung sekitar 8 bulan. Hati wanita tua bertambah tersentuh kerana dalam keadaan sarat mengandung, pelayan tersebut tidak langsung menggambarkan keletihan, malah memberi khidmat yang luar biasa.

"Macam mana seorang yang dalam keadaan begini boleh terfikir untuk memberi layanan terbaik kepada seorang asing yang langsung tidak dikenalinya". Hati wanitu tua itu berkara2, hari itu dia bertemu dengan insan2 yang istimewa, tiba2 dia teringat kepada Bryan Anderson.

Selepas makan, dia membayar dengan sekeping wang USD100. Wanita tua sudahpun keluar dari restoran apabila pelayan tadi membawa wang baki. Pelayan yang dalam terpinga-pinga itu ternampak sapu tangan di atas meja yang tertulis sesuatu. Dia melihat dengan lebih dekat. Airmata tergenang di mata pelayan tersebut apabila membaca apa yang ditulis oleh wanita tua tadi.

"Tiada yang awak perlu kembalikan kepada saya. Saya pernah berada dalam keadaan yang terdesak dan Tuhan telah menghantar seseorang untuk membantu. Saya hanya ingin memperpanjamgkan kebaktian dan kasih sayang yang Tuhan pernah berikan kepada saya melalui insan lain. Ini untuk awak dan kalau awak ingin membayarnya balik, yang saya minta hanyalah perpanjangkanlah rantaian kebaktian dan kasih sayang sesama insan."

Di bawah sapu tangan tersebut ada empat keping wang USD100. Hatinya tertanya2 bagaimana wanita tua itu tahu keadaannya yang memang sangat terdesak memerlukan wang dengan bayinya yang bakal lahir sebulan lagi.

Sampai di rumah selesai menghabiskan syif malam itu, suaminya sudah tertidur dengan wajah yang sangat keletihan setelah bekerja mencari rezeki sepanjang hari sebagai seorang mekanik biasa di bengkel membaiki kereta. Dia dapat membayangkan beban yang dipikul oleh suaminya, kerana itu dia sendiri gagahkan semangat untuk bekerja di testoran bagi meringankan bebanan rumahtangga mereka yang baru berusia setahun jagung. Dengan penuh kasih sayang dia mencium lembut pipi suaminya sambil berkata perlahan-lahan.

"Jangan risau suamiku, semuanya selamat, masalah kita sudah menjadi ringan....aku mencintaimu Bryan Anderson"

Demikian satu kisah yang berlaku di satu daerah kecil di muka bumi Allah yang Ar Raqib, Yang Maha Mengawasi dan Maha Memelihara hamba2Nya tidak pernah terlepas pandang terhadap apapun. Dia yang Ar Raqib terserlah dalam kisah di atas Bryan Anderson yang berhati mulia nampak keresahan pada wajah wanita tua yang dalam kesusahan lalu memperpanjangkan bakti dan kasih sayang walaupun dalam keadaan yang sangat terdesak. Ar Raqib mengawasinya dan memeliharanya. Bisikan di hati wanita tua ditiupkan semasa isterinya yang sarat mengandung memberi khidmat terbaik dalam tanggungjawabnya di restoran kecil sehingga hajat dan keperluan mereka terkabul. Semuanya bahagia memberi dan menerima.

Hidupkanlah semangat dan inspirasi Ar Raqib dengan memerhati, mengawasi dan memelihara orang lain bukan mencari aib atau kesalahan tetapi untuk menjamin keselamatan dan kebahagiaan sesama insan.

Benarlah firman Allah yang bermaksud:

"Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari satu(Adam) dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri) nya. Dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Bertakwalah kepada Allah yang dengan namaNYa kami saling meminta dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah sentiasa menjaga dan mengawasimu (Raqib) " An-Nisa :1

Sumber : MIDI

p/s Buat 'dia'..muga berbahagia di atas airmata seorang yang sentiasa mendoakan kebahagiaannya......seseorang yang akan sentiasa mengingatinya...bahagiamu adalah airmataku.

10 comments:

Kamsiah yusoff said...

ida..moga tabah selalu..tiap kali baca entri ida..terasa sebak..

abu muaz said...

Saya dah selesai membacanya. Tangan saya terletak didagu hingga selesai kisah ini . .... termenung sendiri memikirkan ada insan-insan yang baik ini.Itu saja yang terfikir untuk dicoretkan disini.

Maiyah said...

pahala yg besar buat niat yg baik :)

Kakcik Seroja said...

Hanya DIA Yang Maha Mengetahui isi hati hambanya.. semoga kita termasuk dalam golongan yang tidak lokek untuk memberi w/pun bukan dengan limpahan harta atau wang ringgit.

joegrimjow said...

wahh!
top notch

suke cite ni!
ingtkan diri supaya berbakti

Idalara said...

salam kamsiah..jgn rasa sebak....apa2pun thanks kerana memahami naluri ida.

Idalara said...

salam sdr abu muaz..
kdg2 kita tk sedar sbntnya masih ramai yg berhati mulia..

Idalara said...

betul maiyah..lebih2 lagi beri bantuan pada yg benar2 memerlukan.

Idalara said...

salam kakcik..jika tk mmapu membatu dgn harta dn wang ringgit..cukupalah sekadar doa yg ikhlas.

Idalara said...

joe..
sy pun suka baca klisah ni..berulangkali sy membacanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...