Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Friday, July 31, 2009

Julai Dalam Kenangan


Jika seorang teman bercerita tentang kenangan yang terindah berlaku di bulan Julai..aku juga punya satu kenangan yang tetap tersimpan abadi di lubuk hati, berlaku dalam bulan Julai....jika orang lain sibuk meraikan ulangtahun kelahiran, perkahwinan atau pertunangan..agak luar biasa bila aku mengingati tarikh 22 Julai sebagai tarikh ulangtahun perpisahan aku dengan bekas suamiku dulu...

Perpisahan yang kini menjangkau tahun ke 5, tak terasa masa beredar, tak terasa anak-anak sudah 5 tahun di tinggalkan oleh abah mereka dan sudah 5 tahun anak-anak tidak memanggil 'abah' mereka...tak terasa aku telah tiada seorang lelaki bernama suami di sisi. Tak terasa semua itu kerana aku terlalu sibuk mencari rezeki serta terlalu sibuk menyibukkan diri agar segala kenangan pahit bersama dulu dapat aku nyahkan jauh dari ingatan...bukan sedikit kenangan manis bersamanya dulu..tapi dek kerana kenangan pahit teramat menyakitkan maka segala yang manis terkubur bersama terkuburnya ingatan padanya.

Segalanya adalah ketentuan Ilahi..jodoh pertemuan, ajal maut segalanya ditentukan..siapa kita untuk menghalang, siapa kita untuk menahan segalanya dari berlaku..namun semua itu ada hikmah yang tidak aku ketahui..pun telah ku rasai sedikit demi sedikit hikmah yang Allah untukkan buatku, hasil dari perpisahan itu.....hatiku lebih tenang, lebih damai, lebih bahagia walaupun kadang2 aku terlalu sepi..mujurlah ada anak-anak di sisi...teman bergaduh, teman menangis, teman bersenda..itulah anak-anakku.

Aku hanya bermohon pada Dia agar aku diberi kekuatan, ketabahan dan kesihatan yang baik dalam meniti hari-hari yang semakin mencabar ini..dugaan..terlalu banyak, kepahitan, kesedihan adalah dalam kamus hidupku...dalam tawa aku boleh menangis, dalam menangis aku boleh tertawa..dan aku boleh mengembirakan hati teman-teman saat hatiku gundah gulana..itulah aku..kesedihan dan kepedihan tak pernah ku tunjukkan..wajahku sering ceria tanpa segaris wajah duka...yang ada di hati hanya Dia dan aku yang tahu..

Bukan aku ingin menoleh mengenang kenangan lalu yang pahit..tapi sekadar ingin mengingatkan diriku agar aku akan lebih tabah dan kuat jalani hidup tanpa seorang lelaki..namun aku hanya seorang perempuan..aku tidak pernah menolak jodoh..aku sering berdoa pada Allah..kurniakan aku seorang lelaki , seorang suami yang dapat membimbing aku dan anak-anak di dunia dan akhirat, yang dapat mengimamkan solat ku dan anak-anak dan yang akan bersamaku di Syurga Firdausi. Mudah2an Allah perkenankan doaku itu.


p/s Kita hanya mampu merancang dan berdoa..segalanya adalah ketentuan Allah jua. Andai begini, beginilah selamanya.

Wednesday, July 29, 2009

Promosi Almond/ AL bermula.!!


Isnin 27 Julai..aku cuti..hari ini aku harus memulakan proses membuat almond London..eh! nape almond landon? aku yang penat2 buat London yang dapat nama..ok lah aku tukar nama ALMOND IDALARA!

8.00 pagi aku sudah keluar rumah, dengan teksi aku ke BB, sampai di BB aku menaiki bas ke Nilai..kemudian naik train dari Stesen Komuter Nilai ke Stesen UKM. Sampai di Stesen Komuter UKM, aku mengambil teksi ke Kompleks Diamond bersebelahan Pasaraya Warta di Bangi..aku mesti sampai ke rumah sebelum 1.00 tgahari kerana Abdullah Zaki akan pulang dari sekolah dan akan ke sekolah Agama pula..aduhai..penat, lenguh jari jemari, tegang urat kaki memanjat anak tangga Stesen Komuter UKM dan Stesen Komuter Nilai dengan bahan2 untuk sample almond london...bila dtimbang disukat..rasanya hampir sepuluh kilo juga barang2 yang ku galas..teringat Ustaz Hasmadi yang pernah menawarkan bantuan jika aku memerlukan..aku hubungi ustaz Hasmadi..namun dek kerana agak segan maka aku tidak menunggu Ustaz sampai..dia mahu menghantarku ke BB tapi tak mahu menyusahkan dia maka aku balik dengan proses yang sama..teksi,komuter,bas dan teksi semula.(terimakasih Ustaz-insyaallah kak ida minta bantuan bila beli barang kali ke dua)
Kadang2 rasa semangat aku hampir layu bila difikirkan betapa penatnya mahu membuat beribu2 almond london ni di samping tugas ynag bertimbun di pejabat!..tapi aku sering tanamkan dalam hati..ada orang terpaksa berjemur,berpanas,naik bukit,ke laut untuk mencari sesuap nasi..aku hanya melakukan di dalam rumah, boleh duduk sambil menonton tv atau mendengar radio..(cuma nak up date blog tak boleh..hangus kueh hehehe)dan yang paling penting aku mahu mencari duit raya untuk anak-anak..mereka perlu baju dan kasut baru..kesian mereka kalau aku tak usahakan siapa lagi?..bila fikirkan anak-anak lah semangatku membara semula.

Antara bahan2 yang diperlukan..butter, badam coklat dan lain-lain. Sampai di rumah betul2 on time..Abdullah Zaki sampai..aku uruskan makan minum dan hantar dengan ciuman ke sekolah..
Proses bermula dengan membakar badam..pastikan badam betul2 sejuk baru boleh di salut dengan tepung.

Selepas Solat Zohor aku mula menyingsing lengan..buter di kacau hingga lembut, masuk kuning telur, setengah cawan tepung jagung dan tepung gandum secukup rasa.

Inilah rupanya tepung yang telah diubah menjadi biskut yang bakal di bakar dan disalut tubuhnya dengan coklat yang hitam tapi manis...Aku boleh siapkan sebanyak 100 biji dalam masa 1/2 jam...kadang2 lebih dari 100 biji..
Dibakar dalam ketuhar selama 20 minit dengan kepanasan 120 darjah...pastikan tidak terlalu coklat warnanya. Inilah rupanya biskut yang telah dibakar.
Coklat di masak dengan double boiler..setelah biskut betul2 sejuk barulah peroses mencelup biskut dilakukan..masa ni agak mencemaskan..kadang2 coklat meragam...tak cair..macam nak menangis..tapi so far ni alhamdulillah tak pernah lah berlaku hingga tahap kritikal.

Setelah dicelup, dimasukan dalam cup kertas, badan hancur yang telah dibakar ditabur diatas coklat...disusun dalam dulang dan di sejukkan kira2 3 minit dalam peti sejuk.

Siaplah proses pembikinan dan packing untuk sample juga untuk dirasa oleh pelanggan..sekarang ini saja idalara sudah dapat tempahan kira2 30 botol (setiap botol berjumlah 50 biji dan berharga RM20.00) - target nak dapat 100 botol sudah memadai.)
Bila di ingatkan semula sewaktu membuat biskut almond london ni kadang-kadang aku senyum sendiri..macam2 pengalaman melucukan dan tak kurang menyedihkan aku alami..bayangkan..kueh hangus dek kerana kau terlalu mengantuk..tangan tercelup dalam coklat panas, tersentuh oven panas dan macam2 lagi..semua itu langsung tak menjadi kudis bagi aku..malah lebih buat aku teruja mahu menambah pendapatan untuk hari raya.
Silalah..sesiapa yang berminatt nak tempah bolehlah hubungi idalara..tapi yang berhampiran saja ye..kalau yang jauh2 tu..takut cair pulak bila sampai ke distinasi..dan kalau ada yang berminat nak belajar dari idalara..silakan..idalara tak penah lokek nak bagi ilmu pada sesiapa saja...
Mudah2an rezeki anak-anak idalara bertambah tahun ini..dapat juga buat simpanan untuk sekolah tahun hadapan. Insyaallah.
p/s Muga Allah beri aku kekuatan dan kesihatan yg baik sepanjang Ramadhan ini..demi anak2 aku akan lakukan apa saja.
p/s dalam kepenatan dan keletihan aku masih tetap mengingat 'dia' yang mula sepi..

Sunday, July 26, 2009

Puisi Tanda Tanya..


Kadang dia hadir bagai embun pagi
lembut menyiram hatiku
yang kekeringan
Kadang pula dia seperti
kubah ais yang dingin
membeku dan membatu
mencair bila kepanasan.
kadang dia kata terlalu rindu,
ingin menatap wajahku
merenung ke dalam mataku..
Tapi bila aku terlalu rindu
sebentar nanti dia terus sepi berlalu
sesepi malam tanpa penghuni..
hilang tanpa jejak hendak ku cari
Kadang dia memberi seribu harapan..
bahwa aku lah yang sentiasa dihati
sentiasa diingatan, di impian
akulah yang sering didambakan..
tapi sebentar nanti ....dia
seperti terlalu asing bagiku..
seperti yang tak pernah ku kenali..
sungguh.. buat aku tidak mengerti..
Membisu buat aku jadi keliru
Membatu seolah tidak pernah tahu..
Dia..aku tak mahu hilang dia..
jika mahu hilangpun biarlah
dengan kata-kata..
dengan bicara agar aku
tidak tinggal dengan tanda tanya..


p/s..hnya luahan perasaan sbb terlalu rindu pada dia..

Saturday, July 25, 2009

Dealova (Dear lover)- Istimewa buat 'Dia'


Aku memang suka sangat dengan lagu ni..tapi aku tk pandai nak download..so..aku hanya tuliskan liriknya..pasti ramai yang tahu lagu ni..yang pernah meletup-letup di radio kat Malaysia ni..Lagu yang Dato Ct nyanyikan buat Dato K tercinta di malam persandingan beliau..dan dari hatiku lagu ini aku tujukan khas buat 'dia' yang sentiasa di mata dan di hatiku...


Dealova(Dear Lover)


Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu

Aku ingin menjadi sesuatu

yg mungkin bisa kau rindu

Kerana langkah mana pun tanpa dirimu

kerana hati telah letih..

Aku ingin menjadi sesuatu

yg selalu bisa kau sentuh

Aku ingin kau tahu bahawa ku selalu memujamu

Tanpamu sepinya waktu merantai hati

ooo...bayangmu seakan2...

Kau seperti nyanyian dlm hatiku

yg memnggil rinduku pada mu..

ooooo ....seperti udara

yg ku hela kau selalu ada..

ooooo...oooooo..

Hanya dirimu yg bisa membuatku tenang

Tanpa dirimu aku merasa hilang...

dan sepi..dan sepi..

Kau seperti nyanyian dalam hatiku

yg memanggil rinduku padamu oooo....

Seperti udara yg ku hela kau selalu ada..

Kau seprti nyanyian dalam hatiku

yg memanggil rinduku pada mu

seperti udara yg ku hela kau selalu ada..

selalu ada, kau selalu ada..

selalu ada...kau selalu ada...


p/s aku ingin jadi begitu pada 'dia'jadi sesuatu yang sentiasa dihatinya..


p/s..buat sahabatku M...jgn kutuk aku sudah lah..hehehe..apakan daya..jika hati dah suka..aku hanya berserah pada takdir..

Friday, July 24, 2009

Lupakan Kenangan Atau Kekesalan Silam

lihatlah ke laut...agar jiwa tenang dan damai

Sepanjang meniti kehidupan sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu, setiap orang pernah mengalami dan melalui onak dan duri serta berbagai kenangan pahit. Tidak mustahil ada yang menghantui fikiran anda hingga kini, jangan biarkan kenangan silam membelenggu diri seakan ia tidak dapat diubah lagi. Hayati masa hadapan yang masih panjang. masih banyak perkara yang anda boleh lakukan. Anda harus tanamkan dalam diri bahawa MASA itu NYAWA yang tidak akan menunggu kita, jangan biarkan kebimbangan lalu meghalang diri mencipta kejayaan hari esuk!.

Tips Lupakan Kenangan Silam

1. Fokus pada masa depan kerana ia memberi peluang untuk kita menjadi lebih baik, dengan sisa kehidupan yang tinggal ini, janganlah dipersiakan. Pejamkan mata seketika dan bayangkan kehidupan yang ceria, berjaya dan bahagia.

2. Selalulah beristighfar (syaitan paling benci org yg kuat beristighfar)memaafkan orang lain, situasi, benda, perkara serta diri sendiri, memaafkan diri sendiri dapat membuang rasa marah, kesal dan tekanan.

3. Tidak ada manafaat mengenang kenangan pahit dan dosa-dosa silam jika anda tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menyingkirkannya. Walaupun payah anda harus lakukannya.

4. Banyakkan solat dan jangan putus asa untuk terus berdoa memohon bantuan dariNYA, jika kehidupan anda yang lalu penuh dosa, bersihkan jiwa dengan taubat yang sungguh-sungguh.

5. Berdamping dengan orang yang lebih baik sama ada mereka yang lebih berjaya, beriman dan berilmu, berkongsilah ilmu yang mereka ada untuk memperbaiki diri anda.

6. Berikan tumpuan atau fokus pada keinginan hati, sudah berpuluh-puluh tahun mencari matlamat hidup tetapi masih kabur, tidak mengapa kerana anda masih belum terlewat, jika anda tetapkan matlamat ingin lupakan kenangan lalu dan cipta impian baru yang lebih indah, pasti anda akan lebih teruja.

7. Tulis satu persatu perkara-perkara yang anda ingin lupakan pada sekeping kertas, lipat dan masukkan ke dalam sebuah kotak, kemudian campakkan ia jauh samada ke sungai, ke laut atau ke dalam jurang. Ringkasnya 'hapuskan' kotak itu. Sebagaimana lenyapnya kotak itu dari pandangan mata anda, begitu jugalah kenangan pahit itu..dan setelah itu jangan diingat lagi perkara itu.

8. Jika kenangan masih terlintas di fikiran, cepat-cepat anda tukar atau alihkan pemikiran anda kepada pekara lain yang lebih menarik.

9. Cuba keluar daripada perangkap emosi iaitu asyik teringat kesedihan lalu misalnya, kehilangan suami,anak,tunang,kekasih atau sebagainya. Jika tidak melakukannya, diri akan terus terperangkap dalam dunia yang kita cipta sendiri, kesannya diri akan terus terkenang kesilapan lalu dan percayalah dengan bersikap demikian kita akan terus melakukan kesilapan.

10. Gunakan minda separa sedar untuk menjadikan hidup lebih bersemangat. Anda boleh cuba dengan "aku mahu" sebagai contoh, "aku mahu kelihatan ceria", "aku mahu jadi lebih kuat dan bertenaga", "aku mahu lebih tenang dan tidak mahu menangis lagi"

11. Bayangkan di fikiran apa yang anda jadi seperti yang anda mahu, bila anda mahu jadi orang yang ceria, bayangkan di minda anda sedang tersenyum gembira. Anda boleh nampak diri anda yang ceria berdepan dengan sesiapa saja, tiada lagi wajah yang murung!

12. Tukar penampilan diri kepada yang lebih positif, jika sebelum ini anda tidak ambil peduli tentang gaya berpakaian, cuba belajar untuk bergaya misalnya sebelum ini anda hanya bertudung hitam, selepas ini tukarlah warna lain, merah untuk lebih ceria.

13. Contohi orang yang cemerlang, kerana mereka ini bijak mengawal emosi dan tahu mengawal apa yang bermain di fikiran. Apabila anda mampu mengawal emosi, diri akan lebih tenang dan tekanan akan berkurang.

14. Cari teman-teman baru yang boleh memberi anda sokongan moral dan dengan cara ini anda tidak akan bersendirian, sentiasa sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti untuk mengurangkan masa anda memikirkan hari-hari semalam yang penuh kepahitan.

15. Kerap solat sunat taubat, solat tahajud sepertiga malam dan banyakkan membaca Ayat-ayat Suci AlQuran..adalah terapi yang paling mujarab untuk ketenangan hati dan jiwa.


p/s manusia yang paling hebat ibadahnya: "orang yang merasa terluka kerana dosanya dan jika dia ingat dosanya maka dia memandang kecil amal perbuatannya"


p/s...sesungguhnya 'dia' telah meninggalkan sebuah kenangan terindah dalam hidupku...akan ku bawa hingga ke hujung nyawaku.

Wednesday, July 22, 2009

Jawab Tugasan Dari Nur

Bila kena buat homework ni yang aku rasa letih sikit..maklumlah bukan anak2 ribena..namun untuk tidak menghampakan Nur inilah jawapan kak ida..


1. Bekas kekasih saya adalah:
takde bekas...sebab tak sempat bercinta dah putus..hehehe..


2. Saya sedang mendengar:
suara hati ku berkata..lupakan dia..


3. Mungkin saya patut:
lebih garang pada anak2 supaya dengar kata.


4. Saya suka:
makan coklat bila susah hati.


5. Sahabat2 baik saya:
yang sentiasa memberi kata2 semangat kat aku


6. Saya tak faham:
mengapa aku suka kat dia,sedangkan dia tk suka kat aku..



7. Saya kehilangan:
sebuah rumahtangga yang bahagia satu masa dulu.



8. Ramai yang kata:
aku nampak lebih muda dari usia sebenar..(tipulah tu..saja nak amik ati..)



9. Makna nama saya :
'yang di puji'..setiap hari di sebut dalam Solat.



10. Cinta itu adalah:
suatu perasaan sgt indah anugerah dari Ilahi.



11. Saya akan cuba:
jadi ibu terbaik untuk anak-anak.



12. Ayat SELAMAnya membawa maksud:
Hingga akhirnya



13. Telefon bimbit saya:
Sony Ericsson warna merah..dah 3 tahun tetap setia dgn hp tu.


14. Bila saya terjaga dari tidur:
saya mesti ingat dia.(ish!...)



15. Saya paling meluat:
lelaki perasan bagus sangat.



16.Pesta/parti:
tempat besuka ria dan makan2



17. Haiwan yag paling comel pernah saya temui:
Kura-kura



18. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
usia 18 - first time jatuh cinta.



19. Hari ini:
aku rasa kecewa sangat sbb dia dah ada pilihan lain..huaaaaa...


20. Malam ini saya akan:
tidur nyenyak, tanpa ingatkan dia lagi.


21. Esuk saya akan:
mulakan hidup baru(itupun kalau masih hidup)

22. Ketika saya lihat wajah saya di cermin:

aku kata...Ya Allah cantikkanlah pekertiku seperti Kau cantikkan wajahku.



23. Pusat membeli belah atau atked permainan:

takde..sbb tkde duit nak pergi..heheheh

24. Makanan barat atau Jepun

tak makan sbb aku bukan org barat atau org jepun.

25. Bilik terang atau gelap:

terang, sebab aku tak suka dalam kegelapan

26. Makanan segera adalah:

yang buat mati segera.

27. Ayat terakhir yang anda kata pada seseorang;
adik abg tido..esuk sekolah...

28. Siapa yang anda mahu Tag

takde sapa-sape..sebab malam ni baik hati..hahaha..


p/s muga NUR puas hati dengan jawapan Tag dari kak ida ni..

p/s bila kita tahu kita memang bukan pilihan dia (bukan sebab hati dia belum terbuka atau sebab masih tak lupa cinta pertama..so tahulah kita membawa diri.

Tuesday, July 21, 2009

Bila Hujan


Bila hujan aku gembira

sebab bumi yang kering jadi basah

daun yang kelayuan kembali segar

tubuh yang layu bertenaga semula

Tapi aku seperti terlupa

bila hujan anak-anak

jadi sukar hendak ke sekolah

Payung tak mampu menahan

anak-anak dari kebasahan.

Baju hujan pun tak daya

menolak air yang menimpa

Satu masa dulu...

bila hujan, ada sahabat ku M..

padaku dihulur kunci keretanya..

aku jadi mudah..anak-anak selamat ke sekolah.

Sekarang

bila hujan aku merungut..

tiada siapa ambil peduli..

tiada teman-teman hulurkan kunci,

pandai-pandailah aku tangani masalahku sendiri..

kata Zaki..ibu, suruhlah kawan ibu hantarkan..

aku kata..jangan harapkan orang..

Ibukan masih ada..

ibu akan jadi payung kamu

memayungi kamu panas atau hujan..

biar ibu basah demi kamu..

Mereka tak lalui kesukaran yang kita rasai..

mereka tak mengerti apa erti kepayahan

jadi mereka hanya kaku bisu..

Anak-anakku..

ayuh! bangunlah..usah leka

biar hujan, ilmu pasti dikejar

biar badai gelora usah hiraukan

kamu pasti jadi insan berjaya.


p/s anak-anak adalah harta yg tidak ternilai dalam hidup ini...satu anugerah dari DIA di dunia dan akhirat.



p/s ini bukanlah sajak atau puisi..hanya rintihan yg terkeluar dari hati sewaktu anak-anak menghadapi kesukaran ke sekolah bila hujan..bukan ku salahkan hujan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...